Bab 2
Pagi yang cerah tak selalunya indah.Macam Qalisha. Selesai sahaja menunaikan solat subuh dia terus mandi sebab pagi-pagi lagi kena keluar untuk interview kerja. Ye la Qalisha baru sahaja menamatkan pembelajarannya di UK dalam bidang 'Science in Business Administration' dan dia juga ada 'Bachelor Degree in Science'. Dia juga mahir dalam bidang kedoktoran. Pada mulanya dia bercita-cita nak jadi doktor tapi baru setahun dia belajar dalam bidang kedoktoran,Qalisha di suruh oleh ayahnya memasuki bidang business.Ayahnya nak dia jadi CEO kalau tak dapat sekurang-kurangnya dia boleh jadi 'Personal Assistant' tu yang Qalisha menukar haluannya ambik 'Science in Business Administration'. Ikutkan hati Qalisha tak minat sangat bidang ni tapi apakan daya dia tak nak la jadi anak derhaka. Jadi dia ikut je la kata-kata ayah dia.
Qalisha baru sahaja sampai depan sebuah syarikat yang....erk?Buruk? Eh takde la buruk sangat cuma pintu depan syarikat tu agak 'style lama' (pintu kayu yang manual...kena tolak baru boleh buka. eh mesti la kena tolak takkan diri je tercenggang kat situ tunggu pintu tu bukak sendiri.Ok abaikan).
Tanpa membuang masa lagi Qalisha tolak pintu syarikat itu. Tapi...'eh asal keras sangat nak buka pintu ni haish.Syarikat punya la besar tapi pintu pon tak boleh ganti baru haih.' Omel Qalisha dalam hati.
Qalisha cuba sekuat hati membuka pintu itu dan akhirnya dia berjaya. Orang sekeliling mula memandang Qalisha dengan pandangan yang sukar di tafsirkan. 'Ahh lantak korang la nak tengok aku ke apa aku tahu aku cantik uhukk done puji diri sendiri'.
Tanpa disedari.."Cik...cik kenapa tersengih-sengih ni?Cik!" Kata seorang pekerja separa menjerit yang ditempatkan di kaunter pertanyaan.
Qalisha tersentak. Baru aku sedar yang aku tersengih-sengih sambil berdiri depan kaunter pertanyaan. 'Tu la kau Lisha puji la diri sendiri lagi sekarangkan dah malu.'
"Ahh..oh ye ye maaf.hehehe." Ujar Qalisha menahan malu.
"Ada apa-apa yang boleh saya bantu cik?" Tanya pekerja itu dengan lembut. Boleh tahan cantik jugak dia ni. Eh? Aku bukan lesbian Astaghafirullah.
"Ah ye lupa...saya datang sini untuk interview kerja sebagai P.A kat syarikat ni." Jawap Qalisha dengan percakapan yang sangat lembut sehinggakan ia mampu mencairkan mana-mana lelaki di luar sana. So you better watch out.HAHAHAH ok abaikan.
"Oh..ok Cik ikut saya ye." Ujarnya lagi.
Aku memang jenis yang tak membantah (eh yeke?) terus berjalan membontotinya. Sampai sahaja di pintu sebuah bilik, pekerja itu tadi mengarahkan aku untuk masuk ke dalam bilik tersebut.
Masuk je bilik tu maka terlihatlah sebuah meja panjang. Sepertinya ini bilik meeting. Seketika itu Qalisha ternampak satu kelibat orang sedang duduk menghadap komputer riba di hujung sebelah kanan meja.
"Assalamualaikum." Sapa Qalisha.
"Eh..dah masuk baru bagi salam..hah waalaikumsalam. Sila duduk." Perlinya seraya mengisyaratkan Qalisha untuk duduk.
'Amboi perli nampak' ucapku dalam hati.
Qalisha segera duduk di kerusi berhadapan dengannya. Maklumlah Qalisha kan penat sebab kena drive jauh-jauh semata-mata nak interview kerja.
"Terima kasih." Ucap Qalisha setelah membetulkan kedudukannya.
"Cik la yang nak apply jawatan sebagai P.A tu kan?" Tanya nya.
'Eh eh dah tahu lagi mahu tanya'
"Haah saya la tu...hah ni resume saya." Kata Qalisha sambil menghulurkan resumenya.
"Ok."
'Eh ok je?' Kataku dalam hati.
"Hmmm...saya nak Cik kenalkan diri." katanya.
"Nama saya Nabila Qalisha Binti Ahmad. Berumur 26 tahun. Tinggal di Kuala Lumpur." Kataku memperkenalkan diri.
"Sedap nama tu." Katanya.
"Cik ada tak apa-apa pengalaman jadi P.A?"
"Saya takde apa-apa pengalaman lagi, tu yang saya nak ambil pengalaman." Jawap Qalisha.
"Hmm..ok..saya tengok kat resume ni awak ada ambik jurusan Science in Business Administration. Sesuai sangat dengan jawatan P.A ni. Hebat cik ni ye." Pujinya.
Aku tersenyum.Yes ada peluang ni nampak gayanya.
"Tapi.."
Senyumanku terus mati tatkala mendengar perkataan tapi tu. Tapi apa lagi ni haih.
"Hmmm macam ni la Cik...Cik punya kelayakkan tak berapa nak memuaskan. Masih ada yang tak cukup. Maaf Cik kami tak boleh terima Cik sebagai P.A kat sini." Ujarnya.
"Tapi tuan..." Baru sahaja aku nak habiskan kata-kata ku dia mencelah.
"Aah takde tapi-tapi...sekarang ni Cik boleh balik. Sekali lagi saya minta maaf." Katanya.
"Baiklah Tuan kalau Tuan nak saya balik saya akan balik. Aku pun tak hingin la nak kerja kat sini..dah la pintu depan tak boleh nak ganti dengan pintu cermin yang boleh bukak sendiri. Haish k bye." Aku ambik balik resume aku dan apa lagi jalan la keluar dari bilik mamat yang poyo tu. Aku tengok dari hujung anak mataku dia tengah melopong. Hah padan muka.Aku jalan terus keluar dan menuju ke kereta Myvi milik aku.
Pintu kereta dihempas. Takde la kuat sangat.
"Apa punya CEO entah. Punya la aku penat belajar 4 tahun tau kat UK. Apa yang tak layak nya. Betul la orang cakap belajar tinggi mana pun belum tentu dapat kerja. Haish." Omel ku seorang diri dalam kereta.
Aku start je kereta nak 'reverse' tiba-tiba,
BAAAM!!
Terkejut aku. Aku toleh belakang.
Mata Qalisha terbuntang luas apabila dia sedar yang dia dah langgar kereta orang.
'Alamaaak..camne nii huhuhuh mak! Tolong Lisha.'
Kelihatan dari cermin sisi belah kanan pemandu tersebut keluar dan menuju ke arah akuu.
'Mati laa akuuu! >_<'
Tok tok!
Cermin kereta aku diketuk. Aku buka cermin dan tunduk sebab tak nak tengok muka orang tu mesti dia tengah marah. Bukan tunduk kerana malu tapi tunduk sebab rasa bersalah.
"Encik....sa...sa..saya tak sengaja. Sumpah tak sengaja." Kataku dalam keadaan yang masih tunduk.
"Cik..boleh keluar kejap tak?" Soalnya.
'Aduhhh ni mesti nak minta bayaran'
Aku keluar perlahan-lahan tanpa melihat wajah pemuda itu.
"Cik kenapa Cik tunduk-tunduk? Takut ke tengok muka saya?" Soalnya lagi.
Aku mendongak ke arahnya.
"KAU!" Serentak kami berdua menjerit apabila mata kami bertentangan satu sama lain.
Seakan-akan tidak percaya orang yang berada di depan aku sekarang ni ialah orang yang sama langgar aku kat Mall haritu. Kecik benor dunia ni. Adakah ini jodoh?
'Eh eh kau jangan nak berangan eh Qalisha kau bukan watak utama dalam ni so jangan perasan.' - author
'Eh eh dah tu apesal tajuk novel ni Cinta Hati Qalisha hah hah jawap cepat' - Qalisha
'Eerr diam la kau aku hilangkan watak kau dalam ni baru tau'
'Baiklah boss.'
Ok abaikan.
"Kau rupanya patut laa macam kenal dengan suara ni." Kata pemuda itu.
"Eleh." Jawap ku.
"Sesedap rasa kau je kan langgar kereta aku.Ko buta ke tak tengok kereta aku hah?" Perlinya.
'Amboi dia nii memang nak kena..boleh pulak dia tiru kata-kata yang aku ajukan padanya haritu. Takpe takpe lets play the game.' Gumam Qalisha dalam hati.
"Eh eh balas dendam nampak. Bukan salah aku ok. Sape suruh kau lalu belakang kereta aku? Kau tak nampak ke lampu reverse? Buta?" Perli Qalisha Kaw kaw punya.
"Amboi ayat kau...dah salah masih tak nak mengaku..tadi bukan main minta maaf dengan tergagap-gagap. Hahaha."
Kelihatan muka Qalisha mula merah. Sebab marah mungkin.
"Alololo kenapa pipi merah-merah ni? Lapar eh? Takpe nanti abang belanja cendol eh." Perlinya lagi.
"Kau ni kan hish eeee." Qalisha mula menunjukan penumbuknya yang kecil itu. Eh eh walaupun kecik kalau kena muka kau mesti sakit.
"Ape-ape nak tumbuk? Hah tumbuk la ni kat sini." Katanya seraya menunjukkan pipinya.
"Dah laa kau...aku nak balik bye." Ujar Qalisha.
"Woi ni sape nak settlekan?."
"Kau settlekan aah sendiri k*mak."
"Hoii kau. Jaga sikit bahasa tu kau sedar tak kau cakap dengan sape sekarang ni?"
"Lantak kau la bye." Kata Qalisha seraya menuju masuk ke dalam perut kereta. Baru saja Qalisha nak tutup pintu kereta.
"Kau seinci kau bergerak aku akan call polis untuk settlekan semua ni. Amacam?"
"Waaw main ugut nampak."
"Asal ko tak percaya aku akan call polis? Ok fine kalau macam tu." Kelihatan pemuda itu mula mengeluarkan iphone nya dari poket seluar.
"Ok fine...please jangan call polis please." Qalisha yang tadinya berada di dalam kereta kini sudah menunduk atas kaki pemuda itu.
"Bagus...dah dah bangun cepat malu la. Aku tak mintak banyak kita settle kat sini je."
"Kena bayar ke?" Tanya Qalisha yang kini sudah bangun tegak berdiri.
"Ye la takkan free..melainkan kau nak pergi teman aku makan."
'Eh dia ajak aku makan ke?'
"Eerr aku bayar je laah..berapa?"
"Betul ni? Mampu ke bayar?"
"Eleh setakat beratus tu aku mampu la."
"Ok kalau macamtu...semuanya $3000 hah mampu ke?"
"APA? BAPAK MAHALNYA." Terbuntang luas mata Qalisha tatkala mendengar $3000 ringgit tu.
"So..kau nak tak teman aku makan?" Tanyanya.
"Tak nak!"
"Ok..kalau macamtu aku call polis."
"JANGAN!...Fine aku teman kau makan."
'Tabah la wahai Qalisha sekurang-kurangnya kau dapat lunch free.' Gumam Qalisha dalam hati.
"Bagus...jom pergi kat restoran tu."
Qalisha sekadar menggangguk.
'Waaah cantik nya restaurant ni.' Terpesona aku seketika.
"Nak masuk ke tak nak?"
"Ahh y-ye ke-ke-kejap." Uish dah kenapa aku gagap ni.
Langkah demi selangkah membontoti mamat ni akhirnya jumpa jugak tempat kosong. Boleh tahan ramai jugak la ni. Hampir kesemua tempat duduk penuh. Semua bajet high class. Terasa diri ini tak layak pulak berada di sini.
"Kenapa ni?" Tanya Aiman yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
"Ta-ta-takut." Dengan tegagap gagap aku duduk atas kerusi lepastu tengok kiri kanan.
"Nak takut apa kita bukan buat maksiat pun kat sini."
"Eii tolong la fikiran tu jangan nak ke situ boleh tak. Aku takut bukan apa terasa tak sesuai berada kat tempat macam ni." Tu dia hilang dah gagap aku. Hahahah.
"Kau jangan risau lah aku belanja order je apa-apa."
"
•••
Nantikan kisah seterusnya dalam bab 3. Apa yang akan berlaku nanti? Hmm entah la.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro