Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 62

Sudah seminggu Huraifah tak berada dalam rumahnya. Langkah disusun menuruni tangga. Dia berharap bila turun nanti, dia bakal melihat kelibat Huraifah yang sedang mengemas rumah atau mungkin melihat gadis itu memasak di dapur.

Namun, hampa. Apa yang ada di fikiran Syah langsung tak menjadi nyata pada pandangan matanya. Tiada jasad Huraifah di ruang tamu mahupun di dapur. Yang ada cuma keheningan dan sepi. Akhirnya, satu keluhan berat Syah lepaskan.

Sofa di ruang tamu didudukinya. Wajahnya diraup kasar. Dia sepi sekarang dan dia perlukan Huraifah berada di sisinya. Sekurang-kurang nya izinkan telinganya ini untuk mendengar suara gadis itu. Cukup untuk sekali sahaja pun tak apalah. Syah tak kisah asalkan ia dapat mengubat hatinya yang lara ketika ini.

Telefon pintarnya dicapai. Pesanan whatsapp yang dikirim dua jam yang lalu masih belum mendapat balasan. Hanya bluetick sahaja yang kelihatan.

'Iffah, sampai bila Syah nak merajuk dengan abang ni?'-Syah.

'Abang tak berniat nak tipu Iffah. Abang tahu abang salah tapi sekarang abang tulus sayangkan Iffah. Abang berani sumpah.'-Syah.

'Iffah, tolong balik rumah. I really miss you!!'-Syah.

Satu keluhan berat Syah lepaskan. Terus telefon pintarnya itu dicampak ke sebelah.

"Kau ingat dengan mudah Iffah akan maafkan kau?"bisik Syah pada diri sendiri. Kepalanya disandar ke kepala sofa.

Telefon pintar yang berdering mengejutkan jasad Syah yang sedang mengelamaun. Tergopoh-gopoh Syah mahu mengangkat panggilan tanpa membelek nama si pemanggil terlebih dahulu.

"Iffah?" terus nama gadis itu diseru nya.

"Haha.. Syah, ini uncle Mukhriz. Bukan Iffah." suara garau yang menerpa halwa telinganya itu buat kan Syah kaget.

Huh?! Syah sudah tepuk dahi. Mati-mati dia ingat yang orang itu adalah Huraifah. Habislah..

"Sorry, uncle. Syah ingat Iffah yang call." Syah berpura-pura tenang menjawab.

Nasib baiklah, Engku Mukhriz tak banyak sangat soalan nak ditanya. Kalau tidak.. mungkin mati akal Syah nak jawab.

"Syah, uncle baru dapat tahu fasal penangkapan polis tentang kes gelap duit yang berlaku dalam MZ Holdings. Uncle tak sangka banyak orang yang uncle harapkan terlibat. Huh, serius uncle rasa kecewa." luah lelaki itu dalam nada kesal.

Syah sekadar menganggukkan kepala. Dia juga turut sama terkejut bila dapat tahu perkara itu setengah jam yang lalu. Setelah orangnya menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihak polis, akhirnya polis berjaya menangkap pihak-pihak yang terlibat. Enam orang kesemua nya dan pastinya itu bakal mencetus masalah dalam MZ Holdings.

Yang paling dia tak sangka, Dato' Farhan juga terlibat sama dalam kes itu. Dia tahu uncle Mukhriz nya memang rapat dengan lelaki itu memandangkan lelaki itu pernah bertugas sebagai penasihat uncle Mukhriznya dahulu. Hmm.. nampak nya ketamakan manusia menghancurkan masa depannya sendiri.

"Syah pun tak percaya uncle tapi itu yang sudah tertera. Segala dokumen itu tertuju ke arah mereka. Jadi, tak ada apa yang Syah boleh buat." beritahu Syah tenang.

Engku Mukhriz menganggukkan kepala. Dia juga setuju pada apa yang Syah katakan itu.

"Terima kasih Syah sebab tolong uncle selesaikan masalah ini. Hmm.. uncle rasa lebih baik kamu terus tadbir MZ Holdings. Uncle akan cuba lupuskan semua berita itu. Kamu nakkan jadi CEO MZ Holdings semula?" soalan Engku Mukhriz buat kan Syah diam lama.

Satu keluhan berat dia lepaskan. "Rasanya, lebih baik kalau orang lain yang ambil alih syarikat itu." ujar Syah jujur.
...
Walaupun mata aku fokus pada jalan namun kepalaku menerawang memikirkan benda lain. Apa yang jadi di hospital tadi masih tak lepas dari ingatanku. Seriouslah?

'Tahniah puan. Puan disahkan hamil hampir satu bulan.'

Apakah? Aku ingat aku cuma masuk angin yang biasa-biasa aje tapi tak sangka pula ada jasad yang kini menempel dalam rahimku. Perasaan aku bercampur baur. Nak menangis pun ada nak gembira pun ada tapi.. dalam masa yang sama aku rasa kecewa. Sangat-sangat kecewa.

Pon!!!!

Lamunanku terhenti apabila keretaku hampir sahaja mahu melanggar motorsikal di hadapanku. Nasib baik aku sempat mengelak. Ibu di sebelah aku sudah mengucap panjang sambil mengurut dada. Kus semangat!

"Iffah, kenapa ni? Bawa kereta hati-hati sikit. Nasib baik tak langgar." leter ibu di sebelah sudah menggarang.

Aku ketap bibir. Yurp, aku pun mengaku bersalah dengan apa yang aku buat tadi. Memang itu salah aku sebab tak fokus tapi kepala ini penyebab utamanya. Tak habis-habis nak mengelamun di siang hari.

"Maaf, bu. Iffah tak sedar."balasku mengaku silap.

Ibu mengeluh lalu menggelengkan kepala. Dia tahu apa yang membelengu kepala aku ketika ini. Pastinya masalah rumahtangga yang aku dan Syah sedang hadapi sekarang ni.

"Hmm.. takkanlah dah mengandung ni pun kamu masih nak bertegang urat dengan Syah? Ingat Iffah. Benci orang itu tak baik untuk ibu mengandung. Stress pun tak bagus untuk baby yang ada dalam perut kamu itu." ibu sudah mulai dengan sesi ceramahnya.

Aku hanya menadah telinga mendengar setiap apa yang ibu katakan. Yurp, ibu lebih tahu asam garam hidup perkahwinan ni. Pasti nya,  penuh berliku, ada manis, ada pahitnya.  Tipulah kalau tak ada kan?

"Iffah tahu, bu."

"Ibu bukan nak dengar kamu tahu aje tapi ibu nak kamu buat. Walaupun ibu tak tahu apa yang jadi pada kamu dan Syah tapi ibu nak kamu selesaikan dengan cara baik. Ibu pernah pesan kan? Syurga isteri terletak di bawah telapak kaki suami. Betul tak?" ibu ulang ayat keramat nya itu.

Dengan lemah, aku menganggukkan kepala. Mengiakan segala apa yang ibu katakan itu. Syurga isteri terletak di bawah tapak kaki suami.

Namun, apa yang Syah buat pada aku tu masih tak dapat aku maafkan. Dia buat aku, dia perbodohkan aku dan dia khianati cinta aku. Layak ke dia dapat kemaafan daripada aku. Huh?!

Bila melihatkan aku langsung tak memberi respons. Ibu mengeluh lemah.

"Kamu dah besar panjang, Iffah. Takkanlah kamu nak terus layan perasaan kamu itu. Ibu yakin kamu tahu keputusan apa yang terbaik untuk kamu dan bakal anak kamu itu. Ibu nak kamu belajar mandiri. Belajar macam mana nak selesai kan masalah. Bukannya lari daripada masalah." kali ini kata-kata ibu tegas.

Aku keluh lemah. Sempat aku mengerling wajah ibu sebelum fokus ku kembali pada jalan.

"Iffah dah cuba ibu tapi apa yang Syah dah buat pada Iffah, Iffah tak boleh nak terima."

Ibu diam sejenak. "Itu bagi kamu tapi ibu tak nampak semua itu. Hmm.. ibu taknak kamu menyesal, Iffah. Kita tak tahu takdir Tuhan untuk kita. Kalau tiba-tiba Tuhan ambil Syah dari hidup kamu, kamu nak menyesal pun tak berguna, Iffah. Ibu pernah rasa kehilangan ayah kamu dan ibu taknak kamu pula menyesal bila Syah tak ada di sisi kamu nanti." kali ini kata-kata ibu buatkan aku termangu.

Apa yang ibu katakan buatkan aku berfikir dua kali. Huh.. sanggup ke aku kehilangan lelaki itu? Walaupun sekarang aku bencikan dia namun jauh di sudut hati, aku masih sayang kan lelaki itu. Tulus hati aku mencintai dia. Hmm..

"Iffah tak sanggup hilang Syah, bu." balasku senada.

Tersenyum ibu mendengarnya. Dia suka bila aku termakan umpannya itu. "Kalau macam itu, pergi ke pangkuan Syah semula. Selesaikan masalah kamu dengan cara baik."

Aku diam. Terus keretaku pandu menyelusuri jalan raya itu. Ibu tersenyum bila melihat aku memandu bukan ke arah rumah kami tapi terus menuju ke rumah villa Engku Mariam.

Tiba sahaja di hadapan rumah villa itu, terus aku berlari anak menuju ke arah pintu utama. Loceng rumah aku tekan berkali sambil air mataku mencurah membasahi pipi.

Tidak lama lepas itu, pintu rumah dikuak dan aku lihat jasad Syah depan mata. Dia nampak kaget namun aku tak peduli. Terus pinggangnya aku rangkul lalu aku peluk erat. Jelas raut tergamam di wajah lelaki itu.

"I-Iffah?" Syah masih tak percaya.

Aku pula masih menangis semahunya di bahu lelaki itu. Kesal dengan apa yang aku buat padanya.

"Syah, Iffah nak minta maaf sebab tinggalkan Syah. Iffah minta maaf sebab marah Syah hari itu. Iffah takut..Iffah takut kalau Syah tinggal kan Iffah, Iffah takkan sempat untuk ucapkan semua itu." luahku dalam sebak.

Lama Syah diam sebelum akhirnya dia juga turut merangkul pinggang ku. Senyumannya meniti lalu ubun kepalaku dikucupnya.

"Tak apa, Iffah. Syah dah maafkan. Syah pun minta maaf sebab tak berterus terang pada Iffah dulu. Syah janji tak ada lagi rahsia antara kita berdua. I'm promise." lelaki itu ikat janji.

Dalam pelukannya, aku mengangguk kan kepala. Aku rindu jasad itu. Jasad yang memberi kehidupan yang baru pada aku. Jasad yang melupuskan kenangan pahitku pada masa lalu.

Dari dalam kereta, Puan Raisha menyaksikan gelagat itu. Tersenyum nipis dia melihat hubungan Syah dan Huraifah kembali pulih. Syukur, Alhamdullilah.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro