Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 13

Panadol dan ubat batuk dia capai. Sesekali matanya teliti membelek isi kandungan ubat-ubatan tersebut. Takut-takut juga ada bahan-bahan kimia tak baik untuk badan yang terisi dalam itu.

Setelah berpuas hati, Amirul terus membawa ubat tersebut ke kaunter. Selesai dia membuat bayaran, langkah nya diatur menuju ke arah kereta yang diparkir tidak jauh dari klinik keluarga itu.

Huh! Kalau ikutkan jiwa malasnya sekarang ni, sudah lama dia terbongkang kat rumah sekarang ni. Sudahlah malam pula itu. Baru dia ingat nak tidur aje tadi. Namun disebabkan kawannya sakit, nak tak nak Amirul terpaksa jadi angel untuk sehari. Pfft.. itupun kena paksa.

"Please.. kalau kawan baik mestilah susah sama-sama senang pun sama- sama kan? Aku sakit ni, kau tak kesian ke?"-Husna.

Haih, kawan susah senang konon. Konon ajelah. Entah macam mana dia boleh terjebak dalam persahabatan dengan kaum hawa ini pun, dia tak tahulah..

Sudah lama dia bersahabat dengan Huraifah dan Husna. Mereka kenal bila Amirul suka sangat menyakat Huraifah yang dulunya suka sangat pakai beg sandang warna pink. Memandangkan si Husna itu kawan baik Huraifah, jadi dia pun back up lah si Huraifah ni.

Nak dipendekkan cerita, profesor mereka suruh mereka bertiga buat kerja berkumpulan. Nak tak nak, Amirul terpaksa juga lah berkepala dingin kalau nak lulus tugas berkumpulan itu. So, bila dah tiap-tiap hari jumpa untuk berbincang tugas itu maka.. mereka bertiga saling rapat dan akhirnya kamceng sampai ke hari ini.

Enjin kereta dibukanya lalu perlahan-lahan kereta yang dipandu Amirul meninggalkan kawasan klinik tersebut. Jalan yang agak sempit membuatkan Amirul memandang dalam had yang tidak begitu laju.

Sedang leka dia fokus pada pemanduannya, telefon pintar jenama Samsungnya berdering menandakan ada seseorang yang menghubunginya. Pantas, Amirul menjawab panggilan tersebut.

"Dah beli?"soal suara serak-serak basah di hujung talian.

Amirul memusingkan bola mata. Haih, nilah dia manusia yang mengaku susah senang bersama itu.

"Aku dah belilah. Kau jangan risau." ujar Amirul dalam nada malas nak layan.

"Ya Allah. Tak sangka, kau sanggup tolong aku, Mirul. Aku terharu." ayat acah-acah feeling itu meniti keluar dari mulut Husna.

Makin menyampah pula Amirul mendengarnya. Nasib baik kawan.. "Aku nak kau belanja aku mamak lepas Isyak esok. Kalau tak nampak batang hidung kau,siap."

"Alah, setakat beli panadol itu.. kau nak demand.." belum sempat Husna menghabiskan bicaranya.

Kereta yang dipandu Amirul terus berhenti secara mengejut. Buntang matanya tatkala melihat gerangan seorang gadis yang tiba-tiba sahaja rebah ketika melintas di hadapan keretanya.

Amirul sudah cuak. Terus telefon pintarnya ditutup lalu dia keluar dari perut kereta Honda City nya itu.

Terpaku Amirul tatkala melihat gadis itu hanya berdress singkat paras riba dan sangat ketat. Cukup membuat kan nafsu jantannya meliar namun Amirul cekap mengawalnya. Dia cuba betulkan niatnya untuk membantu gadis itu.

Amirul mendekati gadis itu pantas lalu bahu gadis itu yang sedikit terdedah digoyangkannya perlahan. Beberapa kali, Amirul berbuat begitu.

Bluerkk!!!

Gadis itu terus memuntahkan cecair dari kerongkongnya. Bau hanyir dan masam sempat mencucuk batang hidung Amirul. Bau alkohol.. Mahu saja Amirul mahu menutup hidung nya namun disebabkan tidak mahu lukakan hati sesiapa, Amirul cuba tahan.

"Cik, cik tak apa-apa ke?" soal Amirul dalam nada ambil berat.

Gadis itu seakan-akan khayal dalam dunianya sendiri. Tiba-tiba dia tersengih melihat Amirul depan mata nya. Jari runcingnya sudah melakar sesuatu di dada Amirul. Terkejut juga Amirul menerima perilaku itu.

"Awak nak tidur dengan saya ke? Ahaha..!!! Malam ni saya bagi murah. Satu malam, cuma satu ratus aje." dia sudah mempromosikan tubuh nya sendiri.

Terkedu Amirul mendengarnya. Perlahan Amirul menepis jari gadis itu dari terus bermain dengan dada bidangnya. Nasib baiklah, dia masih tahu beza halal haram. Kalau tidak, uih mungkin dia bukan Amirul agak nya..

"Astaghfirullahalazim! Cik.. saya tak nak pun buat semua itu dengan cik. Hmm.. cik mabuk ni?! Rumah cik kat mana?!" soal Amirul. Sempat pula dia berisitighfar. Tiba-tiba pula malam ni dia ingat Tuhan.

"Rumah saya dekat rumah abanglah. Erm, alah. Saya bagi murah ni, bang. Satu malas seratus. Selalunya, kalau nak dengan saya, paling kurang RM500 tau.." gadis itu masih mahu menjual tubuhnya.

Tak semena-mena, tangan gadis itu melingkar memaut leher Amirul. Terpempam Amirul dibuatnya. Cepat-cepat dia leraikan sentuhan itu. Dia sudah geli-gelaman. Phuh!! Kalau iman tak kuat, sudah lama Amirul melayan..

Tindakannya yang sedikit kasar itu menyebabkan gadis itu terbaring kembali di atas lantai tar. Amirul buat tak peduli. Huh!! Betul-betul mencabar iman perempuan ni!

Baru sahaja, Amirul mahu pergi. Telinganya berjaya menangkap suara tangisan seseorang. Langkah nya mati. Serta merta kepalanya menoleh ke arah gadis itu kembali.

Rasa kasihannya menyerbu apabila melihat gadis itu tiba-tiba sahaja menangis.

"Dayah.. kenapa kau pergi?!!! Kenapa?!" hambur gadis itu berselang seli dengan tangisannya.

Amirul ketap bibir. Haih!! Kasihan lah pula kalau dia biarkan gadis itu seorang diri di sini. Kalau orang hati iblis yang jumpa perempuan ni macam mana?

Amirul sudah serba-serbi. Kalau dia bawa perempuan ni, kat mana pula dia nak letak?

Balai polis?
...
"Banyak barang yang kamu beli, Iffah. Teruja betul mama tengok kamu ni." ujar Puan Raisha apabila melihat aku masuk dengan beg shopping penuh dalam tangan.

Senyuman yang penuh gembiranya aku tayangkan pada ibu. Terus, aku berjalan mendekati ibu di ruang tamu. Beg shopping yang aku bawa, aku letakkan di atas meja tamu. Phuh.. penat juga bershopping ni.

Nasib baik, aku punya secretary sanggup teman aku beli barang. Ingat nak ajak Husna ikut tadi, tapi dia sakit pula. Hmm.. ending aku ajak secretary aku. Dia pun okey aje. Syukurlah.

Sempat juga Puan Raisha mengintip beg shopping aku. Tersenyum dia tengok barang yang aku beli. Kebanyakannya baju, tudung dan juga kasut. Ibu fahamlah itu punca aku beli semua barang itu.

Jumaat ini, Adrian ajak aku untuk makan dengan keluarganya. Makan dengan keluarga itu termasuklah dengan adik-beradik mama papanya juga. Nervouslah juga aku.

"Apa aje yang kamu beli? Ibu nak tengok dress yang kamu pakai untuk lusa. Ibu nak tengok cantik ke tidak, baju itu." Ibu sudah tadah tangan mahu lihat.

Senyumanku terukir. "Alah, ibu ni. Apa aje baju yang Iffah pilih tak cantik? Semuanya cantik tau! Iffah dah cuba dah pun."ujarku penuh confident.

Beg shopping yang berisi dress aku berikan pada ibu. Wanita itu mengeluarkannya lalu dia belek baju itu penuh teliti. Atas bawah dress berwarna hitam maroon itu dibelek nya. Aku di hadapan ibu sudah ukir senyum puas hati.

"Cantik tak ibu?" soalku dalam nada bangga.

"Hmm, boleh tahan juga baju kamu ni. Cantik. Moden. Sesuai juga dengan tinggi badan kamu itu." puji ibu sudah menyemat senyum di birai bibirnya.

Aku tayang muka bangga. Pfft.. setakat pilih baju ini, cuma celah gigi ajelah. Pilih jodoh pun, aku berjaya.. inikan lagi pilih baju. Aku sudah menggetus riak dalam hati.

Ibu simpan semula gaun itu di dalam beg kertasnya semula. Wajah aku ibu pandang sambil senyum bangga nya bertayang.

"Tak sangka akhirnya, kamu akan berumahtangga. Teruja betul ibu.." beritahu ibu sambil mengurut lengan ku.

"Syukur juga, bu. Berkat doa ibu juga sebenarnya. Kalau tidak, mungkin sampai sekarang Iffah takkan pergi sejauh ni dengan Ad." luahku sedikit  sebak.

Yurp, berkat doa ibu sebenarnya yang buatkan aku boleh pergi sejauh ini. Tuhan juga telah menyatakan doa ibu adalah kebaikan yang paling tak terhingga dia berikan pada setiap insan bergelar anak.

Puan Raisha tayang muka sebak. Tak semena-mena, dia menarik aku ke dalam pelukannya. Aku yang tergamam dengan tindakan ibu itu sudah terharu. Haih.. ini yang nak buat air mata meleleh ni.

"Tak sangka yang anak ibu dah besar. Mesti arwah ayah kamu bangga kalau dapat tahu kamu akan berkeluarga nanti.. Iffah. Dia mesti bangga." ujar ibu sudah membelai ubun kepalaku.

Aku ketap bibir. Senyum pahitku terukir. "Iffah harap ayah akan suka kalau Ad jadi menantu dia. Kan, bu?"

"Mestilah ayah kamu suka. Ad kan sayang kamu.." ujar ibu menyedap kan hati ibu.

Aku sudah menganggukkan kepala. "Ya, ibu. Mesti ayah suka."
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro