Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CINTA LARA 10

Seperti yang di janjikan malam itu randy pergi ke apartment lara. ketika itu lara sedang sibuk bermake-up. randy mengetuk daun pintu apartment lara sebaik saja dia sampai di pintu apartment tersebut. "tunggu dulu!...", jerit lara sambil mencalitkan gincu berwarna pink di bibirnya itu. randy terpaksa menunggu di luar. "lama betul dia ni... apa yang dia buat dalam tu?... takkanlah dari tadi belum siap lagi...", rungut randy sendirian. sekali lagi dia mengetuk pintu apartment gadis tersebut. "lara... cepatlah sikit...", randy bersuara sambil mengetuk pintu apartment itu. "yelah!... yelah!...saya datanglah ni...", balas lara separuh geram. dia berjalan menuju ke arah pintu apartmentnya. pintu tersebut terus di bukanya. hampir saja randy terjatuh ktika itu. maklumlah dia berdiri di situ sambil bersandar dekat dengan daun pintu tersebut sebab itulah dia hampir terjatuh sebaik saja pintu tersebut di buka oleh lara.

nasib baik dia cepat cepat mengimbangi tubuh badannya saat itu kalau tidak tak tahu lagilah. lara ketawa kecil sebaik saja dia melihat kejadian spontan itu. randy terpaksa buat wajah selamba walaupun ketika itu dia merasa malu. perlahan lahan dia memandang ke arah lara. gadis tersebut kelihatan sangat cantik dalam gaun malam yang di pakainya. lara jadi tidak keruan apabila randy memandang ke arahnya dengan pandangan yang semacam pula. "eh!... kenapa awak pandang saya macam tu? ada apa apa yang tak kena ke?", soal lara penuh dengan tanda tanya. "eh... tak ada apa apa... cuma awak kelihatan cantik malam ini...", puji randy. lara tersenyum tersipu sipu malu. wajahnya kemerahan seperti udang yang di goreng garing. "Oh... terima kasih dengan pujian awak tu... jom kita pergi sekarang...", kata lara sambil melangkah keluar dari dalam apartment tersebut. pintu di kunci rapat. "jom...", balas randy sepatah. selepas itu mereka beredar dari situ. sebaik saja mereka sampai di parking lot yang sunyi sepi itu mereka pun terus melangkah menuju ke arah kereta randy. pintu kereta di buka. dengan serentak mereka melangkah masuk ke dalam kereta tersebut. enjin kereta di hidupkan. kereta itu terus meluncur laju dari situ.

Tidak lama kemudian mereka pun sampai di banglo dua tingkat milik orang tua randy. "kita dah sampai...", kata randy sambil mematikan enjin keretanya. "ini ke rumah orang tua awak?", soal lara ingin tahu. "ya... mari ikut saya...", ajak randy. mereka pun melangkah keluar dari dalam kereta tersebut. kelihatan seorang gadis sedang duduk di luar pintu banglo itu. dia nampak sangat gembira ketika menyambut kedatangan mereka di situ. "adik, inilah lara maxwell... lara, ini adik saya leah jackson...", kata randy. "oh... hai leah!...", sapa lara dengan ramah. "hai... kak lara... gembira dapat berjumpa dengan akak... patutlah abang saya sukakan akak rupa rupanya akak ni sangat cantiklah...", puji leah sambil bersalaman dengan lara.

"eh... akak tak cantiklah. janganlah puji akak macam tu sekali... akak malulah...", balas lara sambil tersenyum. "alah... merendah diri pula akak ni... jom kita masuk ke dalam...", ajak leah sambil menarik tangan lara. mereka pun masuk ke dalam banglo tersebut. kelihatan orang tua randy sedang duduk di ruang tamu sambil menonton TV. "mama... papa... abang dah sampai dengan kekasih barunya...", kata leah dengan riangnya. lara terus memandang wajah randy. "apa semuanya ni? adik awak ingat kita bercinta ke?", bisik lara pada randy di sebelahnya. "Adik saya memang tidak tahu...", belum pun sempat randy menghabiskan perkataannya itu tiba tiba, "apa yang korang bisik bisikkan tu ar?", soal leah ingin tahu. "oh... tak ada apa apa... tak ada apa apa...", balas randy sambil tersenyum kambing. lara yang berdiri di sebelahnya pula hanya tersengih macam kerang busuk. "akhirnya korang dah sampai...", tegur puan rosa sambil tersenyum. "er... mama, papa... perkenalkan ini lara maxwell... lara, ini mama saya rosa dominic dan ini pula papa saya jackson smith...", randy bersuara sambil memperkenalkan gadis itu pada kedua orang tuanya itu.

"apa khabar uncle? aunt?...", sapa lara sambil bersalaman dengan mereka semua. "oh... khabar baik... awak pula apa khabar?", soal tuan jackson. "oh... khabar baik juga...", balas lara sambil tersenyum. "er... marilah kita pergi ke ruang makan sekarang... makan malam sudah siap terhidang di atas meja tu...", pelawa puan rosa. tanpa banyak bicara mereka pun pergi ke ruang dapur yang terletak tidak jauh dari situ. mereka duduk makan di meja sambil berbual bual dengan riangnya.

"lara, awak masih study ke atau bekerja?"
"Oh... er... saya bekerja aunt... saya bekerja di restoran bistro sebagai waitress biasa aje..."
"oh begitu. sebenarnya awak ni berasal dari mana?"
"saya berasal dari havana..."
"oh I see... awak dah lama ke menetap di kota hamstone ni?"
"lama juga aunt. selepas orang tua saya meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya beberapa tahun yang lalu saya dan abang saya terpaksa tinggal dengan atuk saya. sekarang atuk saya sudah tiada jadi kami terpaksa hidup sebatang kara..."
"oh begitu... awak ada abang juga ke?"
"ada... abang saya berkhidmat di dalam tentera laut sekarang..."
"oh... I see... dia sudah berkahwin ke atau belum berkahwin?"
"dia belum berkahwin lagi, aunt..."
"oh begitu... er... dah lama ke awak berkenalan dengan anak kami randy?"
"urm... taklah lama sangat. kami baru saja berkenalan 2 minggu yang lepas..."
"oh... jadi macamana korang berkenalan? boleh awak cerita sikit tak?..."

Randy yang dari tadi diam membisu mula merasa tidak senang dengan cara mamanya menyoal gadis tersebut. Sejak dari tadi dia asyik bertanya pada lara. "kenapa mama banyak tanya ni? biarlah lara makan makanannya tu dulu...", tegur randy. "oh... mama cuma ingin tahu aje sebab itulah mama banyak bertanya. tak ada salahnya kalau banyak bertanya, kan lara?...", balas puan rosa sambil tersenyum. "ya, aunt... memang tak ada salah pun. aunt tanya banyak banyak pun saya tak kisah...", kata lara sambil tersenyum kambing. "tak sangka pula mama awak ni suka bertanya... macam polislah pula...", bisik lara pada randy yang duduk di sebelahnya saat itu. "memang mama saya tu macam...", belum pun sempat randy menghabiskan perkataannya itu tiba tiba, "apa yang korang bisik bisikkan tu?", soal puan rosa ingin tahu. "oh... tak ada apa apa, aunt...", balas lara sambil tersenyum kambing.

"oh... er... awak belum jawap lagi soalan aunt tadi. macamana korang bertemu dan berkenalan? ceritalah... kami nak dengar ni...", kata puan rosa. lara pun terpaksa menceritakan bagaimana mereka bertemu dan berkenalan. mereka semua mendengar ceritanya dengan penuh minat. "hahaha... teruklah abang ni... mabuk sampai termuntah muntah pula... kasihan akak lara kan sebab terpaksa lap kesan muntah abang tu seorang diri... hahaha...", leah bersuara sambil ketawa. "adik ketawalah puas puas... abang tak kisah pun kalau adik ketawakan abang...", randy bersuara separuh geram. "apa apa pun kisah korang berdua ni memang romantik sangat lorh... iyelah, kan korang berdua terpaksa bermalam di dalam 1 rumah and then korang makan malam bertemankan sinar cahaya lilin pula tu. Very romantic lorh... mereka pasangan kekasih yang romantik kan, mama?... kan papa?...", usik leah lagi. "memang pun mereka pasangan kekasih yang romantik...", balas puan rosa dengan tersenyum penuh bererti.

lara dan randy saling berpandangan. "bila masa pula kita jadi sepasang kekasih yang romantik ar?", bisik lara pada randy di sebelahnya. "Entahlah...", balas randy secara berbisik. "awak cubalah terangkan pada mereka semua yang kita ni bukannya sepasang kekasih. kita cuma berkawan biasa ajelah...", bisik lara lagi. "saya dah bagitahu mereka semua yang awak ni kawan saya tapi...", bisikan randy terhenti apabila... "ehemm!... korang berbisik lagi, eh?...", tegur leah sambil berdehem kecil. "eh... tidak lah... kami cuma menyanyi kecil aje ni... tralala... tralala.... tralala...", lara mula menyanyi dengan suara yang kuat. mahu tidak mahu randy pun terpaksa bernyanyi bersama dengan gadis tersebut. "tralala... tralala... tralala...", randy bernyanyi dan bernyanyi. mereka yang lain hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua saat itu. "pasangan yang lucu...", komen tuan jackson pada isterinya puan rosa. "memang lucu pun... apa apa pun saya gembira apabila melihat randy tersenyum dan ketawa macam tu... lara telah berjaya menghidupkan jiwa randy yang telah mati... kesimpulannya gadis itu memang sesuai dengan randy...", balas puan rosa pada suaminya. mereka saling tersenyum penuh bererti.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro