Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Prolog

Alunan lagu kelab yang sedikit menyesak dan membingitkan telinga itu langsung tak buatkan telinga nya rasa sakit malah dia menikmati lagu itu dengan penuh dramatisnya. Lagak nya seperti seseorang yang sedang ligat memasang telinga mendengar lagu romantis tangkap leleh yang menenangkan hati dan perasaan.

Air syaitan yang berada dalam tangannya, diminum rakus. Sesekali matanya meliar mencari kelibat gadis yang mahu dia jadikan sebagai teman satu malamnya. Sempat mata gatalnya, membelek tubuh molek yang sedang asyik berdansa di ruang menari. Melentok-lentok gadis itu menggoyangkan tubuhnya sekaligus buatkan nafsu jantannya rasa tercabar.

"Kau tak nak menari ke?" soal Malik sambil tangannya sudah memeluk erat tubuh gadis yang sudah meraba-raba dada sasanya.

Malik sekadar membiarkan. Lagipun, dia senang diperlakukan begitu. Rasa dimanjakan, rasa disayangi. Yurp, dengan duit.. dia mampu beli kasih sayang seorang perempuan. Tanpa duit, mungkin Malik tak mampu miliki semua itu dengan mudah.

Kepalanya digelengkan. Untuk kesekian kalinya, gelas yang bersisa wine itu dihirupnya sampai habis sebelum cawan itu dihentakkan semula ke meja.

Sempat, dia minta agar penjaga bar itu menambah air setan itu ke dalam gelasnya. Tidak membantah, penjaga bar itu menuruti arahannya.
Wine putih jenama mahal itu, dituang kan ke dalam gelas milik lelaki bernama Engku Syah Taufiq.

Senyuman Syah terukir tatkala terpandangkan gadis yang sedang sibuk memeluk manja tubuh Malik.

Pandangan menggoda diberikan nya pada gadis itu. Cepat-cepat, Malik menutup mata gadis itu apabila merasakan Syah cuba untuk merampas gadis itu dari tangannya. Kalau Syah berjaya rampas gadis itu darinya, maknanya sudah tiga kali dia beralah dengan rakan sahabat sejatinya itu.

"Dia, aku punya malam ini. Kau pergi lah cari orang lain!" gertak Malik sudah peluk erat pinggang gadis itu.

Syah tersengih melihat tindakan Malik yang dirasakannya sedikit terdesak itu. Pleaselah, sebagai seorang lelaki yang 'budiman' dan gentle.. lelaki  perlulah jual mahal sikit. Jangan nampak murah sangat depan makhluk bernama perempuan ini!

"What's your name?" soal Syah tidak pedulikan cemberut wajah Malik itu. Selamba, salamnya dihulur.

Gadis itu tarik senyum bila lihat lelaki itu mahu bersalaman dengan nya. Bukan dia tak kenal siapa lelaki di hadapannya itu. Engku Syah Taufiq, seorang lelaki kaya yang hartanya tak pernah habis tujuh keturunan. Wajah tampan bak pangeran yang dimiliki oleh lelaki itu selalu menjadi bualan para gadis tak kiralah dalam kelab ini atau di mana saja.

Wajah yang selalu menjadi dambaan para gadis untuk dimiliki. Mata redupnya, bibir merahnya, badan sasanya.. dan tak lupa juga senyum sengetnya yang mampu mencairkan hati mana-mana gadis yang melihat nya. Yurp, bila dengar sahaja.. pasti ramai gadis mahu berkenalan dengan lelaki bak seorang pangeran itu.

Baru sahaja gadis itu mahu menyambut salam yang diberikan Syah, spontan Malik menepis kasar tangan Syah. Makin cemburu pula dia tengok gelagat Syah yang jenis tak makan saman itu.

"Kalau kau nak dia, kau boleh tengok hari lain. Malam ini, dia.. aku punya. Kau jangan berani nak curi." sempat Malik berikan peringatan berbaur ugutan.

Gadis yang berada dalam pelukan Malik sekadar tarik sengih pendek. Sempat matanya mencuri pandang wajah tampan Syah. Tangannya terus meraba dada bidang Malik.

"I memang milik you sayang but, you tak nak ke I kenal kawan you ni?" dia sudah memujuk dalam nada penuh seksi.

"Tak. I taknak nanti you lari daripada I pula." Malik sudah buat muka tak sukanya.

Syah yang melihat gelagat Malik itu pula yang rasa menyampah. Buat malu kaum Adam ajelah kawan nya yang seorang itu! Haih.. cuba chill-chill sikit.

Gadis itu masih menggoda Malik. Kali ini bukan setakat tangannya sahaja yang liar membelai tubuh sasa Malik, malah bibir nya juga sudah mulai mahu menyentuh kulit wajah Malik. Siapa aje yang tak tergoda macam itu.

Akhirnya, Malik mengalah. Sempat matanya mengerling menyampah ke arah Syah. Tak suka tapi terpaksa. Huh!! Nasib baik member..

Gadis itu tarik senyum kemenangan. Terus wajahnya beralih pada Syah yang sedari tadi langsung tak mengganggu perbualan kekasih satu malam itu.

"Nama I, Irdina. You boleh panggil I, Dina."

Lembut sahaja gadis itu memperkenalkan dirinya. Sempat lenggok manjanya bermain. Yurp, kalau ada lelaki yang melihat, pasti akan cair. Salah satunya, Engku Syah Taufiq.

Syah tarik senyum. "Nama I.." belum pun dia habis untuk menyebut bicara nya.

Gadis itu spontan menyambung perkenalannya itu. "Engku Syah Taufiq bin Engku Azlan. Betul tak?" kali ini Syah sedikit tergamam dengan kata-kata gadis itu.

Semuanya betul belaka. Namun terkejut Syah tak lama bila mata nya terpandangkan riak terperanjat Malik itu. Confirm konflik akan berlaku!.

"Macam mana you kenal dia?" soal Malik sudah resah.

Irdina tersenyum nipis. Wajah Malik dipandangnya. "Kawan I minatkan kawan you ni. Banyak cerita fasal dia, I dengar. So.. thats why, I tahu." balas gadis itu selamba.

"Who's your friend?" soal Syah ingin tahu.

Tiba-tiba pula rasa tertarik nak dengar cerita fasal kawan-kawan Irdina itu. Yurp, dia patut berterima kasih kepada perempuan itu sebab dah viralkan namanya dalam kalangan GRO dalam kelab ini.

"Hidayah. I rasa dia pernah teman you sebelum ini." gadis itu buat tebakan.

Dahi Syah sudah berkerut. Entah kenapa, nama itu tersangatlah familiar pada halwa telinganya. Syah cuba mengingati senarai gadis yang pernah menjadi peneman malam nya.

Tiba-tiba dia teringatkan seseorang yang baru beberapa hari lepas menjadi peneman malam nya sekaligus, menjadi peneman tidur nya. Bibir Syah meleret senyum. Masih segar dalam kepalanya, setiap aksi ranjang yang dibuatnya itu.

Yurp, selain bagus dalam semua perkara, Syah juga tak kalah bagus nya bila beraksi di ranjang.

"I know her. Mana dia sekarang?" soal Syah ingin tahu.

Irdina tarik senyum nipis. "Dia ada kat bilik dia. Hmm.. hari ini, dia dapat cuti daripada bos." luah Irdina dalam nada serba tak kena.

Syah sekadar menganggukkan kepala. Air setan yang memenuhi gelas nya di hirup penuh berhati-hati. Kembali, dia mengamati lagu yang sedang rancang bermain.

"Dah selesai kan, sayang? Now.. you nak teman I tak? Temankan I untuk hilangkan penat badan I ni?!" soal Malik dalam nada bercanda.

Irdina tersenyum pendek. Terus leher Malik dirangkulnya manja lalu bibirnya mencium pipi cekung milik Malik yang ditumbuhi bulu wajah.

"Of courselah, I nak. I sanggup teman you hilangkan penat you tu." ujar Irdina manja.

Malik tersenyum penuh makna. Terus ekor matanya melirik ke arah Syah yang masih dengan air setan nya itu.

"Weiyh, aku nak gerak dulu. Papehal kau roger aku." pesan Malik sudah menyambar kunci keretanya yang terletak berdekatan gelas milik Syah.

Temannya itu sekadar mengangguk kan kepala. Bukannya, Syah tak faham. Alasan clise bila dah gatal sangat nak 'makan' perempuan. Syah pun guna ayat yang sama bila dia rasa malam itu nafsu berahi nya memuncak.

"Huh, kalau aku roger pun. Confirm, kau busy kan waktu itu?" sempat Syah menyakat.

Malik tarik sengih. "Kalau aku tak angkat itu, kau faham-faham sendiri lah." ujar Malik sebelum melangkah meninggalkan Syah di belakang.

Syah hanya tersenyum mendengar kawannya itu. Pfft.. tak sangka otak Malik ini boleh tahan miang juga. Dulu di sekolah, perangai Malik lah yang paling alim tapi sekarang pfft.. cepat betul seorang manusia itu berubah.

Sebelum pergi, sempat Syah dapat panggilan 'calling-calling' daripada Irdina. Senyum sengetnya terukir. Mata gatalnya sempat meliar melihat sosok tubuh Irdina yang mengiur kan itu.

Hmm.. lauk baru nampaknya.
...
p/s》

Hye and selamat malam to your guys yang sudah baca prolog citer terbaru saya ni 'Cinta kerana dia'. Sebelum ini, saya janjikan yang saya akan terbit kan cerita 'Mengejar Erti Bahagia' tapi memandangkan saya dah banyak idea untuk penulisan ni, so saya proceed untuk buat cerita ini.

So, saya harap anda akan enjoy baca story saya yang ke-7 ni. Sekaligus story saya yang ke-5 untuk tahun 2018 ni.

Bab 1 cerita ni saya akan terbitkan nanti selepas aje saya habis siapkan 'Bila Hati Bisik Cinta'. Stay tuned!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro