BAB 36
Suasana dewan yang tadinya riuh akhirnya beransur sepi tatkala gerangan Syah menaiki pentas akad nikah. Lelaki itu nampak segak mengenakan baju melayu puti dengan sampin kuningnya. Songkok hitam yang dipakainya menyerlah kan lagi jati diri melayunya.
Birai mataku terasa panas. Beberapa kali aku cuba pujuk diriku agar tidak menangis. Nasib baiklah ada ibu di sisi aku. Dia cuba menenangkan aku dengan erat menggenggam tangan ku. Yurp, memang aku perlukan wanita itu ketika ini.
Engku Mariam yang duduk di sebelahku tersenyum pahit. Satu keluhan berat dia lepaskan. Walaupun dia agak sedih namun cuba ditabahkan hati untuk menerima dengan rasa terbuka. Mungkin ini agaknya takdir yang dia perlu lalui. Yurp.. sepatutnya dia kena gembira kerana anak terunanya itu bakal menikah.
Walaupun majlis itu sepatutnya bukan majlis untuk Syah dan Huraifah..
"Engku sudah sedia?" soal wali hakim apabila Syah sudah mulai bersila di hadapannya.
Bibirnya diketap kuat. Sempat mata nya melirik ke belakang mahu melihat gerangan pengantin perempuan. Spontan, mata kami bertaut namun aku pantas mengelak. Aku Tak Suka Dia!!!
"Kalau betul Ad dah lari, saya akan gantikan tempat dia." spontan, kata-kata Syah itu buatkan semua yang berada di situ tersentak.
Ahli keluarga yang lain sudah saling berbisik. Kebanyakan mereka menebak Syah adalah punca segala yang berlaku ini. And.. yurp, aku pun akan cakap macam itu juga. Kalau bukan dia.. mungkin aku akan disatukan dengan Adrian.
"Apa yang awak merepek ni, Syah?! Tak puas lagi hati awak lepas apa yang jadi sekarang ni? Awak tak malu ke, hah?!" akhirnya aku beranikan diri melontar kan ayat kasar itu pada Syah.
Peduli apa aku kalau hatinya terluka? Patut ke aku jaga hati lelaki tak berguna macam dia?!!
Syah pusingkan kepalanya ke arah aku. Wajah penuh mengharapnya ditayang kan. Yurp.. aku boleh nampak betapa bagusnya lakonan Syah sekarang ni. Penipu!!
"Aku sayangkan kau, Iffah. Kau tak faham ke? Lagipun, Ad dah pergi tinggalkan kau.. biar aku yang gantikan tempat pengantin lelaki itu.." ujar ya bersungguh.
Aku pandang dia dengan rasa menyampah. Mahu saja, aku tampar lelaki itu dengan tanganku sendiri. Huh.. aku tak boleh nak sangkal yang lakonannya benar-benar mantap sampaikan yang lain terpedaya.
Dengan wajah innocentnya, dia buat orang lain percaya yang aku dan dia betul-betul ada hubungan.Cis.. kejam! Licik!
Bila melihat aku langsung tak membalas, Syah pandang semua orang yang ada. "Saya akan tanggung semua ini. Saya akan bertanggung-jawab dengan apa yang saya buat. Saya akan kahwin dengan Huraifah." lantang dia bersuara.
Wajahnya nampak tekad. Langsung dia tak hiraukan pandangan orang pada nya. Air mukaku berubah.
I hate him!!
Lamunanku mati apabila aku dengar jawapan sedia yang keluar dari mulut Syah. Jelas depan mataku, tangannya berjabat dengan Wali Hakim di meja akad. Wajah serius nya aku pandang.
"Saudara Engku Syah Taufiq bin Engku Azlan, aku nikahkan dikau dengan Huraifah Farihah binti Zakaria Musa berwali hakimkan aku dengan mas kahwin bernilai RM1100 dibayar tunai." sebut wali hakim jelas.
Satu keluhan berat Syah lepaskan. Dengan tenang, dia melafazkan akad tersebut. "Aku terima nikahnya Huraifah Farihah binti Zakaria Musa dengan mas kahwin bernilai RM1100 dibayar tunai."
Keempat-empat saksi menjawab sah. Serentak itu, air mataku lebat turun. Tubuh ibu aku peluk erat. Wajahku aku sembamkan ke bahunya. Nope.. tolong cakap semua ini, mimpi.
Tak mungkin.. aku sudah sah jadi isteri dia? Tak.. Syah tak sepatutnya jadi suami aku. Adrian.. dia aje yang layak!!
"Iffah, sudahlah itu. Kamu jangan nangis. Malu orang tengok." pujuk ibu lembut. Kepalaku diusapnya perlahan. Dia berharap cara itu dapat meredakan kesedihanku.
Aku masih tak terpujuk. Semahunya, aku mengalirkan air mata. Lantaklah, orang nak mengata apapun. Aku dah malas nak dengar apa yang orang kata. Mereka semua tak pernah ada dalam situasi aku.
Dikahwinkan dengan lelaki lain yang tak pernah aku suka dan cinta. Itu menyakitkan. Dihina, dicela malah dituduh pada hari bahagia aku. Tak pernah terfikir dek akal warasku yang perkara ini akan berlaku. Hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia akhirnya berubah menjadi hari tragedi untuk aku.
"Iffah, Syah datang itu nak sarung kan cincin." bisik Engku Mariam sambil mengurut belakangku.
Kini, jasad Syah sudah duduk di hadapanku. Tangannya sudah bersedia mahu menyarungkan cincin emas putih itu ke jari manisku. Senyumannya nampak dipaksa.
"Iffah, kesian Syah itu.. Dia nak sarung cincin itu."pujuk ibu pula.
Beberapa kali mereka berdua memujuk aku. Akhirnya, aku mengalah. Mataku yang sudah merah aku tundukkan ke bawah sambil tangan kananku berikan kepadanya.
Dalam terpaksa, upacara tukar cincin akhirnya selesai. Sekali lagi, ibu paksa aku untuk mencium tangan nya. Aku akur dan aku turutkan sahaja.
Tatkala Syah mahu mengucup dahi ku, spontan aku mengelak. Semula tubuh ibu aku peluk. Huh.. tak hingin aku disentuh oleh lelaki itu! Biar dia tahu apa yang aku rasa sekarang ni..
Dia ingat semudah itu aku dapat terima dia? Jangan harap. Mati hidup semula pun, aku takkan terima dia sebagai suami aku!
"Iffah, kenapa buat macam itu?" soal ibu sedikit geram dengan perangai aku itu.
Aku buat tak endah. Langsung wajah Syah aku tak pandang. Menyampah.
...
Wajahnya dibasuh dengan air singki lalu matanya tajam merenung wajahnya yang dipantulkan cermin. Bibir diketap kejap.
Gila?! Kau memang gila, Syah!! Tak sangka dalam satu malam, semua benda berubah. Kau berjaya tukar title bujang kau kepada suami. Phuh!!! Entah patut kau berbangga dengan title itu ataupun tidak?
"Adrian, kau memang tak guna!! S*al, s*al, s*al!!!!!" geramnya sambil dinding tandas itu ditendangnya berkali-kali.
Huh!!! Andai dia dapat pijak jasad Adrian kan bagus. Nafasnya sudah berkocak. Yurp, rasa marahnya sudah melepasi had. Kalau dia jumpa Adrian itu depan mata, dia akan bunuh lelaki itu!
Disebabkan lelaki itu, namanya sudah buruk pada semua orang. Gara-gara Adrian, Syah terpalit dengan hubungan bodoh dengan Huraifah! Argh!! Sakitnya hati Syah sekarang ni hanya Tuhan saja yang tahu.
Langkahnya disusun menuju ke bilik hotel Huraifah. Syah mahu terangkan segalanya. Yurp, Syah sudah sediakan mental dan fizikalnya. Mungkin ini adalah balasan on the spot daripada Tuhan untuknya.
Selama ini, dia terlalu leka dengan kekayaan harta yang dimilikinya sampai dia alfa dengan dosanya sendiri. Satu keluhan berat dia lepas kan. Mama.. maafkan Syah. Syah harap lepas mama masih mengaku Syah anak mama lepas dapat tahu perangai Syah yang sebenar.
"A-apa? Adrian dah lari?"
Suara itu berjaya mematikan langkah Syah untuk menghampiri. Terus dia berselindung di sebalik dinding. Dahinya sudah berkerut. A-Adrian lari?
Matanya melilau ke sekitar depan bilik Adrian yang terbuka. Ramai yang sudah berkumpul. Jadi, apa yang dia dengar itu semuanya betullah?
Perhatiannya terganggu apabila telefon pintarnya tiba-tiba sahaja berdering. Terus sahaja diangkat. Panggilan daripada nombor telefon tak dikenali.
"Syah, rancangan ni takkan habis selagi aku tak cakap tamat." suara garau itu menyapa gegendang telinga nya.
Syah terkedu. "Aku dah cakapkan aku taknak terlibat. Aku dah tak kisah apa yang kau nak buat. Kau nak sebarkan video, kau buatlah kalau kau rasa puas."
Tawa Adrian meletus. Dirasakan kata-kata Syah bagaikan suatu komedi yang boleh buatkan dia ketawa.
"Janganlah cepat mengalah, Syah. Hidup kau masih panjang lagi untuk kecundang. Aku bagi kau peluang. Kau bebas rasakan hidup kau yang sekarang ni. Kalau aku jadi kau, aku akan ikut. Lagipun, kau tak fikir ke fasal kesihatan mama kau itu. Dia bukan muda lagi. Aku takut dia tak kuat aje bila dapat tahu anak dia perosak anak dara orang." ujar Adrian dalam nada sinis.
Syah mati kata. Tekadnya yang tadi berubah terus goyah apabila mendengar kata-kata Adrian. Nampak nya, Adrian memang bijak gunakan dia.
"Aku bagi kau pilihan, Syah. Sama ada teruskan atau berhenti." ulang Adrian.
Wajahnya diraup kasar. Kalau dia pilih untuk berdegil, dia risau akan kesihatan ibunya kelak. Betul juga apa yang Adrian kata. Ibunya pasti akan sakit kalau dapat tahu fasal video itu. Kerana termakan ugutan Adrian, Syah akhirnya pilih untuk teruskan. Yurp, dipaksa untuk jadi 'pak sanggup' dalam majlis perkahwinan ini.
iPhone 8 nya yang berdering menjedakan sejenak kemarahan Syah. Terus telefon pintar yang berada dalam kocek seluar dicapai lalu dia angkat. Moodnya tak berapa baik sekarang ini.
Benda pertama yang dia dengar adalah gelak tawa Adrian. Berdesing telinga Syah bila disapa 'gemaan iblis' itu. Huh!!! Sungguh, dia tak sangka Adrian memang gila.
"Woi,b*doh!!! Kalau kau jantan, kau datang jumpa aku. Jangan nak lari macam pengecut!!" gertak Syah kasar.
Adrian masih lagi dengan tawanya. Hal itu, sedikit sebanyak memanas kan hati Syah yang sudah meluap. Penumbuk Syah kepal kuat. Ergh!!
"Chill lah. Bukan teruk pun kahwin dengan Iffah. Nice, aku tak sangka kau berani buat semua itu." sindir lelaki itu. Sengaja mencari fasal nadanya itu.
Hati Syah yang sudah menggelegak tidak dapat dibendung lagi. Spontan, iPhone tersebut dicampak ke dinding tandas. Habis berkecai. Syah langsung tak endah. Matanya sudah merah.
Kau jangan harap boleh terus rosakkan hidup aku, Ad! Kalau aku terseksa, kau pun akan dapat benda yang sama.. Kau tunggu!
Janjinya dalam hati. Yurp, Syah akan pastikan dendam kesumatnya itu terbalas.
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro