BAB 60
Hari ini mood mengemas aku tengah melangit jadi setiap ruang yang ada dalan rumah ini, aku bersihkan dengan penuh rela hati. Lagipun, kalau tak kemas.. buat semak mata aku aje.
Kain kotor yang terselit di celah pinggangku capai manakala tangan ku yang sebelah lagi sudah memegang bingkai gambar yang menghiasi kabinet ruang tamu. Sempat juga aku belek setiap foto yang terhidang atas itu. Kebanyakan nya gambar Syah dari kecil sampai lah ke besar.
Gambar dia semasa di tadika, aku capai. Terus aku menarik senyum nipisku tatkala wajah Syah yang comel putih itu menjadi tatapan mataku. Serupa cina.. Aku capai gambar yang lain pula. Hmm.. gambar di mana Syah memegang segulung ijazah dengan pakaian graduasi.
Sambil membelek gambar tersebut, aku melabuhkan punggungku di atas kerusi bersebelahan kabinet. Tangan ku meraba gambar itu penuh berhati. Sesekali aku sentuh mata, hidung dan juga mulutnya.. sungguh, Syah memang tampan orangnya. Bukan setakat tampan tetapi berlagak. Bila terfikirkan itu, aku rasa nak senyum sendiri.
Dia berlagak tak kisah fasal aku tetapi hakikatnya setiap masa dan setiap saat, dia ada bila aku perlu kan dia. Dia ibarat watak Maleficient versi lelaki yang kononnya tak kisah namun sebenarnya, dia peduli. Hmm..
Telefon pintar yang berdering di kocek seluarku buatkan aku tersedar daripada lamunan pendekku. Segera, aku letakkan gambar itu ke tempat asalnya semula lalu panggilan itu aku angkat. Panggilan daripada nombor tak dikenali.
"Hello. Siapa ni?" soalku apabila di awal talian kedengaran sepi.
"Iffah~~" suara garau itu menyapa namaku. Beralun.
Aku kelu lidah tatkala suara itu menyinggah halwa telingaku. Aku kenal siapa pemilik suara itu. Tak lain dan tak bukan, pastinya Adrian. Huh, apalagi yang dia mahukan daripada aku?!
"I tak ada masa nak layan you. Kalau you call sebab nak sakitkan hati I, better you end the call." ujarku mendatar. Tanpa perasaan.
Suasana sepi seketika sebelum tawa galak Adrian meletus. Kedengaran seperti mengejek ku dan nadanya itu seakan mahu mencabar kesabaran aku.
"Sejak bila you jadi garang ni, sayang? Hmm, lepas you kahwin dengan Syah, perangai you boleh tahan serupa juga dengan perangai dia. Huh..berlagak."balasnya perli.
Aku ketap bibir. "Sekurang-kurang nya, perangai dia tak seteruk you, Ad. He's better than you!!"aku masih galak memuji perangai Syah.
Yurp, apa yang aku katakan itu betul belaka. Perangai Syah lagi bagus daripada Adrian. Aku tak tahulah apa akan jadi kalau sekarang aku isteri dia. Hmm.. mungkin sampai bila-bila aku akan terus dibodohkan oleh lelaki itu.
Untuk kedua kalinya, tawa sinis Adrian meletus. Lantang suaranya. Nampak kepuasannya di situ. Aku pula sudah berkerut dahi.
Terfikir-fikir apa yang lawak sangat pada apa yang aku katakan tadi. Erm.. Nothing.
"Apa yang bagusnya Syah itu sampai you kata dia lagi better daripada I?" tanyanya begitu sinis.
"Dia bukannya seorang penipu dan dia ikhlas."ujarku tulus. Itulah apa yang aku lihat pada Syah dan langsung tak ada pada Adrian. Segalanya, Syah lebih baik.
Tawa jengkelnya kembali menyergah. "You tahu tak lelaki yang you kata bagus sangat itu akan kena pecat sebagai CEO MZ Holdings. Did you know that?" soalan itu buatkan aku tergamam.
Dahiku sudah berkerut. "M-Maksud you?"
"Hmm.. nampaknya he didn't tell you anything about his job. Syah kena pecat sebagai CEO sebab salah tingkah laku. Video adalah bukti dia.." di hujung ayat, Adrian sengaja menggantungnya.
Dia buat aku tertanya-tanya. Perasaanku ingin tahu. "Video apa?"
Di hujung talian, senyuman Syah sudah menyenget. Nampaknya Huraifah sudah masuk dalam jeratnya dengan begitu baik sekali.
Satu keluhan berat dia lepaskan. "Hmm.. banyak juga benda yang you tak tahu fasal Syah. Then, you say he's better than me?"
Aku ketap bibir. Rasa geramku kian berkecamuk. Aku tak suka dengan permainan yang sedang diatur oleh Adrian ketika ini.
"Tell me what it is." aku tekan satu persatu ayatku.
"Rasanya lebih elok kalau you dengar daripada mulut suami you sendiri."balas lelaki itu sebelum menamatkan talian begitu sahaja.
Aku tergamam. Bibirku ketap kejap. Kenapa Syah tak beritahu aku semua itu? Video apa?!
...
Bilik pejabat mini Syah, aku masuki. Kelihatan kelibat Syah di meja kerja nya. Matanya ralit membelek skrin laptop yang terpampang depan mata. Nampak macam busy.. erm, yakah?
Aku melangkah mendekati lelaki itu. Wajah aku langsung tak tercalit dengan senyuman. Bagaimana aku nak senyum kalau kepala pun sekarang ini sudah sarat dengan seribu satu soalan?
Syah yang sedar akan kelibatku terus melontarkan senyum panjang ke arahku. Nampak yang dia begitu teruja melihat aku di situ. Aku pula sekadar membalas pendek, senyumannya itu. Nampak terpaksa.
"Kenapa tiba-tiba Iffah datang jumpa Syah ni? Sayang dah siap masak ke?" soalnya ingin tahu.
Satu keluhan berat aku lepaskan. Aku akhirnya berdiri di sebelah Syah. Wajah aku penuh dengan rasa resah. Syah yang melihatnya diterpa rasa risau. Senyuman yang tadinya meniti terus pudar.
"Kenapa Iffah? Sayang, tak sihat ke?" soalnya risau. Sempat tangan kanan nya memaut pinggang aku.
Aku sekadar menggelengkan kepala. Tangan Syah yang memaut pinggangku, aku leraikan. Syah nampak tergamam dengan apa yang aku lakukan padanya ketika ini. Makin hairan dibuatnya.
"Syah, ada benda yang Iffah nak tanya. Betulke yang Syah akan dipecat daripada MZ Holdings?" soalan pertamaku terpacul.
Dan.. itu mendapat reaksi terkedu daripada Syah. Dia pandang wajah aku. Semacam tak percaya dengan soalan aku itu.
"Dari mana Iffah dapat tahu?" soalan berbalas soalan.
"Dari mana Iffah dapat tahu itu tak penting. Iffah cuma nak dengar jawapan daripada Syah. Betul ke semua itu?" ulangku.
"Uncle Mukhriz yang beritahu ke?" Syah pula masih bertanya dalang utama.
Aku ketap bibir."Please, Syah. Answer my question. Is that true?"
Syah nampak terdiam. Sebelum satu keluhan berat dia lepaskan. Wajah aku dipandang hiba. "Yurp, semua nya betul."
Mataku pejam rapat. Soalan keduaku mengunjung. "Then, video apa yang buat you sampai kena buang?"
Syah tergamam. Kali ini matanya tajam menikam aku. Dahinya sudah berkerut seribu.
"Adrian ke yang bagitahu you tentang semua itu?" tanyanya ingin tahu.
Seperti tadi, aku masih ulang pertanyaan aku. Entah kenapa, tiba-tiba sahaja aku terbawa emosi. "Beritahu Iffah, Syah. Video apa?"
Syah nampak terpempam. Pandangannya ditunduk memandang lantai. Lama dia diam sebelum akhirnya satu keluhan berat dia lepaskan. Punggungnya diangkat dan sekarang kami berdiri saling berhadapan.
Wajahku dipandangnya dengan mata kuyu. Terlihat jelas raut risau nya itu.
"Fine. Syah akan beritahu Iffah video apa but then Syah nak Iffah promise. Lepas Iffah tengok video itu, Syah nak Iffah dengar penjelasan Syah dulu." lelaki itu sudah mahu buat perjanjian.
Aku ketap bibir. Wajahnya aku pandang. Nampaknya video itu bukannya calang-calang video. "Okay, I'm promise." balasku sebagai persetujuan.
Syah minta aku duduk menghadap komputer ribanya. Pendrive putih yang terdapat dalam laci pejabatnya dicapai lalu dipasang pada komputer ribanya itu. Aku sudah berkerut dahi. Menanti dengan penuh penuh debaran.
Terdapat dua dokumen dalam pendrive itu. Satu video dan lagi satu 'LIHAT.docx'.
Syah nampak berbelah bahagi untuk menunjukkan video itu kepada aku. Untuk kesekian kalinya, dia memandang aku.
"Betul ke Iffah nak tengok video ini?" soalnya risau.
Aku mengangguk. Akhirnya, Syah melepaskan komputer riba itu untuk aku pakai. Berdebar aku dibuatnya tatkala video itu aku tekan. Di awal video, kelihatan jelas wajah gadis yang berpakaian jubah mandi sedang leka memasang kamera.
Kelu lidah aku dibuatnya. Bukankah itu Irdina? Bakal tunang Amirul?
Rasa hairanku masih tak berhenti di situ. Tak lama lepas itu, kelibat Syah yang baru selesai mandi datang. Lelaki itu bertuala sahaja, dada bidangnya jelas kelihatan. Apa yang aku nampak dalam video itu mengundang air mataku. Syah tarik gadis itu, mereka berpelukan, bercumbuan bagai tak kenal halal dan haram dan akhirnya Syah memulakan rentaknya.. segera aku matikan video itu.
Tak sanggup untuk aku lihat lebih jauh lagi. Birai mataku sudah terasa panas. Hampir sahaja luluh.
"Iffah." baru sahaja Syah mahu menyentuh bahu aku, terus aku menepis tangannya. Entah kenapa, aku diterpa rasa jijik.
Syah nampak terkesima dengan apa yang aku buat padanya sebentar tadi. "Iffah, Syah.."
Belum sempat Syah menghambur kan bicaranya, aku terus bangun lalu berura-ura mahu pergi dari situ. Aku cuba tahan air mataku daripada jatuh. Sakit hatiku hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Terus Syah menyambar tanganku sekaligus menghalang aku untuk terus pergi. Spontan, dia tarik aku dalam pelukannya. Erat. Aku pula sudah ditanggung rasa pilu. Beberapa kali aku meronta minta dilepaskan.
"Lepaslah, Syah!" aku ulang ayat keramat itu beberapa kali.
Entah darimana aku dapat kekuatan, terus pelukan Syah terlerai. Rasa marah yang datang dalam hatiku buatkan tanganku spontan menampar pipi Syah. Jelas, riak terpaku pada wajahnya.
"Saya tak sangka perangai awak lagi jijik daripada Adrian!" lontarku marah.
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro