Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5

Suasana sunyi menyelubungi lif yang cuma ada kami berdua. Berdebar rasa hati aku berdiri di sebelah arkitek yang handsome ni. Ya Allah, ini kali pertama kut aku mengekor seorang lelaki yang handsome macam ni. Jantung aku bekerja berganda-ganda cuba menahan perasaan teruja di dalam dada.

Aku betul-betulkan blouse lengan panjang kain satin yang aku pakai. Skirt labuh daripada kain tebal warna kelabu aku tarik-tarik ke bawah. Konon nak bagi labuh biar sampai lindung kasut aku ni. Tapi nanti kalau labuh sangat tersadung pula aku, tak fasal-fasal tertiarap sambil disaksikan oleh Umar Azharie ni. Jadi, kedua-dua tangan aku berhenti bekerja dan aku pegang dompet yang aku kepit kat celah ketiak tadi.

Apabila lif sampai di tingkat tujuh dan pintunya terbuka, aku terus mengekor Umar Azharie keluar dan mata aku hampir terbeliak melihat keadaan pejabat yang begitu marvellous sekali. Tak sangkanya, cantik gila pejabat para arkitek ni.

Aku nampak hampir separuh meja kosong dan yang separuh lagi dipenuhi dengan orang yang sedang tekun bekerja. Sama ada sedang menghadap kertas-kertas ataupun drawing kat atas meja, mahupun yang sedang memusatkan pandangan pada laptop di hadapan mata masing-masing. Bolehlah dikatakan dia orang tu busy sangat kut sebab tak pandang pun kat aku yang berjalan perlahan ala-ala miss world ni. Hrmmm... Mesti aku tak cukup vogue ni, sebab tu tak ada siapa angkat muka pandang kat aku. Statement poyo aku dah keluar. Padahal kalau orang pandang-pandang, mulalah alignment langkah kaki aku ni lari, bersimpang-siur entah ke mana-mana.

"Duduklah..." Sedar-sedar aje aku dah sampai di depan meja Umar Azharie. Meja dia paling hujung, sebelah kiri. Belakangnya dinding dan kawasan mejanya luas dan ditabiri dengan partition daripada kaca bercorak geometri warna-warni. Kagumnya aku.

Kalau aku ada tempat kerja secantik dan selesa macam ni, aku rela aje bertapa kat sini tujuh hari seminggu.

"Cantiknya..." Perkataan tu terkeluar dari mulut aku tanpa sengaja. Memang aku kagum sangat. Pujian ikhlas daripada hati.

"Itulah, kalau ambil archi, boleh kerja dengan abang. Bolehlah kita sama-sama kerja kat ofis yang cantik dan selesa ni, kan?" Dia senyum lagi sambil pandang aku. Menambahkan lagi debar di dalam dada aku ni.

"Saya tak pandai melukis, tak kreatif." Aku jawab dengan jujur sebab setahu aku, untuk jadi budak archi aku kena kreatif dan pandai melukis. Aku memang tak pandai langsung melukis walaupun aku minat juga seni halus tu. Bayangkanlah betapa buruknya lukisan aku, lukis orang tapi apabila aku warnakan nampak macam binatang pula.

Aku sangat kagum dengan orang yang dikurniakan bakat melukis dan mewarna. Tentu Umar Azharie ni pandai melukis. Untungnya, wajah kacak bergaya, ada bakat melukis dan kreatif pula tu. Arkitek tentunya seorang yang sabar, sebab tu mereka boleh melakukan kerja yang memerlukan ketelitian dan fokus yang tidak berbelah bahagi.

"Tau tak kenapa pejabat arkitek selalunya cantik dan nampak hebat?" Dia tanya soalan tu kat aku. Ishk... Ishk... Ishk... Patutnya aku yang tanya dia soalan tu. Kalau aku tahu sebabnya, taklah aku menganga kekaguman tadi.

"Pejabat ni adalah penanda aras untuk menunjukkan kepada clients dan bakal clients yang kami boleh design apa sahaja mengikut permintaan mereka. First impression tu penting. Kalau bakal pelanggan datang dan tengok sendiri bagaimana kami design dan hias pejabat kami dengan sebaik-baiknya, tentu mereka tak ada rasa ragu nak mengupah kami, kan?"

"Ooo..." Aku anggukkan kepala dengan penerangan lojik dia tu. Kenapalah aku tak terfikir tentang perkara tu awal-awal lagi? Samalah macam orang yang jual produk kecantikan, kalau muka dia sendiri bopeng macam kawah di bulan, macam mana orang nak beli dan percaya dengan produk jualannya, kan? Hrmmm... Lojik... Lojik.

"Abang free sikit sekarang ni. Sebab baru aje submit design yang clients minta. Ni bos abang ada meeting kat Singapore, untung-untung dapat projek baru. Rezeki... Tapi lepas tu mesti sibuk tahap gaban." Dia sambung cakap dan aku gelak dengar dia sebut gaban tu. Tak sangka perkataan sibuk tahap gaban tu popular juga dalam kalangan golongan profesional macam dia.

"Seronok ke jadi arkitek?" Aku tak tahu sangat fasal kerjaya sebagai seorang arkitek. Tapi aku ada dengar-dengar orang kata gaji arkitek ni boleh tahan tingginya. Padanlah kut, dia orang belajar pun lebih lama daripada student course lain. Kena melalui Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) daripada tahap i sampailah tahap iii. Susah woo.

"Kalau minat mungkin seronok. Abang memang enjoy sebab ini memang bidang yang abang minati. Kalau ada rezeki, abang nak design rumah sendiri." Aku angguk lagi dengan jawapan dia. Memang pun, apa sahaja yang kita lakukan dengan minat pasti hasilnya lebih baik.

"Boyfriend Hani dalam bidang apa?" Dia tanya dengan selamba. Tiba-tiba aje muka aku rasa panas dengar soalan dia ni.

"Bidang... Bidang... Errr... Tak ada." Mulanya aku nak goreng aje dia ni. Tapi rasa bersalah pula nak tipu dia. Aku geleng kepala aje. Kalau aku jawab tak ada boyfriend, nak ke dia jadi boyfriend aku? Haish.

"Are you still single and available?" Dia senyum-senyum pandang aku dan tanya soalan tu. Jangan haraplah aku nak jawab. Rahsia, okey!

"Saya turun dululah, Encik Umar Azharie... Saya belum solat zohor lagi ni." Aku berdiri sambil betul-betulkan baju yang agak berkedut. Cantik muka aku nak melepak lama-lama kat ofis orang. Dahlah aku ni budak praktikal aje. Semua benda yang senior suruh, aku kena buat. Mujur akak cleaner tu tak suruh aku tolong dia bersihkan ofis dan cuci tandas sekali. Kalau dia suruh gamaknya kenalah aku buat.

Masa aku berpaling nak pergi, aku dengar suara dia cakap sesuatu kat aku. Terpaksalah aku berpusing balik dan pandang muka dia yang tengah pamer senyuman manis bak lolipop tu.

"Jumpa lagi... Kalau ada masa, datanglah lepak kat sini." Itu yang dia pesan kat aku. Erkkk... Setelah menganggukkan kepala aku meneruskan langkah dan tak menoleh lagi. Macamlah aku tak ada kerja lain nak buat kat sini selain melepak, kan?

Mujur aku balik awal hari ni sebab mama balik lambat. Aku kena sediakan makan malam untuk papa. Kalau untuk papa senang aje, dia suka makan sup-sup aje. Aku ingat nak buat bihun sup aje, yang simple-simple dan senang disediakan.

Lepas papa balik dari masjid dekat-dekat jam 9 malam tu, barulah aku dan papa makan malam. Baru aje nak suap bihun sup ke mulut, aku dengar suara mama.

"Sedapnya bau, kak ngah masak apa?" Mama menghampiri papa dan terus hulurkan tangan untuk bersalaman.

"Bihun sup aje, ma." Aku sambut tangan mama dan aku cium pipinya kiri dan kanan.

"Laparlah." Mama ambil tempat kat sebelah papa. Aku isikan semangkuk bihun sup buat mama.

"Hrmmm... Sedap." Mama puji masakan aku yang tak seberapa tu.

"Kak ngah ada bakat memasak. Semua yang kak ngah masak sedap rasanya." Papa hulurkan mangkuk bihun supnya yang hampir kosong kepada aku. Nak tambah lagilah tu, sebab tu papa puji-puji aku. Tapi memang kembang setaman hati aku dengar pujian kedua-dua orang tua aku ni. Buat semangat aku membara nak memasak setiap hari.

"Praktikal macam mana? Seronok?" Mama tanya aku. Sebelum ni mama sibuk nak rekomen aku praktikal kat syarikat milik suami kawan dia. Datin apa entah nama dia, aku dah lupa. Aku awal-awal dah menolak sebab mama pernah cakap Datin tu berkenan nak jadikan aku menantu. Nak pasangkan dengan anak dia yang jadi CEO kat syarikat milik mereka tu.

Huh! Memang sengaja hulur kepala ke tali gantunglah kalau aku setuju. Siapa tak kenal CEO buaya darat tu? Pantang nampak perempuan berdahi licin, semua dia nak ayat. Gila. Tapi mama memang tak tahu kisah si buaya darat tu, aku tahu pun sebab budak-budak kat UiTM tu bergosip. Kira famous jugalah Si CEO tu sampai menjadi bahan gosip!

"Seronok... Staf kat sana semua baik-baik. Ada ramai pekerja handsome kat sana, ma..." Aku saja nak usik mama. Sebab mama ni kalau boleh nak aku kahwin awal. Dia risau katanya, maklumlah kami bertiga beradik semuanya perempuan. Kalau dah bersuami senang, taklah mama dan papa asyik risaukan keselamatan aku 24 jam kononnya. Hai, mujurlah Iffah tu masih tingkatan empat dan duduk di asrama. Kalau tak, mahu Iffah pun mama nak suruh kahwin cepat.

"Handsome pun kalau tak berakal dan tak berakhlak tak guna juga. Jangan pandang rupa aje... Nak cari pasangan hidup kenalah selidik latar belakang dia dulu. Paling penting cari bakal suami yang solat. Kalau dia tak boleh nak jaga solat, macam mana dia nak jaga kak ngah dan anak-anak nanti?"

"Ma... Kak ngah bukan nak cari bakal suamilah... Study pun tak habis lagi." Mama ni kalau cakap bab-bab ni memang selalu serius aje. Tengoklah kak long aku tu, elok-elok habis study, terus kena kahwin. Dahlah suami dia tu mama yang carikan. Anak kawan lama mama. Pelik juga aku sebab abang ipar aku tu aci main setuju aje bernikah dengan kak long. Mujur juga perkahwinan dia orang tu bahagia walaupun belum ada rezeki nak menimang anak.

"Mama nasihat aje... Kalau dah ada calon, cepat-cepat kenalkan dengan mama dan papa. Mama tak nak nanti kak ngah dah berkawan dengan dia bertahun-tahun akhirnya tak sesuai. Kalau bawa jumpa mama dan papa, bolehlah kami tengok bagaimana orangnya. Sesuai ke tidak. Lagipun kalau dia jujur, tentu dia nak berjumpa dengan mama dan papa. Kalau banyak alasan... Hrmmm... Mama rasa kak ngah pun tahu jawapannya, kan?" Tu dia mama aku punya nasihat, naik kenyang dah perut aku. Tak payah makan bihun sup ni dah.

Aku pandang muka papa yang tengah senyum, mengejek akulah tu. Aku tarik muka. Papa memang macam tu. Kalau aku kena dengar ceramah free daripada mama, dia akan senyum aje pandang aku.

"Dah, mama dah kenyang. Nak naik atas. Kak ngah tolong kemaskan meja, ya?" Mama capai beg tangan dia kat kerusi sebelah. Bersedia untuk bangun dan menuju ke bilik tidurnya di tingkat atas. Aku nampak papa pun bangun sama. Hai, merpati dua sejoli tu nak masuk bilik sama-samalah tu. Aku juga yang jadi kera sumbang kat rumah ni. Tak ada siapa nak teman.

"Baik, mama... Pergilah berehat. Kak ngah akan bereskan kerja-kerja kat dapur ni."

"Good girl." Papa usap-usap kepala aku, agaknya di mata papa, aku ni masih kecil lagi.

Nurin beritahu tadi yang hari ni ada sambutan hari jadi untuk Mr. Danny dan juga bos kat tingkat tujuh tu. Jadi petang ni, lepas waktu kerja akan diadakan acara makan-makan tu kat dewan di lobi bangunan. Dua bahagian yang berada di tingkat lima akan bergabung mengadakan jamuan dan juga kutipan untuk membeli hadiah. Nurin kata bahagian kejuruteraan dan bahagian pengurusan tak nak join sebab dia orang ada acara lain kat luar. Boleh pula macam tu.

Aku dan Nina ditugaskan untuk membantu Nurin dan seorang drafter dari pejabat arkitek tu untuk menghias dewan kecil ini. Jadi, sebaik waktu rehat tengah hari berakhir kami berempat dah ada kat lobi bawah ni.

Meja panjang bersaiz 2X5 itu kami susun di tengah-tengah dewan. Disusun memanjang secara berkembar sebanyak enam buah meja. Aku dan Nina pasang lapik meja yang berwarna merah hati.

Drafter yang bernama Abdul Halim tu tolong angkatkan sebakul barang-barang yang diperlukan untuk menghias bilik ni. Ringan tulang dan ramah Abdul Halim ni, muka pun nampak macam keturunan baik-baik.

"Kerusi semua kita susun rapat ke dinding bilik. Lepas ambil makanan kat tengah-tengah ni, terus boleh duduk. Kalau nak makan sambil berdiri pun tak ada masalah. Cuma kita letak dua meja kecil kat belakang tu untuk Mr. Danny dan Cik Laili duduk dan potong kek nanti." Nurin beri arahan.

Siap aje pasang lapik meja, kita orang kena isi belon dengan angin. Lepas tu ikat dan gantung kat tempat-tempat yang sesuai dalam bilik tu. Inilah nasib pelajar praktikal, kan? Apa aje yang staf di sini suruh, kami kena buat walaupun tak ada kena-mengena dengan course yang kami belajar semasa di universiti dahulu. Bab-bab tiup belon dan hias bilik untuk jamuan ni memang sah-sah bukan dalam subjek masa kat U. Hehehe...

"Cik Nurin, kita orang belum bayar duit untuk jamuan ni." Aku cakap kat Nurin yang sedang mengarahkan Abdul Halim tu memanjat kerusi dan gantung belon-belon yang diikat pada benang tu ke dinding. Nak gantung kat siling tinggi sangat kut. Ada pula kemalangan jiwa nanti. Tergolek Abdul Halim tu ke atas lantai karang, langsung tak dapat ikut menyanyi lagu hari jadi.

"Dah ada orang bayarkan pun... Jangan bimbang. Enjoy dan makan aje apa yang dihidang nanti. Tapi kena layan tetamu kat meja VIP tu nanti. Lagi satu, jangan panggil I Cik Nurin... panggil Nurin aje." Sambil cakap, Nurin tunjuk kat meja belakang tu.

"Tapi siapa pula yang bayarkan bagi pihak kami ni, Cik Nurin? Biarlah kami bayar sendiri." Aku memang tak nak terhutang budi dengan sesiapa. Aku mampu aje bayar untuk diri sendiri.

"Kan dah kata jangan panggil I Cik Nurin!" Dia jegil mata kat aku. Ceh... Macam aku takut sangat kat dia yang comel lote tu.

"Baik... Tapi siapa yang bayarkan?" Aku ulang lagi sekali perkara pokok yang aku tanyakan tadi.

"Biarlah rahsia!" Dia jawab sambil senyum. Cettt... Bajet dia tu Siti Nurhaliza ke apa?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: