Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 40

Kereta Jazz yang yang aku pandu aku berhentikan di persimpangan apabila lampu isyarat merona merah. Satu keluhan berat aku lepaskan sambil kepalaku ligat untuk memahami apa yang terjadi sekarang ini.

Sudah tiga hari berlalu sejak tragedi perkahwinan itu berlangsung dan pagi ini, aku tiba-tiba sahaja terfikir untuk datang melawat cafe Adrian. Yalah, memandangkan sekarang ini Engku Laila dan Engku Maulud sudah tidak sukakan aku jadi aku tak berani untuk jejakkan kaki aku ke rumah mereka.

Aku ingat bila sampai cafe, aku akan jumpa Adrian tetapi rupanya.. apa yang aku bayangkan tak sama dengan realiti. Huh..?

Keretaku aku parkingkan berhadapan cafe milik Adrian. Keluar sahaja, mataku tertumpu pada keadaan cafe yang sudah terbengkalai. Hati aku sudah mulai rasa serba tak kena.

Perlahan-lahan, aku melangkah mendekati cafe. Dari tingkap kaca nya, aku lihat jelas tiada lagi meja makan, tiada lagi menu makanan dihidang kan malah logo cafe milik Adrian juga tidak kelihatan. Macam mana benda ni boleh jadi?

Tidak mahu terus menerus berteka- teki,aku dekati kedai berhampiran dan bertanyakan tentang apa yang sebenar nya sudah berlaku dengan cafe ni dan jawapan mereka sungguh mengejut kan aku.

"Sudah seminggu kedai ni kena tinggal. Ada juga dengar cerita pemilik kedai itu dah jual cafe itu kat orang lain. Sebab itulah kosong. Itu apa yang saya dengarlah." beritahu pemilik kedai gunting rambut yang berhampiran.

Jual?

Ponn!!! Ponnn!!!

Terus aku tersedar dari lamunanku apabila kereta belakang sudah mulai membunyikan hon pada aku. Lampu yang sudah hijau aku pandang dan cepat-cepat aku memandu kereta ku kembali.

Sambil aku fokuskan mataku pada jalan, kepalaku terngiang-ngiang tentang kejadian tadi. Tentang Adrian dan juga tentang cafe itu..!

Aku tak faham. Kenapa Adrian sanggup jual cafe itu sedangkan dahulu dia sendiri yang cakap cafe itu adalah cafe yang dia bina dengan hasil jerih letihnya? Dia juga pernah cakap yang jualan cafe baik-baik saja. Dan, sekarang.. tak ada angin, tak ada ribut, Adrian tiba-tiba jual cafe nya?

'Ad tu bukannya baik macam apa yang kau sangkakan, Iffah. Dia kejam. Kalau kau nak tahu, dia tak pernah ikhlas sayangkan kau. Dia cuma gunakan kau, dia cuma gunakan aku. Dia sendiri yang suruh aku dekat dengan kau, dia suruh aku pikat kau, dia..'

Kata-kata Syah menerpa fikiran ku. Entah kenapa, setiap kali aku dengar apa yang Syah katakan itu, aku rasa sakit hati. Tapi.. dalam masa yang sama, aku mulai berbelah bahagi.

Betul ke Adrian yang rancang semua ini? Betul ke lelaki itu yang suruh Syah jadi pengganti? Dan.. betul ke Adrian memang tak ikhlas cintakan aku?..

Hati aku sakit tatkala soalan itu acap kali berlegar-legar dalam kepalaku. Yurp.. aku perlukan jawapan. Adrian, please tolong jangan buat aku jadi macam ni?!

Perkarangan rumah villa Engku Mariam aku masuki. Air mata yang membasahi pipi aku sapu. Sempat kereta milik Engku Mariam aku pandang. Hmm.. mama mesti ada kat dalam.

Terus aku susun langkah memasuki rumah. Buka sahaja pintu, bau gulai lemak menerpa segenap ruang dalam rumah gah itu. Senyuman ku terukir. Entah apalah yang Engku Mariam masak kali ini?

Langkahku mendekati dapur dan aku lihat Engku Mariam sedang menghidangkan lauk tengah hari di atas meja. Senyumannya terukir apabila melihat aku menghampiri.

"Lah.. mama ingat kamu kerja tadi? Kamu pergi mana?" soal Engku Mariam ingin tahu.

Aku tersenyum. Sempat mataku meliar ke arah gulai lemak ayam yang terhidang depan mata. Kecur air liur aku dibuatnya. Lapar sudah mai..

"Erm.. Iffah jumpa kawan tadi." dalih ku.

"Wah, ma. Nampak sedaplah gulai yang mama masak ni. Erm.. nak makan boleh?"pintaku yang sudah tidak tahan menanggung kelaparan.

Ketawa kecil Engku Mariam kedengaran. Terus belakang badan ku diurutnya perlahan.

"Boleh tapi kita makan dengan Syah sekali. Syah beritahu mama, nanti dia makan kat rumah. Kita makan sama-sama." ujar Engku Mariam lembut.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Sempat mataku melirik ke arah jam dinding yang tergantung. Tinggal lima minit sahaja lagi, jarum panjang akan menuding angka 1. Office hour.

"Iffah, tadi Syah ada minta mama buat sambal belacan. Hmm.. mama ingat nak suruh kamu buatkan untuk dia lah. Kamu reti kan memasak?" soal Engku Mariam apabila melihat aku termangu.

Terus aku pandang wajah Engku Mariam. Huh?! Buat sambal belacan.. untuk Syah?

"Kamu boleh tak?" ulangnya apabila merasakan soalannya tak mendapat jawapan.

Terus aku anggukkan kepala laju. "Boleh, ma. Boleh." aku sahut. Aku bab memasak ni no hal.

Suruhlah aku masak apapun, aku memang boleh tapi.. memasak untuk diri sendiri ajelah. Ibu pun tak pernah rasa masakan aku. Lagipun, masakan aku tak sedap mana. Rasa masin jadi manis, rasa manis jadi pahit, rasa pahit jadi tawar.. itulah ibarat masakan aku kalau dalam bahasa puitisnya.

Tersenyum Engku Mariam dibuat nya. Sukalah itu.
"Baguslah kalau macam itu. Mama dah siapkan semua bahan kat dapur. Cili pun mama dah bersihkan. Kamu buat ya." beritahu wanita itu.

Aku tarik sengih. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata hmm.. tanggunglah akibatnya.

Apa yang aku harap,sambal itu serupa belacan pun jadilah.
...
Selesai sahaja menunaikan solat Zohor, aku terus melangkah menuruni tangga. Sempat telinga aku menangkap suara garau milik Syah yang sedang berbual sakan dengan Engku Mariam. Dari gaya bercakap pun, aku tahu yang dia sedang makan.

"Hmm.. Iffah dah sampai." ujar Engku Mariam teruja apabila melihat kelibat aku menghampiri.

Syah masih dengan nafsu makan nya. Tak pedulipun kalau aku ada ke tak ada. Well, aku pun tak kisah sangat. Hmm.. selalu jumpa dalam bilik, sudah naik bosan aku.

Kerusi bersebelahan Syah aku duduki. Terus, aku senduk nasi dan gulai tersebut. Baru sahaja tangan aku mahu capai mangkuk kecil berisi belacan, tangan Syah pantas mengambilnya. Aku sudah ketap bibir geram.

Aku perhati aje kelakuannya itu. Dia ambil itu bukannya sikit, penuh satu sudu besar dia senduk. Berangin aje aku. Phuh.. sabar.

Bila dia letak, aku ambil. Tergamam aku apabila hanya tinggal saki baki aje. Ergh!!! Terus aku mencerlung wajah Syah. Taguna punya suami!!

"Sedap ke Syah sambal itu?" soal Engku Mariam yang sempat melirik reaksi muka kecewa aku itu.

Syah yang sedang mengunyah makanannya tersenyum nipis. "Sedap. Makanan mama tak pernah mengecewakan. Lain kali, mama buatlah lagi." ujar lelaki itu teruja.

Tersenyum penuh makna Engku Mariam dibuatnya. "Kalau kamu nak tahu, Iffah yang buat sambal belacan itu. Mama masak gulai aje." beritahu wanita itu.

Tergamam Syah dibuatnya. Serentak, wajah aku yang sedang angin dipandangnya. Aku langsung tak peduli. Dengan rasa tak puas hati, aku menikmati makanan aku itu. Hmm.. punyalah berstail aku masak benda itu, dia pula yang habiskan? Huh..!!

"Owh. Hmm.. not bad." balasnya kembali menikmati makanannya.

Aku mencebik dalam hati. 'Not bad-not bad' pun makan juga. Aku langsung tak menyahut 'pujian'nya itu. Hmm.. terima kasihlah. Aku tak terharu pun.

"Ma, Syah ada dengar mama nak fly pergi Singapore lusa? Business kat sana tak okay lagi ke, macam mana?" soal Syah ingin tahu.

Engku Mariam jungkit bahu. "Yurp. Mama akan fly pergi sana. Mama nak batalkan business kat sana. Kat situ, business kita tak berapa nak bagus sangat. Sudah dua bulan, perniagaan kita kat sana tak ada sebarang perningkatan." jelas wanita itu.

Aku yang sedari tadi pasang telinga hanya menganggukkan kepala. Senyumanku meleret, hmm.. kalau Engku Mariam tak ada, bolehlah aku balik rumah ibu kejap.
...






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro