CINTA LARA 18
Perlahan lahan randy menarik tangannya dari genggaman tangan gadis tersebut. dia brpeluk tubuh sambil merenung wajah jane. "awak nak tahu jawapan bagi soalan awak tu, bukan?... baiklah, biar saya berterus terang pada awak... sebenarnya saya...", belum pun sempat randy menghabiskan perkataannya tiba tiba, "randy!....", kedengaran suatu suara memanggil namanya. dia pun terus mengalihkan pandangannya ke arah datangnya suara itu. kelihatan lara sedang berjalan menuju ke arah mereka berdua. Dia memandang wajah mereka berdua dengan pandangan mata yang marah sekali. "lara?... kenapa awak berada di sini?", soal randy terkejut. Tanpa bicara, lara pun terus mengambil gelas minuman milik randy lalu di siramnya wajah randy dengan air lemonade di dalam gelas tersebut. "rasakan penipu!...", bentak lara. selepas itu dia berlari keluar dari situ. "lara...", randy memanggil gadis tersebut namun panggilannya tidak di endahkan oleh gadis itu. Lara terus melangkah keluar dari situ. cepat cepat jane menarik keluar kertas tisu dari dalam beg tangannya. dia mengelap wajah randy dengan kertas tisu di tangan. "whats wrong with her? bukan ke dia tu kawan baik awak? kenapa dia datang dengan marah marah pula? kenapa dia menyiram wajah awak dengan air?...", soal jane kehairanan. randy segera mnepis tangan jane dengan kasar sekali. "This is your fault...", kata randy dengan marah. belum pun sempat jane bersuara randy sudah pun pergi meninggalkan tempat itu.
Lara berjalan dengan perasaan yang marah sekali. fikirannya bercelaru. jiwanya kacau bilau. semuanya kerana randy. "lelaki tak guna!... dia cakap dia dah lupakan perempuan celaka tu tapi kenapa dia keluar dengan perempuan tu juga?... sialan betul randy tu... dia sama saja dengan josh... penipu... hipokrit nak mampus!....", kata lara pada dirinya sendiri. semua orang yang berselisih jalan dengannya pandang semacam aje padanya. tentu mereka berfikir yang dia sudah gila. maklumlah dia berjalan sambil bercakap seorang diri tapi lara tidak peduli akan itu semua. dia terus berjalan sambil mulutnya tak henti henti mengutuk randy. ketika dia berjalan di celah celah orang ramai yang di kaki lima tersebut tiba tiba, "lara!...", panggil suatu suara. lara kenal betul suara itu. kalau tidak salah itulah suara randy. dia lihat randy sedang berjalan dengan pantas menuju ke arahnya. cepat cepat lara terus berlari dari situ.
"lara!... tunggu dulu!.... kenapa awak berlari pula?... lara!...", panggil randy sambil mengejar gadis itu dari belakang. lara tidak mengendahkan panggilannya. dia terus berlari masuk ke dalam bangunan yang menempatkan 120 buah pintu apartment tersebut. randy terpaksa mengejar gadis itu dari belakang. "lara... tunggu saya...", sekali lagi randy bersuara memanggil gadis tersebut namun panggilannya tidak di endahkan. gadis itu terus berlari menuju ke arah pintu lif yang ada di situ. dia menekan punat lif dengan pantas sekali. sebaik saja pintu lif terbuka luas dia pun terus meluru masuk ke dalam pintu lif tersebut. Dengan sepantas kilat dia menekan punat lif yang ada di situ. perlahan lahan pintu lif itu tertutup rapat. "lara...", kedengaran suara randy memanggil namanya. lara terpaksa memekakkan telinganya. dia langsung tidak peduli akan pemuda itu lagi...
Randy cepat cepat menekan punat lif yang ada di situ namun usahanya gagal. Dia tekan punat lif yang lain tapi semuanya tidak terbuka. Ianya masih di gunakan oleh orang lain. maka randy pun terpaksa berjalan naik ke tingkat atas dengan menggunakan tangga kecemasan yang terletak tidak jauh dari situ. dia berlari lari menaiki anak tangga yang banyak itu. sebaik saja dia sampai di depan pintu apartment lara dia pun mengetuk daun pintu tersebut bertalu talu. Tidak lama kemudian pintu apartment itu di buka orang. kelihatan cindy sedang berdiri di ambang pintu apartment trsebut.
"hai cindy... er, lara ada tak?", soal randy ingin tahu. "oh hai randy... er, lara ada di biliknya...", kata cindy sambil menunjuk ke arah bilik rakannya itu. cepat cepat randy melangkah masuk ke dalam apartment tersebut. dia mengetuk daun pintu bilik lara secara bertalu talu. "lara... tolong buka pintu ni... saya mahu bercakap dengan awak...", kata randy sambil mengetuk daun pintu bilik tersebut. "no way!... saya tak akan buka pintu ni dan saya tak mahu bercakap dengan awak. so get lose, you jerk!...", bentak lara dari dalam bilik tidurnya. "lara... kalau awak kawan baik saya, awak harus dengar penjelasan saya ni dulu...", kata randy dengan tegas. "saya tak perlukan sebarang penjelasan dari awak lagi... awak sama saja dengan josh. lelaki tak guna!... penipu!... buat pengetahuan awak, saya paling benci pada orang yang suka menipu. so sekarang awak bukan lagi kawan saya... pergi berambuslah awak, bangsat!...", bentak lara dengan marah sekali. "lara...", randy cuba bersuara tapi cindy menarik tangannya ke satu sudut yang lain di ruang tamu tersebut. "apa yang telah berlaku ni?!...awak dah sakitkan hati dia ke, hah?", soal cindy cukup bengang. "sebenarnya saya...", belum pun sempat randy menghabiskan perkataannya tiba tiba pintu bilik tidur lara terbuka luas. kelihatan lara sedang berdiri di ambang pintu bilik tidurnya itu. "awak belum keluar lagi dari sini? eh!... randy, bukankah saya sudah suruh awak keluar dari sini tadi? kenapa awak masih tercegat kat sini pula? awak ni memang sengaja nak buat saya marah ke, hah?", soal lara dengan marah sekali. cepat cepat randy mendekati gadis tersebut. "lara... dengar penjelasan saya ni dulu... saya...", kata kata randy terus di potong oleh gadis itu. "saya dah cakap tadi yang saya tidak perlukan penjelasan dari awak!... so get out you stupid idiot!...", marah lara. dia menolak belakang randy dengan kasar sekali sehinggakan pemuda tersebut terkeluar dari dalam apartment itu.
"lara... tolonglah, jangan buat saya macam ni... saya...", kata kata randy sekali lagi di potong dengan pantas oleh gadis itu. "randy, awak kembali lah pada jane. dia lebih memerlukan awak dalam hidupnya. persahabatan kita hanya sampai di sini saja. lupakan saya dan anggap saja yang saya tak pernah wujud dalam hidup awak...", kata lara dengan sedih. "tapi kenapa awak cakap macam tu, lara?... kenapa awak marah sangat pada saya ni sehinggakan awak tak mahu berkawan dengan saya lagi? apakah kerana saya keluar dengan jane maka awak merasa begitu marah pada saya?", soal randy cukup bengang. "ya... memang saya marah pada awak sebab awak keluar dengan perempuan tu pada hal awak cakap pada saya sebelum ni yang awak dah lupakan perempuan tu. bukankah itu 1 penipuan?", balas lara dengan wajah yang serius. "penipuan?... rasanya awak dah salah sangka ni... sebenarnya tujuan saya keluar dengan jane ialah saya...", kata kata randy terus di potong pantas oleh lara. "tak perlulah awak menjelaskannya pada saya lagi, randy. saya tahu awak masih mencintai perempuan itu. kalau tidak masakan awak keluar makan dengannya, bukan? randy, saya rasa lebih baik awak berambus dari sini... saya tak mahu lagi berjumpa dengan awak. tolong jangan ganggu hidup saya... just leave me alone, ok?...", kata lara dengan tegas. serentak dengan itu pintu apartment tersebut di tutup dengan pantas. tinggal lah randy tercegat seorang diri di situ. perlahan lahan dia melangkah pergi meninggalkan tempat tersebut...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro