Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

#enam


Hana berjalan mundar-mandir di pantry itu. Jari digigit sambil matanya tepat memandang ke arah bekas halia yang kosong. Halia dah habis, fikirannya pula buntu.

"Aduh, tahulah aku tengah broken, kau pun nak ikut broken juga ke?" Soal Hana pada dirinya sendiri.

Seketika kemudian, bibirnya mengukir senyuman lebar. Cili padi merah menarik perhatiannya lantas bekas yang masih penuh berisi cili padi merah itu dicapainya lalu dibuka.

Terbatuk Hana apabila dia menghidu kepedasan cili itu.

"Halia dan cili tak ada bezanya kan? Sama-sama panas dan pedas. Jadi kalau sekali cuba pasti nak lagi kan?"

Terus sahaja Hana menghamburkan tawanya.

Tanpa berlengah, cili padi merah itu segera dicincang halus sebelum dia memasukkan kedalam air teh yang sudah siap dibancuhnya.

Setelah itu, dia menapiskan air itu pada penapis teh agar cili tidak kelihatan.

"Siap! Now kita tengok reaksi dia. Come baby, show us your side!" Ucap Hana sambil ketawa lalu cawan berisi teh halia itu segera diangkat.

🌹🌹🌹

"Masuk!"

Bibir Hana menguntum senyum lalu kakinya dibawa masuk melangkah ke dalam bilik pejabat itu.

"Mr. Yoongi, here your drink. Air teh ci... Teh halia panas." Ucap Hana seraya meletakkan cawan yang berisi air teh 'cili' itu dihadapan lelaki itu.

"Wow, thanks." Balas Yoongi lalu menghirup sedikit air itu manakala Hana hanya cuba menahan dirinya daripada ketawa.

"PFT!!! YAHH KAU BUAT AIR APA NI!? NI RASA CILI , BUKAN HALIA!!"

merah padam muka Yoongi akibat kepedasan.

"Pedas ke? Maaflah kalau terbanyak cili sebab halia dah habis." Ucap Hana tanpa serba salah membuatkan mata lelaki itu terbuntang luas.

"YAHHH!!!KAUGILAKE?MANAADAORANGBUATTEHHALIAPAKAICILIKALAUHALIADAHHABIS!!!!

Bila Min Yoongi sudah rap, Hana hanya mampu menutup telinganya. Bingit dia bukan kepalang, mahu pecah gegendang telinganya.

"Tuan ni rilekslah, halia dan cili tak ada beza pun. Dedua panas dan pedas. Jadi apa rasa tuan, dah cuba pasti nak lagi, kan?"

Tidak lama selepas itu....

BANG! BOOM! KEBABOOM!! Akhirnya tubuh Hana selamat dikebumikan.(ilek gurau je😂😃aku tak ada idea senanya😢)

🌹🌹🌹

Bahu Hana diurut seketika. Mahu tidak patah bahunya, kalau semua barang dapur dibeli dan sekali gus dibawa olehnya sendiri. Banyak pula tu!

"Sayang, jumpa kat sini pula."

Yoongi menggulingkan biji matanya. Ke mana sahaja pasti ada betina ni. Untung sahaja tidak ada di dalam bilik air. Ha otak jangan kuning. Hahahahahaha....

"Siapa sayang kau? Aku tak kenal kau." Balas Yoongi lalu menolak tubuh gadis itu.

"Yoongi sampai hati awak! Kau! Kau nak rampas bekas suami aku dari aku kan!?" Marah Reva.

"Eh hello? For your information, dalam kamus tiada istilah merampas bekas suami ok! Kau tu jangan nak perasan, dah tak laku, masih nak rasa diri tu laku. Kan babyboy?" Ucap Hana lalu dagu Yoongi dicuit.

Yoongi terkedu namun cepat-cepat dia mengawal dirinya.

"H-haah, ya babygirl. Babygirl lapar tak? Jom kita gi makan, ya?"

Reva menghentakkan kakinya tanda tidak puas hati.

"Babyboy, bahu babygirl sakitlah. Tolong bawakan, boleh?" Kata Hana dengan suara yang dimanjakan sekaligus mengedipkan matanya beberapa kali.

Yoongi tersenyum nakal.

"Untuk babygirl, babyboy sanggup buat apa sahaja. Lautan yang luas pun babyboy sanggup. Aumss."

"Eee banyak semut lah kat sini!" Jerit Reva lalu segera beredar dari situ.

Hana dan Yoongi ketawa terbahak-bahak. Namun terdiam setelah masing-masing mengetahui kedudukan mereka yang amat rapat itu. Lantas Hana segera menolak badan lelaki itu sehingga pelukan terlerai.

Jelingan diberikan kepada Yoongi sebelum gadis itu turut beredar dari situ.

"Malulah tu. Tak pun suka." Ucap Yoongi lalu ketawa kecil. Kelibat Hana yang mula membuatkan lelaki panik.

"Yahh tunggulah aku!"









Gelak sampai bergolek ke tu?😂🤣

Jom shipper sekejap..

Nak Yoongi for Hana?

Or

Jungkook for Hana?

And Reva nak campak kat mana?

Btw jangan lupa vomment tau 😉😘

Sayang korang 💖💖💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro