BAB 59
"Sayang!!"
Tersentak Amirah daripada tidur. Mimpi buruk yang tadi membelengu lenanya buatkan air matanya terus gugur. Terus matanya tertancap ke arah Azhar yang masih terbaring kaku di atas katil hospital.
Mimpi buruk yang menyergah mimpinya itu buatkan Amirah tidak dapat berhenti menangis. Dia saksi kan depan matanya sendiri bagaimana Azhar dilanggar. Begitu sadis dan juga tragis. Dalam mimpi itu, mahu saja dia berlari mendapat kan suaminya namun dia tak mampu.
Apa yang Amirah mampu buat hanya lah menangis melihat keadaan Azhar yang sudah nazak di atas jalan. Darah pekat yang keluar dari luka kepala Azhar tak berhenti mengalir. Mata suaminya itu langsung tak beralih daripada memandang ke arah nya manakala mulut Azhar pula terkumat-kamit mengatakan sesuatu yang tak jelas.
Sebak dada Amirah dibuatnya. Dia lihat orang ramai mulai mengerumuni jasad Azhar yang masih menggelupur. Dalam ramai-ramai itu, Amirah nampak sosok tubuh seorang lelaki yang memakai topi menutupi separuh wajahnya. Dia lihat segaris senyuman puas hati terukir dibirai bibir lelaki itu.
Amirah terkedu. Dia kenal senyuman itu. Dalam samar-samar, akhirnya lelaki itu pergi meninggalkan kawasan kemalangan itu. Gelagat nya nampak bersahaja.
Bangun sahaja tidur, Amirah tak ingat jelas siapa gerangan itu namun yang pasti senyuman lelaki itu masih segar bertayang dalam fikirannya. Huh.. mungkinkah itu petunjuk kepada kes langgar lari yang menjadi kan Azhar sebagai mangsa?
Satu keluhan berat Amirah lepaskan. Wajah Azhar yang masih tenat dipandangnya lemah. Tangannya pula erat menggenggam tangan Azhar yang longlai. Air mata yang membasahi pipi dia biarkan sahaja mengalir. Bibirnya mengucup lama tangan Azhar.
"Sayang, bila you nak bangun? Dah tiga hari I tak nampak you senyum. You tak rindu ke nak jumpa I, Zhar? You tak rindu ke nak main dengan anak kita?" termasuk kali ini, sudah hampir sepuluh kali, Amirah ulang ayat yang sama.
Sudah tiga hari Azhar terlantar koma. Kecederaan parah di kepala serta dada menyebabkan Azhar tak bergerak persis orang mati walaupun otak dan jantungnya masih hidup. Sebak dada Amirah bila mengenangkan nasib yang menimpa suaminya itu.
Untuk kesekian kalinya, Amirah mengucup tangan suaminya itu lalu tangannya membelai ubun rambut Azhar lembut. Sesekali, pipi suaminya itu dibelai. Dingin sahaja badan Azhar dirasakannya. Hmm.. Siapa aje yang tak risau?
Baru sahaja Amirah berura-ura mahu melentokkan kepalanya ke sisi katil, telinganya berjaya menangkap bunyi pintu dikuak. Spontan, kepalanya berpaling ke arah pintu. Hampir terkedu Amirah dibuatnya apabila melihat jasad itu masuk ke dalam bilik rawatan Azhar.
"A-Adrian?" seru Amirah semacam tak percaya.
Lelaki itu nampak tenang saja. Dia melangkah ke sisi Amirah sambil sejambak bunga melur putih dibawa nya. Sempat matanya melirik ke arah Azhar yang terbaring persis orang tak bernyawa. Hanya degup jantung nya saja yang berdetak.
Pandangan kaget yang Amirah beri kan padanya langsung tak dihirau kan. Tanpa dipinta, Adrian melabuh kan punggung di birai katil milik Azhar.
"Ini, buah tangan untuk Azhar." bunga melur yang dibawanya diserahkan kepada Amirah yang sudah pandang dia. Wajahnya nampak tenang saja. Biasa-biasa saja.
Amirah langsung tak menyambut. "You buat apa kat sini, Ad?" gertak Amirah sedikit berbisik.
Adrian sudah jongket kening. Wajah tak bersalahnya ditayang. Pfft.. merepek betul soalan Amirah ni.
"Hmm, perlu ke you tanya soalan tu dekat hospital ni? You rasa I datang sini untuk apa?" Adrian sudah buat loyar buruknya.
Amirah mengetap bibir geram. Entah kenapa, dia rasa dipermainkan. Lagipun, dia tak selesa bila Adrian ada di situ dengannya.
Sekali lagi, Adrian menyerahkan bunga itu kepada Amirah namun masih sama. Amirah menayangkan muka tak sudi mahu menyambut huluran bunga itu. Jijik pun ada juga.
"Kenapa you datang lawat Zhar?" soalan penuh terperinci dihambur kan oleh Amirah.
"Salah ke kalau I nak lawat suami sepupu I? Come on lah, even there are nothing special among us but we are family . Your father is my uncle, right?" Adrian sudah ungkit kaitan keluarga antara dia dan Amirah.
Amirah mencebik. Dia langsung tak percaya pada kata-kata Adrian. Pasti ada sebab yang membawa lelaki itu bersemuka dengannya di sini. Dan.. benda itu pastinya tak baik.
"You ingat semudah itu I akan percaya? I kenal you, Adrian. Apalagi yang you nak daripada I? Huh, maybe you suka kot Zhar macam ni. Hmm.. kan?" tebak Amirah mahu menghidu niat sebenar Adrian.
Lelaki itu nampak membisu namun setelah itu senyumannya terukir. Jambangan bunga yang dibawanya, diletakkan di atas kaki milik Azhar. Langsung dia tak pedulikan adab nya itu.
Wajah Amirah dipandangnya.
"Memang pun. I nak tengok karma bagi lelaki yang dah berani rampas you daripada I. I nak tahu macam mana merananya hidup dia sekarang ini. I nak beritahu you, sayang.. Apa yang jadi pada lelaki ini memang patut. He has deserve what he did." lantang Adrian. Tersemat dendam dalam raut wajahnya.
Kelu lidah Amirah dibuatnya. Mata nya masih tak lepas memandang wajah Adrian. Dia lihat senyuman sinis yang terukir di birai bibir Adrian. Nampak puas hatinya di situ.
"Semua benda ni jadi mesti ada sebabnya. Mungkin you cuma milik I, sayang bukannya Azhar." kata-kata Adrian itu buatkan Amirah tersentak.
Spontan lelaki itu pergi meninggal kan Amirah sendirian dalam bilik itu. Tak semena-mena, air mata Amirah mengalir deras. Bila fikirannya teringatkan senyuman yang terukir di birai bibir Adrian sebentar tadi, Amirah diterpa rasa takut.
Mungkin ke Adrian dalang semua ini? Senyuman sinis Adrian sama seperti senyuman sinis yang ada dalam mimpi Amirah..
Huh?
...
Yeah!!! Aku rasa teruja sangat-sangat. Untuk pertama kalinya, Syah sudi dilantik menjadi imam untuk Huraifah Farihah. Solat fardhu Isyak kami tunaikan berdua. Entah kenapa, hati aku diulit rasa tenang bila solat bersama Syah. Malah, hati ini juga turut kembang berbunga.
Selesai sahaja memberi salam, kami menadah tangan membaca doa. Apa yang aku mahukan? Aku mahukan rumahtangga aku kekal sampai ke akhirnya. Aku nak selalu ada di sisi Syah dan selamanya dengan dia. Biarlah dia jadi lelaki terakhir dalam benang takdir aku.
Tangan Syah aku capai lalu aku kucup lembut. Syah pula mencium dahiku yang terdedah itu. Pantas, senyumanku terukir lalu mataku memandangnya suka.
Teringat pula detik semasa hari pernikahan kami berdua. Waktu itu, upacara membatalkan air sembahyang. Aku mengelak daripada bibir Syah menyentuh dahiku. Waktu itu, memang aku tak terima dia dan masih terkejut dengan apa yang jadi tetapi sekarang.. Syah nak kucup dahi aku banyak kalipun tak kisah. Aku lagi suka. Uhukss!!
Ketika aku sedang melipat kain telekung, aku rasakan ada tangan yang menjalar memeluk tubuhku dari belakang. Terus senyumanku meniti. Hmm.. pastinya cik abang kita.
"Sayang buat apa itu?" haih, dia ni. Soalan apalah dia tanya ni. Hmm.. nasib baik dia guna suara comel. Tak jadi nak marah.
Aku yang masih ligat melipat telekung melayan karenahnya itu. "Hmm.. tengah makan." selorohku.
Tergelak kecil Syah dibuatnya. Pelukannya masih erat di pinggangku. Selesai melipat sejadah, aku turut sama memeluk tangannya yang melingkar di pinggangku sambil kepalaku, aku lentokkan ke dada bidangnya.
Tawa Syah sudah mulai hilang dari pendengaran. Kini, suasana penuh romantik melatari ruang antara kami berdua. Aku menikmati saat itu. Sesekali, jendela yang terbuka aku pandang. Terlihat jelas bintang yang berkilau malam itu. Cantik.
Syah juga turut mengamati suasana itu. Dia sudah mendagu lembut di atas bahuku.
Lama kami diam sebelum satu keluhan berat Syah lepaskan. "Iffah,
kita akan selalu bersama kan? Tak kira apapun yang jadi?" soalan pelik itu tiba-tiba terlontar dari mulut lelaki itu.
Aku sudah jongket kening. "Hmm.. kenapa awak tanya macam itu?"
Syah nampak berbelah bahagi. "Syah cuma nak tahu aje. Iffah takkan tinggalkan Syah kan?" dia masih ulang soalan yang sama.
Senyuman nipisku meleret. Pelukan nya pada pinggangku, aku longgar kan. Tubuhku dihadapkan memandangnya. Kedua-dua belah pipi Syah aku pegang lalu mataku menatap anak matanya.
"Saya janji yang saya takkan tinggal kan awak, Syah. Saya sebagai seorang isteri akan selalu ada bersama dengan awak tak kira apapun terjadi. Hmm?" aku sudah tersengih acah.
Syah nampak lega bila mendengar janji yang aku hamburkan itu. Terus dia menarik aku ke dalam pelukan nya. Aku yang tergamam pada mula nya turut sama membalas pelukan Syah.
"Terima kasih, Iffah." ucapnya tulus.
Aku yang termangu hanya mampu tarik senyum nipis. Pelik juga dengan gelagat Syah malam ini.
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro