Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 31

Sut hitam yang tersemat kemas pada tubuhnya, Syah belek seketika. Akhirnya, hari yang dia nantikan telah tiba. Hari di mana secara rasmi nya dia bakal dilantik menjadi CEO syarikat MZ Holdings. Tali leher yang mencekik kolar bajunya dibetulkan.

Sebenarnya, Syah sudah mulai hilang arah. Bukan disebabkan perlantikan penting itu tetapi dia risau akan ugutan Adrian malam semalam. Yurp, Syah memang sudah buntu dengan takdir hidupnya sekarang. Dia rasakan nyawanya bagaikan di hujung tanduk. Kalau pilih itu pun salah, kalau pilih ini pun salah. Senang cerita, pilihan yang dia akan buat semuanya mendatangkan masalah.

"Haih.. macam manalah lelaki macam kau ni boleh jadi playboy? Nak goda perempuan macam Iffah itupun kau tak boleh." perli Adrian mengambil tempat di sofa yang disediakan.

Syah yang menyandar punggungnya ke meja pejabat pandang Adrian dengan rasa tak puas hati. Menyampah pula dia melihat Adrian yang dengan selesanya tersenyum sedangkan dia.. dijerat ke dalam permainan kotor yang dibuat oleh lelaki itu. Dasar licik!

"Bukan sebab aku, tapi sebab idea yang kau bagi itu tak boleh pakai. So.. dalam ini, rancangan gagal sebabkan kau." spontan Syah meluahkan pendapatnya.

Tertawa kecil Adrian dibuatnya. Dirasa kan kata-kata Syah itu sebagai bahan jenaka yang menghiburkan hati. Ditambah lagi dengan muka Syah yang jelas tak puas hati itu, makin bertambah rasa gembira dalam hati nya.

Tak sangka anak kebanggaan Engku Azlan kini jadi mainan yang boleh dikawal dengan pendrive. Pfft.. malang.

"Aku rasa idea aku okay aje. Kau itu aje yang problem. Cuba kau buat kerja kau itu ikhlas sikit. Janganlah buat ikut perasaan kau aje." sindir Adrian sinis.

Memek wajahnya seakan mengejek Syah. Yurp, kuasa sekarang ada dalam tangannya. Jadi, Adrian yakin yang dia takkan diapa-apakan dalam pejabat Syah itu.

Tajam mata Syah mencerlung wajah Adrian. Giginya sudah diketap kuat. Rasa bungkamnya juga makin lama makin meningkat. Kalau tak disebab kan pendrive itu, jangan harap dia akan bagi Adrian bernyawa. Biarlah dia dikenakan undang-undang sekalipun asalkan rasa marahnya terlunas. Bila orang dah buat tahi, takkan nak dibalas permata pula kan?

"Kau nak suruh aku ikhlas? Fine. Aku akan ikhlas tapi kau mesti janji dengan aku.. lepas aku buat kau putus dengan Iffah, kau kena bagi benda itu pada aku. Hari itu juga! Deal?" pinta Syah serious.

"Bro, memang benda itukan yang kita janji. Kau nak risau apa? Lepas.. Iffah minta putus dengan aku, aku akan bagi benda itu pada kau. Rahsia kau ni aku akan simpan baik-baik dalam poket aku." janji Adrian sambil mendabik dada.

Bibirnya diketap kejap. Anak mata Adrian dipandangnya bagi mencari kebenaran. Akhirnya, satu keluhan lemah Syah lepaskan.

"Okay. Aku pegang janji kau. Kalau kau mungkir, aku takkan teragak-agak untuk bunuh kau. So.. apa rancangan kau?"

Senyuman penuh muslihat Adrian terukir. "Kau jangan risaulah. Okay, esok aku akan bawa Iffah datang dalam majlis perlantikan CEO MZ Holdings yang baru. Malam itu, aku nak kau buat dia nampak curang depan aku. Boleh?"

"Kalau benda ni tak berjaya juga?"

"Aku takkan teragak-agak untuk bagi pendrive itu pada uncle Mukhriz." ugut nya serious.

"S*al!!!!!"

Kaki singki itu ditendangnya kuat bagi melampiaskan amarahnya. Tak guna!! Syah rasa macam nak gugur air mata jantannya. Kalau tak disebabkan ego, mungkin sudah deras air matanya itu mengalir. Huh!! Apa salahnya sampai diduga sebesar ini?!

Wajahnya diraup kasar. Dengusan nya juga makin jelas kedengaran.

"Kau nak putuskan? Aku akan pasti kan.."

Tajam mata Syah merenung pantulan dirinya dalam cermin. Penuh membara. Dia tekad.
...

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi hadir ke malam penuh bermakna MZ Holdings ini. Malam ini adalah malam yang bakal menjadi saksi di mana jawatan CEO MZ Holdings bakal bertukar tangan. Saya percaya dengan pilihan saya dan saya juga yakin CEO  baru ini bakal mentadbir MZ Holdings dengan lebih baik. Berdasarkan penilaian saya, kehebatannya dalam bidang business ditambah lagi dengan latar belakang keluarganya, saya rasa dia adalah calon yang terbaik. Tanpa saya membuang masa.. Saya melantik Engku Syah Taufiq bin Engku Azlan untuk naik ke pentas bagi mengucapkan sepatah dua kata."

Tepukan gemuruh bergema mengisi ruang dewan. Dengan penuh tertib, langkahnya disusun menaiki pentas. Wajah seriousnya dipapar sambil matanya melilau memandang sekeliling sehingga akhirnya mata Syah terhenti pada dua sosok yang duduk di meja yang sama. Senyuman nipisnya terukir.

"Terima kasih encik Mukhriz kerana menjemput saya untuk memberi sepatah dua kata. Syukur ke hadrat Ilhai, akhirnya saya diberi peluang untuk berdiri di sini. Untuk pengetahuan semua, perlantikan ini adalah perlantikan paling bermakna untuk saya. Saya buat semua ini bagi menebus peluang yang mama saya tak pernah dapat. Kadang dunia ini memang tak adil namun sebagai seorang manusia kita perlu laluinya tanpa banyak mengeluh. Yurp, mama saya merupakan satu-satu nya anak perempuan Engku Mokhtar yang tak diberi peluang untuk menunjukkan bakatnya dalam pemilihan CEO syarikat.

Disebabkan ramai yang beranggapan wanita tidak sehebat lelaki jadi mama saya diketepikan dalam pemilihan keluarga itu. Yurp, saya tak kisah tentang semua itu walaupun bagi saya itu adalah sesuatu yang kolot. Sekurang-kurangnya saya rasa puas hati sekarang. Akhirnya, saya dapat tebus cita-cita mama saya yang dulu nya terkubur dan saya gembira sebab dapat membanggakannya.

Ucapan terima kasih saya berikan kepada Encik Mukhriz yang saya patut gelarkan sebagai Pak Long saya. Kerana beliau, saya diberi peluang untuk menjawat jawatan ini. Jadi, saya akan cuba yang terbaik untuk MZ Holdings. Terima kasih." hujahan Syah itu mendapat reaksi positif dari semua orang.

Hampir di segenap ruang dewan tak lepas dari memberikan tepukan gemuruh buatnya. Syah nampak tenang menerima reaksi itu. Kembali, dia mengambil tempat bersebelahan Engku Mukhriz.

Selesai sahaja ucapan daripada beberapa pegawai penting. Akhir nya, majlis makan malam berlangsung. Makanan yang terhidang sedikit sebanyak mengiur kan seleraku. Ada moutain chocolate dan juga beberapa juadah berat yang lain. Hmm.. siapa tak telan liur tengok?!

Namun, disebabkan baju yang aku pakai sedikit sempit di pinggang jadi aku tahan diri untuk tidak makan. Kalau makan nanti, aku takut perut buncitku akan muncul. Haih.. sudah lah gaun ni jenis boleh nampak kedutan pada badan. Hm..

Lagipun, Adrian puji dengan penampilan aku malam ini. Kata nya gaun hitam yang berkelipan di bahagian pinggang itu memang buat kan aku lebih menawan. Tersengih sumbing aku bila mendapat pujian sebegitu oleh bakal suami. Ahaks!!! Terujanya..

"Babe, jom kita pergi jumpa dengan Syah. I nak ucap congrats kat dia." cadang Adrian.

Mahu tak mahu, aku terpaksa akur. Langkah Adrian aku turuti mendekati Syah. Sesekali mataku memandang ke arahnya yang nampak segak mengenakan sut hitam itu. Yurp, mampu mencairkan keimanan seorang perempuan.. kecuali aku. Yah.. aku tak tertarik pun.

Sampai sahaja di tempat Syah, Adrian terus bersalaman dengan lelaki itu. Bukan setakat salam saja malah berpelukan. Serba sedikit aku rasa gembira melihat hubungan macam itu. Nampaklah baik sikit. Hmm.. baguslah.

"Congrats atas pelantikan itu. Kau memang patut jadi CEO MZ Holdings. Nice." puji Adrian sambil menepuk belakang Syah dengan bangga.

Senyuman Syah simpul. Tak semena-mena matanya dilarikan ke arahku. Pandangan penuh makna dia berikan.

"Kau bawa Iffah sekali?"soalnya spontan.

Terus Adrian pandang ke arahku. Bibirnya melirik senyum lalu tubuhku ditolaknya ke hadapan sedikit. Aku turut sama ke depan sekaligus mendekatkan lagi jarak antara aku dengan Adrian.

"Yalah. Kau kan keluarga aku jadi tak salahkan kalau aku bawa dia sekali? Lagipun, dia tak lama lagi nak jadi isteri aku so.. kenalah dia kenal rapat dengan semua orang termasuklah engkau." ujar Adrian.

Senyuman yang cuba aku ikhlaskan aku ukir. "Tahniah." sepatah sahaja ucapan aku berikan.

Sempatlah dua tiga topik kami bual kan tapi cuma Adrian dengan Syah ajelah yang bercakap. Aku pilih untuk menyepi. Rasa menganggu pula kalau aku turut serta. Perbualan itu tak lama apabila Adrian tiba-tiba sahaja dapat panggilan daripada seseorang.

Nak tak nak, kini aku dan Syah saling menghadap satu sama lain. Keadaan janggal terasa membelenggu. Sama sepeti beberapa hari lepas. Yurp, rasanya sejak kebelakangan ni aku banyak jumpa dia tapi sayangnya kesemua pertemuan kami berhujung dengan pertengkaran.

Rasanya, memang aku dan dia ditakdirkan tak ngam kot?!

"Saya suka dengar apa yang awak cakap tadi. Tak adalah bagus sangat tapi boleh tahan." pujiku. Sengaja mencari topik.

Syah tersengih. "Aku cakap based on true story. Orang suka judge macam-macam sampai tak nampak apa yang sepatutnya betul. Macam kaulah.."huh!! Now.. dia mulakan dulu!!

Senyumanku terukir. "You kalau sekali tak cari pasal tak boleh ke? You jangan ingat, I ada kat event you.. I takut. Huh.!!"rengusku marah.

"Takkan benda kecil macam itupun.." belum sempat Syah menghabiskan bicaranya, telefon pintar lelaki itu tiba-tiba sahaja berbunyi.

Panggilan itu diangkat. Dia diam sebelum wajah aku dipandangnya. "Okay Ad, aku akan bawa tunang kau jumpa kau." tuturnya sebelum mematikan talian kembali.

Aku sudah berkerut dahi. Adrian? Fokus mataku memandang Syah. Mahu tahu apa yang Adrian katakan dengannya sebentar tadi.

"Kenapa?"

"Ad suruh aku bawa kau jumpa dia. Dia kata dia dapat emergency call so.. dia nak balik. Dia suruh aku teman kau." ujar Syah ringkas.

Aku ketap bibir. "Tak apalah, I boleh balik sendiri. Ad kata dia ada kat mana sekarang?" aku sudah memangkas.

"Jangan nak degil. Hotel ini bukannya kecil. Biar aku teman kau jumpa dia." tegas Syah sebelum melangkah terlebih dahulu meninggalkan aku di belakang.

Mahu tak mahu terpaksa juga aku menuruti Syah dari belakang. Suasana hening membelengu. Kini aku rasakan kami sudah jauh dari dewan dan orang ramai. Malah, jalan yang kami lalui pun hening.

Aku sudah diterpa rasa tidak sedap hati. Betulkah mamat ni? Ke.. dia tipu aku aje?!

"Syah, y-you nak bawa I pergi mana sebenarnya ni?" soalku sudah diterpa rasa ragu.

Syah diam. Dia masih ke hadapan. Terus aku matikan langkahku. "Apa you nak buat sebenarnya ni, Syah?!" gertakku lantang.

Lelaki itu mematikan langkahnya. Dia diam sebelum wajah aku dipandang nya. Riak wajahnya nampak bersahaja. Tiada raut risau mahupun bersalah di wajahnya.

Perlahan-lahan langkahnya menghampiriku. Tergamam aku sejenak. Ditambah lagi mata redup yang dia berikan dan itu makin menimbulkan keresahan dalam lubuk hatiku. Spontan, aku undurkan langkah aku ke belakang.

"Y-you nak buat apa ni, Syah?" soalku dalam nada terketar-ketar.

Dia langsung tak menyahut. Pandangannya juga masih tak beralih.

Langkahku mati apabila belakang tubuhku sudah terhadang dengan dinding. Syah juga tak menunjuk kan tanda-tanda yang dia mahu berhenti mendekatiku.

Terus mataku pejam rapat. Berkali-kali, dalam hati aku berselawat. Ya Allah!! Tolong hamba-Mu ini..

'Maaf Iffah, aku kena buat semua ini..'
...


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro