Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

#sebelas

3 bulan kemudian...

Seperti biasa, awal-awal pagi lagi Yoongi sudah bersiap sedia untuk ke pejabat. Keluar sahaja dari bilik mandi, pakaiannya sudah tersedia di atas katil. 15 minit diambil untuk bersiap dan turun ke bawah untuk bersarapan.

"Morning bos..." Sapa Hana sebaik sahaja dia menghampiri meja makan lalu menuang air teh halia kedalam cawan untuk si suami. Habis menuang, Hana menghampirinya lalu membetulkan tali lehernya.

"Morning my lady..." Ujar Yoongi lalu mengucup lembut bibir Hana. Setelah itu tangannya bergerak merangkul pinggang gadis itu.

"Ehem!" Si ibu berdehem. "Amboi tak cukup lagi ke dengan malam tadi?"

Cepat-cepat Hana meleraikan tangan suaminya yang merangkul pinggangnya lalu memimpin tangan si ibu yang sudah tua berjalan menggunakan tongkat itu sehingga duduk di meja makan. Tidak perlu disuruh, Hana menghidangkan semangkuk bubur nasi kepada nenek.

Sepanjang lebih 3 bulan menjadi menantu di dalam rumah itu, Hana sudah dapat memahami selera makan mereka.

Pagi-pagi begini, si ibu memang suka makan bubur nasi atau sup. Yoongi pula, seperti biasa teh halia yang panas bersama dengan roti bakar.

Pernah sekali, Hana memaksanya untuk meminum kopi, tetapi sedikit pun tidak dapat ditelan oleh Yoongi. Selalunya lelaki hanya minum kopi, tapi suaminya hanya minum teh. Teh halia pulak tu.

Oh ya, sebenarnya ayah Yoongi meninggal sewaktu dia berumur 3 tahun kerana dilanggar oleh pemandu mabuk. Jadi dari kecil sampai lah sekarang dia dijaga oleh ibunya.

"Hana, tolong carikan cermin mata ibu dalam bilik. Entah manalah Kak Kalsom letak." Kata si ibu sewaktu Hana baru sahaja hendak duduk.

Hana menurut. Gadis itu kembali bangun daripada duduknya dan berlalu ke bilik ibunya.

Sebaik sahaja Hana beredar pergi, Yoongi mula perasan yang pandangan ibunya lain macam. Merenungnya dengan penuh rasa tidak puas hati. Ini tidak lain pasti marah dengab kejadian tadi.

Bukan salah dia pun. Hana yang panggil dia dengan panggilan bos. Jadi, dia dendalah. Lagipun orang baru kahwin, normallah tu.

"Ibu macam tak puas hati je?" Yoongi memulakan kata-kata.

"Memang ibu tak puas hati!" Tegas puan Hwa.

Terkejut Yoongi dibuatnya. Belum pernah lagi ibunya melenting begitu.

"Alah, ibu, kami bukan buat apa pun..."

"Sebab tak buat apalah yang ibu marah sangat!"

Sekali lagi Yoongi terkejut. Takkan nak suruh buat lebih daripada tadi kut? Tapi macam tak masuk akal.

"Ibu ni biar betul...."

"Apa yang tak betulnya? Dah tiga bulan kamu berkahwin tapi sampai sekarang ibu tak dengar pelan kamu nak bawa Hana tu pergi honeymoon."

"La... Pasal tu ke?" Yoongi mengeluh panjang. Mujurlah ibunya masih waras lagi.

"Orang lain bila dah kahwin sibuk nak pergi honeymoon  sampai berpuluh-puluh batu jauhnya. Kamu pula lepas kahwin terus masuk ofis. Tinggalkan si Hana kebosanan duduk dalam rumah. Malam baru balik. Kalau kamu tak berduit, lain ceritalah. Tapi masalahnya kamu terlebih mampu. Nak pula kamu dah pecat si Hana dari jadi PA kamu. Lagilah dia bosan terperuk dalam rumah ni." Bebel si ibu di pagi hari.

Yoongi menggaru kepala sendiri. Honeymoon! Macam manalah dia boleh lupa? Memang dulu dia pernah terfikir hendak membawa Han pergi bulan madu selepas kahwin nanti. Tapi bila sudah kahwin dia langsung tidak ingat. Hana pula tidak pernah bertanya. Mujurlah si ibu bersuara.

"Yoongi bukan tak nak pergi, tapi Yoongi lupa..."

"Huh, lelaki dalam rumah ni semua sama! Tak pernah serius langsung dalam hal ni!"

"Aik? Ada lelaki lain ke dalam rumah ni?" Yoongi hairan.

Rasanya hanya dia sahaja lelaki didalam rumah itu. Dulu ada pak abu, pemandu peribadinya. Tapi lepas dah kahwin ni Pak abu dah balik ke kampung halamannya.

"Atuk dan papa kamu lah."

"Tapi dah jadi arwah lah ibu."

"Ibu tahu. Ibu cuma taknak kamu ikut perangai atuk dan papa kamu yang suka simpan isteri dalam rumah. Dulu memang syarikat kita tu baru nak berkembang maju tapi syarikat tu dah kukuh. Kamu pun tak perlulah buat kerja sampai malam baru nak balik. Berikan perhatian pada Hana tu." Nasihat si ibu.

"Yalah. Nanti Yoongi akan suruh Lisa uruskan pasal bulan madu kami nanti."

"Tengok tu..."

"Kenapa?"

"Ingat sikit, Hana tu dah jadi isteri kamu bukan lagi PA kamu."

"Tahu. Sekurang-kurangnya Hana boleh buat pilihan. Takkan nak suruh Yoongi buat pilihan. Ibu yakin ke yang Yoongi boleh pilih?"

"Kami ni memang tak boleh diharap langsung..."

Min Yoongi hanya tersengih.

"Kat mana ibu sorokkan cermin mata ibu tu?" Tanya Yoongi setelah menyedari yang Hana belum muncul-muncul lagi.

"Dalam almari. Bahagian atas sekali." Jawab si ibu selamba.

Patutlah lama sangat mencari. Yoongi segera bangun lalu berlalu ke bilik ibunya. Dapat dilihatnya yang Hana masih lagi dalam keadaan mencari-cari cermin mata ibu.

"Abang, saya belum dapat cari cermin mata ibu..."

Yoongi segera melangkah ke almari pakaian. Seperti yang diberitahu ibunya tadi, cermin mata kelihatan di situ. Diambilnya lalu diberikan kepada Hana.

"Eh?" Terbeliak mata Hana.

Kurang lima saat suaminya daoat mencari cermin mata ibunya. Dia pula sudah mencari hampir setengah jam tapi langsung tidak berjumpa. Almari itu pun banyak kali dia buka dan tutup.

"Ibu abang, mestilah abang tahu.." Jawab Yoongi.

"Tapi saya dah cari banyak kali dalam almari tu..." Kata Hana tidak puas hati.

"Kalau mencari dengan mata saja tidak guna. Kaki tu pun penting juga." Sempat lagi Yoongi memerlinya.

Macam manalah tak jumpa kalau ibu sorok dibahagian atas? Memanglah isterinya tidak akan jumpa.

"Hah, perli! Nak kena tendang dengan kaki saya lagi ke?" Hana geram.

Tiba-tiba telefon bimbit Yoongi berbunyi. Satu mesej diterima. Dia membaca mesej itu dan mengeluh panjang.

"Kenapa?" Tanya Hana hairan.

Yoongi tidak menjawab. Sebaliknya memandang Hana. Lama. Sehinggakan Hana pun tidak selesa dengan pandangan suaminya.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Tanya Hana hairan.

"Harini, ikut abang masuk ofis."

"Hah?" Hana terkejut bertambah hairan. Selepas suaminya tidak lagi mengizinkan dia untuk bekerja, tidak pernah dia menjejakkan kakinya ke ofis.

"Tapi kenapa?" Tanya Hana. Takkan nak suruh kerja balik kot...

Yoongi hanya tersengih panjang.

































Chak!!

Salam Ramadhan Kareem!!💖

Btw thanks for support! Don't forget to vomment!!🙆💖

I lob u!!! 💖💖💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro