Bab 1
"Lisha nak pergi mana tu?" Jerit puan Haslinda dari pintu dapur.
"Nak pergi jumpa kawan kejap Mak Assalamualaikum Babai.." Tanpa ada basa basi lagi Qalisha terus melangkah keluar pintu dan menuju ke kereta Myvi berwarna hijau miliknya lalu terus memecut laju ke jalan raya.
"Waalaikumsalam...jangan balik lambat sangat!"jerit Puan Haslinda sekali lagi.Entah dengar ke tak budak tu.
Puan Haslinda segera naik ke atas dan menuju ke bilik anak kesayangannya yang sorang tu.
"Dah kenapa bergegas sangat nak jumpa kawan haih.Pahtu dibiarkan aje bilik berselerak.Ape punya anak macam ni.Entah macam mana la kalau dah kahwin nanti." Omel Puan Haslinda seorang diri sambil mengemas bilik anaknya itu.
Suasana jalan raya yang agak sesak dan bising dengan bunyi kereta danbunyi truck membuatkan Qalisha jadi rimas.
"Time macam ni la jalan ni nak sesak..dengan bunyi bising lagi isshh." Segera Qalisha menutup cermin tingkap keretanya dan memasang aircond.Qalisha sememangnya tak suka guna aircond katanya membazir minyak je.Dia akan guna aircond bila dalam keadaan yang terdesak seperti situasi sekarang ni.Qalisha ni seorang yang sensitif dengan bunyi bising.Dia lebih suka keadaan yang tenang dan tak banyak bunyi.
Sudah 30 minit berlalu barulah dia berjaya keluar jugak dari jalan yang sesak itu.Dengan kecekapannya memandu kereta,dia selamat sampai kedestinasi yang ditujunya.Pantas dia mengambil begnya dan terus keluar dari perut kereta.
"Weh...asal kau lambat..kau tau tak dah satu jam aku tunggu kau kat restaurant ni...air aku pun dah habis diminum." Wana mula bersuara apabila melihat Qalisha berlari-lari anak menuju kearahnya.
"Alaaaah sorry la..jalan raya tadi tetiba sesak tu yang lambat and aku lupa ada date dengan kau malam ni hehehehe." Qalisha mula menayangkan senyuman kerang busuk atau lebih tepat lagi tersengih.
"Date bapak kau...kau ingat aku lesbian ke?takde maaf utk kau.Sekarang ni kau kena belanja aku makan malam ni sebagai tanda maaf kau kepada aku." Ujar Wana dengan nada tegas.
"Baiklah Tuan Puteri Gunung Ledang.Tuan hamba berjanji tak akan lambat lagi dan takkan lupa janji temu dengan Tuan Puteri.Baiklah jikalau begitu silakan ambil order Tuan Puteri." Kata Qalisha dengan loghat diraja.
"Amboi hahahaha sempat lagi buat lawak tu yang makin sayang kat kau ni pandai buat lawak." Ketawa Wana mula memecahkan kesunyian restaurant itu.
"Weh dah laa cepat panggil pelayan aku lapar ni." Ujar Qalisha ketika menyedari mata-mata pelangan yang berada di situ mula menoleh kearah mereka.
"Waiters please." Wana yang tadinya ketawa terbahak-bahak tahap babun tu sudah berhenti lalu memanggil pelayan.
Setelah mengambil order tak lama lepas tu mereka dihidangkan dengan makanan ala-ala kampung gitu dan mereka pun apa lagi?Makan la sampai licin.
Selesai sahaja makan mereka berdua bercadang nak tengok wayang.Kebetulan panggung wayang tak jauh dari tempat mereka makan.
Selesai sahaja menonton wayang mereka berdua bercadang nak balik sebab dah lewat malam.
"Wehh bapak seram doh cerita...." Belum sempat Qalisha menghabiskan perbualannya dengan Wana dia jatuh tersembam menyembah lantai.
"Adoi sakitnya erghh." Qalisha mengerang kesakitan.Beg yang tadinya berada di tangan kini turut jatuh juga.Habis kesemua barang dalam beg itu terkeluar.
"Err...maaf saya tak perasan tadi..saya betul-betul minta maaf." Ucapan maaf dari seseorang mengejutkan aku.Baru aku perasan aku jatuh dilanggar oleh seseorang ingatkan benda.Pandangan kini di hala kearah pemuda itu.
Gulp!
Handsomenya! Terdetik perkataan itu di hati.
"Err..saya minta maaf sebab buat awak jatuh." Rasa bersalah di hatinya kini membuak-buak.Segera dia mengutip barang-barang yang terkeluar dari beg itu tadi.
Aku berdiri depannya yang kini sedang mengutip semua barang-barang aku masuk ke dalam beg.Aku sengaja biar dia kutip semua barang tu seorang.
"Eh eh sesedap rasa kau je kan langgar aku..kau buta ke apa?" Itu dia Qalisha dah mula tunjuk belang.
Pemuda dihadapannya segara berdiri lalu memberikannya beg tersebut.Pemuda itu seakan terkejut dengan kata-kata gadis itu.Bukankah dia sudah meminta maaf tadi.Pekak ke apa minah ni? Tapi cun juga! Eh kau jangan nak memandai puji minah ni,desis hatinya.
"Kan tadi saya dah minta maaf.Apa yang tak cukup?" Soal pemuda itu bengang.
"Weh maaf tak cukup la weh.Ni siku aku ni terluka kau tau tak sekarang siapa nak tanggungjawab?" Soal Qalisha dengan muka bengis.
"Baiklah macam ni saya tanggung nanti kawan awak ni yang jawab okay?" Perli nya dengan senyuman tak ikhlas atau lebih tepat lagi sinis.
"Amboi kau sempat lagi buat loyar buruk dengan aku..aku tumbuk kang aarr." Kata Qalisha sambil menayangkan penumbuk.
"Okey fine..nah ambik ni buat tanggung semua kos perubatan kau dan ni kad saya kalau ada apa-apa call je." Ujar pemuda itu sambil menghulurkan RM100 berserta dengan kad business miliknya.
Aku tengok je RM100 tu tak sedikit pun tergerak nak ambik.
"Asal tak ambik?" Soal pemuda itu.
Aku tenung Wana dan aku tenung balik kearah pemuda itu silih berganti.Idea jahat tiba-tiba muncul.Aku tersenyum sinis.
"Baiklah,aku ambil." Duit RM100 itu aku ambil.Pemuda itu mengangkat kening.Terasa macam pelik dengan minah ni dari tadi asyik senyum.
'Gila ke?tapi memang cun' bisik hatinya.
'Oh please Lisha jangan buat benda bodoh' Wana yang sedari tadi berdiri tegak macam tiang bendera mula rasa tak sedap hati.
Aku mengeluarkan purse hitam dari beg.
Terdapat lima puluh ringgit di dalamnya.Not itu aku ambil lalu aku campurkan bersama not kepunyaan lelaki itu.
Pemuda itu merenung kelakuan gadis di hadapannya. Terasa macam lain sangat! Macam ada sesuatu yang akan terjadi. Macam..
Pukk!
Wana terlopong.Pemuda itu juga tercengang dengan apa yang berlaku. Matanya tak lepas memandang gadis itu.
Aku tersenyum sinis. Tangan aku kesat di seluar jeans. Puas hatiku saat ini. Dengan melemparkan wang ringgit itu ke muka jejaka itu. Aku pantas menarik tangan Wana lalu beredar dari situ. Sempat aku menjelingnya.
'Apa masalah minah ni sebenarnya?' Hati pemuda itu berkata-kata. Duit yang bertaburan di lantai di kutip kembali. Dia tekad akan membalas balik apa yang terjadi. Jangan ingat aku akan berdiam diri! Kau dah malukan aku!
Dalam kereta Wana tak habis-habis membebel macam aku ni baru buat jenayah pembunuhan.
"Sha kenapa kau baling duit tu kat dia kan tadi dia dah mintak maaf siap bagi kau duit untuk tanggung kos perubatan kau hah? Kenapa sha? Dia punya la baik hati. Hensem pulak tu. Nanti apa jadi kalau dia buat report polis ke apa ke dia saman kau ke..tak ke cari masalah nama nya tu.. dah lah aku tengok dia tu macam orang berada weh..ko nampak tak sebelah dia tadi lelaki tu nampak macam orang berada gak hah..kau tak takut ke?"
Tu dia Wana kalau dah membebel aku pun malas lah nak layan.
"Hmm" tu je yang mampu keluar dari mulut aku.
"WOI!? Aku membebel panjang-panjang 'hmm' je bagi? Kau dengar tak apa aku cakap" Wana dah mula bengang dengan Qalisha sambil mengoyang kan bahu Qalisha.
"Eeiiii ye aku dengar boleh tak jangan kacau aku drive.. kang tk pasal-pasal ada majlis pengebumian. Lagi pun buat apa aku nak takut dengan mamat tu? Apa je dia boleh buat. Dah dia kurang ajar. Aku ajar lah dia sikit. Tu baru sikit tau. Wait kau cakap apa tadi? Dia hensem? Euuuwww monyet lagi hensem kot dari dia. HAHAHAH" Wana yang tadi nya mengoncang bahu Qalisha terus berhenti.
"Tapi kan bukan kau ke yang kurang ajar? Tadi dia siap mintak maaf kot. Hah. Kau terus nak marah-marah dia. Kau tu yang ego. Macam la aku tak tahu. And lagi satu.. memang dia hensem pun kau tu je tak ngaku."
Gulp! Ok aku sentap. Memang betul apa yang Wana cakap. Aku yang ego.
" yelah..aku yang salah..aku yang ego." Akhirnya aku mengalah dengan Wana. Kalau berdebat dengan dia memang aku tak akan menang. Asyik dia je nak menang haih.
Sedar tak sedar kitaorang dah sampai kat rumah Wana. Mesti korang pelik en. Macam mana Wana boleh jalan sendiri kat tempat yang di janjikan oleh Qalisha tadi. Sebenarnya Wana naik teksi. Tu yang balik Qalisha yang hantar balik rumah.
"Weh dah sampai. Keluar la apa lagi"
"Amboi kau sha halau aku nampak. Ye lah bye cayangku..muah ciked..take care tau. Siku tu takde la teruk mana pun kau je lebih. Byeeee."
Aku melopong. Belum sempat aku nak balas apa yang Wana cakap tadi dia terus keluar.
Haih wana. Kenapa la aku dapat kawan macam kau ni.
Aku pun balik la. Drive sorang diri. Huh. Bosan. Lagu yang dimainkan di radio semua bosan. Tak menarik langsung.
Rumah Qalisha takde la jauh sangat dari rumah Wana ada dalam 30 km? Mungkin.(aku agak je).
Tak lama lepas tu Qalisha pun sampai ke destinasi. Seperti biasa dia parkingkan keretanya sebelah dengan kereta abang long dia.
Oh ya lupa Qalisha ada dua orang abang. Qalisha yang bongsu. Abang long dia nama Haziq idris yang sorang lagi abang ngah dia nama Amirul Hazim. Abang long dah bertunang dua minggu lepas. Tunang dia cantik woohh cun melecun. Ok stop. Nanti la cerita pasal ni.
Qalisha masuk je rumah kelihatan along dengan angah ada kat ruang tamu. Tengah tengok bola. Entah apa yang best sangat tengok bola tu. Sampai tak sedar aku dah balik.
Akal aku mula memikirkan sesuatu. Nak kenakan dorang tak? Hmmm.
Kelihatan remote tv ada kat sofa. Along dengan angah duduk kat lantai depan tv membelakangi sofa. Heheheh aku tahu nak buat apa. Perlahan-lahan aku melangkah mendekati sofa nak ambik remote tv. Sikit lagi sha sikit lagi dan akhirnya aku berjaya. Hehehe. Aku lari senyap-senyap menuju suis lampu. Hehehehehe. Faham-faham je la aku nak buat apa.
Aku tekan butang off kat remote tv dan aku tutup suis lampu secara serentak. Terus aku lari menaiki tangga.
"Arggghhhhhhhhhh woi gelap bill elektrik tak bayar ke. Ke ada hantu." Menjerit along.
"Woii mulut ko jangan celupar sangat." Kata angah.
Aku dah gelak sampai tak ingat dunia kat atas. Padan muka. Harap-harap mak dengan ayah tak dengar dorang menjerit.
Beberapa minit kemudian aku keluar perlahan-lahan. Turun tangga senyap-senyap. Nak tengok along dengan angah buat apa. Aik sunyi. Tadi bising. Keadaan ruang tamu tetiba sepi. Dah lah gelap. Timbul rasa seram dalam diri aku.
"Along...oooh alongg.." panggil ku. Tapi takde sahutan pun.
"Angaahh...ooohh angah.." along tak jawab aku panggil angah pulak.. pun sma takde sahutan. Aik mana dorang pegi. Pelik bin hairan. Aku dah rasa seram sejuk. Menyesal aku takutkan dorang tadi.
Aku pusing nak naik atas balik pi lantaklah ngan dorang dua tu. Tetiba aku dengar bunyi sesuatu jatuh ke lantai dari arah dapur. Ah sudah.
Dengan kekuatan yang aku ada aku pergi dapur.
"Sape tu? Along ke tu?" Tanya aku takut-takut. Dapur pun gelap weh bukan tadi aku tutup suis lampu ruang tamu je ke? Pelik. Kaki aku dah mula terketar-ketar. Aduhh. Aku beranikan diri melangkah masuk ke dapur. Tengok kanan takde apa-apa.
Tengok je kiri..tetiba.
"BAAAAAAA."
Aku nampak kain putih beb.
Terus aku jerit sekuat hati.
"MAAAAAAAAAAKKKKKKKK" sambil tutup mata. Nak je aku pengsan sini tapi nanti apa pulak jadi kat aku. Kang tak pasal-pasal hantu tu bawak aku ke alam lain.
"Woii diam la ni kitaorang la. Kalu mak dengan ayah dengar nanti macam mana?"
Eh sejak bila hantu pandai cakap ni. Tapi macam kenal suara ni. Perlahan-lahan aku bukak mata. Keadaan yang tadi nya gelap gelita kini sudah diterangi cahaya lampu. Aku tengok along dengan angah dah ketawa terbahak-bahak. Hish tak guna aku terkena balik.
"HAHAHAHAHAHA nak kenakan orang konon. Kan dah terkena balik. Aku tau la ni keje kau. Dah biasa la main tutup-tutup lampu ni. Aku rasa kau patut ubah taktik kau dik. HAHAHAHA." Kata along di ikuti dengan gelak ketawa angah.
" CISS! Adik dah cuak habis tau. Sampai hati along dengan angah. Dah laa nak tido bye." Bengang gilaaa wehh. Usai berkata-kata kepada abang-abang kesayangan dunia akhirat aku ni.
Aku terus naik atas masuk bilik dan mandi. Habis mandi pakai baju tido dan tido la apa lagi hisshhh..benci la.. aku nak kenakan dorang tak sangka pulak aku yang kena balik. Dalam pada aku menyumpah seranah tu aku tetiba terlelap. Penat doh.
•••
So? First bab tak payah panjang2 kot. Penat la nak taip. Jgn lupa komen dan subscribe.. eh salah jgn lupa komen dan vote.. heheheh.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro