Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 21

Keluhan berat Syah terlepas apabila dia tak henti-henti mendapat panggilan daripada nombor telefon yang sama iaitu nombor telefon daripada Irdina. Mulanya, Syah abaikan saja panggilan itu namun makin lama, dia rasakan panggilan itu makin membingitkan telinga.

Syah yang ketika itu sedang menilik dokumen juga rasa terganggu. Akhirnya, telefon pintar miliknya dicapai lalu panggilan itu diangkat nya. Huh!! Tak sangka yang Irdina ni jenis yang suka mendesak. Serabut betullah minah ni.

Tak cukup ke duit yang dia bayar untuk satu malam itu? Pfft.. Dasar, perempuan mata duitan!

"You nak apalagi, Dina? Boleh tak stop buat benda sia-sia ni. I banyak lahi kerja nak kena buat sekarang ni. Don't waste my time, please.." ujar Syah dalam nada memujuk. Memujuk tapi tak ikhlas.

Di hujung talian, senyuman Irdina meleret. "Hmm.. sanggup you cakap yang I ni buang masa you? Well, I call you sebab I nak cakap yang I rindu kan you." ucap Irdina dalam nada manja.

Syah mengeluh perlahan. "Dina, please. Jangan buat benda ni lagi. I taknak you kacau hidup I. I hope this will be the last of our conversation."

"So, you nak lupakan I?"

"Dina, you tahukan yang I.. erm, I.." mahu saja Syah luahkan ayat kejam itu namun dia masih ada hati perut untuk taknak luahkannya.

Yurp, walaupun Irdina bukannya dari golongan perempuan suci namun dia masih insan yang digelar sebagai wanita. Kalau Syah cakap ayat seterusnya, Syah yakin yang kata-katanya itu bakal menghiris hati  Irdina.

"Huh.. you nak cakap yang I ni cuma perempuan pemuas nafsu you ke? Hmm.. I tak sangka you pun sama macam lelaki yang I pernah jumpa sebelum ini. I ingat you lain, Syah. I ingat you sayangkan I.." tutur Irdina lirih.

Syah menarik nafas dalam. Kalau boleh dia mahu akui semua itu. Yurp, kau cuba perempuan untuk aku puaskan nafsu aku. Tak lebih daripada itu!

"Dina, I hope you takkan kacau I lagi lepas ni. Kalau you setakat call nak cakap benda yang mengugut I, better you simpan top up phone you tu. Okay?" ujar Syah sudah berura-ura mahu menutup talian.

Tawa sinis Irdina bergema di corong telefon dan itu mematikan terus tindakan Syah.

"You memang tak pernah berubah, Syah. Bila you dah dapat apa yang you nak, you terus lupakan kitorang macam itu aje. Taknak bertanggung- jawab pada apa yang you dah buat!" celahnya dalam nada marah.

"Kenapa you cakap macam itu?"

"Syah, sebenarnya I ada hadiah lagi special nak bagi you. Lebih istimewa daripada hadiah yang I bagi pada you malam itu. I yakin mesti you akan 'suka' hadiah I ni." jawapan yang diberi oleh Irdina langsung tak ada kaitan dengan soalan yang dihambur oleh Syah.

Lelaki itu sudah berkerut dahi. Huh?!! Boleh tahan psiko juga perempuan ni rupanya.

Kerana tidak mahu melayan gelagat 'tak waras' Irdina itu, Syah ambil keputusan untuk tamatkan terus panggilan itu. Dia termenung untuk sejenak.

"Perempuan itu cuba nak ugut aku ke?" teka tekinya sendirian. Cepat-cepat Syah gelengkan kepala. Nope!!
Irdina takkan berjaya ugut aku. Pfft.. apa aje yang dia boleh buat? Nak penjarakan aku sebab dah 'rogol' dia?!, cemuh Syah sendirian.

Dia terus mengerjakan dokumen yang tertangguh. Malas nak serabut dengan benda-benda remeh yang langsung tak menguntungkan badan.

"Sibuk aje mama tengok anak mama ni sejak dua menjak ni." sapa seseorang lembut dari belakang.

Syah terus menjedakan kerjanya sejenak. Wajah bersih Engku Mariam dipandangnya suka. Lagi teruja itu bila mamanya datang bersama Milo panas. Tahu-tahu aje yang Syah perlukan air sekarang ni.

"Biasalah ma, apa aje yang tak pernah sibuk kalau dah jadi CEO dalam syarikat MZ Holding? Ni, Syah rasa baru sikit ni.." ujar Syah.

Walaupun dia belum rasmi sepenuh nya menjadi CEO syarikat itu namun kerja yang diberikan padanya sangat banyak. Engku Mukhriz kata nak Syah jadi terbiasa dengan tugasan itu. Tiga minggu lagi, uncle nya itu akan lepaskan jawatan CEO syarikat dan Syah pula secara rasminya bakal dilantik menjadi CEO MZ Holdings yang baru. Tak sabar rasanya dia menantikan hari itu tiba.

Engku Mariam tersenyum melihat Syah yang sangat ralit dengan kerja nya. Tak ubah betul perangai Syah dengan arwah suaminya, Engku Azlan. Wajahpun nak dekat serupa cuma warna rambut lain-lain. Syah ikut warna rambut dia iaitu hitam pekat manakala arwah suaminya pula mempunyai warna rambut yang sedikit perang.

"Mama tak sangka yang kamu dapat juga apa yang kamu impikan. Suka tengok kamu berjaya, Syah." luah Engku Mariam sedikit sebak.

Syah tergamam. Terus wajah bersih mama kandungnya itu dipandang. Terharu.

Senyum pendeknya terukir.

"Syah buat semua ini untuk mama juga. Syah tahu perasaan mama bila ahli keluarga yang lain sisihkan kita. Syah buat semua ini sebab Syah nak tunjuk yang keturunan mama juga hebat-hebat belaka. Engku Mariam memiliki anak yang hebat.. Syah nak buktikan semua itu." ujar Syah cuba menambah suasana harmoni dalam bicaranya.

Tertawa kecil Engku Mariam mendengarnya. Terus bahu Syah ditepuknya. Terukir senyum penuh bangganya apabila melihat semangat Syah itu.

"Ada-ada ajelah kamu ni, Syah. Hmm.. siapkan kerja kamu itu. Kalau tidak, sampai ke lusa kerja kamu itu takkan siap." Engku Mariam sudah memulakan rutin membebelnya.

Syah terus buat tabik ala-ala tentera nya. "Siap menerima arahan, ma'am besar!"
...
"Kamu jangan risau, Iffah. Ad okay aje sekarang ni. Dia masih perlukan masa untuk lupakan semuanya.'-Engku Laila.

Satu keluhan berat aku lepaskan. Sudah dua hari rasanya krisis Adrian ni berlaku. Sudah dua hari jugalah aku tak bercakap dengan Adrian. Tak jumpa jasad dia.. hmm, betullah orang kata. Orang bertunang memang akan diuji dengan masalah macam ini. Hmm.. aku harap aku akan kuat lalui semua ini.

'It's okay,auntie. Lega sikit Iffah dengar kalau macam itu.'-kirim.

'Thanks Iffah sebab risaukan fasal Ad. Auntie jagakan dia untuk kamu. Kamu fokus aje pada kerja kamu itu dulu.'- Engku Laila.

Aku tarik senyum nipis.

'Baik auntie. Kalau ada apa-apa, call aje Iffah. InsyaAllah, Iffah akan tolong.'- kirim.

Telefon pintarku kembali aku letak kan ke atas meja pejabatku. Hmm.. aku tak sangka pula Adrian boleh jadi sampai macam ini sekali. Nampaknya, MZ Holdings itu betul- betul penting dalam hidup Adrian. Aku ukir senyum nipis.

Aku cuba untuk fokuskan semula perhatian ku pada kerjaku yang tertangguh tadi namun baru sahaja jemariku menyentuh keyboard, mood malas aku menyergah. Beberapa kali aku paksakan diri untuk buat kerja tapi tak jalan juga.

Akhirnya, aku ambil keputusan untuk tutup terus komputer riba. Tak sangka, kesedihan Adrian itu akan berjangkit pada aku juga. Hmm.. entah kenapa aku rasa rindu nak jumpa dengan dia. Bergaul dengan dia, bergelak ketawa dengan dia.. Siapa aje yang tak mahukan semua itu berlaku?

"Ya Allah, aku harap takkan ada apa-apa yang terjadi sepanjang tempoh pertunangan kami ni." doaku sambil menadah tangan.

Risaulah juga aku kalau diuji dengan dugaan macam ini. Aku risau kalau ianya akan bagi effect pada hubungan kami pada masa akan datang. Aku taknak semua itu jadi.

Telefon pintarku yang berdering mematikan lamunanku tengah hari itu. Terus aku capai telefon lalu aku belek sejenak. Satu keluhan nipis aku lepaskan. Aku ingatkan Adrian yang call tapi rupanya si Husna.

Aku angkat panggilannya itu tanpa berlengah.

"Kau tengah busy ke sekarang?" soal nya selesai sahaja memberi salam.

Aku mengerling ke arah komputer ribaku yang masih tertutup rapat. Hmm.. mood nak buat kerja tengah off sekarang ni.

"Tak. Kenapa?"

"Hmm.. bagus juga itu. Jom lunch. Aku dah lapar sangat ni." ujar Husna sudah merengek macam budak.

Aku sudah buat muka menyampah acah-acah. Jam tanganku aku belek. Jarum panjang sudah menuding ke angka 1 petang. Hmm.. patutlah 'bayi besar' ni merengek. Pantang lapar sikit aje, ajak makan. Huh.. dasar!

"Fine. Kau jemput aku kat pejabat." cadang aku tanpa kompromi.

"Baik, cik Huraifah."
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro