Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 41

Kompang dipalu pengantin baru,🎶
Duduk bersanding tersipu malu.🎶

Hero dan heroin dah nak nikah guyss.

Stay tune!

-

Seusai memakai gaun nikah sampai lah bersolek jantung aku tak henti-henti bergendang kuat. Yelah aku nak nikah harini tapi janganlah sampai nak bagi aku menggeletar seluruh badan.

Cepat betul hari penuh debaran ni tiba. Rupanya begini lah perasaan jadi pengantin.

Huh

"Manisnya kak Fira jadi raja sehari. Cemburu Nina dengan kecantikan akak." puji Nina selesai sentuhan terakhir di wajahku.

Solekan aku tak lah tebal sangat kalau nak dibandingkan dengan solekan di wajahnya. Sebab aku tak suka pakai make up tebal tebal. Rimas.

Nina ni Mira yang tolong carikan. Aku tak nak pun upah jurusolek tapi Mira tetap berdegil. Supaya aku nampak lain di hari bahagia aku.

Aku tengok tak ada beza pun. Tetap nampak seperti Fira yang biasa.

"Akak cantik sebab hasil solekan Nina. Lagipun Nina lebih cantik apa.." biasalah kalau perempuan puji perempuan tentu akan saling berbalas pujian.

Lumrah.

Barang-barang make up mula Nina masukkan ke dalam satu kotak khas. "Nina pergi dulu lah kak."

"Eh kenapa tak tunggu? Nina tak sempat makan lagi."

"Nina ada customer lagi kak pukul 11 nanti. So Nina kena gerak sekarang. Sorry kak, Nina betul-betul kena cepat. Takut lambat pula. Tempat tu jauh juga dari sini."

"Yelah. Thank you tau."

"Welcome kak Fira. Selamat pengantin baru tau. Moga akak dengan suami kekal bahagia sampai anak cucu. Nina doakan akak dikurniakan zuriat yang comel macam akak juga." tanganku terus disalaminya.

Peramah budak ni.

"Thank you again Nina."

Setelah berlalunya Nina, aku memandang diriku di dalam cermin. Manis juga aku pakai tudung macam ni. Patutlah Nina bukan kemain puji aku. Ingat nak sedapkan hati aku je.

Pintu bilik terkuak. Masuknya Mira bersama-sama telefonku di tangannya. Ish minah ni buat apa dengan phone aku ha?

"Asal phone aku ada pada kau?"

"Jelitanya kawan aku ni. Ditambah pula dengan seri pengantin. MashaAllah boleh angau Dani melihatmu."

Mengadaa

"Aku tak perlu pun pujian kau lah. Ni aku nak tanya kenapa kau pegang phone aku?"

"Suka hati aku lah nak pegang ke nak buang ke. Aku cuma tak nak kau hubungi Dani sehingga majlis kahwin korang selesai. Get it?"

Eleh apa faedahnya?

"Before that, I want to show you something," Mira mula mencari sesuatu di dalam phone aku.

Mentanglah aku tak letak password. Memang main buka je.

"Nah. Mesej daripada bakal husband kau. Sorry sebab aku terbaca tadi."

Segera aku merampas telefonku di tangannya.

"Gelojohnya."

Erk

Aku pun menghadiahkannya satu jelingan. Mesej melalui whatsapp itu lalu aku baca.

From: MY Prince Charming
Aku nak beritahu kau pasal Aqram. Nanti dia akan datang sini. Datang majlis kita. Tapi bukan sebagai tetamu biasa. Dia datang sebagai pengapit aku. Aku tahu kau mesti terkejut dengan permintaan dia begitu juga dengan aku. Aku dah cuba halang dia tapi dia tetap berkeras. I hope you will be fine bunny.

Aduhai

Apa yang awak buat ni salah Aqram. Awak cuma toreh luka di hati sendiri.

"Kau jangan fikir sangatlah Fira. Bukan kau pun yang paksa dia jadi pengapit lelaki. Itu kehendak dia sendiri. Baguslah dia sudi datang harini. Aku boleh ambil peluang ni untuk berbaik dengan dia. Aku belum sempat minta maaf pada dia lagi Fira."

Aku menahan ombak di dada. Kang tak pasal pasal rosak make up aku disebabkan air mata jatuh. Gelora mencengkam hati bila terfikirkan Aqram.

Apa motif dia berbuat demikian? Aku cuma tak nak dia sakit.

*

"Ha itupun pengantin perempuannya. Semakin gementar pula wajah pengantin lelaki kita ni." Tok kadi menegur kedatanganku.

Mira mengiringku menuju ke arah pelamin. Aku mengambil kesempatan mengerling Dani.

Kacak gila dia mengenakan baju melayu cekak musang putih pilihan aku. Tapi itulah jelas sangat yang dia memang gementar teruk sampaikan terus menunduk wajah.

Ingatkan tak pandai nervous encik annoying tu.

Aku sekarang pun dua kali lima. Labuh saja punggung aku atas pelamin ni, jantung aku dah rasa nak pecah.

Heish tarik nafas dan hembus Fira. Kau boleh tahan.

Awak juga boleh Dani!

Kemudiannya mata aku menangkap figura Aqram di sebelah Dani. Dia jadi saksi perkahwinan aku?

Kenapa awak sanggup buat diri awak macam tu Aqram? Kenapa sanggup patahkan hati sendiri? Awak tahu kan rasa kecewa itu sakit.

Walau macam manapun awak cuba nak tenangkan riak wajah awak tapi saya pasti awak juga tengah cuba menahan pedihnya luka di hati.

Kenapa masih cintakan saya Aqram?

Sedang aku leka mengenangkan Aqram, tok kadi dan Dani sudahpun berjabat tangan. Aduh dada aku dah mula sakit ni.

Tangan Mira lalu mencapai dan mengenggam erat tanganku.

"Aku takut weh." bisikku.

"Relax babe. Dani yang baca akad bukan kau pun."

Okey tak membantu langsung.

"Bismillahirrahmannirrahim.. Ammar Danial bin Ahmad Zaidi,"

"Saya," terdengar suara Dani sedikit bergetar.

"Aku nikahkan dikau dengan Aafira Khalisya binti Abdullah dengan mas kahwinnya sebanyak seribu dua ratus ringgit tunai."

Dup dap dup dap

Ya Allah jantung aku..

"Aku terima nikahnya Aafira Khalisya binti Abdullah dengan mas kahwinnya sebanyak seribu dua ratus ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah!"

"Syukur alhamdulillah."

Lantas aku menghela nafas lega. Terasa hangat pula mata ni. Dengan sekali lafaz sahaja kau dah bergelar isteri Ammar Danial, Fira!

"Congrats babe," Mira sudah memelukku. Begitu juga dengan mama. Aku rasa sungguh terharu sekarang.

Mama, papa adik dah kahwin!

Terima kasih ya Rabbi.

Apabila tiba upacara penyarungan cincin, sekali lagi jantung aku berdebar bagai nak rak. Boleh pula aku ragu-ragu nak hulurkan tangan.

Fira, korang berdua dah halal lah!

Tangan aku sejuk gila tika Dani menyarung cincin di jariku. Sumpah cantik cincin pilihan Dani. Memang muat kat jari aku. Ajaib betul!

"Are you scared bunny? Don't worry I won't hurt you." sempat Dani berseloroh.

Lidah aku kelu. Tak mampu nak mengeluarkan sepatah kata pun. Aku terus menyalami tangannya. Giliran aku pula menyarungkan cincin di jari Dani.

Tatkala bibir Dani menyentuh dahiku, serta-merta bunga kedamaian mekar dalam diri ini.

Saya mampu rasa tenteram bersama awak Dani.

"Tahniah kepada pasangan pengantin baru kita. Pengantin lelaki kalau depan pengantin perempuan memang nampak cool tapi depan tok kadi tadi tangan sejuk habis, terketar-ketar pula tu." tok kadi bersuara. Sengaja mengenakan Dani.

Aku apalagi turut tersenyum lah. Sokong seratus peratus apa ya tok kadi cakapkan.

"Baiklah Ammar Danial, silakan."

Dani mengangguk. Tangan kananya lalu diletakkan di atas ubun-ubunku seraya membacakan doa.

Ya Allah perkahwinan kami perlukan keberkatan daripadaMu.

Sesudah selepas itu mama pun menyuruh para tetamu pergi menjamu selera. Beransur-ansur orang mula meninggalkan kami di sini.

"Look at me bunny," arah Dani kerana aku hanya melarikan wajah daripada memandangnya.

Aku menarik nafas sedalamnya. Mata kami berdua mula bertentang. Rasa canggung sangat sekarang.

"You look so beautiful bunny."

Aku tersenyum malu. Awak pun sangat kacak Dani.

"I promise you, I will never leave you until the end of my life."

Hati aku tersentuh.

Ya Tuhan hambaMu ini berharap sangat agar kebahagiaan ini kekal selamanya hingga hujung nyawa kami.

Aamiin.

"Ehem." datang Mira menggangu moment sweet kami ni. "Jurukamera dah ready tu. Jom kita ambil gambar kahwin dulu. Lepas tu dah lah. Tak ada orang nak kacau."

Aku dan Dani sama-sama menyimpan senyuman.

"Baiklah Mira. Jom sayang?" ujar Dani.

Alahai boleh mencair aku kat sini. 'Kau aku' tu dah buang ke laut ke?

"Boleh tahan romantik laki kau Fira. Untung badan."

Heish sibukk.

🎈

😂

Vote✔

Sorry kalau ayat tunggang langgang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro