Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

#duabelas


Pintu bilik dibuka perlahan oleh Hana. Perlahan-lahan dengan kaki yang dijingkitkan dia berjalan masuk kedalam bilik itu lalu ditutup perlahan. Semuanya perlahan kerana tidak mahu membangunkan si suami yang sedang seronok dibuai mimpi.

Telefon yang berada di atas meja segera dicapai lalu butang on ditekan. Almaklum, selepas terkantoi dengan cik suami sebab membaca buku yang tengah panas, telefonnya dirampas oleh Yoongi. Apa lagi kalau bukan 44 days of hell by eatjira!

"Oh my! 44 days of hell dah update!" Hana menjerit kecil tatkala melihat notis cerita itu yang terpapar pada ruang skrin utama.

"Ops..." Dia menekup mulut apabila melihat Yoongi yang hampir tersedar. Cepat-cepat dia melangkah masuk ke dalam bilik mandi.

"Untung cik abang tengah tidur.. kalau tak, mesti tak dapat nak baca." Ucap Hana lalu punggungnya dilabuhkan di atas pantri sinki.

Tanpa berlengah, aplikasi Wattpad dibuka. Ruang pustaka dibuka. Jumpa sahaja buku yang ingin dibacanya, terus dia menerjah masuk.

Sesekali dia mengelap airmatanya kerana membaca scene yang menyedihkan. Adakalanya carutan yang keluar dari mulutnya, kerana sadis sungguh watak utama yang diceritakan di dalam cerita itu.

"Mengapa hidup Jung Areum begitu sadis? Watak utama pulak Jungkook. Nasib lah bukan dia. Kalaulah Jungkook jadi watak utama macam dalam cerita nii, lepastu dia tangkap aku, agak-agak aku boleh bertahan macam Areum tak? Eee tak nak, tak nak! Nasib nama je serupa tapi perangai tak serupa!"

Menangis , menangis dan terus menangis.

"TAK ADIL!! Argh... Kenapa 5 tahun je hukuman penjara untuk dia? Macam-macam jenayah dia buat, tapi 5 tahun je!?" Omelnya kerana tidak berpuas hati dengan penamatan cerita itu.

"Hana...." Panggil Yoongi diikuti oleh ketukan pada pintu.

Akibat terkejut, telefon yang dipegangnya terlepas dari tangannya dan terjatuh kedalam lubang tandas.

Hana tergamam apabila melihat telefon pintarnya berada didalam mangkuk tandas. Siapa suruh tak tutup, kan dah jatuh. Hahahaha....

Hendak mengambilnya semula, dia geli. Nak tak nak, terpaksalah dia berhadapan dengan cik suami.

Pintu bilik air dipandang sebelum dia menelan air liurnya dengan payah.

Takut. Bukan suaminya tidak pernah melarangnya dari membaca buku itu, tetapi dia yang degil. Nak buat macam mana, cerita tu best sangat! Nak tunggu chapter seterusnya pun dah meroyan macam apa...

Dengan langkah yang berat, dia pun melangkah keluar dari bilik air itu. Dapat dilihat suaminya memandang tajam ke arahnya.

Matilah kau, Hana!

Hana hanya menundukkan wajahnya. Tidak mahulah dia memandang muka cik suaminya yang sudah berubah. Dari kucing menjadi harimau! Nasib tak buaya!

"Naik katil sekarang!"

🌤️🌤️🌤️

Tangan mengepal penumbuk. Sekali lagi Jungkook geram. Rancangannya gagal lagi! Puas merancang akhirnya bertemu kegagalan! Gambar kahwin Yoongi dan Hana dipandang geram sebelum dia melayangkan satu penumbuk ke arah muka Yoongi.

Yang sakit tangannya, bukannya Yoongi. Tetapi dia tidak kisah. Mungkin suatu hari nanti, dapatlah dia melayangkan penumbuk sulungnya kemuka Yoongi. Kalau boleh, sekali tumbuk, biar berkecai terus!

Meletus tawa Jungkook tatkala dia membayangkan betapa hancurnya muka Yoongi ketika itu.

"Muka cucuk vitamin macam kau nii, senang je nak hancur! Kau tunggu aku datang!"

Dengan kasar dia melabuhkan punggungnya disebelah Eunwoo yang sedang meroyan kerana tidak dapat menonton konsert Bang bang Con.

"Kau kenapa?" Tanya Jungkook tatkala melihat Eunwoo masih lagi di posisi yang sama.

"Aku melepas nak tengok kekacakan Jungkook waktu konsert semalam." Balas Eunwoo dengan tangisnya.

Jungkook mengeluh panjang.

"Kenapa pulak? Wi-Fi elok lagi. Lagipun kelmarin aku dah bayar bil Wi-Fi."

"Hiks... Aku bukannya apa... Semalam aku sibuk lepastu sekarang kan bulan puasa."

Jungkook bertambah hairan. Memanglah bulan ni bulan puasa. Tapi puasa hanya untuk yang beragama Islam.

"Jap, aku tak faham."

"Yelaa, ramai army muslim yang tahan diri diorang sebab takut terleka waktu tengok bang bang con tu nanti. Yela, bulan puasa kan bulan mulia, jadi diorang nak hormat bulan puasa. Jadi aku sebagai army Non Muslim, aku turut nak bagi semangat kat diorang."

"So?"

"Jadi? Jadi kalau aku dah terbiasa dengan semua benda niii, mana tahu aku masuk Islam suatu hari nanti, dapatlah aku kahwin dengan wanita muslim. Lagipun aku pun puasa tau. Tapi separuh hari je.." sambung Eunwoo dengan yakin.

Tidak pasal-pasal dia mendapat pukulan oleh Jungkook pada kepalanya.

🌤️🌤️🌤️

Usai siap membayar baju-baju yang dibeli tadi, Yoongi terus memegang tangan isterinya lalu melangkah keluar dari kedai itu.

"Lepasni kita ke kedai telefon. Abang nak belikan Hana telefon baru." Ucap Yoongi.

Semalam teruk juga si Hana dimarahi olehnya. Namun kerana kasihan, dia mengajak Hana membeli-belah hari ni.

"Tak payahlah, abang. Lagipun dah banyak dah barang yang kita beli." Balas Hana.

"Tiada bantahan.. Hana kena ikut."

"Tapi Hana dah banyak habiskan duit abang. Bukan seratus dua ratus. Tapi beribu-ribu nak dekat sejuta dah tau. Dah macam kikis duit abang dah.." kata Hana. Bukan tidak suka, tapi nanti tidak pasal-pasal dicop pengikis harta suami.

"Kikis duit abang boleh, jangan kikis hati abang sudah.. lagi pun duit abang takkan habis sampai 7 keturunan. 7 keturunan pun belum tentu boleh habis tau.." balas Yoongi cukup membuatkan Hana tersipu malu.

"Ish, abang niii... Tak pasal-pasal abang bagi idea kat author suruh buat cerita baru... JANGAN KAU KIKIS HATIKU, cantik kan tajuknya?" Hana tergelak.

"Macam-macam lah Hana nii... Ke Hana nak jadi wattpader?" Hana terdiam. Ish! Nak bangkitkan isu malam tadi lah tu!

Giliran Yoongi tergelak. Muka cuak Hana membuatkannya geli hati.

"Dah-dah.. sekarang ni pilih yang mana satu Hana nak."

Tanpa membuang masa, Hana terus menunjuk ke arah telefon pintar jenis Realmi 15.

"Realmi? Buruknya.. pilihlah Oppo ke, Samsung ke? Vivo ke? Ni tak, Realmi 15 juga?"

Hana hanya mengangguk. Relami memang pujaan hatinya sejak dari dulu.

"Ouh abang tahu, ni mesti nak baca wattpad kan? Apa, ingat abang tak tahu yang Hana baca 44 days of hell by eatjira tu sampai khatam? Lepastu meroyan seorang diri dalam bilik air sebab tak puas hati dengan ending cerita tu? Samapi telefon masuk lubang tandas pun, riak muka tu biasa je." Ucap Yoongi.

Sekali lagi Hana cuak. Sah suaminya bukan setakat ahli nujum! Tetapi mampu melihat sesuatu sehingga menembusi dinding!

Sejak kerja goyang kaki di rumah, itu sahajalah kerja Hana. Pagi wattpad, siang wattpad, petang wattpad. Malam je berwattpad dengan suami atas katil.







































CIA! CIA! CIA!

BTW HAPPY READING! THANKS FOR SUPPORT! OH YE KALAU TAK KEBERATAN BOLEHLAH SUPPORT FF TU SEKALI... 44 DAYS OF HELL BY EATJIRA! BEST TAU!

THANKS AGAIN GUYS! LABIYU! 💖💖💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro