Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 24

Dua hari selepas kami makan malam itu, Adrian terus bawa keluarga dia jumpa ibu aku. Katanya dia mahu bincangkan tentang tarikh perkahwinan kami berdua. Engku Laila dan Engku Maulud setuju untuk melangsungkan pernikahan kami bulan depan. Bukan main teruja lagi ibu bila mendengarkan tentang hal itu.

Akhirnya, impian aku untuk berumahtangga dengan Adrian akan tercapai. Aku harap ini akan jadi titik bahagia antara aku dan Adrian. Aku nak bahagia dengan satu-satunya lelaki yang aku cinta. He is The One yang datang dan menetap dalam hati Huraifah Farihah. Aku harap dia adalah pertama dan juga lelaki terakhir dalam hidup aku.

Selesai sahaja memberi salam, aku terus menyapu wajahku. Aku berselawat dan berzikir untuk seketika sebelum akhirnya aku menadah tangan memanjat doa kepada yang maha kuasa.

"Ya Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku memohon keampunan ke atas-Mu atas kesalahan yang aku sedar mahupun tidak sedar. Ya Tuhanku, aku bersyukur kerana kau menyusun takdir ku dengan begitu indah sekali. Jika Adrian adalah yang terbaik untuk aku maka kau rahmati dan berkatilah kehidupan rumahtangga kami pada masa akan datang. Kau panjangkan lah jodoh aku dengan nya sehingga nafas terakhir kami. Aku yakin pilihan-Mu adalah yang terbaik untukku." lafazku dengan penuh tekun.

Bibirku terus mengukir senyum lega. Akhirnya, kebahagiaan itu berpihak pada Huraifah Farihah dan juga Engku Adrian Faizur. Tak sabar betul untuk jadi sesuatu dalam hidup lelaki itu. Makin lebar pula senyuman aku bila bayangkan semua itu.

Kerana tidak mahu terus menerus diganggu dengan lamunan bahagia itu, aku cepat-cepat lipat telekung ku lalu aku sarungkan semula tudung bawal ke kepala. Haih.. habislah. Mesti Amirul marah.

Selesai sahaja membetulkan tudung, segera aku hayun langkah keluar dari masjid. Seperti apa yang aku tebak. Amirul sedang menunggu aku dengan muka singa comelnya itu. Terus aku leret senyum kambing. Ahahaha.. Habislah kau Iffah. Pakcik Amirul dah menyinga.

"Lama tunggu. Apsal tak tunggu dalam kereta. Panas ni." ujarku cuba mengubah topik.

Amirul berpeluk tubuh. Tajam saja matanya memandang ke arah aku. Nak terkam aku aje lagaknya itu. Haih.. tak reti sabar betul.

"Haih.. nasib baik kau kawan aku. Kalau tidak, dah lama aku tinggal kau depan masjid ni. Kau dengan si Husna itu sama aje. Dua-dua susah cari aku, bila senang tinggalkan aku. Hmm.. ni lah kot rasanya hidup bujang." leter Amirul cuba melampias kan geramnya.

Aku tersengih melihat Amirul yang tak habis-habis berleter itu. Nak masuk kereta pun membebel lagi. Aku yang sudah faham sangat dengan perangai dia cuma diamkan diri aje. Biarlah.. Orang frust.

Hari ini, aku ambil cuti sebab nak cari butik untuk tempah gaun perkahwinan aku. Aku ingat tadi, nak ajak Adrian temankan aku tapi dia juga sibuk temankan Tengku Laila untuk buat tempahan catering. Jadi, nak taknak terpaksalah aku pergi dengan orang lain. Awalnya, aku nak ajak Husna tapi Husna pula ada hal. Katanya ada mesyuarat. Jadi, Amirul ajelah pilihan terakhir yang aku ada. Nasib baik, dia cuti hari ini. Beruntung betul aku. Haha..

Aku mengambil tempat di sebelah Amirul. Kereta Honda City yang dipandunya perlahan-lahan meninggalkan perkarangan masjid. Amirul kata dia ada kenal kawan dia yang juga pemilik butik perkahwinan jadi kerja aku lebih senang. Tak sia-sia aku bawa dia. Berguna juga dia sebagai kawan aku rupanya.

Tiba sahaja di kawasan butik yang ditetapkan, aku dan Amirul sama- sama melangkah menuju ke arah butik tersebut. Butik itu berhampiran dengan restoran makanan jadi ramai sikit lah orang.

"Kau nak tempah baju untuk Ad sekali ke? Kawan aku bagi diskaun murah kat aku sekarang ni. So, boleh lah kau suggest kat Ad buat baju kat sini. Bajet pun tak banyak." cadang Amirul.

Aku diam untuk seketika. "Aku tak sure sangatlah fasal Ad. Semalam dia cakap dia belum buat tempahan lagi tapi dia tak cakap pula yang dia nak buat satu tempahan dengan aku. Nanti aku tanya dialah."

"Aku suggest aje kat kau. Kawan aku ni pun boleh tahan pro juga bab-bab baju pengantin ni."

"Mana kau kenal dia?"

"Bekas girlfriend aku."

Ketawa pula aku bila mendnegar jawapan spontan daripada Amirul itu. Entah bila pula Amirul itu bercinta pun aku tak tahulah. Memang lah muka dia itu boleh jual tapi sampai sekarang, aku tak pernah dengar dia bercinta. Hmm.. ke mungkin aku yang memang tak tahu sebenarnya? Pfft.. whatever.

Sedang leka kami berdua berborak, tak semena-mena mata aku terpandang ke arah sosok seorang lelaki bersama seorang perempuan. Lelaki itu sudah berura-ura mahu pergi namun pantas tangannya direntap kasar oleh gadis itu. Aku cuba fokuskan pandangan ku ke arah lelaki itu. Tergamam aku dibuat nya.

Syah?

"Kau jangan call aku lagi kalau kau cuma nak ugut aku!" gertak lelaki itu. Wajahnya nampak bengis.

Spontan tangannya melerai kasar tangan gadis itu. Tak semena-mena, gadis itu jatuh terduduk di atas lantai. Beberapa mata sudah mulai memandang ke arah gadis itu. Namun dia langsung tak pedulikan malah tangisannya makin jelas kedengaran.

Syah sudah melangkah laju ke arah keretanya. Pantas, dia memandu keretanya meninggalkan kawasan itu. Huh... kejamnya?!

"Cik, cik tak apa-apa ke?" aku dengar suara Amirul. Dia sudah berura-ura mahu membantu gadis itu.

Terus aku hayun langkah mendapat kan Amirul. Wajahnya yang sedikit terselindung dengan rambut agak mengaburkan pandangan kami berdua. Jelas terlihat wajahnya basah dengan air mata.

"Te-Terima kasih." ucapnya dalam sendu. Dia masih menundukkan wajahnya. Mungkin malu barangkali.

Amirul pula yang laju menjawab ucapan itu. Aku pula kerana malas nak bertekak hanya diam saja. Mata aku masih tak lepas memandang gadis itu yang masih samar-samar.

Hmm.. entah kenapa, aku rasa macam pernah jumpa dia. Tapi.. erm, kat mana ya?

Kaki Amirul terasa seperti memijak sesuatu. Perlahan dia tunduk lalu pendrive berwarna putih yang terselit di bawah kakinya itu dicapai. Dahinya sudah berkerut.

"Erm.. ini awak punya ke?" lembut saja nada Amirul itu. Pendrive itu dihulurkannya kepada gadis itu.

Barulah gadis itu mendongak memandang ke arah Amirul. Riak wajah kedua-duanya jelas terkejut. Makin berkerut dahi Amirul dibuat nya.

"Awak.. awak bukan perempuan yang hari itu ke?" tanyanya juga mengingati kejadian yang sudah lama lepas.

Gadis itu langsung tak menyahut. Cepat-cepat dia capai pendrive yang berada dalam tangan Amirul lalu dia pergi meninggalkan kami berdua terpinga-pinga.

Wajah Amirul aku pandang. Pelik juga bila dengar soalan Amirul itu. Hmm.. macam pernah jumpa aje?

"Kau kenal ke dia?" soalku ingin tahu.

Terus Amirul pandang aku. Wajah nya nampak sedikit resah. "Erm.. aku pernah tolong dia hari itu."
...
Tangannya menghempas kasar meja kerjanya itu. Syah terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi pejabat nya itu sambil pelipis matanya diurut perlahan. Argh, s*al!!! Perempuan itu memang s*al!!! Time aku dah berjaya dapatkan semuanya, dia datang untuk buat aku hilang semuanya!!

Tak guna betul kau, Irdina!!!

"I hope apa yang you cakap penting. I banyak lagi benda yang nak kena buat. Don't waste my time." mendatar sahaja Syah bersuara. Wajahnya nampak terpaksa.

Senyuman Irdina meleret. Tangan Syah yang berada atas meja makan itu dicapainya lalu digenggam erat. Syah mendengus. Terus dia menarik tangan nya. Rimas.

"Kalau you suruh I datang sini sebab nak buat benda ni. Better I balik." jerkah Syah sudah berura-ura mahu bangun.

"I memang ada benda penting yang nak beritahu you. Hmm.. cuba you belajar bersabar sikit, sayang. Chill okay?"  tenang saja Irdina menghamburkan  bicaranya. Senyum sinisnya terukir.

Syah menarik nafas dalam. Sekeliling dia pandang. Takut-takut ada orang terdekat kat situ. Habislah dia kalau orang nampak. Masalah besar akan datang. Dia kembali melabuhkan punggungnya.

Wajh tak berkenannya disuakan. "Then, say it. Jangan buang masa I."

Irdina tersengih. Fine, I follow you.. babe. Beg tangan yang terletak di atas meja dicapainya lalu dia keluarkan sesuatu. Syah yang sedari tadi perhati kan tingkah gadis itu sudah berkerut dahi.

Pendrive?

Dahi Syah sudah berkerut. Wajah gadis itu dipandangnya dengan penuh tanda tanya.

"Kenapa you tunjuk benda itu? You nak buat apa sebenarnya ni, Dina?"  soal Syah sedikit gusar.

Senyuman sinis Irdina makin jelas kelihatan. Sengaja dia tayangkan pendrive putih itu pada Syah. Suka betul bila dia tengok wajah cuak Syah itu.

"You taknak tahu ke apa yang ada dalam pendrive ni?" soalnya sengaja memancing rasa ingin tahu Syah.

"Apa dia?"

Irdina mendekatkan wajahnya pada Syah. Sengaja pandangan menggoda nya diberikan pada lelaki itu. Ditambah lagi bibirnya yang berona gelap itu, makin menambahkan lagi keseksian pada wajahnya.

"I ada video kita 'bersama' malam itu. You ingatkan dalam bilik hotel. Malam pertama I dengan you.. We do that things .You ingat lagi kan?" soalnya sengaja menambah rasa sangsi dalam kata-katanya.

Terkedu Syah dibuatnya. Huh? Vi-video?! Tangannya cuba untuk merampas pendrive tersebut namun Irdina pantas mengelak. Segera dia simpan pendrive itu ke dalam beg tangannya. Senyumannya makin lebar.

"Kenapa you buat macam ni? Apa salah I pada you?!" gertak Syah sudah berbisik.

Irdina tersenyum. "Kenapa you nak takut? Kita bukan buat salah pun. We just naughty-naughty aje. You pun bukannya baru sekali buat macam ni kan. So, mesti you sukakan I rakam detik manis kita berdua itu?!" 

Syah sudah mengacip giginya geram. Tajam saja pandangan yang dia berikan pada Irdina. Tak guna punya, p*lacur!!!

"Apa yang kau nak sebenarnya, perempuan?!"

Makin meleret senyuman Irdina. Dia rasa suka bila akhirnya Syah ikut serta dalam permainan yang dia ciptakan ni. Pfft.. buaya dah masuk dalam jerat.

"I nak you kahwin dengan I."

Syah terus menendang kuat meja kerjanya itu. Rasa sakit yang dia rasakan ketika ini masih tak mampu memadam rasa geram yang sekarang sudah bersarang dalam hatinya.

Sh*t!!Tak guna..! Betina itu dah perangkap aku.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro