Bab 61 [The End]
-
Tiga bulan kemudian
"Here Fira." satu botol kecil minyak angin bertukar tangan. "Sapu dekat kepala Dani. Biar reda sikit mabuk dia."
"Okey ma. Thank you."
"Ubat yang mama beri jangan lupa suruh dia makan tepat pada waktunya. Tapi betul ke Dani tu demam biasa? Ke ada benda lain..?" mata mama mengerling perutku.
Aku senyum segaris. "Eh taklah ma. Mana ada. Maybe dia dah lama juga tak naik kapal terbang, tu sebab boleh muntah bagai." tanganku mengusap-usap perutku yang tak nampak boyot sedikit pun.
"Ni Fira ambil je," laju tangan mama menyerahkan pregnancy test kepadaku. "Sengaja mama beli benda tu. Mana tahu Fira perlu ke apa nanti. Fira mesti tahu guna kan?"
Aku mengangguk kecil. Sebenarnya aku tak kisah pun kalau mama mengharap sesuatu daripada aku tapi pegang benda ni buat aku kekok.
"Fira?!!"
Si Geisha yang datang bersama Dazrin segera berlari memeluk lenganku. Rindu sangat dia ni pada aku haha
"Awak balik tak bagitahu pun? Terujanya!!"
"Kenapa seronok sangat ni Sha? Ada apa-apa ke ha?"
Laju Geisha menunjukkan tangan kirinya kepadaku. Terdapat satu cincin tersarung di jari manisnya.
Aku memandang dia dan mama silih berganti. Mereka masing-masing menyimpan senyuman.
"Seriously Sha? Bila? Dengan siapa?"
"With dia ni laa. Siapa lagi yang dari dulu try hard ambil hati saya." Dazrin di sisi, disikunya manja. "Bila tu tak tahu lagi. Masih tengah bincang."
Wah mereka ni. Dalam diam eyh bercintaa
"Angah mana Fira? Sepatutnya korang balik empat hari lagi kan?" soal Dazrin.
"Dani dalam bilik. Tengah rehat. Dia tak sihat sangat tu sebab Fira ajak balik awal. Tarikh kahwin korang jangan decide lama sangat. Tak sabar Fira tunggu."
Mereka berdua tersengih malu. Suka aku tengok. Memang bagai pinang dibelah dua. Selama ni Dazrin layan Geisha baik rupanya bersebab. Geisha dia anggap lebih daripada seorang adik sepupu.
*
Dani keluar dari bilik mandi sambil menahan perutnya. Wajahnya dah nampak pucat lesu bila asyik muntah. Dia mengambil ruang di sebelahku yang duduk menunggunya di birai katil.
"Fira ada bawa minyak angin. Kenapa makin teruk ni hubby? Kita pergi klinik je lah."
"Takpa sayang. Kepala hubby ni masih pening, tu sebab mual tak hilang lagi. Nanti hilang lah sendiri." dia membaringkan kepalanya ke atas pahaku.
Aku menyapu sedikit minyak angin di dahinya. Kemudian tanganku mengurut-urut perlahan.
"Kalau dah tahu tak sihat, kenapa tetap ajak Fira pergi honeymoon jauh jauh? Kan diri sendiri juga yang naya."
"Itu hadiah untuk sayang. Kita dah berapa bulan kahwin, baru sekarang hubby dapat bawa sayang pergi honeymoon. Hubby nak happy-kan isteri hubby ni betul betul."
"Happy ke sekarang? Mabuk muntah bagai. Tengoklah apa dah jadi?"
"Asalkan sayang okey, hubby happy la. Sorry sebab kita terpaksa balik harini. Rosak plan hubby nak celebrate birthday sayang kat sana."
"Fira tak kisah pun lah."
Aku tak harapkan hadiah atau kejutan pun sempena hari lahir aku ni. Cukuplah masih ada dia di sisi.
"Sayang meh sini botol minyak angin tu. Tolong buka penutup dia. Hubby nak ambil bau. Mual ni.."
Aku menurut. Penutup botol minyak angin itu aku tanggalkan. Badannya yang masih penuh berisi minyak, diserahkan kepada Dani.
Dia terus mendekatkan hidungnya ke arah permukaan botol.
"Baru lega sikit. Minyak ni boleh kita minum tak sayang?"
"Ish merepek. Mana bolehlah hubby." nak mampus ke apa minum minyak angin?
Dia tertawa kecil. "Gurau sayang, gurau."
"Tadi abang Rin bawa Geisha datang sini tau. Dia sampaikan kat Fira berita gembira."
"Berita gembira? Berita apa?"
"Mereka berdua dah bertunang."
"Betul ke?"
"Yes. Tak sangka kan? Dah namanya jodoh tak ke mana juga."
Kedengaran Dani menyengih. "Sebelum tu kan sayang, kenapa sayang tak nak cuba tanya lagi kisah hitam yang pernah berlaku antara hubby dengan Sha?"
"Benda dah lepas kan? Lagipun hubby sendiri pernah cakap dulu yang hubby tak nak Fira tanya kalau bukan hubby sendiri nak bagitahu."
"Memandangkan tiada rahsia antara kita, hubby nak cerita tentang tu pada sayang," dia mula bangun dari perbaringan.
Dani menarik nafas dan menghembusnya semula. "Masa tu hubby masih budak lagi. Baru 10 tahun. Hubby dengan arwah abang Sha selalu main sama sama kalau kami jumpa. Sha pun akan ikut sama."
"Suatu hari tu, kami bertiga main bola dekat taman yang tak jauh dari rumah. Sepak punya sepak, bola tu terguling ke atas jalan raya. Geisha suruh hubby ambil tapi abang dia yang berlari terlebih dahulu untuk ambil bola tu,"
"Dia terus berlari dapatkan bola tu tanpa toleh kiri kanan. Budak kan? Mana peka benda tu semua. Kami tak sangka sebuah kereta muncul langgar dia. Benda tu terjadi depan mata kami sendiri. Abang Sha berlumuran darah rebah atas jalan. Dan ajal dia haritu juga."
Allahu. Aku tak berani bersuara tika perasan wajah Dani mula mendung.
"Semenjak dari tu, Sha salahkan hubby. Dia kata hubby punca abang dia meninggal. Walaupun kami masih kecik masa tu, dia boleh tunding jari pada hubby dan hubby pun marahlah. Hubungan kami pun renggang."
"Tapi tak lama. Sampaikan tiba satu masa, dia datang jumpa hubby minta maaf. Entah kenapa baru umur 10 tahun, hubby dah pandai sakit hati. Hubby tak nak maafkan dia. Hubby pernah tolak dia sebab kejar hubby untuk berbaik semula. Along marahkan hubby sebab buat kaki dia luka. Start daripada situ, along cuma sebelahkan Sha, sampai kami dewasa."
Boleh tahan drama juga kisah mereka ni. Aku boleh faham kenapa dia terbawa-bawa rasa sakit hati dia pada Geisha hingga mereka dewasa.
"Hubby cerita dengan Fira ni bukan nak mengungkit. Cuma hubby nak pastikan tiada rahsia antara kita. Okey?"
Aku mengangguk laju. Syukurlah hati dia terbuka juga maafkan Geisha dan Dazrin.
*
From: Mira gila aka bff
Kau ni kan tak nak preggy sama sama ke ish?! Tapi tak apalah, kau doakan aku moga cepat cepat disatukan dengan ustaz Akram ye sahabat.
Hati aku tercuit dengan minah yang tak habis sewel ni. Dulu kata dia dan uztaz Akram bagai langit dengan bumi lah tapi sekarang bukan main crush bagai.
Dia tengah usaha nak ngorat ustaz Akram. Bila difikirkan sedalamnya, ada bagus juga Mira berjodohan dengan ustaz Akram. Dapatlah ubah sikit perangai tak betul dia tu.
Aku pun tak sabar nak tengok kawan baik sendiri naik pelamin.
"Angah! Aku tak nak ada calar!"
Telingaku menangkap suara Darwish yang melaung dari tingkat atas. Kemudian muncul figura Dani membawa sebuah gitar ke arah kolam renang.
"Bunny come here hurry." panggilnya
"Ya hubby kejap." phone aku matikan terlebih dahulu dan ditaruh di atas meja. Dengan segera aku mendapatkannya.
Dani terlihat sudah duduk bersila di tepi kolam. Aku melabuhkan punggung di hadapannya.
"Kenapa dengan Darwish tu?"
"Lantak dia lah."
"Gitar ni mana hubby dapat?"
Cantik. Warna sky blue.
"Darwish punya."
Patutlah bukan warna kegemaran dia. Jadi Darwish berteriak tadi sebab dia main ambil je ke apa gitar ni?
"Hubby pandai main ke?"
"Of course I can. Nyanyi pun boleh."
"Wow Fira tak pernah tahu pun."
"Bakat terpendam. Okay bunny, hubby nak try nyanyi untuk awak so listen okay?"
Aku tersenyum senang. Mujurlah tak ada sesiapa kat sini sekarang. Taklah terganggu moment kami ni.
Dia mengatur nafas terlebih dahulu. Jari jemarinya mula memetik gitar. "Ku bersyukur memiliki kamu. Ku bahagia ada di sampingmu. Hati ini terasa tenang.. bila kau selalu bersama diriku."
Ya Tuhan, dia buat jiwa aku berbunga!! Suara dia merdu gila. Dah tiga bulan aku jadi bini dia. Inilah pertama kali aku dengar suara dia nyanyi. Charming habis dia macam tu.
"Ku terima kekurangan kamu. Kau terima kekurangan aku. Lengkapilah lembar jalanku. Untuk mengharungi di setiap langkahku.."
Air mata terasa mula memenuhi tubir. Dia menghadiahkan aku lesung pipit di pipinya.
"Don't cry bunny." sempat dia memujuk seraya menukar bunyi petikan gitar.
"Cause all of me, loves all of you. Love your curves and all your edges. All your perfect imperfections. Give your all to me. I'll give my all to you. You're my end and my beginning. Even when I lose I'm winning. Cause I give you all of me. And you give me all of you, oh oh."
Pandangan kami bertaut. "I love you."
"I love you too. Thank you hubby." hanya Tuhan yang tahu betapa terharunya hati aku saat ini.
"Just for you bunny."
"Memandangkan hubby dah nyanyi untuk Fira, so Fira nak bagi hubby satu hadiah."
"Wow really? For me? Sayang ada hadiah untuk hubby?"
"Yups." aku mencapai tangannya dan perlahan-lahan aku letakkan di perutku. "Hadiah ni bukti cinta kita."
Dani menayang wajah blur. "Wait bunny, is it..?"
Kepala angguk bersama sebuah senyuman. Dani apalagi ternganga luaslah mulutnya.
"Wah I'm so happy bunny! Thank you so much for this great gift!" dia melepaskan gitar Darwish ke atas lantai. Tubuhku segera dirangkul.
"I'm also happy hubby. Tak sangka Allah hadirkan si kecik ni di hari lahir Fira. So please promise me, that you will never leave me?"
"I'll stay with you. Now, tomorrow and always. Because I love being with you. And because there's nowhere else I would rather be." sang suami lalu mengucup dahiku.
"Gitar aku oi!" suara Darwish menjengah tanpa sebarang isyarat.
Terhinjut bahu kami dengan kemunculannya.
"Kau ni.. ishh!" Dani cuba menahan amarahnya. Darwish dipandangnya dingin
"Ye pun happy, jangan suka hati letak gitar aku. Mentang barang aku memang kau main campak je kan?" gitarnya yang berada di sebelah Dani, diambil.
"Sekarang juga kau nak turun dah kenapa?"
"Siapa suruh kau! Tadi aku kata pinjam lima minit je kan? Dah habis lima minit, aku ambil balik arr. Salah kau. Kan dah kantoi dengan aku pasal baby korang."
"Blah lah si penyibuk." usir Dani.
Aku menyengih dengan gelagat dua beradik ni.
"Nak cau lah ni. Tapi ingat ey, ni kali pertama dan terakhir kau sentuh gitar aku. Banyak duit kan? Beli lah sendiri. Buy the way Fira, congrats!" Darwish kembali beredar ke tingkat atas.
"Eh aku tak heran lah dengan gitar kau."
Aku melepaskan tawa kecil.
Dani meraup wajahnya di samping menahan senyuman. "Tak guna punya budak Darwish tu."
Di kesempatan itu, jari telunjukku menyentuh lesung pipitnya. Dah lama sebenarnya aku geram nak buat macam ni. Asal lah Dani bertuah sangat ada dimple ni?!
Tanganku segera Dani simpan dalam genggamnya. "Hubby tahu 'binatang' ni yang buat sayang cair dengan hubby kan?"
"Apa pula binatang? Bukan main cute dia dekat pipi hubby, samakan dengan binatang pula."
"Tak ada salah pun kan? Ada je binatang yang comel. Bunny.. ha bunny kan comel. Like you."
Aduh blushing pula pipi nii
"Ramai orang gilakan kecacatan dekat wajah hubby ni. And let's hope si kecik kita ni nanti mewarisi lesung pipit ayah dia." perutku diusapnya lembut.
"Fira takut."
Dengan dahi yang berkerut, dia memandangku. "Sayang takut apa?"
"Fira takut yang bahagia ni tak lama."
"Hey kenapa fikir ke situ pula? Kita berdua akan pertahankan kebahagiaan ni. Fira jangan takut dengan ujian Allah. Semua perkara yang Allah izinkan berlaku ada hikmah di sebaliknya."
Mataku yang berair menatap matanya.
"Dah tak payah fikir banyak. Hubby ada kan? Hubby dah janji dengan Fira yang hubby tak akan tinggalkan Fira. Bunny percaya hubby kan? Hm?"
Kepala aku angguk. Dani menghela nafasnya. Bibirnya kembali mengucup dahiku.
Walaupun perjalanan hidup ini hanya berkisarkan hal hal yang sederhana, tetapi ia cukup membuatkan aku bahagia menjadi wanita yang bergelar Aafira Khalisya.
Tuhan..
Aku hanya mahu menjadi satu-satunya Cinta Hati Mr. Annoying ini sehingga tertutup rapat mataku buat selamanya.
TAMAT
Tinggalkan komen dan kata-kata terakhir awak!♡
Nanti saya nak update PDTR tau.
Jumpa di sana!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro