BAB 54
"Iffah?"
Suara garau itu menyapa gegendang telingaku.
Aku yang ketika itu masih terbaring di atas lantai putih itu terus berpaling kepada jasad itu. Dahiku sudah berkerut tatkala wajah Adrian menyapa deria penglihatanku. Satu dengusan kasar aku lepaskan.
Terus sahaja, aku bangun dari baring ku lalu aku atur langkah laju meninggal kan lelaki itu di belakang. Namun, Adrian lebih pantas mencengkam tangan kananku sekaligus menjedakan gelagatku itu.
"Lepaslah, Ad! Aku tahu siapa kau. Aku tahu apa yang kau rasa pada aku selama ini. Kau penipu!!" gertakku masih tak memandang wajah itu.
Adrian nampak tersenyum sinis. Spontan, tanganku dilepaskan lalu dia berpeluk tubuh. Raut penuh perli dia berikan pada aku. Gayanya, nampak puas kerana telah berjaya mengenakan aku.
"Bukan aku seorang aje Iffah yang tipu kau, ada orang lain lagi jijik daripada aku." ujar lelaki itu dalam nada penuh sinis.
Aku ketap bibir. Kali ini, wajahku menatap lelaki itu. Alis keningku sudah bertaut. Tak mengerti dengan apa yang cuba Adrian sampaikan. Siapa pula yang lelaki ini maksudkan?
"Siapa?"
"Syah."
Mataku terbuka tatkala telingaku berjaya menangkap bacaan surah. Dalam samar-samar, aku lihat kelibat seseorang dari jauh. Makin lama aku pandang, makin jelas sosok itu aku lihat. Terpaku aku tatkala melihat sosok Syah yang sudah mengangkat takbir.
Dia yang berpakaian baju melayu berwarna hijau bersama kain pelikat itu aku pandang hairan. Sempat mataku meliar ke sekeliling bilik. Aku gosok mata kemudiannya. Entah kenapa, aku rasakan semua ini adalah mimpi. Pelik bin ajaib.
Syah solat? Kerana masih tidak percaya, aku tampar lagi pipi aku buat kedua tiga kalinya namun aku masih belum 'terjaga'. Hmm.. rasanya apa yang aku nampak ni bukannya mimpi tetapi ianya adalah realiti.
Aku lihat Syah memberi salam sebelum wajahnya disapu perlahan. Baru sahaja aku berura-ura mahu menutup mata, Syah sudah pandang aku dahulu di belakang. Mata kami bertaut namun dia lebih pantas menarik pandangannya.
Tubuhku yang masih terbaring di atas katil, aku bangunkan. Sempat aku menilik tubuhku yang sudah berganti baju. Huh?! Rasanya semalam, aku tak sempat pun nak tukar baju.
Apa yang aku ingat tentang semalam? Aku balik, menangis, jumpa Syah, menangis, menyesal dan akhirnya... aku tertidur dalam pelukan Syah. Gulp?! Seriouslah, Iffah?! Kau buat semua itu semalam?!
"Huh, baguslah kau dah bangun. Tak payahlah aku susah-susah nak kejut kan kau." ujarnya senada.
Tubuhnya dibangunkan lalu sejadah tempat dia bersujud tadi, disidai ke kaki katil. Sempat wajahku dipandangnya sebelum dia beralih menuju ke arah sofa.
Mataku masih tak berpaling dari Syah. Dia yang sudah leka mengusik telefonnya aku pandang. Banyak persoalan yang timbul dalam benak fikiran aku sekarang ni.
"Awak ke yang bawa saya masuk bilik?" soalku ingin tahu. Itu adalah soalan pertama yang menerpa kotak fikiran aku saat ini.
Syah sudah jongket kening pandang aku. Mukanya itu macam merasakan soalan yang aku tanya itu tersangat lah tak logiknya. Hmm.. memang tak logik pun.
"Kau nampak orang lain ke, ada dalam rumah ni?" soalan berbalas soalan.
Aku ketap bibir. Pleaselah Syah. Jangan loyar buruk lagi dengan aku. Aku malas nak gaduh sekarang ni!
"Yang tukar baju saya?" aku alih soalan lain pula. Aku tahu, aku akan kecundang kalau teruskan juga perdebatan untuk soalan pertama.
Kali ini nampak Syah sedikit mengeluh. Pandangan beraninya dilarikan ke tempat lain. Dari raut wajah tanpa emosinya itu, aku nampak terselit rasa segan di situ. Hmm.. jangan cakap yang dia tukar baju aku.
"Takkanlah, aku nak biar kau tidur dengan baju basah macam itu? Halal kan ajelah apa yang aku nampak itu. Bukan dosa pun." di hujung bicara, Syah sudah memperlahankan nada nya.
Entah kenapa, raut mukanya itu aku rasa comel. Senyuman pendek ku terukir.
Hmm.. nak marah? Buat apa? Dia suami aku jadi dia layak pada apa yang ada pada tubuh aku. Cuma.. segan sikitlah. Secara tak rasmi, dia.. haih!! Malaslah nak fikir lebih.
Suasana hening membelengu ruang antara kami berdua. Syah diam, aku membisu. Hanya bunyi air-cond terpasang sahaja kedengaran.
Senyuman nipisku terukir. "Terima kasih, Syah." ucapku dalam nada gembira.
Lelaki itu langsung tak memberi sebarang respons. Namun, aku buat tak kisah. Lagipun aku tahu, pastinya Syah sudah menjawab ucapan aku itu dalam hati. Hahaha.. ya ke?
Terus aku menyusun langkah menuju ke arah bilik air untuk membersihkan diri.
Apabila merasakan jasad Huraifah sudah hilang daripada pandangan, Syah tarik nafas dalam lalu dia hembuskan perlahan. Lama dia diam sebelum akhirnya senyuman nipis nya terukir.
'Most welcome' getusnya dalam hati.
...
Pintu lif terbuka dan langkahnya disusun menuju ke arah pejabatnya. Telefon pintarnya yang sedari tadi dimatikan terus dipasangkan semula. Berkerut hairan Syah dibuat nya apabila mendapat hampir tujuh panggilan daripada personal Assistant nya.
Makin dekat jasadnya dengan pejabat, Syah sudah terpinga. Dilihat nya ramai yang berkumpul di hadapan bilik pejabatnya. Yang paling buatkan Syah diterpa rasa pelik adalah apabila dia melihat kelibat Engku Mukhriz turut sama berada di situ.
"Good morning, uncle. Kenapa ramai yang berkumpul depan office Syah ni?" soal Syah menyertai kelompok tersebut.
Dia lihat raut wajah semua yang berada di situ. Kesemuanya tayang muka kecewa manakala Engku Mukhriz pula sudah geleng kepala. Melihatkan itu, Syah sudah diusik rasa tidak sedap hati.
Engku Mukhriz melangkah kecil ke arah Syah lalu bahu lelaki itu dipegangnya erat. Dia cuba ukir senyum namun nampak terpaksa. Masih terselit riak kecewa di wajah tua itu.
"Syah, ada benda yang uncle nak bincang sedikit dengan kamu." nada suara lelaki tua itu sudah serius.
Syah sudah ketap bibir. Satu persatu wajah yang ada di situ dipandang nya. Dia mahu tahu apa yang terjadi sebenarnya namun kesemua mereka mengelakkan mata mereka daripada Syah.
Akhirnya satu keluhan lemah Syah lepaskan. Wajah Engku Mukhriz dipandangnya. "Okey, uncle. Kita bincang kat dalam." cadang Syah cuba menenangkan diri sendiri.
...
Suasana serius menyelubungi ruang pejabat milik Syah. Resah lah juga Syah bila mendapat pandangan semua orang. Pandangan jijik, pandangan kecewa dan juga pandangan marah masing-masing tertancap padanya seorang. Huh.. yurp, dia dapat rasakan ada benda buruk yang akan terjadi nanti.
"So.. apa yang uncle nak bincang kan?" Syah cuba menepis suasana serius itu. Wajah Engku Mukhriz disebelahnya dipandang.
Satu keluhan berat Engku Mukhriz lepaskan. "Uncle dapat laporan daripada pihak pentadbiran tentang kelakuan kamu, Syah. Uncle nak jumpa kamu ni sebab uncle nak dapatkan kepastian tentang kebenaran itu. Betul ke kamu pernah.. hmm." tak sanggup Engku Mukhriz mahu meneruskan bicara nya itu.
"Sudah terang lagi bersuluh, Engku. Kita semua nampak muka siapa yang ada dalam video itu. Perempuan itu pun bukannya Huraifah jadi, kita tak perlukan lagi keterangan. Kalau kita terus jadikan Syah sebagai CEO, kemungkinan besar syarikat ini akan lingkup." celah Dato' Farhan yang duduk berhadapan dengan Syah.
Kesemua orang di situ sudah menganggukkan kepala tanda setuju. Syah masih nampak blur. Lama dia cuba cernakan dalam kepala. Video?
Terus dia terkedu. Takkanlah... video antara dia dengan Irdina itu?!
"Betul itu, Engku. Saya setuju dengan apa yang Dato' katakan tadi. Imej syarikat kitapun sekarangni pun sudah cukup buruk. Kalau media dapat tahu fasal CEO pun perangai kaki perempuan, saya rasa kemungkinan besar.. orang ramai takkan percaya untuk berikan kerjasama pada kita." celah yang lain pula.
Syah sudah hilang kata. Wajah Engku Mukhriz dipandangnya. Dia mahu pastikan tebakannya itu betul atau tidak. Betulkah video antara dia dengan Irdina yang mereka bincang kan ketika ini?
"Video apa ni, Uncle?" soalnya.
Engku Mukhriz diam tak menyahut. Mungkin dia segan untuk bahaskan isi kandungan video itu.
"Video kau dengan pelacur itu dalam bilik hotel." sahut orang lain yang ada dalam pejabat itu.
Syah sudah terkedu. Rasa marah dan malunya kian bergumpal menjadi satu. Kepalanya sudah ligat memikirkan seseorang yang bertanggungjawab memburukkan namanya itu. Tak lain dan tak bukan, pasti sepupunya itu, Engku Adrian Faizur!
"Engku, saya cadangkan supaya nama Syah digugurkan dari jawatan CEO ni. Bagi saya, orang macam dia tak layak untuk pegang jawatan penting itu. CEO mencerminkan MZ Holdings. Kalau Syah pun perangai ke laut, tak heran kalau suatu hari nanti nasib syarikat kita pun akan terjejas." cadang Dato' Farhan tegas.
"Betul itu, Encku. Saya setuju dengan apa yang Dato' kata. Kita gugurkan aje Syah daripada jawatan itu. Kalau berita ini sampai pada media, syarikat ini juga yang akan kena bahananya." tambah yang lain pula.
Syah tidak mampu bersuara untuk membela diri. Sudah terang lagi bersuluh, wajahnya jelas terpapar dalam video itu. Kalau dia kata tidak, nampak sangat pembohongannya di situ. Apa yang Syah mampu buat sekarang, diam.
Satu keluhan berat Engku Mukhriz lepaskan. Wajah pegawai yang ada dalam pejabat itu dipandang nya dengan penuh muktamad.
"Baiklah, nampaknya semua sudah bulat suara untuk memecat Syah daripada menyandang jawatan CEO MZ Holdings. Kita akan bicarakan perkara ini, nanti. Saya akan tetap kan tarikh mesyuarat." putus lelaki itu dalam tegas.
Syah sudah menunduk akur. Huh, s*al kau, Ad!
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro