Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 40

-

Bilamana hari esok majlis nikah mestilah malamnya sangat sibuk. Mujurlah jiran-jiran berdekatan tak keberatan untuk membantu kami menyiapkan apa yang perlu. Suasana di sini pun dah macam suasana dekat kampung.

Aku suka.

Semua orang bekerjasama bertungkus-lumus memastikan majlis kahwin aku dan Dani berjalan lancar esok. Walaupun dalam hati aku sekarang ada sedikit getaran tapi aku tetap tak henti henti berdoa supaya hari esok dipermudahkan segalanya.

Dalam kesibukan ini aku turut senang hati melihat Dazrin dan Dani saling membantu. Seolah tiada jurang antara mereka. Syukurlah.

"Kau menungkan apa Fira?"

Mira di hadapanku yang tengah 'menconteng' tanganku mula bersuara. Dia ni arif dalam banyak perkara. Hasil tangan dia guaranteed perfect. Layak jadi wedding planner.

"Aku suka dengan suasana sekarang Mira. Seolah kita bukan berada dekat bandar. Aku suka dengan keluarga ni. Tak pentingkan kemewahan." luahku.

"Ingatkan tadi kau fikirkan malam pertama.."

"Weh mulut kau. Otak kau pula yang sampai ke situ eh?" nasib tau tangan aku dua dua tak boleh capai barang sekarang. Kalau tak mulut dia ni aku sumbat guna inai ni.

"Bukan apa Fira, selalunya kebanyakkan pengantin akan risaukan benda tu. Segan katakan."

Ya Allah Tuhan.

Apa lah yang dah rasuk budak nii

"Kau kalau tak ada topik betul nak berbual, baik zip mulut tu. Merapu lebih."

"Eleh gemuruh lah tu."

Aku mengeluh saja. Nasib aku lah dapat kawan ngok ngek macam Mira ni. Apa jenis cikgu lah.

"Wehh pengapit Dani siapa?"

"Entah aku tak tahu. Maybe sama ada Dazrin atau Darwish."

"Lah alangkah best-nya kalau kawan dia."

Aku menjelingnya. "Kalau kau nak jadi pengapit aku hanya disebabkan nak tackle pengapit lelaki baik tak payah. Jadi perempuan boleh jangan gatal sangat? Jangan jadi perigi cari timba. Maruah mana maruah?" tak pasal pasal kena bebelan aku.

"Aku tak kesah dipanggil perigi cari timba. Sedangkan Siti Khadijah yang melamar Rasulullah. Kau dah kahwin aku pun teringin nak kahwin."

"Kalau dah sampai jodoh kau ada lah tu Mira. Kau fokus dulu dengan kerjaya kau. Dengan orang tua kau. Kau masih ada mereka jadi kau kena hargai masa bersama mereka terlebih dahulu." beruntung buat siapa yang masih punya orang tua kandung.

Aku?

Aku tak pernah merasa semua tu. Seumur hidup aku hanya ditatang oleh keluarga angkat. Tapi aku tak pernah pun rasa tak cukup dipelihara oleh keluarga angkat. Aku bersyukur masih ada yang mahu mengutip dan menjaga aku.

"Aya.." ha mak tok datang bersama cucu kacak dia. Pada masa yang sama Mira selesai menginaikan tangan aku.

"Mak tok masuklah." ujarku.

"Mak tok je? Aku tak boleh lah?" celah Dani.

Mira dan aku lalu saling berbalas senyuman. Dia nak juga dipelawa..

"Berdiri je lah depan pintu tu dulu Dani. Sabarlah. Esok kan korang dah halal."

Masih lagi mulut Mira tu. Malu sikit dengan mak tok lah ishh

"Mulut tu jangan lupa zip cik Mira." aku memperlahankan suara.

"Okey cik Fira. Saya keluar dulu ye."

Aku menjeling lagi. Mak tok sudah pun mengambil tempat di sebelahku.

"Fira tu Dani dah nervous memikirkan malam pertama korang." sempat Mira berbisik kepada Dani seraya berlalu pergi.

Bisik lah sangat kalau aku pun dapat dengar. Perangai minah tu memang sebegitu. Selagi tak puas memalukan aku selagi tu tak sudah.

Dani mencebik sambil mengangkat keningnya kepadaku.

Huh

Malu betul aku dengan mulut si makcik Mira tu. Jangan sampai lidah dia tu kena potong dengan aku biar bisu terus arr

"Cantik betul Ara lukiskan inai di tangan Aya." mak tok memuji.

Aku mengukir senyuman lebar.

"Fira aku lupa tanya kau. Macam mana dengan istikharah kau?"

Mak tok aku kerling. Depan mak tok juga dia nak tanya? Bukannya apa aku segan sangat dengan mak tok.

"Erm okey. Saya yakin dengan pilihan saya."

"Aku pun sama." sahutnya laju.

Aku menahan senyuman di bibir. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kami dah minta petunjuk daripada Allah.

Aku yakin aku boleh bahagia bersama Dani. Pandang saja wajahnya hati aku mampu merasakan ketenangan. Dia boleh pimpin aku sama-sama menuju redha Allah kelak.

In sha Allah.

"Tadi saya seronok tengok awak dirikan kanopi bersama Dazrin. Alangkah baiknya kalau korang terus macam tu." nak sangat tengok mereka berbaik semula seperti adik-beradik yang lain.

"Aku ada permintaan. Majlis esok boleh guna tudung?" nampaknya dia masih mengelak bercakap soal Dazrin.

"Tudung? Awak nak saya pakai tudung? Kenapa tak cakap awal awal? Mana kita nak dapat tudung yang sesuai untuk gaun nikah nanti?"

"Jangan risau. Aku dah periksa tadi. Mama masih simpan tudung nikah dia dulu. Sepadan dengan warna baju nikah kita."

"Saya ikut awak."

Dani terlihat mengangguk-anggukan kepalanya.

"Mak tok, Am nak pergi check luar dulu ada lagi tak yang belum selesai. Mak tok berbual lah dengan bakal pengantin tu."

"Ha yelah."

Mataku mengiring kepergian dia. Ermm dia nak aku pakai tudung? Tak sangka.

"Mak tok dapat agak yang Am akan suka kalau Aya pakai tudung. Cantik cucu menantu mak tok ni nanti berhijab."

Aku senyum kelat. Selama ni memang aku lalai. Masih tak jaga aurat betul-betul. Solat tetap solat tapi aurat tak tutup elok-elok.

Lepas ni aku percaya Dani akan jadi imam yang terbaik untuk aku. Dia dulu pun selalu ingatkan aku tentang solat. Batas pergaulan pun dia jaga. Tak sentuh sentuh yang bukan mahram sesuka hati.

"Eliya cucu mak tok, dia dulu seorang gadis yang nakal. Selepas bertemu Am, mak tok nampak perubahan dia. Am suka berikan Iya nasihat. Ajar Iya tentang agama. Mak tok senang hati bila Iya akhirnya terbuka hati nak pakai hijab."

Sejut perut mama mengandungkan dia.

"Setelah kematian ibu ayah dia, Iya cuma ada mak tok. Mak tok tak tahu nak suruh siapa tengokkan dia bila mak tok tak ada nanti. Makcik pakcik dia semua tak nak terima dia. Dia dulu kan nakal. Gadis liar."

Jelas yang mak tok sangat sayangkan Eliya. Tak sanggup aku lihat mendung di wajahnya.

"Mak tok, kita kan keluarga. Kita sama-sama jaga Iya. Mak tok janganlah cakap macam tu."

"Mak tok segan dengan diri sendiri Aya. Mak tok orang susah. Am orang senang. Mak tok takut jikalau orang cakap mak tok jadikan Am cucu angkat kerana harta dia."

Okay aku mula speechless.

"Cucu angkat? Apa maksud mak tok?"

"Am tak beritahu Aya siapa mak tok sebenarnya?"

Aku terus menggelangkan kepala.

"Dia memang pemuda yang baik. Aya.. mak tok bukanlah ahli keluarga ni. Mak tok orang luar."

Rupanya. Terjawab juga persoalan aku.

"Mak tok, tak baik lah cakap macam tu. Am tak pernah pun anggap "keluarga angkat" tu orang luar. Jadi dia dah tentu tak suka dengar mak tok cakap macam ni."

"Mak tok cuma takut ahli keluarga ni fikir yang mak tok kejar harta Am semata. Mak tok takut Aya, isteri Am tak selesa dengan kewujudan mak tok."

Ya Allah apa yang mak tok cakap ni. Serba-salah pula aku. Tangan aku pula masih tak dapat sentuh apa-apa lagi.

Pasti mak tok rasa apa yang aku pernah rasa dulu. Takut sangat dianggap orang luar yang hanya mahukan harta keluarga ini.

"Dahlah mak tok. Aya pun dah anggap mak tok macam opah Aya sendiri. Am kan sayang sangat dengan mak tok. Tak ada istilah orang luar antara kita,"

"Aya pun orang luar mak tok. Pada mulanya Aya pun anak angkat dalam keluarga ni. Tapi tak pernah sekalipun mereka ungkit status sebenar Aya. Mereka jaga dan layan Aya memang seperti keluarga kandung,"

"Jadi mak tok janganlah terlampau fikirkan apa yang orang lain cakap tentang kita. Yang penting keluarga kita saling menyayangi. Ya mak tok?"

Mak tok membalas dengan anggukan kepala.

Tak mungkin aku akan pandang rendah pada mak tok sedangkan aku juga berada di situasi yang serupa dengannya. Menumpang kasih sayang orang. Orang seperti Dani memang satu dalam seribu.

Syukur sangat kami dipertemukan dengan insan sebaik dia.

"Aya rehatlah. Esok dah jadi raja sehari. Mak tok keluar dulu."

"Okey mak tok. Selamat malam."

"Selamat malam." rambutku dielus lembut oleh mak tok sebelum beredar.

Aku lalu menghela nafas. Dalam masa 16 jam lagi aku akan bergelar isteri. Aku harap sangat aku mampu jalankan tangunggajawab sebagai seorang isteri dari segi zahir dan batin.

Baju pengantin yang siap tergantung di dinding aku tenung.

Tidak lama selepas itu telefon ku tiba-tiba bergetar. Tanpa berlengah terus aku menatap skrin phone.

From: MY Prince Charming
Kau tidurlah lagi. Malam ni malam terakhir kau tidur sorang.

Aku tersengih.

Menyempat.

Terjangkit dengan Mira ke ni?

🎈

Vote✔

Maaf andai ada typo dan sebagainya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro