#tigabelas
Dari luar, Yoongi dapat melihat yang Hana asyik termenung di dalam pejabatnya. Betullah apa yang dimesejkan Hoseok tadi. Hana bukan sahaja tidak mahu makan tengah hari tetapi juga tidak kelihatan bersemangat. Bila dapat mesej tu, dia pun mengambil keputusan untuk singkatkan mesyuarat dan balik semula ke pejabat dengan segera.
"Dia asyik termenung je sejak sejam tadi." Kata Soele.
"Ada nampak dia makan?" Tanya Yoongi.
Soele menggeleng. "Saya bagi roti pun dia langsung tak makan. Hanya duduk termenung disitu dan tak bergerak."
Yoongi segera melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Dia menghampiri isterinya yang masih termenung sambil menongkat dagu.
Walaupun begitu, Hana masih lagi tidak perasan akan kehadirannya sehinggalah dia berdehem beberapa kali.
Hana terkejut lalu mendongak ke atas. Sekali lagi dia terkejut apabila suaminya sudah berada di sebelahnya.
"Ah, bila abang sampai?" Tanya Hana dan segera bangun.
"Dari tahun lepas abang sampai tapi Hana langsung tak pedulikan abang pun.."
Hana menjeling. Dia buat lawaklah pulak..
"Apa yang Hana termenungkan tadi?"
"Err..." Hana tergagap-gagap. Bukan tidak mahu bercerita. Tetapi ancaman yang diberikan olwh Reva tadi kepadanya serta-merta membuatkan perutnya kecut.
Huh, lebih baik berdiam diri.
"Kalau pasal Reva, abaikan. Perempuan tu takkan mampu untuk berbuat apa pun selagi Hana ada dengan abang."
"Taklah... Hana tengah fikirkan cara nak buat kek.." Spontan sahaja Hana menjawab.
"Penting sangat ke sampai lupa nak makan?" Tegur Yoongi dengan muka yang serius.
Alamak! Ini tak lain tak bukan mesti si Hoseok mengadu pada Yoongi! Eee mamat kunyit tu memang minta kaki!
"Hehehe.. saya tak lapar lagi." Dan tiba-tiba perutnya berbunyi. Barangkali sedang protes.
Aduhai.. perut ni, tak reti nak bekerjasama betul! Babap kang...
"Itu maknanya apa? Perut kau reti kentut ke?" Si suami nampak marah.
Hana tersengih. Suaminya bukan tengah melawak. Ini serius! Cepat pujuk!
"Mmm... Abang..." Ujar Hana dengan suara lemah gemalai. Tangan suaminya dipaut manja.
"Jom belanja saya makan stik. Tetiba rasa nak makan stik."
"Bukan ke Hana kata tak lapar tadi?"
"Alah... Itu tadi. Bila dah jumpa abang, terus jadi lapar."
"Malas." Jawab si suami sepatah.
Amboi, pandai merajuk!
"Alah, jomlah.. Jom? Jom? Jom?" Berkelip-kelip mata Hana memujuk suaminya.
"Yalah.." Akhirnya Yoongi mengalah. Mana boleh tahan bila isterinya buat muka comel begitu.
"Yes! Jom makan stik!"
"Dengan satu syarat. Malam nanti abang tuntut upah."
"Hah?"
🌤️🌤️🌤️
"Hana..." Tegur Yoongi kepada Hana yang sedang lahap menikmati stik.
Rasanya sudah lama dia tidak mengajak Hana makan keluar bersama. Patutlah ibunya marah sangat dengannya.
"Mmm?"
"Apakata kalau kita pergi honeymoon?"
"Hah?" Hampir tersembur makanan dalam mulut Hana. Selebihnya ada yang tersekat didalam kerongkongnya. Cepat-cepat Hana meneguk air kosong.
"Nak buat apa pergi honeymoon?" Tanya Hana. Tiba-tiba saja ajak dia pergi honeymoon...
"Bidadariku, jangan buat-buat tak tahu apa maksud honeymoon."
Sekali lagi dia rasa tercekik. Kali ini bukan makanan tapi tercekik air liur. Ditambah lagi dengan panggilan tu. Ah, terasa cair hati ini... Jap, kalau encik suami dah ajak, takkan dia hendak menolak. Lagipun Soele cakap bulan madu itu penting untuk status rumah tangga.
Cantik! Peluang yang bagus!
"Kita nak pergi mana?" Tanya Hana teruja.
"Hana nak pergi mana?"
"Saya tanya abang, abang tanya saya balik..."
"Abang suruh Hana pilih. Hana yakin yang abang boleh pilih tempat yang menarik?"
Betul juga. "Jadi saya boleh pilih mana-mana tempat?"
Min Yoongi mengangguk.
"Mmm... Kalau macam tu, saya pilih Malaysia." Pilih Hana.
Ada sebab mengapa dia memilih Malaysia sebagai destinasi bulan madu mereka. Dia terkenangkan Cameron Highlands. Dan dia teringin untuk memetik buah strawberi bersama dengan suaminya nanti! Indahnya!
"Next." Jawab Yoongi tanpa perasaan.
"Kenapa?" Hana mula sedih.
"Kat situ banyak kenangan abang dengan bekas isteri abang. Dah basi dah tempat tu bagi abang."
Luar dari Malaysia? Wah peluang yang baik!
"Paris!"
"Dompet abang pernah kena curi kat Paris. Next."
"London?"
"Abang pernah belajar kat sana. Next."
"Shanghai?"
"Boring. Next."
"Taipei?"
"Lagi boring. Next."
"Kita honeymoon atas katil sajalah." Kata Hana geram. Semua cadangannya kena reject.
"Hah itu abang paling suka. Jom! Sekarang pun boleh!" Balas Yoongi terus setuju.
Amboi! Ada juga yang kena ratah sampai tinggal tulang nanti!
"Tengok tu..." Hana menarik muka masam.
"Yalah.. takkan itu sahaja tempat yang Hana nak pergi?" Yoongi kembali serius.
"Itu saja yang saya terfikir sekarang ni. Tahulah abang dah melancong banyak negara. Bagilah saya peluang pula. Hah, apakata kita pergi Tokyo?"
"Bo..."
"Jangan kata bosan atau boring lagi!" Pantas Hana memberikan amaran.
"Abang nak kata... Boleh sayang."
Hana tersengih.
"Bila kita nak pergi?" Tanya Hana teruja.
"Bulan depan tak boleh. Banyak yang kena abang selesaikan. Hal pejabat lagi, nak lawat kubur mendiang papa lagi. Bulan lagi satu pulak abang ada outstation."
Yoongi menepuk dahi sendiri. Banyak betul benda yang dia terlupa.
Wajah Hana dipandang.
"Hana kena tolong abang. Kalau abang tak Hana pergi honeymoon, mesti teruk abang kena serang dengan ibu.."
"Ouh, abang ajak saya pergi bulan madu sebab ibu suruh ya?"
"Bukan saja ibu tapi batin abang pun suruh jugak."
"Amboi!"
"Tolonglah cari jalan penyelesaian..."
Hana mengeluh panjang. Nasib lah dapat suami macam nii..
"Ok, nanti saya cuba cari jalan penyelesaian."
"Bertuah betul abang dapat isteri macam Hana. Nanti abang hadiahkan motor keluaran baru. Tapi jangan merayap pulak..."
"Ok! Tapi saya nak upah lain juga."
"Baik! Malam ni abang bagi upah lebih sikit." Kata Yoongi bersama senyuman nakal.
"Bukan upah tu...."
Haiya....
Chak!
Muehehehe!!
Apa khabar semua?
Jangan lupa vomment tau!😜❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro