Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CINTA LARA 17

"kenapa kau datang mengganggu hidup aku lagi jane? kenapa kau datang setelah aku bersusah payah melupakan kau?... ohhh... god damn it!...", keluh hati kecil randy tak keruan. dia hanya duduk diam di dalam keretanya. dia mula berfikir apakah dia perlu pergi berjumpa dengan jane pada malam itu atau pun tidak...

*** *** ***

Malam itu lara merancang hendak pergi shopping. ketika dia sedang bersiap hendak keluar pada malam itu tiba tiba mereka di datangi oleh seorang tetamu yang berbangsa negro. "lara, perkenalkan ini leo george adik tiri saya... ibunya berkahwin dengan bapa saya beberapa tahun yang lalu. so kami ni kira adik beradik tiri lah...", kata cindy sambil tersenyum. "ooh... hai leo...", sapa lara dengan ramah. "hai juga lara... er... sebenarnya kakak, kami sudah berkenalan sebulan yang lalu...", kata leo sambil tersenyum. "oh ye ke? macamana korang berkenalan pula?", soal cindy ingin tahu. "sebenarnya adik tiri awak ni ialah kawan baik randy. randy yang memperkenalkan leo pada saya...", jelas lara sambil tersengih. "oh begitu...", cindy menganggukkan kepalanya perlahan lahan. "baiklah... saya minta diri dulu, cindy... leo... saya nak keluar pergi beli barang sekejap...", kata lara. "Ok...", balas cindy dan leo hampir serentak. selepas itu lara pun beredar dari situ.

*** *** ***

Randy melangkah keluar dari dalam keretanya. 'wonder cafe' yang indah di sinari cahaya neon itu di perhatikannya seketika. perlahan lahan dia melangkah menuju ke cafe tersebut. ketika dia sedang berjalan masuk ke dalam cafe itu tiba tiba datang seorang gadis lalu memeluknya erat erat. tak lain tak bukan itulah jane. "oh... randy, saya betul betul rindukan awak...", ucap jane dengan penuh perasaan. randy jadi serbasalah apabila semua orang yang ada di situ mula pandang semacam ke arah mereka berdua. "kenapa peluk saya ni?... rimas lah...", kata randy separuh jengkel. cepat cepat dia meleraikan pelukan gadis tersebut. "oh... sorry...", kata jane separuh terkilan namun di pendamkannya saja rasa terkilan itu di lubuk hatinya. "randy, mari ikut saya... kita makan dan minum kat meja sana tu...", pelawa jane sambil menunjukkan meja makan yang di maksudkannya. tanpa rasa segan silu dia pun terus menarik tangan randy menuju ke arah meja makan tersebut. mahu tidak mahu randy terpaksa menuruti kehendak gadis itu. perlahan lahan mereka duduk di kerusi masing masing. setelah mereka memesan makanan dan minuman masing masing, mereka pun mula berbual bual...

"so, apa tujuan awak mengajak saya datang ke sini?", soal randy dengan wajah yang serius. "randy, kenapa awak tanya soalan macam tu pada saya sedangkan awak tahu yang saya sangat mencintai awak dan mrindui awak...", balas jane dengan lembut. "ohhh... what a surprise!... baru sekarang awak sedar yang awak masih mencintai saya dan merindui saya?... hmmm... thats weird... maksud saya, kenapa baru sekarang awak mencintai saya dan merindui saya sedangkan sudah sebulan lebih awak berkahwin dengan lelaki kaya tu, awak tak pernah pun menghubungi saya...", kata randy memulangkan paku buah kerasnya. "memang selama ini saya tak pernah menghubungi awak tapi saya ingin memberitahu awak yang saya mengalami kesukaran untuk berhubung dengan awak sebab suami saya selalu mengawasi pergerakan saya. sehinggakan saya nak keluar sekejap pun susah...", kata jane dengan jujur. "jadi awak keluar malam ni atas keizinan suami awak ke atau awak datang ke sini tanpa pengetahuannya?...", soal randy ingin tahu. "saya datang ke sini tanpa pengetahuannya... anyway, walaupun saya sudah berkahwin dengan jacob tapi cinta saya pada awak masih mekar sehinggalah ke hari ini..."kata jane. "ahhh!... bohong!... saya tak percaya cakap awak tu... kalau awak betul betul cintakan saya, kenapa awak berkahwin juga dengan lelaki bangsat tu?", soal randy cukup marah.

"bukankah saya dah cakap pada awak dulu yang saya di paksa berkahwin dengan lelaki sialan tu... papa saya berhutang pada syarikat papa jacob. oleh kerana perusahaan papa saya muflis dan papa saya tak dapat membayar hutangnya pada papa jacob maka dia pun menyerahkan saya pada jacob sebagai galang gantinya...", terang jane dengan panjang lebar. "Ya... saya tahu awak di paksa berkahwin dengan lelaki tak guna tu tapi kenapa awak masih juga nak teruskan upacara perkahwinan itu pada hal awak tahu yang saya ada di dalam gereja pada pagi tu?... kenapa awak tak ikut saya lari saja dari dalam gereja tu?", marah randy lagi.

"memanglah saya nampak awak tapi awak membawa seorang gadis yang tak di kenali masuk ke dalam gereja tu... saya tengok gadis itu berlari mengejar awak dari belakang. siapa gadis itu, randy?", soal jane ingin tahu. "dia kawan baik saya... buat pengetahuan awak ketika hati saya hancur kerana kehilangan awak, dialah orang yang ada di samping saya. dia orang yang pertama mengajar saya bagaimana caranya untuk melupakan awak. bagi saya, dia seorang gadis yang sangat baik hati. dia sanggup berkongsi suka dan duka dengan saya. dia selalu menghibur hati saya di saat saya bersedih. malah dia sering memberikan saya kata perangsang untuk teruskan hidup di muka bumi ini... tanpa dia, mungkin saya akan bunuh diri kerana di kecewakan oleh awak...",kata randy dengan penuh emosi.

"hm... nampak gayanya gadis itu sangat istimewa dalam hidup awak. kalau tidak masakan awak begitu bersemangat sekali ketika awak bercerita tentang gadis tu pada saya... siapa gadis tu, randy?", soal jane ingin tahu. "siapa dia, itu bukan urusan awak. yang penting sekarang saya nak tanya awak... kenapa awak tiba tiba datang mengganggu hidup saya setelah sebulan lebih awak menyepikan diri?...", soal randy dengan wajah yang serius. "sebenarnya saya dan suami saya baru saja balik dari berbulan madu di pulau wales selama sebulan. dalam tempoh sebulan itu saya cuba untuk melupakan awak dan menerima suami saya seadanya tapi saya gagal berbuat demikian. saya asyik teringatkan awak. so, tujuan saya datang ni ialah saya cuma ingin bertanya pada awak, apakah awak masih mencintai saya atau pun tidak?... jika awak masih mencintai saya, saya berjanji yang saya akan bercerai dengan suami saya. kemudian kita berhijrah ke kota parison untuk bina hidup baru di sana. jika awak tidak mencintai saya lagi maka terpaksalah saya membawa diri ke kota parison seorang diri...", kata jane perlahan lahan.

"betul ke yang awak sanggup bercerai dengan suami awak dan berhijrah ke kota parison bersama saya? tidak kah itu satu rancangan yang gila?...", soal randy sambil merenung wajah jane. "saya tidak peduli akan itu semua, randy. yang penting sekarang saya mahu kita berdua dapat hidup bersama macam dulu lagi... saya tak mahu kehilangan awak... hanya awak seorang saja yang ada di dalam hati ini. tolong katakan pada saya randy yang awak cintakan saya... please...", kata jane dengan penuh pengharapan. perlahan lahan dia memegang tangan randy. Randy hanya diam membisu...

Pada masa yang sama kelihatan lara sedang berjalan di kaki lima yang sibuk itu. dia mengangkat beg shopping di tangan sambil menyanyi kecil. ketika dia sedang melangkah di hadapan wonder cafe yang penuh dengan pelanggan itu tiba tiba saja langkah kakinya terhenti sebaik saja dia lihat randy sedang duduk semeja dengan seorang gadis di dalam cafe tersebut. Kalau tak salah gadis itu ialah jane bekas kekasih randy. lara merasa sungguh terkejut dan marah sekali. Tanpa di sedarinya dia menggetapkan bibirnya. Geram....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro