Bab 52
-
"I'm sorry if you have been waiting so long for me to say this. I love you Aafira Khalisya."
Aku tergamam. Masa seolah telah terhenti.
Air liur aku telan. Aku tak salah dengar kan? Dani lafaz kata cinta pada aku tadi kan?
"Hubby tak tahu sejak bila hubby jatuh cinta pada awak tapi hati hubby dah lama terpikat dengan awak sayang." jelas terpancar keihklasan di wajahnya.
Ya Allah aku tersangat gembira bahagia sekarang! Rupanya selama ni aku tak syok sendiri! Aku mencintai seseorang yang turut mencintai aku dalam diam!
"Selama ni hubby sengaja pendam perasaan. Sebab hubby tak sangka yang hubby boleh jatuh cinta. Hubby tak pernah mencintai seseorang seperti hubby mencintai awak. Hubby tak pandai bermain cinta,"
"Hubby tak pandai ambil hati orang yang hubby cinta. Hubby tak tahu apa yang hubby perlu buat ketika hubby jatuh cinta. Hubby juga takut kalau cinta hubby ni tak ke mana,"
Dia menghela nafas sebentar.
"Kerana Aqram hubby takut cinta hubby takkan terbalas. Hubby tahu melupakan orang yang kita cinta mengambil masa yang lama. Tapi setiap hari hubby harap, bila awak celik je mata, cinta awak perlahan-lahan pudar untuk Aqram dan beralih kepada hubby pula," sempat dia menyengih kecil.
"Bunyi macam hubby pentingkan diri kan? Tapi hubby dah berhasrat nak bahagiakan awak dengan cinta hubby. Hubby tak pasti boleh lakukannya atau tak, cuma hubby juga ingin bahagia bersama awak sayang. Orang yang hubby cinta."
Air mata mula memenuhi tubir mataku. Sungguh aku terharu. Hati ini benar-benar tersentuh dengan setiap bibit bicaranya.
"Hubby, I just need a man who can heard all my tears, who can be my shoulder to cry on, who can make me laugh when I'm feeling down. And alhamdulillah I found someone who is you Ammar Danial,"
"Terima kasih kerana sudi mencintai Fira yang tak punya apa-apa. Every time I see you I forget everything. I can't stop myself from smiling, even if I'm having problems or going through difficult times. Saya akan jaga cinta hubby."
Pipiku lalu diusap Dani perlahan.
"Aafira Khalisya, I might make you sad, I might make it hard for you too. But I'd like to spend the rest of my life with you."
Aku mengangguk sambil menahan sebak di jiwa. Dani tersenyum lalu menarik tubuhku ke dalam dakapannya.
"Hah lega rasanya sekarang. Isi hati yang selama ni tersimpan akhirnya terluah jua." tangannya mengelus lembut rambutku.
"Fira betul betul ingat yang selama ni Fira hanya bertepuk sebelah tangan. Fira tak rasa yang lelaki dingin macam hubby boleh jatuh hati pada Fira." tak terfikir bahawa aturan Allah itu seindah ini.
Orang yang aku suka juga menyukaiku. Ia memang satu keajaiban!
"You killed the old me sayang. Hubby akui dulu hubby takut bila sayang jumpa Am semula. Hubby takut sangat yang sayang akan kembali pada dia. Lebih lebih lagi bila dapat tahu hubungan korang bermasalah bukan salah dia,"
"Dia memang lelaki yang baik. Hubby nampak betapa cinta matinya dia pada isteri hubby ni. Sampai sekarang tau hubby tengok cinta dia pada sayang tak pernah mati. Hubby yakin dia boleh jaga sayang sebaiknya. Tapi hubby pun mampu buat. Maybe 60 peratus lagi baik. Hubby tak sanggup lepaskan sayang."
Haha
Siapa sangka seperti itu sebenarnya isi hati lelaki yang poyo, annoying ni dulu. Dalam diam dia juga banyak memendam keresahan. Bimbang takut kehilangan aku.
Tapi itulah. Kalau dah namanya jodoh, tak kira apapun rintangan yang cuba memisahkan, pasti di akhirnya akan bersatu juga.
Gituuu
"Sayang, stay with me even the world says no."
Senyumanku semakin lebar.
Tiba-tiba telinga kami menangkap bunyi suara Aqram berteriak memanggil nama Dani di luar rumah. Aku mula tak senang duduk. Kenapa dengan Aqram tu?
"Jom hubby pergi tengok,"
Dani mengangguk lalu pantas meraih tanganku dibawa pergi.
*
"Eh kau kenapa ni Am?"
Segera kami mendapatkannya. Sumpah kami gelabah sangat sekarang bila tengok lebam-lebam di muka Aqram.
"Aku terlepas dia Dani.." ujar Aqram tercungap-cungap.
Dahiku berkerut kecil. Sempat mataku melihat keadaan pakaian dia sekarang. Basah dan berpasir sana sini. Wajahnya juga berpeluh banyak. Seperti orang baru lepas bergelut.
"Apa yang terlepas? Kau kenapa luka-luka ni?"
"Kamil tadi datang sini. Dia cuba panjat pagar rumah korang,"
Dani tercengang. Aku menelan air liur. Jantung mula mengepam laju darah. Macam mana abang Kamil boleh tahu aku ada kat sini?
"Nasib baik aku keluar rumah pada masa yang sama dia cuba pecah masuk rumah korang. Aku terus terjah dan halang dia. Then dia terus belasah aku. Tak sempat aku tahan dia, dia pun larikan diri. Aku rasa dia dah lama ekori korang." terang Aqram.
"Haish jantan tu memang tak sabar nak meringkuk dalam penjara!" Dani sudah bengang.
"Aku minta maaf tak dapat tangkap dia.." kelihatan riak wajah Aqram betul-betul bersalah.
Jauh di sudut hati ini, aku sangat tersentuh dengan keprihatinan dia. Dia tetap nak menjaga dan mengambil berat tentang aku. Dia masih tak sisihkan aku dari hidup dia. Dia sedaya upaya berusaha lindung aku walaupun aku sudah punya Dani.
"Kau tak perlu minta maaf Am. Bukan salah kau pun. Tapi kau dah call polis tadi?"
"Dah. Aku harap dia tak terlepas lagi kali ni."
"Liat betul nak tangkap iblis tu. Dia kena cepat cepat disumbat dalam penjara. Aku tak boleh tunggu lagi nak tengok dia dapat balasan atas perbuatan bodoh dia selama ni!"
"Apa maksud hubby?" celahku. Aku tak faham lah dengan isu abang Kamil ni. Dia memang ada buat jenayah ke?
"Harini ada seorang lagi mangsa pembunuhan bersiri. Entah kenapa firasat hubby asyik mengatakan yang pembunuh bersiri tu Kamil. Kalau dia boleh buat perkara kejam pada keluarga dia sendiri, tak mustahil dia boleh rancang pembunuhan licik tu."
Huh?? Aku semakin tak faham.
"Perkara kejam apa yang abang Kamil buat pada keluarga?"
Dani dan Aqram aku lihat terus terdiam. Mereka berpandangan sekilas. Otak aku mula ligat mentafsir sesuatu dari apa yang disampaikan Dani tadi.
Tengok wajah Aqram yang serba salah sekarang bikin aku dapat tahu sesuatu. Sesuatu yang telah mereka berdua rahsiakan daripada aku selama ni. Tak. Tak mungkin abang Kamil boleh jadi sejahat itu.
"Saya tahu. Kematian abang Nizam dirancang oleh abang Kamil kan? Abang Kamil kan yang dah bunuh dia?" mataku berair. Parut di hati terasa pedih.
Aqram terlihat menundukkan wajah.
"Jawab saya Am. Betulkan abang Kamil yang buat semua tu?"
Aqram menghela nafas. "Maafkan saya Fira. Saya tak mampu nak berterus-terang pada awak tentang tu."
Aku menekup mulutku. Menahan rasa terkilan yang melampau di jiwa. Aku tak percaya. Ya Allah.. apa yang Kamil dah buat ni? Kenapa dia boleh jadi sekejam ini? Yang dia bunuh tu abang kandung dia sendiri lah!
"Tak. Macam mana boleh Am? Macam mana boleh korang berdua yakin yang abang Kamil bunuh abang Zam?"
Perasan mereka berdua berpandangan sejenak.
"Saya pergi rumah mama papa awak. Saya cuba nak cari sesuatu."
"Sesuatu?"
"Bukti yang mengesahkan Kamil lah yang merancang pembunuhan Nizam. Sejak dari berita kematian Nizam, saya dah tak senang duduk. Firasat saya terus dan terus mengatakan yang Kamil punca kematian Nizam. Dan saya kena buat sesuatu."
"Alhamdulillah Allah tunjuk jalan. Dia jentik hati saya supaya pergi rumah mama papa awak dan cari barang bukti. Dan alhamdulillah juga Kamil tak cukup bijak. Saya jumpa botol berisi venom dalam kereta dia."
Nafas berat aku hela.
"Am.. kenapa sekarang saya baru tahu?" air mata mula jatuh berguguran di pipi. Sakit sangat bila dapat tahu tentang kebenaran yang sungguh pahit ini. Hati aku bagai dilontar-lontar dengan batu.
"Ini sebab saya tak nak bagitahu awak Fira. Saya tak nak buat awak sedih, menangis. Saya tak suka."
"Habistu awak sangguplah rahsiakan perkara ni daripada saya sampai saya mati? Macam tu? Saya yang macam orang bodoh sangka orang lain bunuh abang Nizam. Rupanya orang tu.."
"Fira calm down, please.." Aqram memotong.
"Kenapa abang Kamil sanggup buat benda keji tu? Sekali pun saya tak pernah tengok abang Nizam berkasar dengan dia. Jadi apa alasan dia?" Kamil memang gila! Entah ke mana akal fikiran dia dah tercicir!
"Dia mungkin seorang penghidap psikopat."
Huh
Aku berpaling ke arah Dani dengan wajah yang basah.
"Oleh sebab hubby pernah kendalikan Fadil, salah satu penghidap masalah psikopat.. hubby boleh lihat melalui mata Kamil. Dia penuh dengan dendam. Dia dah tak boleh kawal perasaan benci. Dia perlu membunuh untuk redakan amarah dia."
"Dia berdendam dengan siapa? Dia benci siapa sehinggakan terpedaya dengan hasutan syaitan sampai macam tu sekali?"
"Awak Fira." jawab Aqram laju.
🎈
Do vote✔
Thanks~♡
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro