Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 17

Adrian membetulkan suit hitam yang disarungkan ke tubuhnya. Sesekali tali leher berwarna hitam merah itu dibetulkannya untuk seketika. Tak semena-mena, Adrian tergamam. Tali leher itu masih dipegangnya. Tanpa dia sedar, senyuman pahitnya terukir.

"Untuk hari valentime kita yang pertama ini, I nak hadiahkan you this necktie. I harap necktie ni mampu berikan you semangat yang kuat. Pakai selalu tau. Jangan lupa!" amaran comel Amirah berikan sambil necktie itu diserahkannya pada Adrian.

Spontan Adrian sambut hadiah itu lalu dibeleknya sejenak. Suka benar dia apabila melihat necktie itu. Haha.. tahu-tahu aje Amirah yang dia memang penggemar warna merah. Ini yang makin sayang ni..

"I janji yang I akan pakai necktie yang you bagi ni dalam presentation I nanti. Biar I rasa tenang aje present." ujar Adrian sudah bersweet sawit dengan Amirah.

Tertawa kecil Amirah dibuatnya. Pelukannya diperkemaskan ke lengan sasa Adrian. Spontan, kepalanya dilentok pada bahu Adrian. Lelaki itu membiarkan saja, dia masih melangkah menuju ke arah cafe Starbuck yang terletak tidak jauh dari mereka.

"I harap I dapat kekal dengan you. I nak jadi orang pertama yang pakaikan necktie itu untuk you." kali ini nada Amirah nampak bersedih. Raut wajah nya juga berubah muram.

Adrian mengeluh kecil. Tangan Amirah digenggamnya erat lalu ubun kepala gadis itu dikucupnya lembut. Sebak lah juga jiwa jantannya bila mendengar keluhan itu keluar dari mulut kekasih nya.

Kalaulah dia dapat berterus terang pada semua orang yang dia kini sudah memiliki Amirah, kan bagus? Namun sayangnya, Adrian tak mampu. Kalau dia buat macam itu, hati Huraifah pula yang akan tersakiti. Yurp, Adrian akui. Dahulu, dia memang cintakan Huraifah. Kasihnya itu memang tak terbelah bahagi.

Namun, hati manusia memang tak pernah setia. Bila dia jumpa Amirah yang baru sahaja pulang dari luar negara. Dia terus tertarik untuk mengenali satu-satunya sepupu perempuan yang dia ada dalam keluarganya. Lagipun, semasa kecil dia memang sudah rapat dengan Amirah. Bila imbau balik kenangan semasa kecil, yurp.. ianya sesuatu yang lucu.

Masa budak-budak itu dulu, tak ada pula fefeeling love-love bagai ini. Bila dah besar, pandailah pula hati ini main kan peranannya.

"I akan jaga hubungan kita ni. Sampai bila-bila, kita akan bersama." Adrian buat janji. Janji yang dia tak pasti sama ada dia mampu tunaikan ataupun tidak.

Adrian menarik nafas dalam. Sampai bila-bila kita akan bersama? Nampak nya, dia silap. Dia dan Amirah tak mampu bersama. Buktinya, sudah hampir dua minggu Amirah terbang ke UK tanpa pengetahuannya.

Kerana Amirah sudah menghapus kan nombor telefon lamanya, Adrian terpaksa amabil jalan manual dengan pergi sendiri ke rumah Amirah. Dia fikir dia dapat bersemuka dengan Amirah namun tiba sahaja di sana, dia dikejutkan dengan berita yang Amirah sudah pun tidak ada kat Malaysia.

Jadi, sudah dua minggu dia tak dengar khabar berita gadis itu. Mungkin, dia sudah jumpa lelaki yang baik kat sana.. Mungkin gadis itu sedang bahagia sekarang. Huh!! Adrian mahu terima hakikat itu namun dia tak mampu. Setiap kali, dia fikirkan semua itu. Dia takut. Dia takut kehilangan Amirah.

Ehem!!

Lamunan Adrian mati tatkala dia melihat dari pantulan cermin kelibat Syah memasuki tandas. Sepupunya itu segak memakai suit hitam yang sama sepertinya. Hari ini, Syah nampak segak dengan rambut tolak tepinya itu. Nampak nerdy but naughty.

Sengaja Syah berhenti di sebelah Adrian. Tali leher maroon hitam yang dipakainya dibetulkan tanpa dia mengerling ke arah Adrian yang sudah buat muka menyampah.

"Orang kata tak baik termenung dalam tandas ni. Huh.. tak faham betul macam mana orang boleh feeling termenung dalam tandas. Pfft.." sakat Syah sengaja tambah kehangatan 'manja-manja' dalam perbualannya dengan Adrian nanti.

"Kau sibuk apsal? Jaga tepi kain masing-masing. Kau sibuk aje dengan presentation projek kau nanti." dingin Adrian membalas.

Syah sekadar mencebik. Terus dia pusing menghadap Adrian di sebelahnya. Tangannya sudah disilang ke dada. Sengaja sengih sinisnya ditayang. Cukup untuk minta penumbuk free.

"Aku risaulah bro. Scandal dah lari, mesti kau tertekan kan sekarang? Sebagai satu-satunya cousin yang kau ada sekarang ni, aku cuma risau kan kau. Takut kau effect presentation kau sendiri." ayat konon risau itu Syah berikan. Nadanya macam kisah tapi nampak sangat raut menyindirnya.

Adrian kacip gigi. Tajam matanya memandang wajah Syah. Kalau diikutkan rasa marahnya, sudah lama muka Syah mendapat tumbukannya. Huh!! Memang. Dia memang tak ngan dengan Syah. Satu-satunya sepupu terpisah yang tiba-tiba sahaja muncul secara mengejut dalam keluarga besarnya.

"Kau tak payah risaulah. Aku tahu kau yang kau bukannya ikhlas pun. Pfft.. by the way. Thanks." Adrian cuba pilih jalan damai.

Dia malas nak berbalah buat masa ini. Sudahlah sekarang ini, mood nya tak menentu. Kalau bergaduh, dia takut itu akan bagi kesan buruk pada nya nanti.

Kerana tidak mahu terus menerus lawan mulut, Adrian cuba mengundur diri. Baru sahaja dia mahu melangkah pergi, spontan Syah tambah kepedasan dalam kata-katanya.

"Iffah itu boleh tahan kesian juga orang nya. Percaya bulat-bulat pada lelaki yang dia cinta sedangkan lelaki itu tak pernah ikhlas sayangkan dia. Hmm.. apa perasaan dia agaknya bila tahu orang yang dia sayang, rupanya duakan dia. Wou, aku yang bayangkan pun rasa benda itu tak patut." ayat itu sengaja dihambur kannya.

Terpempam Adrian mendengar ayat pedas daripada Syah itu. Penumbuk nya sudah dikepal. Huh! Sabarlah Adrian. Kau jangan cari fasal. Biarlah dia..

Kalau kau ikutkan marah kau, dia yang akan menang.. Adrian cuba bisikkan kata-kata penguat semangat dalam dirinya. Dia tarik nafas dalam lalu terus dia pergi meninggalkan Syah di belakang.

Syah tersengih melihat Adrian. Berlagak kuat sedangkan terluka. Pfft.. cemuh Syah dalam hati.
...
Sepanjang hampir dua jam, pembentangan projek itu berlangsung. Adrian memulakan pembentangannya. Dia mulakan dengan pengenalan, prinsip, reka bentuk, ciri keselamatan dan kelebihan reka bentuk yang direka nya. Adrian cuba menunjukkan semampu yang boleh untuk pembentangan projeknya.

Engku Mukhriz sesekali mengangguk mendengar penjelasan nya yang sangat terperinci. Sesekali dia tersenyum, sesekali dia berkerut dahi. Dan.. sedikit sebanyak itu buat kan Adrian sedikit resah. Dia harap apa yang dilakukannya itu mampu puaskan hati pak cik saudaranya itu.

Kalau syarikat itu jadi miliknya maka, dia akan ambil keputusan untuk putuskan pertunangannya dengan Huraifah. Dan.. dia boleh bersama dengan Amirah semula. Yurp, itulah yang menguatkan lagi semangat Adrian untuk mengalahkan Syah.

"Bagus Ad. Uncle suka dengan konsep kamu itu. Lagi-lagi ciri keselamatan yang kamu sediakan. Uncle boleh pertimbangkan idea kamu ini." putus Engku Mukhriz sambil membetulkan kaca mata yang dipakainya.

Adrian menunduk hormat sambil mengucapkan terima kasih. Seleps itu dia menghayun langkah ke tempat duduknya semula.

"Syah, kamu pula." jemput Engku Mukhriz.

Sambil-sambil itu, dia membelek proposal projek Syah. Tekun sahaja dia meneliti isi kandungannya.

Syah melangkah penuh teratur ke hadapan. Sama seperti Adrian. Dia mulakan dengan pengenalan, prinsip, konsep, dan prospek. Dia juga turut menambah ciri keselamatan dalam kertas kerja nya itu. Syah menerangkannya dengan penuh teliti. Yakin sahaja pandangan yang dia berikan sepanjang pembentangan berlangsung.

"Jadi, itu sahaja daripada saya. Harap boleh dipertimbangkan." penuh tertib Syah menamatkan ucapannya. Sekali dengan tundukan hormat yang dia berikan.

Engku Mukhriz sekadar mengangguk kan kepala. Sesekali dia menggaru dagu untuk menilai pembentangan projek Syah. Syah hanya mengukir senyum nipis melihat reaksi Uncle nya itu. Tipulah kalau dia tak terkesan? Termasuk kali ini, sudah berapa kali agaknya Syah telan liur.

Dia risau kalau syarikat itu tak jadi miliknya, dia tak mampu untuk tunai kan impiannya sendiri. Dia yakin dengan menakluki syarikat MZ Holdings ini, dia mampu rapatkan kembali hubungan mama kandung nya itu dengan adik beradiknya semula. Itulah impian Syah. Dia mahukan ibunya dilayan sama rata seperti yang lain. Menjadi keluarga yang dipinggirkan sangat menyakit kan. Yurp, Syah sudah pernah rasakan semua itu.

Setelah dua jam membuat keputusan, Engku Mukhriz sudah membuat kata putus. Kalau boleh, dia mahu mulakan projek pembinaan itu secepat mungkin. Lagi cepat mula, lagi cepatlah ia akan habis. Itu sahaja yang dia mahukan ketika ini.

"Baiklah, selepas beberapa perbincangan dengan ahli yang lain. Kami dah buat keputusan yang bulat. Ini adalah perbincangan bersama dan kami ambil kelebihan dan kelemahan dari pembentangan kamu berdua." tutur Engku Mukhriz dalam nada tegas.

Adrian dan Syah sama-sama diam. Kedua-duanya menantikan keputusan yang bakal diputuskan oleh Engku Mukhriz. Kedua-duanya mengharapkan perkara yang sama. Iaitu.. kemenangan berpihak ke dalam tangan salah seorang daripada mereka.

"Uncle nak ucapkan tahniah.." ucap Engku Mukhriz sambil memandang ke arah Adrian dan Syah silih berganti. Anggukan sebagai tanda tahniah diberikannya.

"Syah, tahniah. Uncle suka dengan kerja kamu."
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro