Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CINTA LARA 11

Selepas makan malam lara membantu leah mengangkat semua pinggan mangkuk yang kotor ke dalam dapur. selepas itu dia mencuci tangannya di sinki. "akak, terima kasihlah sebab akak sudi datang makan malam dengan kami malam ini...", kata leah sambil tersenyum. "sama sama... akak pun berterima kasih pada adik sebab adik sekeluarga sudi menjemput akak untuk makan malam di sini. akak sangat menghargainya. Anyway, ibu bapa adik sangat baik, kan...", kata lara sambil tersenyum. "ya... memang mereka sangat baik. akak tau tak?... mereka sukakan akak lebih dari bekas kekasih abang si jane tu... mereka cakap akak ni memang sesuai sangat untuk abang randy...", kata leah pula. "oh ye ke?", soal lara separuh terkejut. "iya..."bls leah sepatah. belum pun sempat lara bersuara tiba tiba, "leah...boleh tak awak pergi ke ruang tamu sekejap? mama nak bercakap dgn lara ni...", kata puan rosa. "baiklah mama...", balas leah lalu beredar dari situ. puan rosa berjalan menghampiri lara yang sedang berdiri dekat dengan sinki itu.

"lara..."
"ya... ada apa aunt?"
"aunt lihat randy begitu serasi dengan awak... belum pernah aunt tengok randy begitu bersemangat bila bersama dengan teman wanitanya..."
"er... aunt, sebenarnya saya bukan teman wanita randy. saya cuma kawan biasanya saja..."
"ya... aunt tahu awak hanyalah kawan biasanya aje tapi aunt dapat rasakan yang randy mulai tertarik dengan awak cuma dia belum bersedia hendak memberitahukannya pada awak..."
"macamana aunt tahu tentang perkara itu?"
"randy tu kan anak aunt... jadi aunt tahu tentang segala sesuatu tentang dirinya... aunt tahu hatinya terluka dan sedih kerana jane telah mengecewakannya. aunt dapat melihat kelukaan dan kesedihan itu dari riak wajahnya setiap hari tapi segala kesedihan itu hilang apabila dia bersama awak. buktinya dia nampak begitu ceria malam ini kerana awak ada di sampingnya. buat pengetahuan awak, selama ini dia jarang betul ketawa dan tersenyum tapi bila awak bersama dengannya dia sering ketawa dan tersenyum. itu 1 petanda yang sangat baik..."

"jadi?..."
"jadi aunt nak awak selalu dekat dengannya. kalau boleh awak hubungi dia setiap masa. tak pun awak ajak dia keluar sekerap yang mungkin. jika awak buat apa yang aunt suruh sudah tentu dia akan dapat melupakan jane buat selama lamanya..."
"tapi aunt, tidak kah tindakan seperti itu akan membuatkannya berfikir yang saya mula menyukainya atau lebih teruk lagi dia berfikir bahawa saya mencintainya sedangkan saya cuma menganggapnya sebagai kawan biasa aje..."
"alah... awak buat semua ni untuk menolong dia supaya dia dapat melupakan jane buat selama lamanya. Kasihan randy. dia patah hati kerana perempuan celaka tu... tolonglah luangkan sedikit masa awak untuknya supaya dia tidak tenggelam dalam kesedihannya tu. tolonglah... aunt merayu pada awak..."
"baiklah aunt... saya akan cuba ikut apa yang aunt suruh tapi saya tidak janji samada cubaan saya ni berjaya atau pun tidak..."
"oh... baguslah kalau begitu. by the way, tolong jangan bagitahu randy tentang hal ini, ya... ini adalah rahsia di antara kita berdua, ok?"
"ok..."
Puan rosa tersenyum gembira. perlahan lahan dia beredar dari situ. lara menarik nafas berat.

"apa yang mama bualkan dengan awak tadi?", soal 1 suara. Lara pun terus menoleh ke belakangnya. kelihatan randy sedang berdiri di ambang pintu dapur sambil memandang ke arahnya. "oh... er...mama awak cuma nak ucapkan terima kasih pada saya sebab saya sudi datang ke sini... itu saja...", bohong lara. "betul ke ni?", soal randy macam tidak percaya. "betul...", bohong lara lagi. "tapi korang berbual lama sangat macam berbual perkara penting aje...", kata randy sambil mendekati gadis itu. dia berdiri di sebelah lara. "tak de perkara yang penting sangat...", dalih lara. "oh ye ke?", soal randy macam tidak puas hati dengan jawapan gadis itu. "iya...", balas lara separuh geram. "kalau macam tu kenapa wajah awak nampak tak happy aje selepas berbual dengan mama...", soal randy. lara menyentuh wajahnya. "wajah saya tak nampak happy ke? saya tak perasan pun... ok, sekarang wajah saya nampak happy tak?", soal lara sambil tersenyum lebar. randy ketawa kecil. "awak tersenyum macam badut di sarkas pula...", komen randy. "yelah tu...", lara bersuara sambil ketawa kecil. randy pun turut ketawa di sebelahnya. "sorrylah sebab keluarga saya menganggap awak seperti teman wanita saya... saya sudah banyak kali cakap pada mereka yang awak ni cuma kawan biasa saya tapi mereka masih juga cakap yang awak ni teman wanita saya... mereka tu memang macam tu. suka sangat mengusik orang...", kata randy panjang lebar. "oh... itu perkara biasa... saya sudah biasa di usik orang... di tempat kerja saya pun saya sering di usik orang...", balas lara sambil tersenyum. "ya... tapi usikan keluarga saya tu keterlaluanlah. adakah patut kita yang berkawan ni pun di anggap bercinta? sungguh lucu, bukan?...", randy bersuara sambil ketawa kecil. lara pun turut ketawa di sebelahnya.

"ya, memang lucu skali... anyway, awak masih teringatkan jane lagi tak?", soal lara ingin tahu. randy berhenti ketawa. wajahnya kembali serius apabila nama jane di sebut oleh lara. "Ya... saya masih teringatkan dia walaupun dia sudah menjadi milik orang lain... awak pula macamana? Awak masih teringatkan ex-boyfriend awak tu lagi ke?", soal randy sambil memandang wajah lara. "ya... saya pun macam awak juga... asyik teringatkan dia. Aduhai... sampai bilakah agaknya kita akan dapat melupakan ex kita tu ar?", soal lara dengan sedih. "Entahlah... kata orang masa akan mengubah segala galanya... mungkin ada masanya nanti kita akan dapat melupakan bekas kekasih kita tu tapi tengok keadaanlah... kalau bernasib baik kita akan dapat lupakan bekas kekasih kita tu buat selama lamanya tapi kalau tidak... hmmm... tak tahu lagilah...", balas randy separuh mengeluh. "Saya rasa saya ada cara untuk mengatasi masalah ini... oleh kerana kita sama sama di tinggalkan oleh kekasih, apa kata kalau kita saling tolong menolong dalam perkara ini?", soal lara secara tiba tiba. "Tolong menolong?... maksud awak?", soal randy dengan dahi yang berkerut. Dia tidak faham apa yang di perkatakan oleh lara saat itu. "macam ni... awak tolong saya lupakan josh, ex-boyfriend saya tu. manakala saya pula tolong awak lupakan jane, ex-girlfriend awak tu. Manalah tahu dengan cara ini kita dapat melupakan ex kita tu buat selama lamanya. amacam awak setuju tak dengan cadangan saya ni?", soal lara dengan penuh semangat. randy terdiam memikirkannya.

"ok... saya setuju", balas randy setelah berfikir sejenak. "baguslah kalau macam tu...", balas lara sambil tersenyum lebar. "ok... whats your first plan?...", soal randy ingin tahu. "ok, pertama sekali awak lakukan ialah awak harus cari dan kumpulkan semua gambar kenangan dan barangan yang di hadiahkan oleh jane pada awak sepanjang korang bercinta. saya pun akan mencari dan mengumpulkan semua gambar kenangan dan barangan yang di berikan oleh josh pada saya. kemudian kita sama sama bakar semua gambar dan barang barang tu...", kata lara dengan pantas. "ok, lepas tu?...", soal randy ingin tahu. "lepas tu kita haruslah sentiasa berhubung di antara satu dengan yang lain. Kita juga harus keluar apabila kita merasa kesepian atau sedih supaya kita dapat menghibur hati kita yang sedih dan terluka ini. manalah tahu dengan cara ini kita akan dapat melupakan bekas kekasih kita tu...", kata lara panjang lebar. "Oh... thats a good idea... saya akan ikut cadangan awak...", kata randy dengan bersungguh sungguh. "saya harap lepas ni kita akan dapat lupakan bekas kekasih kita tu buat selama lamanya...", kata lara dengan penuh harapan. "Harap harap macam itulah hendaknya...", balas randy perlahan lahan. mereka saling berpandangan dan berbalas senyuman...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro