Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 3

Ting Tong!

"Masuklah, pintu tak kunci pun." sorak Syah dari dalam rumahnya.

Dia fikirkan gerangan manusia yang berada di luar rumahnya dapat mendengar sorakan lantangnya namun hampeh.. untuk kedua kalinya, loceng rumahnya berbunyi.

Nak tak nak Syah sudah mendengus geram. Pensil yang berada dalam tangannya dicampakkan ke atas meja. Tubuhnya diangkat lalu kakinya diatur menuju ke pintu yang masih tertutup rapat.

Buka sahaja pintu, Syah lihat kelibat Malik yang sudah siap dengan baju nak pergi clubbingnya. Jeans ketat dan juga kemeja hitamnya yang sedikit sebanyak menampakkan kesegakan tubuh Malik.

"Aih, apsal kau tak siap lagi ni? Kata nak clubbing malam ni? Apa citer ni, Syah?" soal Malik yang hairan melihat Syah hanya memakai boxer dan singlet sahaja.

Syah mengeluh perlahan. Tidak mahu terus berlengah di depan pintu, dia terus susun langkahnya kembali ke kertas projek yang sudah 1/4 dia siapkan.

"Aku ada kerjalah nak kena buat. Projek bangunan untuk syarikat Engku Mukhriz, uncle aku." beritahu Syah yang sudah mencapai pensil nya semula.

Malik yang mengambil tempat di hadapannya langsung tak diendah kan. Sempat juga mata Malik melirik ke arah kertas A3 yang sdang terbentang di meja kopi. Boleh tahan serabut jugalah.

Al-maklumlah, semasa universiti dulu Malik ambil program bahasa. Kononnya nak jadi cikgu Bahasa Melayu. Konon ajelah. Namun, rezeki itu luaskan maka keluar aje dari universiti, Malik dapat tawaran untuk modelling. Untung badan.

Syah juga dapat tawaran untuk modelling namun memandangkan dia tak suka privasinya terdedah ke pihak media maka Syah tolak tawaran tersebut. Lagipun, dia tak suka muncul depan kamera. Malas.

"Engku Mukhriz? Aih, apsal tiba-tiba pula dia minta kau plan bangunan syarikat dia pula? Dia kan arkitek? Awat tak rancang sendiri aje?" berduyun-duyun soalan keluar dari mulut Malik.

Syah tarik muka malas. Haih, tak senang betul dia nak buat kerja kalau tengok si Malik itu depan mata. Mulut itu asyik nak bercakap aje. Tak boleh nak tutup!

"Kau ingat tak citer aku tentang syarikat atuk aku itu? Kau tahukan yang syarikat itu bukannya senang-senang untuk diturunkan. Yang terbaik aje yang dapat pimpin syarikat itu." balas Syah bagi soalan Malik itu.

"Jadi, kau nak bertanding? Huh, aku bukan apa Syah tapi kau ni dah cukup kaya tau.. kereta 5 biji, rumah 3 biji, baju tiap hari tukar. Apa lagi yang kau rasa tak cukup dengan harta kau, huh?!" soal Malik lagi.

Satu senyuman nipis Syah berikan pada Malik. Wajah Malik dipandang nya dengan penuh azam.

"Kau tak faham keluarga aku macam mana. Mama aku langsung tak dibagi peluang untuk serlahkan bakat dia. Keluarga aku tersisih daripada diorang semua. Bila mak aku sakit, diorang langsung tak datang.. papa aku meninggal pun, bila dah ada dalam kubur, baru diorang nak menjenguk. Kau rasa aku boleh diam diri tengok keluarga aku terus tersisih macam itu?" ujar Syah sudah mulai beremosi.

Sejak kecil sampailah Syah besar panjang, keluarga terdekat yang dia pernah kenal hanyalah belah ayah nya sahaja. Bila umurnya menginjak 18 tahun, baru dia tahu yang dia mempunyai sepupu belah ibunya. Huh, itupun dia dapat tahu lepas dia jumpa Adrian di universiti. Namun, mereka tak begitu rapat.

Kerana benci, Syah cuba jadi yang terbaik. Dia mahu buktikan bahawa keluarganya adalah yang terbaik dalam kalangan anak-anak datuknya itu. Dan, yurp.. Syah berjaya bukti kan dengan mendapat markah cemerlang untuk setiap subjek. Yang paling penting, dia berjaya tumpas kan Adrian.

"Wou, sadis juga keluarga kau ni. Hmm, I see.." Malik sudah mengangguk tanda faham.

Syah yang cuba memberi tumpuan kepada plannya akhirnya mengeluh perlahan. Inilah yang dia paling tak suka bila bercerita fasal keluarga nya. Pasti dia akan beremosi sampai fokusnya untuk melakukan sesuatu benda mulai hilang.

"Huh, sh*tlah! Kaulah ni. Sebab kau, aku buka cerita fasal diorang semua." gertak Syah sudah melemparkan pensilnya ke atas meja.

Kepalanya disandarkan ke kepala sofa. Siling putih dipandang nya kosong. Huh, tolong jangan beremosi sangat Syah. Kau jangan emosi, please..

Tak gentle, bhai!

"He, eh.. Apahal aku pula yang kau salahkan? Kau itu yang tiba-tiba buka citer fasal diorang. Aku tak suruh buka pun kan tadi?"Malik sudah bela diri.

Syah tidak membalas. Dia masih diam menikmati ketenangan hening itu untuk sementara. Kepala serabut memang tak boleh dipaksa untuk buat suatu perkara. Takut-takut hasil nya tak bagus mana.

Bila lihat Syah termenung begitu, Malik sudah dapat akal. Punggung nya diangkat lalu tempat bersebelahan Syah dia duduki. Syah yang sedari gelagat pelik Malik sudah tayang muka hairan.

Ditambah lagi dengan muka gatal Malik itu. Terasa gay pula diri ini.

"Apahal kau ni?"Syah sudah bersuara apabila Malik sudah mulai memicit-micit otot sasanya.

Malik buat muka gediknya. Dia masih lagi ligat mengusik Syah yang sudah tayang muka geli. "Kau kan tengah serabut sekarang ni, apa kata kita pergi clubbing.." pujuknya dengan suara manja.

Huh!!
Ingat perempuan aje ke yang boleh buat suara manja, kaum Adam pum mampu okey. Contoh paling terdekat adalah si Malik ni.

Syah sudah rasa tertarik dengan pujukan Malik itu. Malik yang sedari tadi sibuk mengusik otot lengannya terus ditolak kasar. Tak guna punya member!

"Kalau ya pun nak ajak pergi clubbing, janganlah buat gaya GRO. Geli sia..!" ujar Syah sudah menyapu- nyapu tubuhnya.

Malik membetulkan bajunya yang sedikit kusut. Senyum senget nya terukir. "Kalau itu aje yang berjaya buatkan kau ikut aku.Aku akan buat. Sampai atas katil pun.."

Belum sempat Malik menyambung bicaranya, Syah terus menyumbat kan bantal mininya ke dalam mulut Malik. Tak mau dia dengar ayat yang seterusnya itu. Please lah..

"Kau tak payah nak merepek. Aku ni straight lagi, okay. Setakat seluar ketat kau ni, pfft.. muntah hijau aku tengok. Huh! Dahlah aku nak siap.." ujar Syah yang sudah berlalu memanjat tangga.

Malik sudah membetulkan T-shirt nya. "Cepat sikit, Syah. Seluar ketat aku dah tak sabar ni.." sendanya.

"Pfft.. bengaplah kau,Malik!"
...
"Bye Amirul!! Hati-hati.."

Serentak aku dan Husna melambai ke arah kereta Honda milik Amirul yang semakin menjauh. Setelah itu, kami jalan beriringan menuju ke arah kereta Husna pula yang terletak tidak jauh dari situ.

"Seronok kan kalau sekali-sekala kita berkumpul macam ni. Dah lama tak sembang kan?"aku buka bicara.

Rasanya 2 jam 30 minit itu bukannya masa yang cukup untuk aku together-gether dengan Husna dan Amirul. Mereka adalah kawan universiti aku. Memandangkan kami datang dari fakulti yang sama jadi.. hubungan kami memang erat.

Rasa rindu pula semasa zaman universiti dulu. Rasanya empat tahun itu menag langsung tak mencukupi untuk kami menjalin persahabatan.

Husna memegang tanganku erat. "Kan? Hmm.. tak sangka, kawan aku ni dah ada kekasih. Dulu bukan main suci lagi. Hahah..!!" tawa Husna meletus bila membayangkan zaman belajar dulu.

Al-maklumlah, aku ni budak-budak baik. Couple sikit haram.. bercinta sikit haram.. Mungkin sebab itu lah aku tak bercinta sejak sekolah lagi. Namun, hakikatnya sekarang kau perlu berusaha untuk cari siapakah gerangan yang sesuai untuk kau di masa hadapan.

Alhamdullilah, Allah permudah kan jalan aku untuk menemui jodohku. Tak sangka cinta pandang pertama aku akan kekal sampai sekarang. Yurp, aku yakin Adrian adalah jodoh yang Tuhan telah tetapkan untuk aku.

"Haha.. kau jangan imbas cerita lama boleh tak. Dulu, aku terlalu close sangat. Hmm.. janganlah ingat balik. Kelakarlah." cantas ku tidak mahu mengimbau kenangan lama.

Husna yang masih galak ketawakan aku cuba untuk meredhakan nya. "Fine. Aku tak bahan dah. Hmm.. ni, dah tiga tahun bercinta. Kau tak ada apa-apa perancangan kahwim ke dengan Ad?" soal Husna ingin serius..

Senyuman nipisku meniti. Entah kenapa, wajah ceriaku tampak terpaksa.

"Ad dah bawa aku jumpa keluarga dia tapi sampai sekarang dia tak bincang fasal kahwin. Hmm.. dia sibuk dengan kerja dia aje." keluh ku perlahan.

Husna disebelahku sudah tarik nafas dalam. Rasa bersalah pula dia dibuat nya. Tak sangka soalannya itu akan buatkan suasana girang tadi berubah kelat.

"Alah, kau jangan risau. Aku yakin nanti dia lamar kau lah. Kau yakin aje." Husna cuba berikan kata-kata semangatnya pada aku.

Aku hanya mampu ukir senyum tipis. "Aku harap macam itulah." balasku cuba untuk sedapkan hati sendiri.

Selesai menghantar Husna ke keretanya, aku terus melangkah ke arah kereta ku pula. Kereta Jazz yang aku bawa, aku parking agak jauh dari restoran yang kami duduki.

Tergamam aku tatkala mataku jelas melihat pasangan yang sedang asyik berpelukan di kereta aku. Lelaki itu sudah bersandar pada kereta aku sedang asyik melayan nafsunya itu.

Urgh!!! Kalau nak buat maksiat pun janganlah depan kereta aku! Getusku geram.

Dengan rasa marah, aku menghampiri pasangan tersebut. Tak semena-mena tubuh gadis itu aku tolak kasar. Tergamam pasangan itu dibuatnya. Wajah gadis itu juga nampak berkerut resah.

"Apa you ni?" suara serak-serak basah gadis itu menyapa. Nadanya marah.

Aku kacip gigi. Wajah gadis itu aku pandang garang. "Kalau ya pun nak buat dosa, janganlah depan kereta aku!"gertakku marah.

"Oops, sorry." suara garau itu pula mencelah.

Terus pandanganku beralih ke arah lelaki yang masih bersandar pada kereta aku. Pandangan tajam aku berikan sebagai amaran namun senyum sinisnya menyambut sebagai tanda tak kisah.

Huh, kau fikir kau handsomelah senyum macam itu?!Pfftt.. minta kaki aku rasanya.

"Kalau you nak buat projek janganlah dekat sini. Dah gatal sangat ke you ni?!" spontan aku berbahasa.

Lelaki itu sedikit terpaku dengan kata-kataku namun senyumnya yang lebih menggida itu terjungkit.

Atas bawah aku dipandangnya sambil dagunya dielus-elus. "Macam mana ustazah boleh sesat pula kat sini? Bukan sini kawasan manusia yang bertanduk ke?" sempat dia hambur ayat perli aku.

Aku sudah kacip gigi menahan marah. Spontan, tubuh lelaki itu aku tolak kasar menjauh dari kereta ku. Huh, kau ingat aku tak berani ke hah?!

Lelaki itu nampak tersentak dengan tindakan ku. Dia diam tak membalas namun senyumannya masih bertayang.

"Saya tak sangka malam ni saya jumpa manusia yang mengaku diri dia bertanduk. Pfft.." perliku lalu laju aku memasuki kereta ku.

Dalam kiraan detik, kereta yang aku pandu meninggalkan kawasan itu.

Cis! Tak guna..

Kau fikir dengan senyuman kau itu boleh buat semua perempuan tunduk ke hah?! Dasar, lelaki playboy!
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro