Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CINTA LARA 6

"randy... pagi tadi ada perempuan call awak..."
"eh... betul ke? kat rumah awak tu ada line phone ke?"
"line phone kat rumah saya kadang kadang ada... kadang kadang tak ada..."
"oh patutlah semalam saya cuba call kawan saya tapi line phone tak ada lah pula. rupa rupanya line phone kat tempat awak tidak begitu kuat. Anyway, siapa yang call saya pagi tadi ar?"
"Entahlah... dia tanya siapa saya. saya pun cakaplah saya kawan awak. Lepas tu dia tanya awak di mana... saya cakap awak sedang tidur. bila saya tanya siapa nama dia... dia terus hung up... ganjil betul perempuan tu kan... dia macam tak nak bercakap dengan saya pula... jangan jangan perempuan tu ialah jane..."

Fikiran randy mula berserabut sebaik saja lara menyebut nama jane. tak mungkin jane menghubunginya sedangkan gadis tersebut akan berkahwin pagi itu. Pedal minyak di tekan dengan kuat. kereta di pandu dengan laju. lara yang duduk di sebelahnya berpeluh kerana ketakutan. "randy... boleh tak awak drive kereta ni perlahan sikit? ini dah terlalu laju dah ni...", tegur lara separuh marah. randy diam membisu. dia memandu kereta itu dengan lebih laju lagi. "hei... awak dengar tak apa saya cakapkan ni? tolong perlahankan sikit kelajuan kereta ni... awak nak kita mati ke, hah?", soal lara mula marah. randy masih juga diam membisu. lara menggetapkan bibirnya. "ok... saya tahu awak marah pada saya sebab saya nak tahu pasal si jane tu tapi tolonglah jangan drive kereta macam orang gila... saya takut tau!...", kata lara. "awak diam dan rileks, ok?...", kata randy sambil memandu kereta tersebut. "macamana saya diam dan rileks sedangkan awak drive kereta macam orang yang sedang berlumba di litar perlumbaan pula... sebenarnya apa masalah awak ni, hah?", soal lara semakin marah.

"awak nak tahu apa masalah saya bukan? baiklah, biar saya tunjukkan awak apa masalah saya yang sebenarnya...", balas randy dengan marah. ketika itu mereka sudah pun sampai di kota hamstone. randy membelok keretanya ke arah gereja st. mary yang terletak tidak jauh dari kota hamstone. banyak betul orang yang datang ke gereja pagi itu. semuanya berpakaian indah. masing masing kelihatan gembira. "ramainya orang kat tempat ni... apa upacara yang mereka lakukan?", soal lara ingin tahu.randy diam membisu. dia terus melangkah keluar dari dalam kereta tersebut dengan di iringi oleh gadis itu.

"ting tong!... ting tong!... ting tong!...", kedengaran bunyi loceng gereja berdentang dengan kuat. semua orang melangkah masuk ke dalam gereja. randy segera menarik tangan lara menuju ke arah pintu gereja yang terbuka luas itu. begitu ramai orang masuk ke dalam gereja tersebut. randy dan lara duduk di kerusi belakang. "ini macam upacara perkahwinan aje. siapa yang kahwin ar?", soal lara ingin tahu tapi randy tidak menjawap soalannya. dia lihat wajah randy semakin tegang. lara mengalihkan perhatiannya.

dia lihat pengantin lelaki dan beberapa orang pengapitnya berdiri di hadapan mimbar gereja sambil tersenyum dengan riangnya. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi piano lagu tema perkawinan bergema memenuhi ruang dalam gereja tersebut. semua hadirin berdiri menghormati pengantin perempuan yang sedang melangkah masuk ke dalam gereja itu kecuali randy jackson. Dia duduk di kerusinya dengan wajah yang bertambah tegang. "randy... kenapa awak tidak berdiri?", soal lara tapi randy tidak menjawap soalannya itu. dia hanya duduk diam di kerusinya. selepas itu mereka duduk diam menyaksikan upacara perkahwinan tersebut.

Ketika pastor sedang berucap di hadapan mimbar, lara memerhatikan wajah pengantin perempuan yang berambut perang itu. dia nampak begitu cantik sekali dalam gaun pengantinnya. "cik jane thompson... apakah awak sudi bersuamikan encik jacob simpson?... apakah awak ingin hidup dengannya dalam susah dan senang?.... dalam suka dan duka?... dalam sakit dan sihat?... dalam...", pastor tersebut mula menyoal pengantin perempuan yang berdiri di hadapannya saat itu. lara berfikir seketika. "nanti dulu... nama pengantin perempuan tu ialah jane thompson... jadi gadis itu ialah jane yang awak sebut sebut tu kan?", soal lara pada randy yang duduk di sebelahnya. "ya!... betul...", balas randy tanpa memandang wajahnya. matanya tertuju ke arah pengantin perempuan itu. "so... apa kaitan awak dengan gadis bernama jane tu?", soal lara ingin tahu. "dia kekasih saya!...", balas randy dengan wajah yang serius.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro