Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3

SAMPAI sahaja di rumah Qalisha terus naik atas. Badan semua dah melekit. Qalisha terus mandi. Selesai sahaja mandi. Tekak terasa haus. Qalisha turun nak pergi ke dapur untuk? Untuk minum air lah apa lagi.


"Waaaaah ada ice cream...mak! Bila mak beli?" Tanyanya bila terlihat ice cream tersedia indah atas meja. Qalisha memang pantang tengok ice cream,lagi-lagi ice cream kegemarannya iaitu ice cream vanila. Ibunya yang ketika itu berada di ruang tamu menjawab.

"Kawan ibu hantar tadi katanya untuk anak kesayangan mama."

Anak kesayangan ibunya mesti lah Qalisha. Qalisha kan satu-satunya anak Puan Haslinda dengan suaminya Ahmad.

"Kawan ibu? Sape pula ni? Camne dia tahu Qalisha suka ice cream?" Soal Qalisha bertubi-tubi.

"Ibu yang bagitau." Jawabnya pendek.

Qalisha terdiam. Malas layan mungkin. Tanpa ada soalan lagi Qalisha terus membawa ice cream tersebut masuk ke biliknya.

"Makan ice cream dalam bilik jaga-jaga sikit jangan sampai tumpah atas katil. Kang tumpah bukan kau nak cuci pon ibu juga yang kena cuci. Ingat senang ke nak cuci cadar." Bebel ibunya panjang lebar dari ruang tamu.

Bilik Qalisha tak jauh dari ruang tamu. Naik je tangga ada pintu terletak elok depan tangga tu. Itu la bilik Qalisha. Jadi tidak hairanlah suara ibunya kedengaran dari ruang tamu.

"Yeeeeee." Jerit Qalisha. Bagi orang lain mungkin agak kurang sopan jerit dekat ibubapa kita tapi itulah Qalisha seorang yang boleh tahan degilnya.

Sedang asyik menikmati ice cream pemberian kawan ibunya di atas katil. Qalisha
terpandang bakul yang dipenuhi dengan baju-baju kotor. Terdapat satu kad terselit disalah satu seluarnya.

'Apa tu?' Katanya dalam hati.

Qalisha segera menghabiskan ice creamnya yang tinggal sedikit sahaja lagi. Qalisha berdiri lalu menuju ke bakul tersebut. Diselongkarnya bakul tersebut sehingga keluar semua pakaian-pakaian kotor.

"Dah dapat!" Katanya lalu melompat macam kanak-kanak riang ribena. Hahahah.

Dia lalu kembali duduk di hujung katil sambil mata menatap kad tersebut.

'Ni mesti kad yang Adam bagi haritu'

"Hmmm...Tengku Adam Rafael Bin Tengku Azamsyah? Pangkat tengku...hebat. Dah la muka hensem tahap kebaboom. Bekerjaya pula tu. Ni kalau jadi laki aku senang hidup aku. Astaghafirrullah berangan je kerja aku." Ujarnya lalu menampar-nampar pipinya supaya kembali ke dunia realiti.

'Huh...Adam? Dia kenalkan diri kat aku haritu Adam je tak pun dia sebut Tengku Adam.'

'Esok pagi pukul 8 kau datang office aku...aku nak interview kau.'

Tergiang kata-kata Adam tengahari tadi dimindanya.

"Asal kau beria-ria nak tolong aku eh Adam? Sebelum ni bukan main marah kau kat aku ke kau ada niat lain." Qalisha sudah mula syak sesuatu.

•••

Jam di dinding terus berdetak aahh menunjukkan pukul 8 malam.

"Assalamualaikum. Papa,mama Adam dah balik." Seperti kebiasaan Adam akan memberi salam kepada papa dan mamanya setelah masuk ke rumah. Ye Adam dah biasa guna panggilan Papa dan Mama. Tak seperti anak orang lain yang berpangkat tengku menggunakan panggilan mummy dan daddy.

"Lambatnya sayang mama balik." Kata Datin Mazlin yang ketika itu berada di ruang tamu yang serba megah itu. Mengalahkan istana sultan. Ye la orang kaya katakan.

"Banyak sangat kerja tadi ma...penat sangat." Adam yang tadinya baru selesai membuka kasut kini sudah berada di sofa dan duduk bersebelahan mamanya. Kepalanya di letakkan atas bahu dan memeluk mamanya. Manja lahai. Umur dah 28 tahun pun masih sikap macam budak-budak.

'Amboi sesedap rasa kau je la kutuk aku.' -Adam

'Diam je la aku yang buat cerita ni so suka hati aku la' -author

Entah bila masanya Adam terlelap di atas bahu ibunya.

"Haih penat sangat ni."

Pandangan Datin Mazlin kini dihalakan ke kaca televisyen.Mereka berdua tetap dengan posisi itu selama 30 min.

"Adam bangun..sayang anak mama bangun cepat pergi mandi lepastu tido. Adam dah penat sangat ni." Kata ibunya.

Adam yang masih mamai terus bangun dan naik atas menuju ke biliknya. Baju dibuka. Seluar dibuka. Adam segera mandi. Selesai sahaja mandi,pakai baju tidur apa semua dia melentokkan diri atas katil dan tidur. Penat sangat. Itu la kehidupannya sejak dia tidak mempunyai P.A.

Tapi tak lama lagi dia bakal dapat P.A yang baru. Siapalagi kalau bukan Qalisha yang cantik,tinggi dan lawa pula tu. Sape yang tak nak. Namun bagi Adam dia hanya nak balas dendam. Tak hingin la dia nak kat Qalisha tu.

•••

Itu sahaja untuk malam ini adios..jangan lupa vote aku tak suka silent reader tau...kalau tak aku gigit korang HAHAHA ok gurau.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro