Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 47

-

Almari baju aku buka. Memandangkan Dani tengah mandi baik aku tolong sediakan baju dia terlebih dahulu. Dia nak pakai baju apa eyh?

Kurta lagi atau t-shirt? Almari dia banyak dua jenis baju tu je.

"Hubby nak pakai baju apa lepas ni? Fira tolong sediakan,"

"Sleeveless shirt warna hitam." suaranya menyahut.

Tanganku mula mencari sleeveless hitam miliknya. Setelah menemuinya bibirku sedikit menyenget. Betul ke dia nak pakai baju ni?

"Pakai baju lain lah hubby. Fira keluarkan t-shirt hitam je."

"Lah kenapa pula?"

"Baju ni seksi sangat." bukannya apa aku tak suka kalau si Eliya tu tengok laki aku pakai baju ni.

Takut makin tergoda pula dengan body husband orang.

"Apa yang seksinya sayang oii. Aurat lelaki dari mana? Pusat hingga lutut kan?"

"Takda takda. Tak boleh." balasku. Titik.

T-shirt hitam dan seluar pajama kelabu aku keluarkan dari almari lalu aku gantungkan semula di pemegang pintu almari.

"Eh bunny hubby lupa bawa towel lah. Tolong hantarkan jap. Towel kat atas katil."

Aku menurut. Tuala mandinya yang terhampar di atas katil aku capai seraya mengetuk pintu bilik mandi.

"Here hubby."

Pintu dibuka. Tuala segera aku hulurkan.

"Hubby!!" automatik suaraku bergema. Dah dia tiba-tiba tarik tangan aku bawa masuk dalam bilik mandi.

Dada bidangnya yang tidak berlapik itu aku pukul perlahan. "Apa hubby ni? Basah lagi lah Fira nanti." rengekku.

"Alah apa kesah? Mandi sekali lagi lah. Jom?"

Hidung mancungnya aku tarik. Terdengar dia merintih sakit. Padan muka. "Annoying lah hubby ni. Ishh" tuala aku belitkan di pinggangnya.

"Thank you sayang." bisiknya lembut membuatkan hati ini sedikit berbunga.

Tidak lama kemudian, suara mama kedengaran memanggil di luar bilik diselang-seli dengan bunyi ketukan. Ni mesti mama cemas dengar suara aku menjerit tadi.

"Hubby lah ni.."

"Not my fault." ujarnya bersahaja.

Aku memutarkan bebola mata. Tangannya mula menekan pintu.

"Tepilah hubby. Fira nak pergi jumpa mama tu.."

"Ikut syarat hubby dulu barulah hubby boleh lepaskan Fira keluar,"

"Syarat apa pula hubby?"

"Give me a kiss."

Oo nak kiss sangat eyy

"Sure. Close your eyes first my dear husband," arahku.

Tanpa banyak bicara dia lalu menutup matanya. Aku apalagi, hidung mancungnya itu jadi sasaran. Kali ini aku tarik dengan sekuat hati.

Biar jadi pinocchio!

Saat dia mengerang kesakitan aku terus meluru keluar. Pintu bilik aku tarik. Mama yang nampak dalam kerisauan mendekatiku.

"What's wrong dear? Kenapa Fira menjerit tadi?"

Aku tersenyum kambing. "Tak ada apa-apa pun ma. Anak mama kat dalam tu nakal sangat."

"Mana ada. Fira nampak lipas tadi ma dalam tandas." Dani mencelah.

Ha lipas. Lipas miang jadiann

"Korang berdua ni buat mama risau lah. Mama ingatkan Fira tergelincir kat dalam bilik mandi ke apa. Lepas ni turun makan. Nanti sejuk pula lauk."

"Okey ma."

Sejurus selepas mama beredar, mataku menangkap kepala Eliya yang menjengah di tangga. Dia sedang memandang tajam ke arahku.

Cemburu ke oi? haha

Aku menutup semula pintu. Dani yang masih menyarung pakaian aku biarkan. Kakiku menapak ke arah sudut katil tempat di mana aku susun hadiah-hadiah perkahwinan.

Kotak kecil yang berada di atas sekali aku capai.

"Hubby,"

Dani menoleh.

"Fira dah buka tau hadiah ni tapi tak ada apa-apa kat dalam. Kosong."

Dia yang kelihatan bingung menghampiriku.

"Kenapa boleh kosong?"

Aku mengangkat bahu. "Fira curious juga siang tadi so Fira bukalah nak tengok apa isinya. Ucapan yang dia tinggalkan buat Fira rasa lain."

"Rasa lain?"

" 'I actually like both of you. Do you have any idea how rare that is? Congrats Mr&Mrs'. Ayat tu yang dia tulis. Bukan Am ke yang bagi?"

"No sebab Am ada beritahu hubby yang dia lupa belikan kita hadiah. Mungkin orang ni salah balut kotak kot sayang."

"Maybe." kotak itu aku taruh di atas meja solek.

"Kita turun makan dulu lepas tu kita buka semua hadiah ni sama-sama."

"Kejap hubby,"

"Kenapa?"

"Fira nak minta maaf.."

Dani lalu menyentuh kedua-dua bahuku. "Ni mesti pasal Eliya kan?"

Sah perempuan tu ada mengadu!

"Eliya dah bagitahu hubby apa yang berlaku antara kami siang tadi?"

"She did. She called me while I was working and complained about it. But I don't care."

Kau kacau laki aku tengah kerja?! Mana hilangnya rasa malu kau Eliya??

"Fira tak bermaksud pun nak kata mak tok orang luar. Fira geram dengan dia masa tu. Pergi keluarkan baju-baju hubby dalam almari atas sebab nak tolong kemas. Isteri mana yang tak berapi tengok perempuan lain sentuh barang suami dia sesuka hati kan?" jelasku jujur.

Tangan Dani beralih mengenggam tanganku. "Betul lah apa yang Fira buat tu. Hubby percayakan Fira. Tak kisahlah betapa istimewanya seseorang tu bagi hubby tapi hubby akan utamakan isteri hubby."

Aku tersenyum. Sekurang-kurangnya Dani memihak kepada kebenaran.

"So hubby hantar mak tok balik esok kan?"

"Yes.. why?"

"Jom bermalam kat sana?"

"Sayang nak ke?"

Aku mengangguk laju. Perancangan ni aku buat demi mak tok. Dia beria sangat pelawa aku bermalam rumah dia. Aku pun tak nak dia fikir isteri Dani ni pentingkan kemewahan.

🥀🥀🥀

Pergerakan kereta mula perlahan. Kepala aku yang sudah lama terlentok di tempat duduk diangkat. Aku menggosok-gosok mata. Kenapa lah rasa ngantuk sangat ni?

Kemudian aku melemparkan pandangan ke luar tingkap. Terlihat banyak rumah kayu berjajar di tepi jalan. Badan lalu aku tegakkan. Terpesona dengan suasana kampung yang cukup damai.

"Kita dah sampai.."

Kereta Dani berhenti di hadapan rumah tradisional lama yang mempunyai ukiran-ukiran seni orang Melayu dahulu.

Cukup gah!

Brek kereta ditarik. "Here we go." Dani melepaskan tali pinggang diikuti oleh aku. Mak tok dan cucunya keluar dari perut Audi ini terlebih dahulu.

"Best tidur tadi bunny? Masih mamai lagi ke ni?"

"Tak adalah. Tergamam tengok suasana kampung buat pertama kali. Seronok."

"I see. Hubby pun dah lama tak jenguk sini,"

Aku membetulkan punggung menghadapnya. "Kalau boleh Fira tahu, macam mana hubby boleh kenal mak tok?"

"Tempat latihan hubby dulu berdekatan kawasan ni. Mak tok dulu jual kuih-muih dekat hujung jalan sana. Hubby selalu singgah beli kuih dia. Lama lama dah terbiasa jadi pelanggan setia, kami pun saling berkenalan,"

Aku mendengar dengan tekun.

"Mak tok bukan orang senang, sayang. Masa hubby selesai latihan pun mak tok masih berniaga macam biasa. Hubby ada juga datang jenguk dia. Mak tok kerap mengadu yang jualan dia semakin merosot. Itulah satu-satunya punca pendapatan dia untuk menyara persekolahan Eliya,"

"Hubby ambil keputusan untuk jadi cucu angkat mak tok atas permintaan mak tok. So start daripada itu hubby yang bantu tampung keperluan mak tok. Mak tok tak nak pun. Tapi hubby kesiankan dia dan Eliya. Mereka hidup sebatang kara. Sanak saudara seorang pun tak kisahkan mereka,"

"Hubby gembira hubby mampu ringankan beban mak tok. Dia dah tua. Nak berniaga macam dulu pun dah tak larat."

Baik hati sungguh hati encik suami ni. Aku memang tak silap menilai dia.

"Pelajaran Eliya sekarang hubby lah yang tanggung?" soalku.

Dani mengangguk. "Fira tak kisah kan?"

"No lah." besar jasa laki aku pada kau Eliya. Itu pun kau boleh ambil kesempatan atas kebaikan dia?

"Sayang nak hubby bawa pusing kampung ke?"

"Tak perlulah. Hubby mesti penat memandu tadi. Jomlah keluar. Mak tok tunggu tu." sejurus setelah itu kami sama-sama keluar dari kereta.

"Kenapa Am? Aya okey tak?" soal mak tok yang sedang menunggu di beranda rumah.

"Okey je mak tok." sahutnya. "Fira pergi masuk dulu. Hubby nak angkat beg beg semua."

"Fira nak tolong."

"No need bunny."

Aku akur dan menuju ke arah mak tok.

"Jom Aya. Nanti Iya tunjukkan bilik."

Aku mengangguk perlahan. Eliya yang berdiri di muka pintu sempat menghadiahkan aku jelingan.

Haih mata tu nak minta cucuk ke?

🎈

Tinggalkan vote✔

Sayang korang muahhh💋

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro