BAB 34
Malam esok bakal menjadi malam di mana aku bakal disatukan dengan Engku Adrian Faizur. Yurp, siapa sahaja yang tak teruja apabila lelaki yang kita cintai akhirnya akan menjadi suami kita. Rasanya semua perempuan di dunia ini idamkan perkara yang sama. Hidup di bawah satu mahligai yang dinamakan sebagai alam perkahwinan.
Seluruh dewan yang akan menjadi tempat penyatuan kami esok aku belek dengan rasa teruja. Tak sangka, ibu dan Engku Laila memang pandai dalam hias menghias dewan ni. Warna unggu cair dan putih meronakan ruang makan dan pentas persandingan. Bunga-bungaan juga turut menambah rencah dalam majlis tersebut. Terus lengan ibu aku peluk erat. Teruja punya fasal.
"Suka tak?" soal Engku Laila sambil mengurut belakangku. Dia juga turut memerhati hasilnya itu. Memberansangkan.
Kepala aku angguk laju. Bahu Engku Laila aku peluk erat. "Suka sangat auntie. Lawa pun lawa. Erm.. Iffah suka tengok tempat bersanding itu. Cantik. Pandai ibu dengan auntie hias." pujiku.
Sedari tadi mataku tak lepas memandang mahligai yang bakal aku duduki esok. Kalau ruang yang lain hanya diwarnai dengan warna ungu cair dan putih namun di tempat persandingan ia dironai dengan tiga warna berbeza iaitu unggu cair, ungu pekat dan juga putih. Warna yang sangat kontra namun mewujudkan keharmonian.
Ibu disebelahku tersenyum nipis. "Yang tempat persandingan itu bukan kami berdua yang buat. Itu orang lain yang buat." ujar ibu membetulkan tekaan aku itu.
Alis mataku bertaut. "Orang lain? Siapa ibu?" soalku ingin tahu.
Belum sempat ibu mahu menjawab soalanku tak semena-mena hadir kelibat wanita berumur lewat 40-an datang menghampiri kami bertiga. Senyum nipisnya diukir. Nampak manis ditambah lagi dengan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Yurp, tak dapat aku sangkal.. wanita itu memang rupawan orangnya.
"Engku Mariam yang buatkannya untuk kamu. Sebab itulah cantik. Sama macam orangnya." puji ibu sempat mengusik wanita itu.
Tertawa kecil wanita itu apabila mendengar usikan ibu itu. Engku Laila sudah tarik senyum nipis. Tiba-tiba sahaja dia meminta diri untuk pergi. Jadi, hanya tinggal kami bertiga sahajalah yang berbual.
"Auntie buat inipun sebagai hadiah kamu berdua juga. Auntie harap kamu sukalah dengan hadiah kecil yang auntie bagi ni, ya? Maaflah kalau tak cantik mana." Engku Mariam sudah merendah diri.
Aku tersenyum. Suka betul dengar suaranya itu. Lembut mendayu-dayu. Hmm.. tak layak langsung bergelar ibu kepada Engku Syah Taufiq itu.
Bahuku ibu peluk. Senyumannya masih terukir. "Baru aje tadi Iffah puji hasil kerja Engku cantik. Dia pun suka." balas ibu bagi pihak aku.
Terus aku menganggukkan kepala mengiakan kata-kata ibu. "Saya teruja. Tak sabar rasanya nak duduk sana. Hahah.. terima kasih Engku sebab siapkannya untuk kami. Saya pasti mesti ramai tetamu yang akan puji." ujarku sopan.
Tawa wanita itu pecah. Ibu juga turut sama gelak, cuma aku saja yang tersengih. Tak tahu pula lawak hambar aku itu menjadi.
"Kamu ni pun. Puji.."kata-kata wanita itu mati tatkala ada suara garau menjengah kami bertiga.
Aku tergamam tatkala melihat sosok yang aku sangat anti itu ada depan mata. Kejadian minggu lepas kian bertayang dalam kepalaku. Yurp.. lelaki yang hampir saja merosakkan hubungan aku dengan Adrian. Lelaki tak guna!!
Sempat matanya mengerling ke arah ku sebelum dialihkan pada Engku Mariam. Senyum nipisnya terukir.
"Eh, bukan kamu kata kamu nak duduk rumah ke, Syah? Kenapa kamu datang sini pula?" soal Engku Mariam hairan.
Aku dan ibu sama-sama terdiam namun telinga kami masih kami pasang. Perbualan anak beranak itu jelas kedengaran.
"Erm, Ad ajak Syah duduk hotel. Lagipun dia ada tempah satu bilik untuk Syah. Senang sikit nak tolong untuk esok." balasnya dalam nada mendatar.
Engku Mariam sekadar mengangguk kan kepala. Wajah aku dan ibu dipandangnya kembali. Senyuman nya meniti.
"Owh, saya lupa nak kenalkan. Ini, anak saya.. satu-satunya anak yang saya ada, Engku Syah Taufiq. Rasa nya Iffah pernah jumpa dia kan, masa makan malam keluarga itu?" soal wanita itu menduga.
Nak tak nak terpaksa aku anggukkan kepala. Lagipun, bukannya Engku Mariam yang cari fasal. Anaknya itu aje yang perangai tak serupa bikin.
"Pernah." balasku sepatah lalu senyum pura, aku layangkan. Dia juga balas senyumanku. Lagaknya bersahaja. Macam tak ada apa-apa yang jadi antara aku dengan dia.
Setelah itu, ibu berbual panjang dengan Engku Mariam. Aku pula sudah tidak senang duduk diam. Berkali-kali mataku aku larikan ke tempat lain. Huh!! Gatal aje kaki ni sekarang. Rasa nak lari aje daripada menghadap muka lelaki itu.
"Erm, ibu.. Engku. Saya rasa saya nak naik ke bilik saya dulu. Ada benda yang saya nak kena buat sikit." aku sudah beri alasan.
Setelah mendapat keizinan, terus aku berlalu dari situ. Satu hembusan lega aku lepaskan. Seronok bila akhir nya aku merdeka dari terus dijajah oleh perasaan benci tadi. Yurp, meluat aku tengok muka Syah itu. Penipu.
Tanpa aku sedar, ada langkah yang menyoroti langkah aku. Bulu roma ku yang terasa merinding aku sapu. Huh!! Yurp, firasat aku rasa tak sedap.
Perlahan-lahan aku toleh ke belakang. Tergamam aku apabila melihat Syah yang tiba-tiba sahaja menarik tanganku kasar ke suatu sudut yang sedikit tersembunyi daripada pandangan umum. Mulutku ditekapnya kuat.
Aku tak banyak bergerak. Mataku masih buntang memandangnya. Nafasku juga sudah tidak sekata. Aku lihat betapa gelisahnya lelaki itu apabila kepalanya meliar ke kanan kiri bagi memastikan tiada siapa di situ.
"Kalau aku buka mulut kau ni, kau janji yang kau takkan menjerit. Masalah yang kau taknak jadi akan datang kalau kau tak ikut arahan aku ni." nadanya mengugut.
Aku ketap bibir. Tajam mataku mencerlung Syah. Suka hati dia aje pegang aku! Dia fikir aku ni apa?! Aku diam namun aku masih meronta minta lepas. Gelagat aku itu memaksa Syah untuk mengunci kedua-dua belah tanganku yang berlapik.
"Apa yang awak nak buat sebenar nya, hah? Awak tahu tak disebabkan awak, saya dengan Ad hampir putus! Awak tahu tak?!" gertakku marah. Perlahan saja suaraku. Takut ada yang terdengar.
Syah diam. Matanya masih tak beralih memandang aku. Senyum sengetnya terukir. "Memang itupun apa yang aku nak. Aku tak suka kau dengan Ad." spontan kata-katanya mengejutkan aku.
Aku terkedu dengan pengakuan beraninya itu. Wajahnya nampak bersahaja. Pandangan benci aku beri kan kepada dia.
"Apa yang awak merepekkan ni? Awak nak buat saya putus dengan Ad?! Awak sengaja buat semua itu?" bertubi-tubi soalan aku hamburkan.
Satu keluhan Syah lepaskan. Pandangannya aku rasakan berubah layu. Yurp, pandangan yang mampu mencairkan hati mana-mana gadis yang melihatnya.
"Aku tak sanggup tengok orang yang aku sayang kahwin dengan orang lain. Kau tahu tak hati aku sakit bila tengok kau ralat dengan Ad? Aku suka kau, Iffah. Kau tak sedar ke semua itu." aku terpempam bila pengakuan Syah itu.
Apakah? Tak ada angin, tak ada ribut.. tiba-tiba sahaja dia mengaku yang dia ada hati dengan aku?! Huh?!! Kegilaan apa pula sekarang ni.
Aku pandang dengan rasa tak percaya. Dahiku berkerut seribu. "A-apa yang awak cuba nak cakapkan ni? S-saya tak faham.."
"Aku suka kau, Iffah. Sejak aku jumpa kau untuk kali pertama, aku dah mula tertarik dengan kau." luah nya dengan penuh perasaan.
"A-Awak.." bicaraku mati apabila mataku terpandangkan sosok tubuh yang amat aku kenali di belakang Syah. Aku meronta untuk lepaskan diri namun, pegangan Syah makin kejap.
"Ad-Adrian..?!!" seruku lantang apabila aku lihat sosok lelaki itu terus pergi tanpa banyak kata.
Aku cuba meloloskan diri namun, Syah cuba menahan. Tak semena-mena, tanganku terus aku layangkan ke pipinya. Air mata yang mengalir aku biarkan. Sebak dadaku apabila perkara ini terjadi lagi.
Pipinya yang terasa kebas dipegang nya. Wajahku dipandangnya. "Apa yang bagusnya Ad itu sampai kau tak nampak aku, huh?!".
"Saya tak pernah suka awak!" gertak ku lalu berlari anak mendapatkan Adrian.
Langkah Adrian yang semakin menjauh aku cuba rapati. Berkali-kali aku cuba namun tak dapat juga. Baru sahaja Adrian berura-ura mahu masuk ke bilik hotelnya, pantas tanganku merentap lengannya.
"Ad.. Syah yang buat I. Dia sendiri mengaku yang dia tak suka kita berdua bersama. Percayakan I, Ad.." aku cuba untuk menjelas kan segalanya.
Aku harap kali ini kepercayaan Adrian akan berpihak kepada aku. Yurp!! Tolonglah. Esok kami akan. jadi suami isteri dan aku taknak kehilangan detik itu. Please...!!!
Jasadnya masih membelakangi aku. Keluh kecewanya meniti. Air matanya yang birai turun langsung tak diendahkannya.
"Huh.. I ingat you akan berubah lepas I bagi peluang tapi you masih sama Iffah. I.. I.. huh, I kecewa dengan apa yang you buat ni." ujar Adrian mendatar lalu melangkah masuk ke dalam bilik hotelnya.
Tersedu-sedu aku dibuatnya. Makin lebat air mataku jatuh. Pintu bilik Adrian aku dekati lalu kepalaku aku lentokkan ke permukaan pintu bilik nya.
"Ad, I tak salah. Syah yang rancang semua ni. Dia sengaja Ad.. Please, trust me."rayuku berkali namun tiada sesiapa yang menyahut dari dalam.
Huh.. dugaan apa yang kau berikan pada aku ni, Ya Allah?!
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro