#satu
"PAHIT!!"
Jerit seorang lelaki apabila air teh halia yang dibancuh oleh salah satu peserta temujanjinya tidak menepati citarasanya.
"Tap..." Belum sempat gadis itu hendak bersuara, tangan Yoongi dibuat seperti gaya menghalau.
"Next!" Ucap Yoongi lalu gadis itu keluar dengan memasang wajah yang sugul.
Secawan teh halia itu diletakkan diatas meja berhadapan dengan lelaki itu. Bibir Yoongi mengukir senyuman tatkala melihat kedalam air itu. Seperti mengena dengan citarasanya.
Namun tatkala air itu ditelan, Yoongi memandang ke arah empunya diri yang membancuh air itu dengan terkejut.
"Ini teh halia atau air kosong? Rasa teh dan halia, sikit pun aku tak ada rasa." Kata Yoongi lalu menggeleng-gelengkan kepalanya. Setelah itu dia turut melakukan hal sama seperti gadis yang pertama tadi.
" PFT!!!"
Baju gadis itu habis basah dek semburan dari Yoongi. Mulut gadis itu ternganga luas.
"Kau nak bagi aku kencing manis ke apa!?" Marah Yoongi. Lelaki itu memang pantang akan makanan dan minuman yang terlalu manis.
Cepat-cepat gadis itu menggeleng.
"Next!"
Giliran seterusnya tiba. Baru sahaja bibirnya menyentuh permukaan bibir cawan itu, Yoongi menjerit kesakitan.
"P-PANAS!!"
Gadis itu terus kelam kabut memberikan Yoongi air kosong.
"Kau nak matikan aku ke!?" Marah Yoongi.
"T-tak. T-tapi tuan sendiri kan yang suruh buat panas." Balas gadis itu dengan nada yang ketakutan.
Yoongi berdecit kesal. Gadis itu turut dihalau keluar.
"Shit! Aku nak suam bukan sejuk! Kalau sejuk, mana ada khasiat dah! Macam tu jugak kalau terlalu panas!"
Terhinjut-hinjut bahu gadis itu apabila dimarahi oleh Yoongi kerana air yang dibancuhnya itu sejuk dan bukannya suam.
"Dah keluar! Seterusnya!"
Terbuntang mata luas mata Yoongi apabila melihat air teh yang baru sahaja dihidangkan oleh peserta yang seterusnya.
Warna teh itu sungguh pekat seakan-akan berwarna hitam. Lantas gadis itu juga dihalaunya.
Tidak lama selepas itu, Yoongi kembali membuntangkan matanya apabila air teh itu kelihatan sangat jernih.
"Ini air teh halia atau air halia?" Soal Yoongi apabila warna teh langsung tidak kelihatan.
Yoongi menggulingkan biji matanya lalu dia mendengus geram.
Gadis itu turut dihalaunya.
"Tuan, masih berbaki lagi seorang tetapi dia belum hadir lagi." Ucap seorang pekerja lelaki itu.
"Masih berbaki lagi 30 minit, kan?" Soal Yoongi lalu lelaki itu mengangguk.
"Aku akan tunggu. Kalau dah habis masa, baru tutup." Kata Yoongi.
"Baik, tuan. Kalau macam tu saya keluar dulu. Kalau dia dah datang, saya akan sampaikan kepada tuan." Ucap lelaki itu. Dia menunduk hormat ke arah Yoongi sebelum dia beredar dari situ.
💞💞💞
TAP!
TAP!
TAP!
Bunyi tapak kasut itu memecahkan kesunyian lobi bangunan itu. Seorang gadis sedang berlari menuju masuk kedalam bangunan itu kerana sedang mengejar masa yang sudah hampir habis.
Nafas gadis itu tercungap-cungap apabila dia sudah sampai di pusat pendaftaran temujanji itu.
"Maaf, saya lambat. Masih terbuka ke untuk saya temujanji?" Soal gadis itu dengan nafas yang masih tercungap-cungap.
"Oh, cik Hana belum lagi. Mari saya bawakan cik ke bilik tuan." Kata lelaki itu lalu segera menuju ke arah bilik pejabat bosnya.
Choi Hana, atau lebih dikenali sebagai Hana menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembuskan semula.
Langkah lelaki tadi segera diekorinya.
"Tuan, ini dia peserta terakhir kita." Ucap lelaki itu lalu menunjukkan ke arah Hana.
Hana membongkokkan badannya sebagai tanda hormat manakala Yoongi mengangguk.
Atas bawah, atas bawah si Yoongi itu memandang Hana. Entah apa yang berada didalam fikirannya pun tidak tahu.
Ah, mungkin pelik dengan cara pemakaian gadis itu yang seakan-akan lelaki. Baju kemeja yang berkotak-kotak merah dan dipadankan dengan seluar panjang jeans berwarna hitam amat menarik perhatian Yoongi.
Sangat berbeza dengan peserta-peserta sebelum ini.
Air teh halia itu dituangkan ke dalam cawan lalu dihulurkan kepada Yoongi.
Yoongi menghidu bau aroma halia itu buat seketika sambil memejamkan matanya.
Setelah itu, dia memandang sekilas kearah Hana lalu air itu dihirup perlahan.
Yoongi terdiam buat seketika menyebabkan gadis itu ketakutan.
Wajah Hana dipandang lalu dia kembali menghirup air itu.
"There is something wrong?" Soal Hana apabila mata Yoongi tidak lepas dari memandangnya.
"Exactly to my test! Very interesting!" Jawab Yoongi dengan semangat.
Lelaki itu tidak menyangka ada yang pandai membancuh air itu tepat dengan citarasanya.
Hana menjerit keriangan. Tidak sangka, usahanya selama ini berhasil.
"EH, jangan bahagia sangat. Ada langkah seterusnya." Ucap Yoongi. Serta merta gadis itu terdiam.
"Bukan dah lulus ke?" Soal Hana hairan.
"Ya dah lulus. Tapi bukan untuk langkah seterusnya." Kata Yoongi.
"So, what's next plan?"
Yoongi tersenyum.
"Pusing belakang dan kau akan nampak satu almari yang penuh dengan buku dan fail yang berselerak. Aku nak kau kemas semua itu mengikut citarasa aku." Arah Yoongi.
"Macam mana citarasa kau? Aku mana tahu."
Wajah Hana dipandang.
"Ada akal, fikir. ada otak, pakai. Senang, kan?" Ucap Yoongi.
"WHAT'S. THE. HELL?" Balas Hana. Pelik dengan lelaki itu. Disuruh kemas dengan mengikut citarasanya tetapi tidak diberitahu bagaimana citarasanya? Kau rasa?
"Nak atau tak? Kalau tak, boleh balik." Kata Yoongi.
"Huh! Kerja yang senang!" Ucap Hana.
Gadis itu menuju ke arah almari itu lalu begnya ditanggalkan dan dicampakkan ke atas sofa menyebabkan Yoongi menjerit.
"Tak sopan langsung! Kau ambil balik beg kau, letak elok-elok." Arah Yoongi.
Sempurna sungguh lelaki ini. Sangat teliti dalam membuat sebarang pekerjaan.
Hana meng' roll eyes ' kan matanya. Begnya diambil kasar lalu diletakkan kembali seperti yang disuruh oleh lelaki itu.
Setelah itu dia berdiri di hadapan almari itu sambil bercekak pinggang.
Serta merta otaknya memberikan cadangan yang cukup bernas.
Buku-buku dan fail-fail itu dijatuhkan ke atas lantai lalu diasingkan mengikut saiz.
Tidak lama selepas itu, dia mula menyusun semula buku-buku dan fail-fail itu mengikut saiz yang sudah disusun tadi. Dari kecil hinggalah besar. Cukup cantik dan kemas.
"Done!" Jerit Hana apabila kerjanya siap.
Terkejut bukan kepalang, Yoongi betul-betul mengkagumi gadis itu.
"Wow! So perfect! Yes, i want chose her!" Kata Yoongi kepada pekerjanya itu.
"And you Choi Hana, from now you are my new personal asisstant." Ucap Yoongi manakala Hana, gadis itu masih lagi tidak percaya.
Eheks!!
Jangan lupa vomment tau 😉😘
Thanks for support!!
Stay strong! Stay health!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro