BAB 7
Hari yang aku nantikan tahun ini sudah tiba. Hari dimana genapnya tiga tahun aku dan Adrian bergelar sebagai kekasih.
Selesai sahaja memarkirkan kereta, aku terus mengatur langkah kemas menuju ke arah cafe mini milik Adrian. Memandangkan Adrian suka memasak kek dan pastri, jadi dia jadi kan itu sebagai modal untuk dia berbusiness.
Adrian kiranya ada multitasking. Selain pandai dalam senibina, dia juga pandai dalam bidang memasak. Haha.. aku suka mamat kulinari ni. Tiap-tiap hari boleh rasa kek dia.
Sekali aje aku pernah rasa kek buatan. Adrian itupun semasa first year kami sambut anniversary. Sedap!
Aku masuk ke dalam cafe milik Adrian. Suasana cafe agak lenggang. Mungkin masih pagi lagi agaknya jadi tak ramai sangat pelanggan yang menjengah.
"Hai, cik Iffah. Datang seorang ke? Encik Ad tak ikut?" soal Ismail yang merupakan pengurus bahagian dapur.
Aku lemparkan senyuman pada Ismail. "Saya datang sini pun cari dia. Erm.. Adrian ada?" soalku ingin tahu.
"Encik Adrian dah tiga hari tak masuk cafe. Dia kata dia busy sekarang ni." beritahu Ismail.
Dahiku sudah berkerut. "Tiga hari?"
"Haah, cik Iffah."
"Jualan okay?"
Satu keluhan nipis Ismail lepaskan. Nampak dari raut wajahnya, cukup memberikan jawapan yang ianya memang tak okay.
"Dalam bulan ni, rugi bersih lagi banyak dari untung bersih. Pelanggan pun tak ramai yang masuk." lapornya.
Aku sudah garu dagu. "Takkanlah. Seingat saya, saya ada beri proposal untuk promotion terbaru kat Ad. Dia tak gunakan ke?"
"Bila itu, cik Iffah?"
"Bulan ni juga."
Ismail sekadar menggelengkan kepala. "Setahu saya, bulan ni Encik Ad tak beritahu apa-apa pada kami. Promotion, menu baru pun tak ada."
Aih, peliknya? Takkanlah tak ada? Aku sudah ketap bibir. Macam ada yang tak kena aje.
"Tak apalah. Erm, nanti saya tanya Adrian semula. Thanks." ucapku lalu pergi meninggalkan cafe itu.
Huh, kenapa Ad tak bentangkan proposal itu pada pekerja dia? Aku sudah gigit bibir. Punyalah tiga minggu aku tak tidur semata-mata nak fikirkan idea promotion itu.. tapi dia tak gunakan.
Kecil hatilah juga.. Erm, tapi tak apalah. Mungkin ada sebab Adrian tak gunakan nya. Aku cuba sedap kan hati sendiri.
Masuk sahaja ke dalam kereta, telefon pintarku yang berada di dalam beg tanganku aku capai lalu nombor telefon Adrian aku hubungi. Seketika bunyi beep-beep menerpa sebelum panggilan ku diangkat.
"Ya, sayang. Kenapa?"
"Ad, tengah hari ni you busy tak? I nak jumpa you, boleh?"
"Sayang, I'm serious. Saya betul-betul sibuk sekarang ni."ujar Adrian.
Aku ketap bibir. "I nak jumpa dengan you sekejap aje, sayang. Bukannya lama."
"Ada benda penting yang you nak beritahu I ke?"
"I nak bincang fasal cafe you. Pasal promotion yang I bagi kat you itu." jawabku dalam nada serious.
Di hujung talian, aku dengar suara Adrian diam. Dia langsung tak menyahut untuk seketika.
"Y-you datang cafe I ke?"
Aku angguk kepala seperti mengia kan kata-katanya itu. " Yes. I'm. Boleh tak I jumpa you ni?" soalku lagi untuk kesekian kalinya.
"Fine. Petang nanti kita jumpa." akhir nya Adrian beralah. Nadanya terdengar sedikit resah.
...
Sambil menghirup minuman panas ku, sesekali mataku meliar memandang ke arah sekeliling. Jam tanganku aku belek. Sudah hampir pukul 2 petang namun kelibat Adrian masih belum muncul.
Sepuluh minit berlalu, akhirnya Adrian muncul dengan muka bersalah. Tempat duduk di hadapan ku, didudukinya.
"Sorry sayang, I lambat. I siapkan kerja I sikit tadi." beritahu Adrian.
"Tak apa. It's okay. I know you busy." ujarku dalam nada memahami.
Sudah beberapa hari, aku tak nampak wajah Adrian. Rindu betul aku untuk pandang wajahnya. Untuk seketika, mataku melirik wajah lelaki itu.
Adrian ukir senyum bila lihat mataku tak henti pandang wajahnya. "Haih, kalau you rindu.. cakaplah rindu. Haha.. pandang muka I lama-lama. I tak kisah."sempat Adrian menyakat ku.
Tertawa aku mendengar bicara Adrian yang mengusik itu. Terus merona merah pipi aku dibuatnya.
"Isy, pleaselah. I.. I tak rindu you, okay. Perasanlah you ni." balasku cuba buat coverline.
Giliran Adrian pula membahan aku. Senyumku terukir bila tengok lelaki itu gelak. Nak-nak lagi bila aku ada lah punca untuk dia ketawa begitu.
"Ermm.. you kata, you nak bincang fasal cafe. Why?" soal Adrian suda meredakan tawanya.
"I nak tanya you fasal apa yang kita discuss awal bulan ni. Fasal promotion itu. Hmm.. you masih tak present benda itu pada pekerja you ke, Ad?" soalku sudah nada serius.
Kali ini wajah Adrian nampak tergamam. Dia larikan pandangan nya sejenak sebelum senyum tipis nya terukir.
"I.. I rasa promotion itu tak sesuai lagi guna untuk bulan ni. Jualan I tu tak berapa nak stabil start bulan lepas lagi." ujar Adrian sedikit kesal.
"But, promotion itu memang untuk stabilkan jualan you, Ad. I dah banyak tanya kawan I dan diorang semua cakap cara itu dapat naikkan penjualan produk you. I.. I terkejut lah sebab you tak gunakan cara itu." balasku agak berkeras di situ.
Adrian mengeluh perlahan. Wajah bersalahnya bermain di wajah bersih nya.
"I.. I minta maaf. Nanti bulan depan, I janji yang I akan guna cara itu okay. But.. for now, I nak focus pada projek I dulu." beritahunya tidak mahu panjangkan perkara itu.
Aku sekadar anggukkan kepala. Cuba memahami situasi yang Adrian lalui ketika ini. Yurp, mesti sukar untuk Adrian menjalankan dua tugas secara serentak.
"You dah makan tak? I tunggu you untuk makan sekali.." tuturku mengalih topik.
Lelaki di hadapanku tarik senyum. Mungkin suka dengan cara ku yang tidak terlalu memaksanya sangat.
"Sweet lah you, babe. Erm.. you nak order apa? Biar I belanja." pelawa Adrian dalam nada romantiknya.
Tersenyum aku bila Adrian kata begitu. Ini yang suka ni kalau Adrian kata nak belanja. Jimat duit poket aku hari ni. Hahah..
Buku menu yang tersedia atas meja aku belek. "Erm, I nak order..."
Belum sempat aku bicara panjang, mataku terpandangkan kelibat gadis yang sangat aku kenali. Terus senyum manisku terukir.
"Amirah!" sorakku sambil melambai- lambaikan tanganku ke arah gadis yang ketika itu sudah mahu melabuhkan punggung di tempat bersebelahan kami berdua.
Gadis itu nampak terkejut melihat aku di situ. Seketika, matanya meleret ke arah Adrian. Tanpa aku sedar, Adrian sudah tergamam.
Amirah terus mendekati aku lalu kami berpelukan buat seketika. Senyum yang terukir di birai bibir Amirah nampak sedikit awkward. Adrian sudah diam membisu.
"You seorang aje ke" soalku apabila melihat tiada sesiapa bersama Amirah.
Gadis itu menganggukkan kepala. "Haah, I sorang aje. Ingat nak bungkus tapi tak sangka dapat jumpa you kat sini. Hmm, macam mana keadaan you? Lama I tak dengar khabar."
Aku tersenyum. "I okey aje. Sibuklah sikit tapi tak sesibuk cousin you yang seorang ni lah." perliku sengaja menjadikan Adrian sebagai bahan untuk lawak hambarku.
Amirah hanya tarik sengih. Akhirnya, matanya menatap wajah Adrian. Lelaki itu pula sudah larikan pandangannya ke tempat lain. Wajah Adrian nampak resah.
"Hmm, I pun dah lama tak nampak Adrian. Always dalam pejabat." perlahan sahaja Amirah menuturkan bicaranya. Matanya masih tak lepas dari meralit wajah Adrian.
"Erm, apa kata you makan dengan kitorang. Kebetulan, I dengan Ad pun nak makan. You joinlah sekali." jemput ku mesra.
"Eh, tak apalah. I ni ganggu you berdua bercinta pula. Hmm, tak apa.. I bungkus aje." tolak Amirah sopan.
Aku pegang lengan Amirah. Senyum ku masih terukir.
"Nope. You tak ganggu pun lah. Jom, kita makan. You duduk sebelah I. Lagi ramai, lagi best."ujarku masih mahu Amirah menyertai kami berdua.
Awalnya, Amirah menolak namun setelah aku paksa. Akhirnya, gadis itu akur. Tempat duduk di sebelah ku didudukinya. Gelagat Adrian dan Amirah nampak janggal namun aku tidak sedar semua itu.
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro