Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

#tujuh


Jelingan tajam diberikan kepada Jungkook. Apa lagi yang mamat ini mahukan? Sudahlah curang, Playboy international pulak tu.

"Apa lagi? Aku rimaslah nak hadap muka kau. Buat sakit hati je." Kata Hana tanpa sedikit pun memandang ke arah lelaki itu.

"Aku... Aku... Aku nak ajak kau bina balik hubungan kita." Balas Jungkook. Namun Hana tersenyum sinis.

"Kau nak ajak aku bina balik hubungan kita? Huh, dalam mimpilah mr. Jeon. Muka tampan tapi hati macam minta pelempang, baik tak payah. Waste my time, you know." Ucap Hana lalu jus lobak merah itu dihirup perlahan.

"Tch, ni mesti pasal mamat cucuk vitamin kat muka tu. Apa hebatnya dia? Aku tengok dia pun tak ada test tau."

"Eh mulut kau jaga eh? Suka hati akulah aku nak suka sape pun. Bukannya urusan kau pun."

"Hana tolonglah. Aku cintakan kau. Sangat-sangat cintakan kau. Aku tahu kau tak cintakan dia. Sebab tak kenal maka tak cinta.."

Hana memotong.

"Tapi aku dah kenal maka aku cinta."

Jungkook diam. Susah betul kalau beradu mulut dengan gadis ini. Nampaknya dia perlu mengundurkan dirinya. Ah tidak-tidak! Jungkook tidak akan mengundurkan dirinya.

"Ok, kalau kau cintakan dia, apa kata kau jadikan aku sebagai lelaki simpanan kau. Mudah, kan?"

Hana membulatkan matanya. Idea gila juga yang lelaki itu berikan.

"Lagipun kalau kau tetiba dibuang oleh mamat cucuk vitamin kat muka tu, aku kan ada." Sambung Jungkook.

"Eh hello... kalau dia buang aku sekalipun, aku tak nak balik kat kau. Kau apa kurangnya, dah putus dengan aku tapi masih beratur perempuan kat belakang aku yang bila-bila masa kau boleh petik." Balas Hana.

"Tapi itu dulu. Sekarang aku betul-betul berubah. Aku ikhlas cintakan kau." Ucap Jungkook dengan harapan gadis itu mahu membina kembali hubungan mereka.

"Baby, why are you here? Merata tau i cari u. Sampai hati u tinggalkan i."

Hana memandang tajam ke arah Jungkook. Lelaki itu pula sudah menelan air liur dengan payah.

Minah tak cukup kain ni kacaulah! Habis rosak rancangannya!

"Berfikir sebelum bertindak! Jangan sampai makan tuan!" Ucap Hana lalu beredar dari situ dengan geram.

"U siapa tu? Jangan cakap yang u curang dengan i?" Soal gadis itu.

Jungkook menggeleng sebelum bibirnya mengukir senyuman. Tangan gadis itu ditarik supaya duduk di sebelahnya.

"Tak-tak. Jangan fikir bukan-bukan. Dalam hati i ada u sorang je. Pergilah mana-mana pun, u je bertakhta di hati i. RAWR!" Ucap Jungkook sambil memeluk pinggang gadis itu.

"Aumss... Habistu tadi tu siapa? U tak jawab lagi tau.."

"Ahh tadi tu? Perempuan tu? Perempuan tu adik i. Biasalah i ni kan bank dalam keluarga, so tadi dia datang minta duit kat i untuk bayar yuran pengajian dia." Tipu Jungkook.

Gadis itu mengangguk.

"Dah, u pesan apa-apa yang u nak. I belanja. Lepastu kita gi shopping." Tambah Jungkook sebelum pipi gadis itu diciumnya.

💮💮💮

Hana menghentakkan kaki sekuat-kuatnya di atas lantai tanda geram.

"Kalaulah masa boleh diundurkan balik, aku tak nak jumpa dengan kau. Eeee dasar anak jebon minta kaki!"

Tubuh dihempas diatas sofa dengan kasar. Seketika dia teringatkan perbualan tadi bersama Jungkook.

"Aduh... Kacaulah! Macam mana kalau bos tak suka aku? Tulah kau, kau yang sepatutnya cakap sebelum fikir. Eh, fikir sebelum bercakap! Aduh... Mati aku nanti!" Gumam Hana sendirian.

Deheman seseorang mengejutkan Hana. Ahh, lupa pula yang dia berada di bilik bos besar.

Lantas Hana bangun dan berdiri tegak.

"M-maaf tuan. S-saya tak bermaksud nak duduk tanpa izin." Ucap Hana.

Yoongi tergelak kecil.

"Abaikan. Duduklah, ada apa nak jumpa aku?" Soal Yoongi. Lelaki itu baru sahaja selesai bermesyuarat tentang tanaman halia mereka yang sudah semakin maju dan meningkat naik.

"Sebenarnya..."

"Kau cintakan aku? Tapi kau malu nak cakap? Malu ke takut?" Potong Yoongi.

"Shit! Siapa dia sebenarnya? Macam mana boleh baca fikiran aku?"

Yoongi menghamburkan tawanya membuatkan Hana semakin pelik.

"M-macam mana tuan tahu?" Soal Hana.

"Oh betul eh? Aku agak-agak je tadi." Balas Yoongi membuatkan pipi Hana semakin merona.

Dia bangun dan Yoongi juga turut bangun.

"Sebabtu jangan berangan, kalau tak tinggal angan-angan." Bisik Yoongi ditelinga Hana.

Dah agak! Dengar sahaja kata-kata lelaki itu, memang sah dia dirijek.

Airmata sedaya upaya ditahan. Malu dengan diri sendiri. Kalau Jungkook dapat tahu, macam mana dia nak sorokkan muka dia yang cantik?

Wajah Yoongi dipandang.

"Tuan jangan ingat muka tuan kacak dengan mata yang cantik, tuan boleh rijek gadis yang muka manis dan comel macam saya. Hmmph!" Ucap Hana lalu keluar.

Yoongi tergelak kecil.

"Muka kacak, mata cantik. Wow, bini aku eh bekas bini aku pun tak pernah puji aku macam tu." Ucap Yoongi sambil melihat pantulan dirinya didalam cermin.

"Babygirl buat daddy tak sabar, lah. RAWR!" sambung Yoongi lalu ketawa sebelum dia memanggil salah seorang dari pekerjanya.












RAWR!

MUEHEHEHEHE!!!

JANGAN LUPA VOMMENT TAU 😘😍

SAYANG KORANG ❤️❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro