Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16 : " Baby Marah Kita Lagi Ke?"



Thaqeef memandang tanpa jemu ke arah isterinya yang sedang melangkah masuk ke dalam kereta. Wanita itu cantik berbaju kurung pahang berwarna biru muda dengan tudung bawal bercorak ikan dolfin.

Cantik. Arissa pulak sudah pandai bergaya sejak kebelakangan ini. Kecantikan yang sesiapa ja pandang akan toleh dua tiga kali.

Thaqeef pandang baju sendiri.
Ehh tersama dengan kemeja kerja yang dia pakai.

Masuk saja Arissa didalam kereta wajah suami menyapa mata.

" Kenapa abang tengok rissa macam tu?" Soal arissa bersama kerutan didahi.

Dah kenapa encik suami tengok dia macam nak telan je. Dia salah pakai baju ke ? Atau baju dia ada terkoyak kat mana² tempat tapi dia tak nampak?

Gelabah arissa meneliti diri sendiri sehingga satu tangan mendarat didagu nya. Tangan itu mengangkat dagu didongak kan sedikit ke arah tuan tangan tersebut.

"Kenapa Cantik sangat ni? Baju boleh sama dengan abang. Rasa nak bawak sayang masuk dalam hati abang kunci ketat² bagi padat sampai sayang tak boleh keluar dah. Biar lemas je dalam hati abang. " Manis sungguh bicara sang suami.

Arissa tersimpul malu. Waktu macam ni la dia nak bersweet pun.

" Merepek je abang ni. Kalau rissa lemas dalam tu abang yang rugi tau. ''

" Ehh kenapa pulak abang yang rugi."

" Sebab ada duyung kacak selamatkan rissa. Melepas la abang nak jadi hero rissa " ujar arissa bersama sengihan.

Kecik besar kecik besar saja arissa dipandang thaqeef. Jam tangan dilihat sebelum kembali melihat wajah sang isteri.

" Sayang nak madukan abang ke?"

Terus terhembur tawa arissa. Mana pernah dek perempuan madukan suaminya sendiri. Merepek je thaqeef ni.

" Abang tak kisah kita balik rumah lewat hari ni. " Thaqeef tersenyum penuh makna.

" Abang ada hal ke?"

" Ha ah. Abang dalam misi nak mengandung kan sayang. Biar lelaki diluar sana tu tak pandang sayang macam tadi. Membara je abang tauu. Sayang la cantik sangat kenapa.. "

Pulak dah. Arissa rasa macam nak hantuk kepala sendiri dekat cermin kereta. Celah mana cantik, habis biasa saja dia bersiap hari ini.

Hari ini dia dijemput oleh Thaqeef dari pulang kerja. Alisya sudah awal lagi pulang tengahari kerana papa eshal nya mahu bawak berjalan selepas mengambil alya dari sekolah tadi.

" Eeeiii gatal ! Abang dah makan belum ni ?"

" Belom. Lapar la sayang " jawab thaqeef sambil mengusap perut nya. Wajah di sebek kan sedikit. Nak tarik perhatian sang isteri.

Apa kau ingat lelaki kacak macam dia tak berperangai budak² ke??

"Ololo muka. Comel la tuu buat muka macam tu. " Arissa mengusap pipi thaqeef. Dia suka mereka begini. Bahagia.

" Abang nak makan apa?"

Thaqeef genggam tangan comel isterinya. Dikucup sambil tangan sebelah lagi memegang stereng kereta untuk membelok.

" Makan sayang la. Kenyang sampai esok" thaqeef kenyit mata dengan menggoda. Mengharap agar arissa tergoda dengan cara nya itu.

" Tapi rissa teringin nak makan chicken chop. " Balas arissa dengan muka comel

Dan tak sia² bila pipi nya dikucup pantas oleh Thaqeef.

Sempat je encik somi sorang ni.

" Yeke? Jom kita cari chicken chop dulu. Lepas tu baru abang makan sayang  "

Arissa tak tunggu lama. Laju saja tangan naik mencubit peha thaqeef. Geram betul dia.

" Aduh sayang ! Sakit laaa . Macam ketam " adu thaqeef dengan riak yang sengaja dibuat sedih.

Arissa mencebik sahaja. Malas mahu memujuk. Bukan dia tak tahu thaqeef suka mengusik dia.

" Cebik² macam tu. Abang kiss karang. " Ugut thaqeef sambil mendekatkan diri dengan tubuh arissa.

" Ehh jangan buat hal. Rissa lapar ni. Jom la makan dulu. " Mata dikelip kelip manja pada thaqeef. Berharap agar thaqeef segera berlalu pergi mencari makan tengahari mereka.

Thaqeef tersenyum sebelum mengucup dahi arissa lama. Sempat dia berdoa untuk rumahtangga mereka kekal akhir hayat.

.

.

.

" Masuk la Lya . Lama dah tunggu?." Ajak eshal pada alya yang sedang menunggu untuk naik bas pulang dari sekolah.

Alya sekadar menurut. Pintu dibuka dan dia melangkah masuk duduk disebelah eshal.

Ayie sekadar menjeling sekilas ke arah alya. Masam sahaja muka gadis itu.  Manakala alya buat tidak tahu. Mata pandang keluar tingkap melihat jalan raya.

Sampai di lampu isyarat, Eshal menghentikan kereta sementara menunggu lampu isyarat bertukar kepada hijau.

" Lya marah abang ke ?" Soal eshal. Kepala ditunduk untuk menjenguk wajah alya.

Marah² pun cantik.

Sempat mata eshal singgah pada gelang tangan yang tersembunyi di dalam lengan baju sekolah alya.

Wahh eshal, mata berbisa betul. Sampai macam tu sekali boleh nampak gelang tangan alya.

Gelang itu diberi oleh eshal, Dia tempah khas untuk alya sempena hadiah hari lahir alya yang ke 17 baru² ini.

" Baby .." meleret suara eshal memujuk alya. Namun gadis itu hanya buat tidak tahu.

Nak pegang tangan anak dara orang rasa berdosa pulak. Lengan baju alya ditarik tarik sedikit.

Alya menepis laju lengan baju nya yang di tarik eshal. Bukan dia tidak cair dengan panggilan dari eshal itu tadi. Sengaja dia keraskan ego.

" Baby marah kite lagi ke?"

" Babyyyy... "

" Jangan nak sentuh² ehh !!" Laju tangan alya menepis bila tangan eshal naik untuk menyentuh wajah nya.

" Amboiii garang nya kesayangan abang sorang ni. " Sempat eshal mengusik.

Seronok dapat tengok wajah marah alya.

Marah² pon cantik. Alahaii hati ni, terpikat sungguh.

Tambah lagi kalau alya senyum. Rasa macam berterbangan di awan gituu.

" Okey baby. Abang minta maaf. Abang sibuk kerja, tapi abang tak pernah lupa baby pon. Baby sentiasa dihati abang tahu. "

Alya tahan senyum. Alahh suka la tu orang panggil baby kat dia.

" Boleh tak hantar lya balik cepat? Tadi cakap ada kerja. Lya malas nak susahkan abang lepas ni. Kalau tahu abang ada kerja lya boleh balik tumpang hakimi "

Alya melihat sekeliling.

" Amboiii ada niat nak tumpang si kimi tu pulak! "

" Dah kenapa singgah kfc ?" Soal alya, soalan eshal tidak dilayan.

Sengaja !

" Nak toreh getah. " ujar eshal selamba.

" Lya nak balik. "

" Tapi abang lapar.." Adu eshal dengan wajah sengaja dikesiankan.

Mengharap agar alya merasa sedikit kesian pada nya.

" Cakap nak toreh getah. Abang nak makan getah ke?" Perli alya namun masih menurut langkah eshal keluar dari kereta.

" Abang tunda dulu noreh getah. Abang nak makan. Sebab orang tu teringin burger kepci katanya " mata eshal menjeling ke arah alya.

Alya mencebik sebelum menjeling pada eshal.

Hubungan mereka sangat rapat setelah alya pulang dari rumah thaqeef. Bermula dari hari yang mereka membawa alisya keluar hubungan mereka bagaikan pasangan kekasih lagak nya.

Tapi hakikatnya tidak. Alya sendiri keliru dengan perasaan nya. Eshal yang sudah berumur 27 tahun. Berbeza ketara dengan umurnya yang 17 tahun.

10 tahun tua dari Alya. Sedangkan eshal melayan nya ibarat kekasih hati. Pulang sekolah pasti akan dijemput oleh eshal kerana itu adalah kehendak lelaki itu sndiri.

Alya hanya menurut sahaja. Puan aisyah tidak membantah cuma dia berpesan pada alya agar tidak menaruh harapan buat jejaka itu.

" Baby !"

" Ha ? Abang cakap apa tadi ?"  Soal alya kelam kabut. Jauh betul dia mengelamun.

Eshal yang sudah duduk dihadapan nya bersama dua set burger dipandang.

" Dah sampai mana tu ?" Soal eshal . Lebih kepada perli alya.

" Sampai rumah dah. Tak sempat masuk abang dah panggil " jawab alya membalas dengan malas.

Tak tunggu lama alya terus melahap Burger kegemaran nya itu. Eshal sekadar tersenyum melihat telatah alya.

Jujur andai dia kata dia sudah mula suka pada alya. Cuma buat masa ini biar masa yang tentukan bagaimana pengakhiran kisah mereka.

" Kalau abang janji nak ambil, lya jangan balik dengan orang lain termasuk si kimi tu. Tunggu sampai abang datang. Faham?"

" Satu arahan ke ?"

Eshal mengangguk. Alya hanya balas 'hmm' sebelum menyumbat kentang goreng ke dalam mulut.

Begitu lah hari² alya. Kalau dah tiap tiap hari berjumpa, tak mungkin satu hari nanti perasaan cinta berputik di antara satu sama lain.

Cuma dia berharap, hati nya tidak sakit.

.

.

.

Thaqeef memimpin tangan arissa masuk ke sebuah butik pakaian. Dia sudah berjanji mahu membeli beberapa helai baju buat arissa dan alisya untuk majlis kenduri doa selamat yang akan diadakan dirumah thaqeef tak lama lagi.

Arissa pula sudah rambang mata melihat pelbagai dress dan jubah labuh bersaiz XXL.

Makin bulat mata arissa bila melihat tanda harga dibaju mewah itu.

Bapak nauu mahal!

" Sayang dah pilih ke ?"

Arissa mengangguk seketika sebelum menggeleng laju. Thaqeef ketawa kecil.

" Apa sayang ni. Mabuk ke ? Tak tahu nak pilih yang mana eh ?" Soal thaqeef tanpa menghiraukan wajah tidak selesa arissa.

Bukan dia tak tahu arissa serba salah nak pilih baju. Lagi² lepas tengok harga baju tu.

" Kita pergi kedai lain la abang. " Bisik arissa . Risau kalau pekerja butik mewah ini mendengar kata² nya.

" Kenapa ? "

" Baju sini mahal.. ermm. Rissa - "

" Abang yang nak beli dekat sayang. Mahal tak pe, abang tak kisah habis beribu dekat sayang dengan anak² abang. Janji sayang happy dengan abang. " Wajah arissa ditatap penuh kasih.

Memang la thaqeef tak kisah, tapi dia tidak mahu dikatakan mata duitan.

" Qeef, shopping apa sini?" Soal satu suara.

Thaqeef memandang ke arah suara itu. Terus wajah berubah. Tak sangka boleh jumpa makngah nya disini.

Arissa sudah menggenggam erat tangan thaqeef. Dia takut dihina lagi oleh makngah nya.

Disisi makngah nya ada maira yang memandang tanpa jemu wajah thaqeef. Jejaka pujaan nya.

" Ye, shopping sikit untuk isteri qeef. Makngah sihat ke ?" Thaqeef soal sekadar untuk menjaga hati makngah nya.

" Sihat la. Tapi bila tengok isteri kamu qeef makngah boleh agak yang dia lagi berganda ganda sihat.." perli makngah tanpa rasa bersalah.

Arissa menunduk sedikit. Sungguh dia hilang keyakinan bila berjumpa dengan makngah nya ini.

Habis semangat dia terbang entah ke mana.

" Kamu jaga pemakanan sama qeef. Jangan makan benda ² yang boleh menggemukkan kamu. Nanti hilang macho. "

Thaqeef menggeleng sahaja. Dia ingat makngah nya ini sudah serik bila eshal mengejar dengan cili dahulu, tapi masih berbisa mulut si tua ini.

" Dah isteri kesayangan saya ni masak sedap², mana mampu saya tolak. Biar gemuk tak apa makngah janji dia sayang saya. Kan sayang kan ?" Thaqeef mengucup sekilas pipi arissa.

Biar makngah nya dan Maira nampak kebahagian dia macam mana. Bukan dia tak tahu maira sudah lama gilakan dia.

Tapi dengan cara maira yang suka bersosial buat dia jadi tidak suka akan sepupu nya itu.

Jangan harap nak rampas takhta arissa sebagai permaisuri hati thaqeef.

" Seronok jadi isteri kamu kan qeef, duduk rumah besarkan badan. Cukup bulan tunggu suami tabur duit je beli itu ini. Ni makngah nak pesan, badan kena jaga jugak. Bukan apa takut nanti suami cari yang lain. Engko jugak yang merana celah dapur. "

Arissa sekadar mendiamkan diri. Malas mahu bercakap. Takut nanti ada yang bukak gelanggang gusti disini.

" Makngah tak berhak cakap macam tu pada isteri saya. Saya suka dia macam ni. Sedap dipeluk dari sekeping macam papan, silap ² ribut datang habis bawak terbang. "

Sebijik thaqeef beri pada makngah nya.

Sakit hati bila makngah nya tak habis² nak menyakitkan hati arissa.

Tak tahu ke hati orang bertubuh comel ni cepat terasa ??

" Saya mintak diri dulu ya makngah. Oh ya, pasal duit tu memang tanggungjawab saya sebagai suami dia untuk sediakan segala kelengkapan isteri. Tak perlu pertikai apa yang saya beri pada dia, cukup doakan rumahtangga kami bahagia. Assalamualaikum "

Terus thaqeef berlaku pergi dari butik mewah itu meninggalkan makngah nya yang sedang memaki hamun dalam hati.

Maira sekadar diam. Walhal dalam hati sudah berbakul dia menyumpah arissa.

" Dasar gemuk tak sedar diri. Tunggu la nasib kau nanti. " Tanpa sedar bibir maira mengukir senyuman sinis.

Dalam fikiran nya pelbagai rencana dia sedang aturkan.

Aizad yang bersembunyi disebalik tiang dalam mall itu hanya mampu melihat pasangan itu melangkah pergi.

Penumbuk digenggam erat. Dia mahu menyerang thaqeef dan melarikan arissa. Tetapi memandangkan mereka ditempat orang ramai dia hanya sekadar menjadi pemerhati.

Melihat arissa berada bersama thaqeef buatkan dia mahu naik gila. Ahh dia betul² inginkan arissa menjadi milik kekal nya.

Dia mahu wanita itu menjadi isteri nya yang sah dan kalau wanita itu tidak mahu pun, dia akan memaksa.

Janji arissa menjadi miliknya.

Serabut. Sudah lama dia memerhati arissa, tapi tidak mampu untuk mendekati wanita itu kerana thaqeef sentiass ada dengan arissa.

Nampaknya dia perlu aturkan rencana baru. Budak kecil yang selalu datang dengan arissa mungkin sesuai dijadikan umpan untuk mengalih perhatian thaqeef dari arissa.

Aizad tersenyum sinis.

" Sayang tunggu tau. Nanti abang datang jemput sayang ..hehehe "

.

.

.

Masuk ke dalam rumah Arissa mendahului thaqeef. Menonong wanita itu berlalu ke tingkat atas tanpa menegur encik suami. Dari dalam kereta arissa mendiamkan diri walaupun thaqeef memujuk.

Dapur dituju lelaki itu, peti sejuk dibuka dan sebotol air putih diambil dan diteguk.

" Qeef ? Sorang je? Mana Arissa?" Tegur mak iti yang kebetulan baru masuk dari mengutip pakaian yang dijemur.

Makin berusia ni penyakit lupa nya semakin kerap menyapa. Pagi sidai kain, malam baru dia ingat nak angkat.

Mak iti geleng kepala tanpa sedar dengan penyakit lupa nya itu.

" Rissa dah naik dulu. Tak berapa nak sihat. Qeef suruh dia rehat" jawab thaqeef sambil membasuh tangan nya.

" Tadi kami jumpa makngah di mall. " Thaqeef mula bicara.

Bagi dia, mak iti adalah seperti ibu kandung nya sendiri. Segala hal semua diceritakan pada wanita tua itu.

"Apa lagi la yang dia nak. Mak iti pelik betul. Hari tu datang sini dihina nya isteri kamu tu macam². Sampai eshal kejar dorang dengan cili. Mak iti kesiankan arissa. Apa salah dia, apa dosa dia sampai orang boleh hina saiz bentuk badan dia. "

Luahan mak iti mendapat keluhan dari thaqeef. Dia sebagai suami pun sakit hati bila isterinya dihina, apatah lagi tuan badan. Berganda ganda sedih arissa.

Bukan dia tak nampak arissa menangis dalam kereta, sepanjang jalan dia memujuk wanita itu. Arissa hanya diam sahaja.

Seumpama tiada keyakinan untuk bercakap. Thaqeef raup wajah. Kata² makngah nya tadi buat hati dia mendidih geram.

Padan la eshal kejar dengan cili. Kurang ajar sangat!

" Ni, dia tahu tak Qeef sebenarnya kerja apa?" Soal mak iti tiba².

Thaqeef membalas dengan gelengan sahaja tanda isterinya itu tidak tahu tentang pekerjaan nya yang satu itu.

" Cerita pada dia. Jangan rahsia sangat. Bila dah jadi suami isteri jangan ada rahsia antara kamu berdua. Nanti boleh bergaduh. " Pesan mak iti.

Dia tidak mahu melihat rumahtangga majikan nya ini berantakan gara² salah faham.

" Buat masa ni bagi rissa tenang dulu. Qeef tak nak serabutkan dia lagi. "

Usai itu thaqeef meminta diri untuk melihat keadaan arissa. Masuk sahaja dalam bilik kelibat arissa tidak kelihatan. Mungkin dalam bilik air, fikir thaqeef.

Setelah 10 minit menunggu tapi tiada tanda ² arissa keluar dari bilik air. Segera di atur langkah ke arah bilik air dan pintu ditolak, tidak berkunci!

Buka saja pintu, thaqeef terkejut melihat tubuh badan arissa yang terbaring di lantai dengan tidak sedarkan diri.

" Ya allah sayang ! bangun sayang !" Kepala arissa dipangku sebelah tangan menepuk perlahan pipi arissa.

Bagai nak luruh jantung thaqeef melihat keadaan isterinya.

Telefon dicapai sebelum mendail nombor eshal. Dia perlukan bantuan adik lelakinya untuk membawa mereka ke hospital.

" Kau kat mana ?? Wehh , rissa pengsan !!"

Terus dimatikan panggilan. Telefon dicampak kerana terlalu cemas.

" Sayang.. bangun . Jangan buat abang macam ni "

Tidak sampai beberapa minit tubuh eshal kelihatan dipintu bilik air dengan nafas tercungap cungap. Mak iti juga turut ada.

Tubuh arissa diangkat sebelum melangkah turun ke kereta. Sempat pesanan penaja ditinggal buat mak iti agar menjaga alisya dirumah.

Dia berharap arissa baik² sahaja.























# Hai assalamualaikum !!

Maaf lambat update.
Saya busy dengan kerja buat beberapa minggu ni.

Maaf sekali lagi 😅

Saya update bila saya tulis bab baru.
Jadi benda ni agak rumit sikit memandang kan saya ditempat kerja. Idea datang bertimpa timpa tapi masa untuk saya mengarang tidak mencukupi.

Saya jenis yang nak tulis bab baru saya akan baca dari awal sampai habis bab terakhir lepastu barulah idea tu datang. Itu kadang² puan aisyah boleh jadi mak / ibu 😂

So, satu bab baru.
Maaf sebab tak panjang dan agak merepek sedikit. Tapi harap ada yang faham jalan cerita ni 😂

Kalau ada typo boleh bagitahu saya, nanti saya baiki.

Terima kasih, dan doakan saya boleh update bab baru sebelum tahun baru nanti 🤭

TQ 🌹

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro