CINTA LARA 12
Keesokan harinya randy mula mencari dan mengumpulkan semua gambar dan juga barang barang pemberian jane padanya. Apabila dia melihat semua gambar dan barang barang itu hatinya mula merasa sedih. wajah manis jane mula terbayang di matanya. kesedihan terpancar di wajahnya. "Tidak... aku tidak boleh merasa sedih sekarang!... aku harus kuat!... aku harus melupakan jane!... jane bukan kekasih aku lagi!...", kata randy pada dirinya sendiri. dia melemparkan semua gambar dan barang barang pemberian bekas kekasihnya itu ke dalam kotak. Kemudian kotak tersebut di tutupnya dengan rapat dan di ikat dengan seutas tali di tangan. dia mengangkat kotak tersebut sambil melangkah keluar dari dalam bilik tidurnya itu. perlahan lahan handphone di tariknya keluar dari dalam poket seluarnya. dia mendail nombor handphone lara. beberapa saat kemudian,
"hello..."
"hello... lara, awak dah siap ke cari gambar dan barang barang pemberian ex boyfriend awak tu?"
"saya tengah cari dan kumpulkan gambar dan barang barang tu... awak tunggu dulu ye... sekejap lagi saya akan datang ke rumah awak..."
"tak payah... biar saya yang datang ambik awak... awak tunggu saya, ok?"
"ok..."
Talian handphone di matikan. dia segera bersiap untuk bertemu dengan lara. Tidak lama kemudian dia melangkah masuk ke dalam keretanya itu. kereta miliknya terus meluncur laju meninggalkan pekarangan rumah yang sepi itu.
Lara memerhatikan gambar kenangannya bersama josh. rasa sedih mula terpancar di wajahnya. dia melemparkan satu demi satu gambar kenangannya bersama josh ke dalam kotak itu. barang pemberian josh seperti mug, rantai perak berloket, jam, buku, baju gaun malam dan lain lain lagi terus di lemparkannya ke dalam kotak tersebut. airmata mula mengalir membasahi pipinya. "jangan menangis lara... awak mesti kuat!... awak harus lupakan josh buat selama lamanya!...", kata lara pada dirinya sendiri. dia mengesat airmata di pipi dengan lengan baju yang di pakainya saat itu. beberapa saat kemudian, "tuk... tuk... tuk...", kedengaran pintu apartmentnya di ketuk orang. perlahan lahan lara bangun. dia membuka pintu apartmentnya itu.
kelihatan randy sedang berdiri memerhatikannya. "lara... awak dah siap ke?", soal randy ingin tahu. "sudah... tunggu sekejap, saya pergi ambil kotak saya dulu...", balas lara. dia berjalan masuk ke dalam biliknya. Tidak lama kemudian dia muncul di hadapan randy dengan sebuah kotak di tangan. "mari kita pergi sekarang...", kata lara setelah dia menutup dan menguncikan daun pintu apartmentnya itu. mereka melangkah masuk ke dalam lif yang berdekatan. sampai saja di tingkat bawah mereka terus melangkah keluar dari dalam bangunan itu. sebaik saja mereka sampai di parking lot yang sunyi sepi itu mereka pun melangkah masuk ke dalam kereta milik randy. "di manakah lokasi yang sesuai untuk bakar semua gambar dan barang barang yang tak berguna tu?", soal randy ingin tahu. "kita pergi ke pohon oak yang terletak tidak jauh dari gereja st mary tu. kita bakarkannya di sana...", kata lara. "baiklah...", balas randy sepatah. enjin kereta di hidupkan.
perlahan lahan kereta tersebut meluncur laju dari situ. Tidak lama kemudian mereka pun sampai di tempat yang di tuju. enjin kereta di matikan. perlahan lahan mereka melangkah keluar dari kereta tersebut. mereka mengangkat kotak masing2 sambil melangkah menuju ke arah pokok oak itu. kotak kotak tersebut di letakkan tidak jauh dari pokok oak itu. perlahan lahan randy menuangkan sedikit minyak gasoline di atas permukaan kotak tersebut. selepas itu dia mengeluarkan pemetik api dari dalam poket seluarnya. sekali petik aje api terus keluar dari hujung pemetik api tersebut. dia menghalakannya ke arah kotak itu. api terus membakar hangus dua buah kotak tersebut. randy dan lara hanya berdiri memerhatikan api yang marak itu. lara menangis kesedihan.
randy memeluknya. "sudahlah, jangan menangis... tak ada apa yang di tangisi lagi... semuanya sudah berakhir...", pujuk randy sambil mengusap usap belakang gadis itu. lama juga mereka berdiri di situ. api sudah lama terpadam. yang tinggal hanyalah abu yang berwarna kelabu. "so, apa yang awak buat selepas ni?", soal randy setelah lama berdiam diri. dia meleraikan pelukannya. lara mengesat airmatanya dengan tisu di tangan. "urm... saya tak ada apa yang hendak di buat selepas ni...", balas lara perlahan lahan. "apa kata kalau kita keluar sepanjang hari ni untuk menghiburkan hati kita yang sedih ini...", cadang randy. "baiklah... kita nak pergi ke mana ni?", soal lara. "ke suatu tempat yang istimewa...", balas randy. mereka pun beredar dari situ. mereka melangkah masuk ke dalam kereta milik randy. perlahan lahan kereta itu meluncur laju dari situ.
Beberapa minit kemudian mereka pun sampai di pantai portson. mereka lihat ada beberapa orang sedang berbaring sambil berjemur di tepi pantai yang indah itu. kelihatan beberapa orang sedang seronok meluncur di atas air dengan papan luncur masing masing. Randy melangkah beriringan dengan lara. mereka berjalan menyusuri pantai tersebut. "ini ke tempat yang awak cakap istimewa tu?", soal lara ingin tahu. "ya... inilah tempat yang saya maksudkan tu. Anyway, awak nak lihat tak keseluruhan pantai ni dari atas tebing berbatu d sana tu?", soal randy sambil menunjukkan tempat yang di maksudkannya itu. "nak juga...", balas lara sambil menganggukkan kepalanya. mereka pun berjalan menuju ke arah tebing berbatu yang terletak tidak jauh dari situ. mereka mendaki tebing berbatu yang agak tinggi itu. Tidak lama kemudian mereka pun sampai di atas tebing berbatu tersebut. mereka berdiri sambil memerhatikan keindahan alam yang terbentang luas itu. "wow... tempat ni sangat cantiklah...", puji lara. "memang pun tempat ini sangat cantik. Saya selalu datang ke sini dengan jane...", kata randy. lara merenung wajah pemuda itu dengan perasaan yang marah. randy terus terdiam sebaik saja lara merenung wajahnya dengan renungan mata yang tajam sekali.
"boleh tak awak jangan sebut nama perempuan tu lagi? awak cakap awak nak lupakan perempuan tu buat selama lamanya tapi kenapa nama perempuan tu lagi yang awak sebut?...", soal lara dengan nada suara yang marah. "oh... maaf... saya tersilap...", bls randy serbasalah. "ok... tujuan kita datang ke sini ialah untuk melupakan bekas kekasih kita tu tapi memandangkan awak pernah membawa perempuan tak guna tu kat tempat ni, jadi saya fikir tempat ini memang tidak sesuai untuk di kunjungi... maklumlah awak kan pernah bawa dia ke tempat ini. so secara automatic awak akan teringatkan perempuan itu. cara yang paling berkesan ialah kita pergi ke suatu tempat di mana kita tidak akan teringatkan bekas kekasih kita tu lagi... maksud saya tempat yang belum pernah kita kunjungi sebelum ini...", saran lara setelah berfikir buat beberapa ketika. "betul juga cakap awak tu. sorrylah saya tersilap tadi... saya...", balas randy sambil meraba raba belakang tengkuknya. "Never mind... just forget about that... mari ikut saya... saya nak bawa awak ke suatu tempat yang jarang di kunjungi oleh orang ramai...", kata lara. "kat mana tu?", soal randy ingin tahu. "adalah... mana kunci kereta awak? biar saya yang drive kereta awak kali ni...", kata lara. tanpa banyak bicara randy pun menyerahkan kunci keretanya itu pada lara. perlahan lahan mereka melangkah meninggalkan pantai tersebut.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro