Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

#lapan

Bibirnya dioles sedikit dengan pelembap bibir sebelum dia bangun lalu bergerak ke arah baju gaun yang diberikan oleh Yoongi.

Aneh. Tiba-tiba sahaja Yoongi hendak mengajaknya keluar. Sudahlah dia masih malu dek cintanya ditolak. Mana dia nak letak muka jika berhadapan dengan lelaki itu nanti?

"Ada nak kena dengan aku nanti. Janganlah dia nak malukan aku lagi. Tapi mana aku reti nak pakai baju nii. Aku tak biasa."

Gaun itu terus dipegang sebelum jam dinding dipandang.

"Aduh... Lagi setengah jam dia datang. Hish... Pakai je lah macam mana pun.."

Usai menyarungkan baju itu pada tubuhnya, bunyi hon kereta menandakan yang lelaki itu sudah pun tiba.

"Yak! Tak habis setengah jam lagi, dia dah sampai? Tak adil betul!" Ucapnya. Beg tangan yang berada di atas meja dicapai lalu dia segera berlari keluar sambil rambutnya diikat tocang.

"Maaf saya lambat." Ucap Hana setelah memasuki perut kereta.

Auch! Mata Yoongi tidak lepas dari memandang ke arah gadis itu. Perfect! Tak sia-sia baju yang dia pilih untuk gadis itu. Kejap! Ada satu lagi yang membuatkan gadis itu kurang cantik.

Rambut. Yoongi tidak sukakan gadis yang berhias dengan rambut yang diikat. Dia lebih suka jika rambut dibiar lepas. Nampak hot gitchew!

Perlahan-lahan dia mendekati gadis itu membuatkan Hana sedikit terkejut.

"Yakk apa kau buat ni!?" Marah Hana lalu cuba menepis tangan Yoongi yang sedang cuba memegang rambutnya.

"Sshh baby, sikit je. Tak kuat pun, aku buat." Balas Yoongi lalu getah rambut gadis itu ditarik sehingga rambutnya terurai.

"Done! Biarkan je rambut kau macam ni. Aku tak suka kalau rambut kau terikat." Tambah Yoongi sambil membetulkan rambut gadis itu.

Hana hanya mampu terdiam. Air liur ditelan payah. Matanya pula tidak lepas dari memandang mata lelaki itu.

Lagipun Yoongi apa kurangnya, kacak. Ditambah lagi dengan kacamata hitam yang dipakainya. Dengan rambut yang sangat RAWR!

Eh dah-dah puji dia. Anak kelahiran Daegu tu memang PERFECT! Jika nak dibandingkan dengan Hana yang lahir di negara Afrika. HAHAHAH OK JUST JOKING. Dia nak lahir kat mana itu terserah korang..😂😂

🌤️🌤️🌤️

"K-kenapa kita kat sini?" Soal Hana sebaik sahaja mereka tiba di rumah agam milik keluarga Yoongi.

Sudut bibir Yoongi terangkat.

"Saja. Mak aku minta bawakan "bunga segar" kalau jumpa atau petik kat mana-mana." Balas Yoongi.

"B-bunga segar? A-apa tu?"

Yoongi ketawa sebelum pinggang gadis itu dipeluk membuatkan gadis itu semakin keliru.

"Sebenarnya kau designer untuk majlis kahwin aku nanti. Aku tak reti nak pilih mana cantik, sebabtu aku ajak kau. Tolong aku." Ucap Yoongi.

Hana sedikit kesal. Sudahlah cintanya ditolak, sekarang dia perlu menolong lelaki itu. Kegilaan apakah ini?

"Tapi perlu ke sampai kena peluk saya?" Soal Hana.

"Perlu sayang. Sebab kau designer teristimewa." Balas Yoongi lalu menarik gadis itu masuk ke dalam rumah itu.

"Anak Mommy!! Eh bakal...." Belum sempat puan Jessica menghabiskan kata-katanya, mulutnya ditutup rapat oleh Yoongi.

"Watch your mouth, mommy." Ucap Yoongi.

"Ahh nae.. maksud mommy dia ke bakal designer nanti?"

Yoongi tersenyum lalu mengangguk. Hana pula hanya diam membatu.

"Not bad. So bila boleh mula?" Soal puan Jessica.

"Sekarang. Jadi cik Hana, kat atas meja sana ada buku tentang dekorasi pelamin. Boleh cik Hana, bantu kami?" Ucap Yoongi namun pelukan pada pinggang gadis itu masih belum terlerai.

Hana hanya mengangguk. Puan Jessica pula sudah ketawa kecil. Nampak muka gadis itu sedikit kesal dan cemburu. Jika bukan cerita Yoongi semalam, dia tidak akan tahu siapa yang telah membuka hati anaknya itu. Maklumlah duda kan, jadi hati tu ditutup lah buat sementara.

"Baju pengantin warna merah kan? Jadi saya rasa yang ni sesuai." Ucap Hana lalu menunjukkan gambar itu kepada Yoongi.

"Wow! Nice, kalau macam tu dah selesaikan?" Soal Yoongi sambil memandang ke arah ibunya. Sejujurnya Yoongi tidak suka berlama-lama jika melibatkan hal seperti itu.

"Dah. Sekarang makanan pun dah siap, apakata kita jamu selera dulu? Boleh, cik Hana?"

Hana memandang wajah Yoongi buat seketika sebelum dia melihat sekeliling.

"M-mana bakal isteri awak tu? Awak kata dia dah datang?" Soal Hana sambil masih lagi melihat sekelilingnya.

Yoongi tersenyum lalu tangan Hana dipegang.

"Awaklah bakal isteri saya.."




















Mwah! Btw thanks for support!

Don't forget to vote n comment! I luv u guys!🙆💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro