Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 48

Sudah dua hari berlalu semenjak pemergian Engku Mariam dalam kemalangan. Entah kenapa, Allah ciptakan pertemuan singkat antara aku dengan wanita itu? Baru sahaja aku dengar nasihatnya pagi itu dan tiba-tiba sahaja Allah pertemukan aku dengannya untuk kali terakhir dalam keadaan yang sangat menyayat hati.

"Okey. Saya pun sekarang sedang memandu nak ke Wangsa Maju. Selain itu, ada apa-apa lagi tak?" soalku sambil memandu kereta menyelusuri highway yang sedikit sesak.

"Tiada apa-apa lagi, puan. Itu sahaja. Terima kasih." balas staff di hujung talian.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Selesai itu, kembali aku simpan telefon pintarku ke dalam kocek seluarku.

Kepalaku panjangkan ke sekitar. Jalan tengahari itu agak sesak dengan kereta. Dalam 10 minit, kereta aku hanya mampu bergerak tak sampai 200 meter. Apakah?

Sesekali mataku melirik ke arah jam tangan yang aku pakai. Hanya tinggal 30 minit saja lagi, aku perlu berjumpa dengan client. Secepat mungkin. Sedikit demi sedikit, kereta aku bergerak sehinggalah akhirnya mata aku terpandangkan ambulans.

Dahiku sudah berkerut. Ada kemalangan? Terus kereta Jazz yang aku pandu, aku berhentikan di tepi jalan. Tiba-tiba sahaja aku diterpa perasaan ingin tahu.

Langkahku susun mendekati kelompok orang ramai yang mengerumuni kawasan kemalangan itu. Makin dekat, aku lihat jelas situasi yang terjadi ketika itu.

Mataku sempat melirik ke arah kereta yang sudah remuk bahagian hadapannya. Mungkin berlanggar dengan pembahagi jalan. Kereta itu aku tilik lama sebelum perasaan terkejut ku menyergah.

I-itu bukan ke kereta milik Engku Mariam?

Aku terpaku. Aku kenal jelas kereta Mercedez itu. Nombor platnya juga, aku hafal.

"T-Tak.. T-tak mungkin?!" berkali-kali aku menidakkan apa yang aku nampak itu.

Air mataku mengalir deras tatkala mengingati kejadian itu. Jasad Engku Mariam yang dibawa keluar anggota penyelamat juga masih menghantui fikiran aku. Kepalanya berdarah, matanya terpejam rapat dan tubuhnya juga terdapat luka- luka.

Terus aku kesat air mataku. Tak.. aku tak boleh terus menerus meratapi pemergian Engku Mariam. Nak tak nak, aku perlu terima pemergiannya. Terseksa rohnya kalau aku masih terus melayan perasaan. Yang pergi, biarkan pergi..

Tidak mahu rasa sedih menghimpit, aku pilih untuk naik ke bilik. Lebih baik kalau aku sedekahkan bacaan yasin. Mungkin dapat tenangkan roh Engku Mariam di sana.

Tiba sahaja di muka pintu, aku lihat kelibat Syah terbaring di atas katil. Wajahnya nampak pucat. Yurp.. kehilangan Engku Mariam pastinya berat untuk ditanggung oleh Syah seorang. Dalam dunia ni, Syah cuma ada Engku Mariam. Wanita itu adalah satu-satunya tempat lelaki itu meluahkan kesedihan.

Aku tahu apa yang Syah rasakan. Pasti dia tak mahu wanita itu pergi daripadanya. Namun takdir sudahpun ditetapkan untuknya. Syah perlu terima semua ini dengan hati yang rela.

Langkahku susun mendekati Syah. Birai katil aku duduki lalu wajah pucatnya aku pandang. Sebak hati aku bila melihat lelaki itu begitu. Seharian ini dia hanya berkurung dalam bilik. Makan tidak, mandi pun tidak..

Perlahan-lahan tanganku menyentuh dahinya. Tergamam aku tatkala merasakan suhu tubuhnya panas daripada biasa.

"M-mama.." serunya terketar. Mata nya masih terpejam rapat.

Tidak mahu berlengah, aku terus turun ke dapur. Semangkuk air suam berserta kain bersih aku capai lalu aku bawa ke bilik semula.

"S-syah."seruku perlahan.

Kain lembab itu aku sapu ke sekitar dahinya. Resah aku makin menghimpit apabila berkali-kali mulut lelaki itu terkumat-kamit memanggil mamanya.

"S-Syah, awak dengar saya tak?" sebakku. Tiba-tiba sahaja air mataku menitis.

Aku takut, aku risau.. kalau Syah sakit. Tubuhnya aku sentuh lagi. Hmm.. masih panas.

"Awak janganlah sakit. A-awak.." seruku berkali.

"Mama?!!!"

Tiba-tiba sahaja, jasad lelaki itu bangun dari baringnya. Matanya meliar memandang sekitar bilik. Berharap agar apa yang dia lalui itu semua mimpi. Tak.. ibunya masih hidup sekarang! Dia takkan mungkin kehilangan mamanya semudah itu. Meliar matanya sampailah akhirnya anak mata itu tertancap ke wajah gadis di sebelahnya.

Dia nampak tangisan halus di wajah gadis itu. Tangan gadis itu yang sedang memegang kain lembab dipandangnya.

"I-Iffah, mana mama?" soalnya.

Aku yang mendengar soalan Syah sudah ketap bibir. Sebak dadaku bila dia hamburkan pertanyaan itu pada aku. Hmm.. pastinya lelaki itu masih tak mampu menerima kenyataan bahawa wanita itu sudah lama pergi.

Sebuah gelengan aku berikan. "S-syah, mama dah tak ada. A-awak tahukan itu?" balasku masih dibanjiri air mata.

Syah nampak terkilan. Air mata jantannya menitis. Makin lama makin deras. Baru sahaja dia mahu rebah, terus tubuhnya aku peluk erat. Aku cuba memujuk dia. Berharap agar dia dapat mengurangkan kesedihannya itu sedikit.

"Kenapa mama kena pergi, Iffah?!! Apa salah aku sampai Tuhan rampas dia daripada aku?! Apa salah aku!" berkali-kali Syah mengajukan soalan itu pada aku.

Jawapannya langsung aku tak berikan. Aku diam. Membiarkan Syah melepaskan apa yang terbuku dalam hatinya. Walaupun aku tak dapat menghilangkan sedihnya, sekurang- kurangnya aku dapat mengisi kekosongannya buat sementara waktu.

Belakang badannya aku sapu perlahan. Syah masih menangis dalam pelukanku.

"Awak, semua benda ada sebab. Mungkin ada hikmah Allah ambil dia. Mungkin Tuhan lebih sayangkan mama." balasku.

Syah tidak menyahut. Dia masih menangis semahunya dalam dakapanku.
...
Dahi Syah aku sentuh. Satu keluhan lega aku lepaskan apabila merasa kan suhu tubuhnya sudah mulai stabil. Risau aku kalau tiba-tiba sahaja dia sakit. Hmm.. harap tak adalah apa sangat sakitnya sekarang ni.

Mungkin sakit sebab rasa sedih yang amat agaknya. Tebakku sendiri.

Setelah selesai meletakkan kain lembap ke dahinya, senyuman ku terukir nipis. Entah kenapa, tangan aku terasa mahu meneroka keseluruhan wajahnya. Gugup aku dibuatnya tatkala tangan ini akhir nya berjaya menyentuh pipi lelaki itu.
Aku usap perlahan wajahnya.

Suka. Yurp, aku suka bila dapat sentuh wajah lelaki yang kini bergelar suami aku itu. Dari wajah, aku usap rambutnya pula. Syah nampak tergeliat sedikit namun matanya masih terpejam rapat.

Mungkin lelah agaknya. Yalah, seharian suntuk menangisi Engku Mariam yang telah pergi. Kasihan melihat seorang anak yang baru kehilangan ibunya. Mesti perit. Mesti rindu.

"Syah, awak jangan risau. Saya akan jaga awak. Itu janji saya sebagai isteri awak." putusku perlahan.

Aku sudah tekad. Tak ada lagi kekecewaan yang lepas. Walaupun pada awalnya rasa cinta aku pada Syah tak pernah wujud tapi nak tak nak, aku perlu akui yang dia adalah suami aku yang sah kini. Tanggung jawab aku adalah pada Syah dan bukannya Adrian.

Satu keluhan nipis aku lepaskan. Terus aku alihkan tangan ku dari menyentuh wajah Syah. Tiba-tiba sahaja kepalaku teringatkan pada lelaki itu. Jujur aku katakan perasaan aku pada Adrian masih tersisa. Entah kat mana agaknya lelaki itu sekarang, aku pun tak pasti.

Kalau dia kembali dalam hidup aku semula, aku pasti mahukan dia. Tapi.. Syah? Bagaimana dengan dia? Takkanlah aku nak tinggalkan dia? Aku ketap bibir.

Terus wajahku aku tampar perlahan. Apalah yang aku mengarutkan sekarang ni? Adrian tinggalkan aku, Syah pula datang pada aku? Kenapa aku perlu pilih lelaki yang tinggalkan aku? Huh!! Nope.. aku dah janji dengan Engku Mariam untuk pertahankan rumahtangga kami ni. Walau apapun aku mesti berada di sisi Syah.

Lengan sasa Syah aku urut lembut. Nampak seperti dia selesa apabila aku buat begitu padanya. Hmm.. mungkin dia suka. Selimut yang menutupi tubuhnya aku tarik sampai ke dada. Aku tak mahu dia diterpa kesejukan.

Ditambah lagi langit malam yang dituruni hujan. Pasti sejuknya jelas terasa.

Setelah itu, aku berura-ura mahu melangkah ke katil ku. Tiba-tiba sahaja telefon pintarku yang berada di atas laci kecil itu berdering. Laju aku mengangkat. Nasib baik, Syah tak terjaga.

"Hello." seruku sambil sesekali mataku melirik ke arah Syah yang masih terbaring.

"Iffah.." suara garau itu menyebut nama aku. Serentak itu, talian dimatikan.

Aku terkedu. Tak.. Telinga aku memang tak silap. Suara yang tadi tegur aku dalam talian. Suara itu.. mungkin ke pemiliknya adalah.. Adrian?

"Adrian?"
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro