Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

#sepuluh


Bibir Yoongi yang sedikit pecah itu dibubuh sedikit ubat. Itulah cari pasal lagi dengan si Hana. Kan dah kena tendang.

"M-maaf, aku tak sengaja. A-aku.."

Hana terdiam tatkala Yoongi mengucup lembut dahinya.

"Aku faham. Kau masih belum bersedia. Tak apa, kalau kau dah bersedia, cuma satu je aku nak pesan."

Yoongi memandang wajah Hana sebelum bibirnya mengukir senyuman.

"Jangan demam je." Bisik Yoongi membuatkan gadis itu membulatkan matanya.

"Ok-ok. Pasal malam pertama, Hana jangan risau. Tapi ada syarat."

"Pulak..."

"Gelaran bos kena tukar kepada abang. Dan..."

Yoongi mengeluarkan sesuatu dari dalam beg kertas itu lalu ditunjukkan kepada Hana.

"Abang nak Hana pakai lingerie ni."

"Tapi..."

"Hana kena pakai baju tu. Sesekali abang nak tengok juga betapa seksinya Hana malam-malam."

Hana mengeluh panjang lalu baju itu diambil.

"Aku memang tak ada pilihan..." Dia mengeluh.

Dan malam itu, buat kali pertama Hana tidur dalam pelukan seorang suami.

🌤️🌤️🌤️

Hana terbangun apabila alarm yang dipasang pada telefon bimbitnya berbunyi. Dalam separuh sedar, di ma bangun mematikan alarm dan tidur kembali.

"Selamat pagi, Puan Hana. Cepat bangun, nanti terlambat nak pergi kerja." Satu suara berbisik di telinganya.

"Lima minit..." Jawab Hana dalam mamai. Hebat betul alarm yang satu lagi ni. Pandai berkata-kata suruh bangun bersiap. Suara pun dah macam bos.

Bos...?

"Hah, bos!" Cepat-cepat Hana membuka mata.

Dia terkejut dan terus terbangun. Jantungnya tak usah dicakap. Macam baru berlari satu kilometer. Laju berdegup apabila terkejut melihat bosnya sedang duduk sambil menongkat dagu ditepi katil.

Untuk sesaat dua, dia pelik melihat bosnya ada disitu. Disangka dia sedang bermimpi. Tapi melihat keadaan sekeliling, barulah dia sedar bahawa dia sudah berkahwin semalam. Bosnya itu sudah jadi suaminya sekarang!

"Selamat pagi, bos!" Ucap Hana.

Serentak dengan itu, satu kucupan hangat singgah dibibirnya. Buat minit pertama, Hana tergamam dan tidak tahu apa yang sudah berlaku.

"Dah lupa atau pura-pura lupa? Abang bukan bos kau lagi, tapi dah jadi suami." Perkataan 'abang' sengaja ditekannya.

Hana menepuk dahi. Aduhai, baru dia  teringat arahan suaminya sebelum mereka tidur. Jangan panggil bos lagi. Gelaran sudah diubah kepada abang. Kalau tidak, denda kena cium disitu juga! Ini bukan denda tapi sengaja mengambil kesempatan. Sungguh bijak! Suami siapalah ini...?

"Macam mana tidur malam tadi? Lena tak?" Tanya Yoongi.

Hana mengangguk perlahan-lahan. Memang dia kena sangat-sangat. Letak sahaja kepala atas bantal terus dia tak ingat apa-apa lagi. Sedar-sedar hari sudah pagi. Lagipun dia terlampau penat. Seharian jadi pengantin. Walaupun dilayan bagai permaisuri sehari tapi penatnya tetap terasa.

"Hana tak nak tanya abang tidur lena ke tak malam tadi?" Tanya Yoongi lagi.

Hana pelik. Lain macam saja bunyinya. Pandangan suaminya juga agak lain. Tajam merenungnya. Ketika itu sekali lagi jantungnya berdegup tidak sekata. Jangan-jangan ada sesuatu yang berlaku malam tadi! Tambah lagi suaminya bangun lebih awal.

Sah! Mesti ada sesuatu yang telah berlaku malam tadi! Hana menyelak sedikit selimut. Dia mendapati tubuhnya masih berbaju. Baju pula masih keadaan baik.

Normal. Tiada tanda-tanda kena rentap pun.

"Jangan risau. Tak ada apa-apa yang berlaku pada Hana semalam."

"Habistu? Apa dah berlaku? Soal Hana sambil memandang sekeliling.

Jangan-jangan bilik ni berhantu! Ada sesuatu yang menggangu suaminya tidur kut?

"Kaki awak memang hebat, Puan Hana. Pantas dan cekap sampai berjaya buat abang tergolek jatuh dari katil. Malam pertama kita, abang akan ingat sampai bila-bila." Kata Min Yoongi sambil mencubit kedua-dua pipi isterinya.

"Hah? Oh my... Abang tak apa-apa? Ada cedera tak? Hana minta maaf. Selama ini Hana tidur seorang diri. Patutlah setiap kali Hana bangun, semua bantal tiba-tiba jatuh katil."

"Jangan risau. Abang hero. Setakat jatuh katil kena tendang dengan isteri tak jadi masalah."

"Ceh!"

"Abang rasa kaki Hana masih marahkan abang sebab abang pernah kutuk kaki Hana pendek. Mungkin 'dia' tak puas hati. Jadi dia tendang tak henti-henti.

Hana pelik. Sejak bila kakinya pendek? Dan pernah ke lelaki itu mengutuk kakinya pendek?

Tiba-tiba dia mendapat idea untuk mengenakan lelaki itu.

"Hah, padan muka. Dulu masa abang kutuk kaki saya pendek, saya berharap biar abang dapat isteri kaki pendek macam saya."

"Patutlah, baru abang faham kenapa Hana jadi isteri abang."

"Abang menyesal tak dapat isteri kaki pendek macam ni?" Soal Hana sambil memaut leher suaminya.

"Kenapa nak menyesal pulak? Lagi pendek lagi bagus. Nanti kalau abang rasa tak puas hati, abang akan letak barang-barang Hana kat tempat yang tinggi-tinggi!"

"Tengok tu! Nak jatuh katil lagi ke?" Hana geram.

"Jangan risau. Abang dah terfikir idea macam mana nak handle kaki Hana yang suka tendang-tendang ni."

"Mmm? Macam mana?" Hana ingin tahu.

"Mana boleh beritahu tapi cara ni hanya valid bagi orang yang dah kahwin saja. Tapi memandangkan kita dah kahwin..." Yoongi sengaja mematikan kata-katanya.

Muka Hana pula sudah cuak. Menatap muka suaminya macam menatap muka Mr. Grey!


































Chak! Sekian lama akhirnya update juga! 🙆💖

Thanks for support! Please vomment! 🙆💖

I lob u! 💖💖💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro