Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CINTA LARA 7

"apa?!... jane tu kekasih awak?!...", kata lara dengan rasa terkejut. semua orang yang duduk berdekatan dengan mereka terus memandang ke arah mereka berdua. "shhhhh!.... jangan cakap kuat sangat... nanti semua orang tengok kita... malulah...", kata randy sambil meletakkan jari telunjuknya di atas bibir. "apa shhh?... shhh?.... kalau betullah jane tu kekasih awak kenapa awak biarkan dia berkahwin dengan lelaki lain?... kenapa awak tidak menghalang perkawinan mereka tu?... awak ni memang bodohlah....", marah lara. "awak diam... awak tak tahu apa apa...", marah randy pula. "awak suruh saya diam? eh!... awak sedar tak yang awak masih cintakan perempuan tu... buktinya awak sebut sebut nama perempuan tu berulang kali ketika awak tengah mabuk semalam... saya tahu awak kecewa sebab dia berkahwin dengan lelaki lain dan bukannya awak....", kata lara dengan wajah yang marah sekali.

"just shut up lara!.... just shut up, ok...", kata randy semakin marah. "Tidak... saya tidak akan berdiam diri dalam perkara ini... awak harus batalkan perkahwinan mereka sekarang juga!...", lara bersuara dengan tegas. "batalkan perkahwinan mereka?!... eh... awak ingat dengan membatalkan perkahwinan mereka tu semua masalah saya akan selesai?... begitu?...", soal randy dengan suara yang tegang. "yalah... kalau perkahwinan ini di batalkan awak boleh berkahwin dengan jane...", balas lara dengan pantas. "Tidak semudah itu lah, lara... buat pengetahuan awak keluarga jane tidak sukakan saya sebab saya ni hanyalah seorang pelajar universiti yang tak ada duit dan tak ada kerja. bukan macam si jacob simpson tu... dia anak orang kaya. Lagi pula hartanya bertimbun timbun sebab itulah diorang paksa jane berkahwin dengan si jacob tu...", kata randy berterus terang. "oh begitu.... tapi takkanlah awak sanggup membiarkan si jane tu jatuh ke tangan orang kaya yang tak guna tu...", tingkah lara dengan wajah yang serius. "nak buat macamana lagi, lara?... jane terlalu akur dengan perintah orang tuanya... jika dia betul betul cintakan saya sudah tentu dia akan menolak lamaran jacob tapi ini tidak dia terima aje lamaran orang kaya tu... jadi kesimpulannya dia tak cintakan saya dengan sepenuh hatinya. dia cuma cintakan saya hanya di bibir saja dan bukannya di hati...", balas randy dengan penuh emosi.

"tapi randy...", kata kata lara terus di potong pantas oleh randy. "sudahlah tu lara... tak guna rasanya kita bergaduh kerana perempuan tu...", potong randy dengan tegas. belum pun sempat lara bersuara randy terus bangun dari kerusinya lalu beredar dari situ. lara terpaksa mengekorinya dari belakang. Ketika mereka sedang melangkah keluar dari dalam gereja tersebut tiba tiba, "randy?.... randy jackson ke tu?", soal suatu suara. randy kenal sangat dengan suara itu. itulah suara jane kekasih yang amat di sayanginya selama ini. tanpa menoleh ke belakang lagi, dia cepat cepat melangkah keluar dari situ. "randy... tunggu dulu!....", panggil jane dari hadapan ruang mimbar gereja tersebut. semua orang pandang semacam ke arah mereka berdua. tanpa mempedulikan pandangan orang ramai di situ mereka pun terus berlari kluar dari situ.

Setelah mereka berada jauh dari gereja tersebut, mereka berhenti berehat di bawah sebatang pohon oak yang ada di situ. "aaaaaaaaaahhhhhhhhh!!!!......", jerit randy dengan sekuat hatinya. dia seperti melepaskan kemarahan yang terbuku di lubuk hatinya. dia menumbuk pohon oak tersebut secara bertubi tubi dengan tangannya sehingga tangannya berdarah. "hey!!!.... hentikan perbuatan awak tu!.... tangan awak brdarahlah, bodoh!...", jerit lara sambil menarik tangan pemuda itu. randy berhenti dari menumbuk pohon oak tersebut. dia terduduk di bawah pohon oak dengan hati yang sedih. "kenapa dengan awak ni?.... awak sudah gilakah, hah?... kalau awak kecewa atau sakit hati pun janganlah sampai cederakan diri awak sendiri. itu 1 tindakan yang bodohlah!...", kata lara sambil mengesat darah di tangan randy dengan kertas tisu yang ada dalam beg tangannya. "ya... saya tahu tindakan saya ini bodoh tapi saya tidak peduli. Anyway, luka di tangan boleh di sembuhkan tapi luka di hati mungkin takkan dapat di sembuhkan buat selama lamanya...", balas randy dengan sedih. lara terdiam sebaik saja dia mendengar kata kata pemuda itu. memang betul apa yang di katakan oleh pemuda itu. perit rasanya jika hati di lukai. terutamanya jika cinta di khianati dan tidak di hargai oleh orang yang di sayangi.

lara memandang wajah randy. ada airmata yang bergenang di pelupuk mata pemuda tersebut. dia seperti hendak menangis tapi di tahannya saja airmata itu agar tidak jatuh membasahi pipinya. perlahan lahan lara memeluk pemuda tersebut. "sudahlah tu randy... jangan bersedih lagi...", pujuk lara. randy hanya diam membisu.dia membiarkan lara memeluk tubuhnya. "nasib kita sama randy... kita sama sama di tinggalkan kekasih yang di sayangi...", bisik lara dengan sedih. dia merasa sedih kerana dia juga baru saja di tinggalkan kekasihnya josh hanya kerana dia sudah ada girlfriend yang baru. Perlahan lahan airmata kesedihan mula membasahi pipi lara....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro