BAB 6
Adrian sudah gigit bibir bila mengenangkan kejadian semalam. Kejadian di mana Syah nampak segalanya yang berlaku antara dia dengan Amirah.
Terus meja kerjanya ditampar kuat. Alangkah bagusnya kalau meja itu dapat diganti dengan wajah Syah itu!
Biar hilang terus muka bongkaknya itu, muka playboy!
"Kau bagitahu.. siap kau aku kerjakan."amaran itu diberi kan Adrian pada Syah.
Dia fikir Syah akan rasa gerun dengan ugutannya itu namun nampaknya Syah tidak langsung tergugat. Malah senyum sinisnya terukir.
"Try me.."
Adrian yang sudah hilang sabar sudah mengangkat tinggi penumbuknya, baru sahaja dia mahu melayang kannya ke muka Syah, pantas lelaki itu menepis. Sangat kuat tepisannya itu sampai buatkan Adrian tergerak ke kiri sedikit.
Tubuh Adrian ditolaknya kasar lalu tali leher hitam nya kembali dibetulkan. Mata Syah nampak sinis mengejek cara Adrian mempertahankan diri. Nampak lemah.. nampak tak jantan.
"Kau bukannya lawan aku yang baik setakat ni, Ad. Tumbukan kau pun nampak lemah." perlinya sempat memberi komen.
Adrian kacip gigi bila dengar Syah selamba mempertikai kan caranya. Tak guna!! Kau fikir kau dah bagus sangat ke, hah?!
"Kau diamlah, Syah!! Aku tak perlukan pendapat kau. Bagi aku, kau dengan aku sama aje. Tak ada beza."
Tawa Syah kini berhamburan. Kelakar pula bila ada yang menyamakan dirinya dengan orang lain. Pfft.. apa yang sama? Kelebihan? Kelemahan? Wajah?Hati? atau.. perasaan?
"Apa yang sama?"
"Kau pun ada scandal juga. GRO keliling pinggang. Pfft.. cuma nasib kau baik sebab uncle tak tahu fasal semua itu."Adrian ungkit fasal hidup gelap Syah pula.
Namun Syah sambut dengan wajah selamba. Sedari tadi, senyum sinisnya masih bertayang. Yakin benar, hari ini kemenangan bakal berpihak padanya. Adrian selalu jadi The Loser..
"Sekurang-kurangnya,aku tak ada lukakan hati orang lain. Semuanya sama-sama sakit bila aku lukakan diorang, bukannya seorang. Sebab itu, aku dengan kau.. lain." ujar Syah beri pendapat nya sendiri.
Adrian termangu sendiri. Dalam diam, dia juga turut mengiakan apa yang Syah katakan. Bibirnya sudah digigit lalu wajahnya ditunduk memandang lantai. Huh!
Syah tersenyum kemenangan. Dia sudah mengatur langkah megah meninggalkan Adrian di belakang.
Baru dua tapak dia menjauh, Adrian panggil nama Syah. Terus Syah mematikan langkahnya lalu wajah Adrian dipandang.
"Kalau kau bagitahu fasal benda ni, aku takkan bagi kau peluang untuk hidup.." Adrian ugut nyawa.
Syah tarik sengih. "Kalau kau tarik nyawa aku, aku akan pastikan nyawa keluarga kau akan hilang dulu." spontan Syah bersuara. Tak ada nada mengugut.
Adrian nampak terkedu dengan ugutan Syah itu. "A-apa maksud kau?"
"Kau jangan nak tahu sangat apa yang aku maksudkan. Aku cuma nak bagi kau pertukaran. Senang cerita, kalau kau nak aku tolong kau simpan rahsia ni, aku nak kau tolong aku menang projek itu." Syah sudah buka tawaran.
Buntang mata Adrian dibuat nya bila dengar tawaran Syah yang langsung tak masuk akal itu. Watdehek?! Sudah itu, buat apa aku bertanding kalau ending aku menangkan dia?
Bila melihat Adrian diam, Syah tarik sengih senget.
"Kau nak ke tak?"
Adrian kacip gigi menahan geram. Wajah Syah dipandangnya marah.
"Huh.. fine!"
Adrian sudah garu kepala memikirkan cara untuk perbetulkan semula semua yang berlaku ini. Huh!! Kalau lah dia tak kacau Amirah tadi, mungkin.. benda ini tak kan jadi!
Argh!!! Bodohnya kau,Ad!
Ketukan pada pintu bilik pejabat mininya bergema. Spontan Adrian menyahut gerangan di luar untuk masuk.
Seketika, kelibat Engku Maulud memasuki bilik pejabatnya itu. Satu senyumam nipis Adrian berikan sebelum dia menjemput papa kandung nya itu untuk duduk di hadapannya.
"Kenapa papa masuk ni? Mesti ada benda penting yang papa nak bincang kan?" Adrian sudah membuat tebakan.
Engku Maulud tarik nafas dalam. "Dah lama papa tak masuk pejabat kamu ni. Hmm.. papa saja nak tahu perkembangan projek kamu. So far, okay tak?"
Termangu Adrian dibuat nya. Argh!! Sudah..
"Okay. Semuanya masih rapi."beritahu Adrian jujur.
Engku Maulud mengangguk kan kepala. Dia percaya pada anak terunanya itu. Dia tak perlukan bukti untuk mempercayai Adrian.
"Pra projek kamu dengan uncle Mukhriz kamu macam mana? Dia cakap apa?" soal Engku Maulud ingin tahu.
"Uncle kata pra projek Ad lebih baik. Dia cakap mungkin ada some part yang kena prepare tapi tak banyak sangat. So far, so good." lapornya lagi.
"Bagus. Nampak macam kita ada chance untuk menang." Engku Maulud sudah teruja.
Adrian hanya mengangguk kan kepala perlahan. Hmm.. maaf pa. Ad terpaksa.. ini untuk kebaikan semua juga.
"Harap macam itulah, pa." balasnya tidak mahu berharap lebih.
...
Puan Raisha yang sedang menonton televisyen aku dekati. Terus tubuhnya aku peluk erat. Puan Raisha terkejut dengan tindakan aku itu namun pantas dia menyapu kepalaku.
Rancangan 'Seribu satu Rasa' yang bertayang di kaca tv, ibu pandang tekun. Haih.. ibu ni. Tengok rancangan memasak rajin tapi part nak buat itu tak ada. Angin aje atas meja itu.
"Ibu.. ibu tahu tak Ifah bagi hadiah apa kat Ad?" aku cuba main teka teki dengan ibu.
Puan Raisha sekadar angkat bahu. Wajahku dikerling nya sejenak. "Apa yang kamu bagi dia?"
"3 pasang kemeja." ujarku sambil menunjukkan tiga jari pada ibu.
Ibu ukir senyum. "Mesti si Ad itu suka. Yalah, buah hati yang bagi. Mana tak teruja nya?"
"Kan? Ibu.. ibu rasa Ad bagi apa kat Ifah?"
"Aih, kamu tak tanya dia ke?"soal ibu hairan.
Aku sudah geleng kepala. Hadiah anniversary mesti kena dirahsiakan. Bukan hadiah special lah namanya kalau.. dah tahu awal-awal.
"Ibu.. tak special lah hadiah itu kalau Iffah dah tahu." beritahuku pada ibu.
Ibu sekadar mencebik. "Hmm... ibu dengan ayah kamu dulu tak ada nak berahsia sangat. Kahwin aje. Bahagia aje.."
"Itu orang dulu,bu.. hmm, bukannya zaman sekarang." balasku cuba membetulkan persepsi ibu itu.
"Ha,yalah. Zaman sekarang aje yang sweet,zaman dulu nya tidak kan..?" ibu sudah hambur ayat rajuknya.
Alahai, semenjak dah masuk angka 45 ni.. ibu nampak macam sensitif. Uh.. susah nak ajak gurau lepas ni.
"Kalau tak sweet, ibu takkan dapat anak sesweet Iffah lah kan,bu?"aku beri ayat pujuk.
Dan, yurp. Pujukan aku berjaya terbitkan senyuman di birai bibir ibu.
...
"Dayah, kau okey tak dalam itu?!" soal Irdina mulai risau.
Sedari tadi, kawannya itu langsung tak keluar dari tandas. Sudah hampir empat jam, Hidayah berada dalam itu. Sesekali jeritan kesakitan dari mulut Hidayah memecah suasana malam itu.
Warghhhh!!!
"Dayah,kau okey tak?! Kau buat apa dalam itu? Bukak pintu ni, Dayah!!" makin deras ketukan yang menyinggah pada pintu plastik itu.
Untuk seketika, suasana dalam bilik air itu mulai hening. Rasa resah Irdina makin membuak.
Beberapa kali pintu bilik air itu diketuknya. Nama Hidayah juga diserunya berkali. Air matanya juga tidak henti berlinangan.
"Dayah,bukak pintu ni Dayah!" untuk kesekian kalinya,Irdina merayu.
Tak semena-mena pintu bilik air dibuka. Terlihat jasad Hidayah yang sudah lemah memaut bingkai pintu. Peluh merata pada tubuh gadis 20 tahun itu. Bajunya juga nampak comot dengan cairan merah seperti darah.
"K-kau okey tak, Dayah?" soal Irdina resah.
Air matanya makin lebat membasahi wajahnya.
Senyuman puas jelas terukir di birai bibir pucat Hidayah. Sangat puas.
"A-aku dah bunuh budak itu. A-aku dah bunuh dia.." luahnya masih tak lekang dengan senyumannya.
Baru sahaja dia mahu melangkah keluar dari bilik air itu, tak semena-mena jasad Hidayah tersungkur. Sempat Irdina sambut tubuh lemah Hidayah sehinggah Irdina jatuh terduduk atas lantai.
Tergamam Irdina tatkala terpandang kan toilet rumah setinggannya sudah basah dengan darah. Mata Irdina tertumpu pada kayu tumpul yang sudah dibasahi darah. Makin lebat air matanye mangalir.
Wajah Hidayah dipandangnya.
Terselit senyuman di birai bibir pucat kawan baiknya. Nampak puas.
"K-kau buat semua itu sendiri ke, Dayah?! Hah?!!! Kau buat semua itu seorang ke?!!" gertak Irdina dalam nada sebak.
Senyuman Hidayah masih tak pudar. "A-aku puas Dina. Aku puas sebab bunuh budak itu. Kalau dia hidup, Syah taknak tidur dengan aku.. Hmm.. aku nak Syah, bu-bukan dia." ayat itu dihamburkan Hidayah.
Dahi Hidayah, Irdina kucup. Rasa bersalahnya makin menebal. Tubuh gadis itu dipeluknya erat. Air tangisannya makin berbirai turun..
Maafkan aku, Dayah..Maafkan aku.. Kalau tak disebabkan aku, kau takkan terlibat dengan masalah ni.
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro