BAB 46
Selesai sahaja membersihkan badan dan menyarungkan pakaian, aku terus melangkah keluar dari kamar mandi. Buka sahaja pintu, aku lihat kelibat Syah di beranda. Leka benar, dia menikmati suasana malam. Mungkin bintang memenuhi langit agaknya malam itu.
Senyumanku terukir bila lihat dia begitu. Tudung sarung berwarna hitam yang aku pakai, aku betulkan.
Tidak mahu berlengah, aku terus melangkah ke depan meja solek.
Kulit wajahku, aku ratakan pelembab sementara bibir pula aku hanya oles kan vaseline. Nak kulit gebu macam Huraifah Farihah, jemput-jemputlah tempekkan pelembab selalu. Sejuk dan menyenangkan. Boleh bawa tidur sampai ke pagi.
Sambil menyediakan diri untuk tidur, sesekali mataku melirik ke arah kelibat Syah yang masih berdiri membelakangi cermin. Khusyuk betul dia ni. Kira bintang ke apa sebenarnya dia sedang buat agaknya?
Aku malas nak tahu tetapi aku ingin tahu.
Sedang leka aku meniliknya dari belakang, tiba-tiba sahaja tubuh itu berpusing. Langkahnya disusun memasuki bilik tidur kami. Serentak itu, aku alihkan mataku memandang diri sendiri.
Terketar-ketar tangan aku nak sapu wajah dibuatnya. Terkejut. Nasib baik, dia tak perasan aku tadi sedang leka memandangnya.
Sofa kosong yang tersedia dalam bilik didudukinya. Seperti biasa, telefon pintarnya dicapai lalu dibelek. Itulah kebiasaan Syah sebelum tidur. Sudah seminggu lebih aku jadi isteri dia, jadi.. aku faham sangatlah perangai dia macam mana.
Nampaknya, tak adalah susah sangat nak menjaga makan minum Engku Syah Taufiq ni. Apa yang aku masak, dia tak pernah berleter atau pun menolak. Semuanya dia makan tapi badan masih sama. Masih gagah. Mungkin, selalu main gym agaknya.
Memandangkan aku dan Syah bekerja jadi kami tak banyak masa untuk diluangkan. Masa kami bertemu adalah dalam bilik ini tetapi tak banyak benda yang kami bual kan. Lagipun, suasananya masih terasa janggal untuk aku. Tak biasa tetapi aku cuba untuk perbaiki perkara itu.
Boleh kau bayangkan diri kau tiba-tiba sahaja dikahwinkan dengan lelaki yang baru kau kenal dalam beberapa kali pertemuan? Itulah apa yang aku rasakan ketika ini. Aku tak kenal siapa dia Syah dan Syah juga tak kenal siapa aku. Malah, dia juga seperti malas untuk ambil tahu fasal aku.
Hmm, yalah. Aku ni tak segah kawan -kawan perempuannya yang lain. Kulit putih melepak, badan ibarat model, tubuh terdedah sana-sini dan dengan dandanan make-upnya.. yurp, aku pasti tiada dalam senarai perempuan yang diminati Engku Syah Taufiq.
Aku tak ada badan macam model, kulit aku pun kadang-kadang jerawat minta teduh, Nak bermake-up.. pfft, malasnya yang amat. Jadi, mau ke si Syah itu selera dengan perempuan macam aku ni?
Sedang leka aku termenung, mata Syah sempat memerhati aku. Deheman kecil dia berikan namun sedikit kuat. Tersentak aku dibuat nya, spontan wajahnya aku panfang.
"Kenapa? Awak sakit tekak ke?" entah macam mana soalan minta kaki itu boleh keluar dari mulut aku.
Senyuman hambar Syah terukir. Telefon pintarnya masih diusik. Dia langsung tak pandang aku. "Kau memang suka buat lawak hambar eiyh?" soalan berbalas soalan.
Terus aku pusingkan tubuhku ke arahnya. Tajam mata aku menikam matanya. Tak guna. Kalau hambar, janganlah kutuk.
"Hmm.. siapa yang buat lawak hambar. Huh!" nadaku cuba aku sopankan sebaik mungkin. Nope, jangan terbawa emosi.
Syah tarik sengih. Langsung dia tak pedulikan riak cemberut yang bermain di wajahku. Kembali telefon pintarnya dibelek. Suasana sepi kembali membelengu.
Bila rasa tak dihiraukan, aku kembali mengurut wajahku di depan cermin. Itulah dia Syah. Suka sangat buat aku sakit hati. Tadi aku tegur cara baik aje tetapi dia balas cara perli aku. Huh..dasar!
Tidak mahu berlengah, aku menyusun langkah menuju ke arah tempat tidur kami. Namun, baru nak mendekat, Syah tiba-tiba sahaja seru nama aku. Terus aku menoleh memandang wajahnya lalu keningku terjongket.
"Ya? Kenapa?"soalku masih tercegat.
"Sini sekejap. Ada benda yang aku nak bincangkan dengan kau." ujar nya senada.
Aku akur. Terus sofa yang diduduki nya aku tuju. Tempat duduk kosong di sebelahnya aku tempati.
"Apa dia?" soalku.
Syah pandang wajah aku sejenak sebelum matanya dialihkan ke tempat lain. "Mama beritahu aku tadi. Ini pilihan kau tapi mama bagi cadangan aje. Kau nak ikut ataupun tak, terserah." balasnya.
Keningku sudah bertaut. "Mama beritahu apa?"
"Mama cadang supaya kau tak bekerja. Dia fikir kau perlu jadi surirumah sepenuh masa." jawabnya dalam nada mendatar.
Aku ketap bibir. Takkanlah aku nak berhenti kerja pula? Jadi, buat apa aku belajar tinggi-tinggi tetapi akhir nya aku jadi surirumah pula? Huh! Hati aku sudah melawan namun aku tak luahkan.
Diam aku, Syah pandang. "Kalau kau taknak, tak payahlah buat. Simple." alihnya.
"Erm. Okay." balasku sepatah.
Baru sahaja aku mahu beralih, tiba-tiba sahaja Syah rentap tangan aku. Langkahku terhenti. Tergamam juga aku dibuatnya. Terus wajahnya aku pandang. Kenapa tiba-tiba dia pegang tangan aku pula ni?
"Kenapa?" soalku. Terselit getaran dalam nadaku.
Syah langsung tak bersuara. Dia tiba-tiba sahaja menarik aku untuk duduk semula. Matanya langsung tak beralih dari memandang bibirku. Aku pula yang rasa gelisah.
"Ada rambut kat bibir kau." beritahu nya mendatar.
Baru sahaja tangan aku mahu membersihkan bibirku. Pantas tangan Syah memegang bibir aku terlebih dahulu. Rambut yang melekat di bibir bawahku dibuang nya.
Debaran di dadaku makin melonjak saat matanya tiba-tiba sahaja memandang anak mata coklat ku. Entah kenapa, aku rasa tergoda dengan matanya.
"Dah. Aku dah buang." suara garau nya itu makin menambahkan getaran dalam jiwa aku.
Punggung aku masih tak beralih. Wajahnya masih aku tatap. Senyumanku terukir nipis. Baru aku perasan yang Syah seorang yang tampan. Dengan alis matanya yang tebal serta mata coklatnya yang sedikit gelap, ia memang boleh mencairkan hati sesiapa sahaja termasuk aku.
Aku rasakan deru nafas Syah yang agak perlahan. Raut wajahku ditatapnya. Tak semena-mena, Syah membuka tudung yang menutupi kepala aku itu. Peliknya, aku langsung tak melarang malah aku relakan saja dia perlakukan aku sebegitu rupa.
Sanggul yang terikat di belakang kepala, dibukanya. Terus rambut panjangku jatuh sampai ke paras dada. Senyuman Syah terukir nipis.
Tangannya mengurut rambutku lembut lalu jatuh ke leher jenjangku sampailah tangannya menyentuh bibirku. Aku membiarkan. Dapat aku rasakan sentuhannya itu. Sangat menghangatkan.
Bila Syah mendekatkan wajahnya ke wajahku. Deru nafasnya menampar batang hidungku. Terus aku pejam kan mataku rapat. Aku sedia untuk merelakan bibirku disentuh olehnya.
Namun, jangkaan aku silap apabila Syah kembali menarik tangannya dari menyentuh wajahku. Satu keluhan lemah dia lepaskan. Aku membuka mataku lalu wajahnya nampak kesal itu aku pandang. Kenapa? Kenapa dia berhenti?
"Aku tidur luar malam ni." ujarnya lalu melangkah keluar meninggalkan aku sendirian.
Bibirku aku ketap kejap. Masih tak mengerti dengan apa yang dia lakukan pada aku. Kenapa dia menolak?
...
Rancangan Piala FIFA yang bertayang langsung tak menarik minat Syah untuk menontonnya. Pandangannya kosong. Fikirannya pula sudah menerawang ke tempat lain.
Wajah milik Huraifah tak henti-henti merasuk mindanya. Kejadian tadi benar-benar buatkan Syah rasa resah dan keliru. Entah kenapa, dada nya berkobar hebat tatkala melihat wajah Huraifah dalam jarak dekat. Jiwanya meronta tatkala memegang bibir gadis itu sampaikan Syah rasa tergoda.
"Apa yang kau dah buat pada aku, Iffah?" soalnya sendirian.
Keningnya diurut perlahan. Satu keluhan berat dia lepaskan. Setiap kali nafasnya ditarik, pasti wajah Huraifah menjelma dalam mindanya.
"Kenapa tiba-tiba kamu tidur luar ni, Syah?" teguran itu berjaya memati kan lamunan Syah.
Jasad Engku Mariam yang mendekati dipandangnya. Senyumannya terukir untuk mama kandungnya itu.
"Saja,ma. Bosanlah selalu tidur atas katil aje." ulahnya kembali menonton televisyen yang sedang memapar kan iklan.
Engku Mariam tersenyum nipis. Tempar duduk di sebelah Syah didudukinya.
"Macam mana dengan cadangan mama? Iffah okey ke?" soal wanita itu mahu tahu. Matanya masih tertancap pada televisyen.
Syah mengeluh perlahan. "Iffah nak bekerja. Lagipun, bagus juga kalau dia bekerja. Tak adalah dia bosan sangat duduk dalam rumah." ujar Syah.
"Mama tak kisah pun kalau Iffah nak kerja ke tak, cuma mama risau hubungan kamu makin renggang." balas Engku Mariam.
"Kami kahwin pun bukan sebab suka sama suka. Jadi, Syah tak kisah kalau akhirnya kitorang berdua akan pilih jalan untuk berpisah." tutur Syah senada.
Engku Mariam diam sejenak. Dia tarik nafas dalam lalu wajah Syah dipandangnya. Tangan anak teruna nya itu dicapai lalu digenggamnya. "Ada sebab Tuhan takdirkan kamu berdua bersama. Mama tahu kamu tak cinta kan dia tapi mama harap kamu pertahankan rumahtangga kamu dengan dia."
Syah ketap bibir. Satu keluhan lemah dia lepaskan. "Fine. Syah akan cuba." ujar Syah mengikat janji.
Engku Mariam tarik senyum nipis. Suka benar dia lihat Syah begini. Tak melawan dan terima apa saja.
Sama seperti perangai arwah suami nya dulu. Bapak borek anak rintiklah katanya.
...
p/s》
Hye and Assalamualaikum, guys. Sorry sebab sis tak update banyak hari ni. Sis letih sangat bercuti but best sangat-sangat. Terengganu is awesome place yang sis pernah pergi. Kuala Terengganu banyak tempat best. Pantai dia pun cantik. Haha.. promote Terengganu sekejap.
Btw, thanks sebab sudi baca, vote dan komen cerita saya. Saya betul-betul menghargainya. InsyaAllah, esok saya akan cuba update sebanyak yang mungkin. Haha.. lepas aje balik Terengganu tiba-tiba aje saya lupa plot cerita ni😂😂.. Terlupa tapi sekarang dah ingat balik.
Esok saya akan update. Saya janji. Sis takkan kecewakan anda semua. Dua bab untuk hari ni. Btw, sis x boleh nak balas komen. Tak tahulah wattpads yang prob ke.. atau phone sis ni dah nak minta ganti senanya? Haha😂😂.. InsyaAllah, bila dah elok. Sis reply.
Annyeong!!
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro