Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 37

-

Aku tersenyum senget saat membaca mesej yang dihantar Mira kepadaku di whatsapp.

Katanya petang nanti dia datang sini bawa barang pakaian dia. Dia dah dapat izin orang tuanya nak tidur sini sampai majlis kahwin aku. Ada bagusnya dia ada, boleh jadi kuli aku tolong siapkan itu ini.

hek

Lagipula awal awal dia tawarkan diri nak jadi pengapit aku. Handphone aku taruh semula ke atas meja. Mama yang masih sibuk menguruskan dulang hantaran aku pandang.

Huh

Tak sangka aku melalui fasa ini. Aku dah benar benar dewasa. Aku akan ada keluarga sendiri nanti. Harap benar kali ini semuanya berjalan lancar. Dijauhkan dari halangan dan ujian serupa sebelum ini.

"Ma?"

Mama mengerling aku sekilas. "Yes dear?"

"Kalau Mira kawan Fira nak bermalam kat sini, sampai majlis kahwin boleh?" soalku.

"Of course no problem. Banyak benda lagi yang Mira boleh tolong kat sini kan? Ha pelamin.. dia kan orang muda. Pandai menghias cantik cantik. Boleh dia handle tu. Mama nak upah pembuat pelamin Fira tak suruh."

Jadi bibik lah kau nanti Mira huhu

"Tak perlu pun ma. Kita kan boleh hias sendiri. Boleh berjimat sikit."

Majlis kahwin aku simple simple je. Bukan nak buat wedding of the year pun.

"Tentang jemputan kan Fira, mama dah invite kenalan rapat mama. Also Dazrin and Darwish. How about you? Fira tak nak invite mummy daddy Fira? And Aqram ?"

Hurm. Betul gak. Takkan aku tak jemput mummy daddy. Macam dah lupa diri pula.

Aqram?

Dah tentu dia bawa isteri dia sekali nanti. Bukannya apa aku masih tak okey lagi kan dengan si Sara tu? Tak pasal pasal kena hadap muka dia di hari wedding aku sendiri.

Stop lah Aafira.

Hati kau pun dah diisi nama insan lain. Bukan nama Aqram lagi.

"Its up to you ma." balasku ringkas. Dah lama juga tak jumpa mummy daddy.

Tanganku mencapai sebuah dulang. Hurm tak sangka kau nak kahwin Fira.

"Eh Fira tak payah lah kacau. Biar mama yang buat semua ni. Fira pergi atas sana. Rehat rehatkan diri." mama menghalangku.

"Apa pula nak rehat ma? Banyak ni takkan Fira nak biar mama buat sorang sorang?"

"Tak ada banyaknya. Tujuh dulang je. Mama boleh buat. Bakal raja sehari mana boleh penat penat. Nanti duduk atas pelamin dengan wajah lesu."

Aku tersengih kambing.

"Mama." si prince charming ku datang menyapa bersama haruman yang hebat sekali. Hidung aku pula yang gatal hidu bau perfume dia. Kuat sangat pakai perfume dah kenapa?

Berpakaian henley shirt kelabu bersama seluar chinos coklat. Rambut style ala medium side swept amat menyerlahkan ketampanannya.

Bakal laki aku ni nak ke mana?

"Dani nak pergi ambil mak tok dah?"

Mak tok?

Dia siapa pula?

"Ya ma. Before that Dani pergi beli cincin kahwin dulu."

"Beli cincin kahwin kenapa tak ajak Fira sekali?"

"No need ma."

Dalam diam aku memutarkan bebola mata. Sarkastik sangat mamat ni.

"Apa pula no need? Kalau tak bawa Fira macam mana nak tahu saiz jari dia? Dah dah Fira pergi siap cepat."

"Eh ma wait. Listen okay.. Fira dah berikan saiz jari dia pada Dani. So no worries."

Alah. Pandai lah kau menipu mama sendiri.

"Dani pergi dulu lah. Nanti lama pula mak tok tunggu." dia mula menyalami mama.

"Alright. Drive safe honey." mama berpesan.

"Sure. Kau Fira?"

Aku terus mengerutkan dahi. Aku? Asal dengan aku?

"Kau tak nak pesan apa-apa pada future husband kau ni?"

Alahai nak menyakat aku depan mama ke apa ni? Perasan yang mama sudah tersenyum lebar. Dani mengangkat keningnya menunggu jawapan daripadaku.

"Drife save. Make sure cincin dapat masuk dalam jari saya."

"No worries lah bunny." sejurus selepas itu dia pun mula beredar pergi.

Halah dia tu. Aku heran betul lah. Macam mana pula lah dia boleh pilih cincin saiz jari aku? Apa apa ukuran pun dia tak ada.

Nak nampak hebat ler tu

Mama aku lihat masih menyimpan senyuman di bibir. Aish malu aku.

"Jangan segan dengan mama Fira. Mama happy tengok korang berdua tadi. Tak sangka macam tu ye perangai Dani dengan Fira?"

Mama tak tahu lagi yang putera mama tu sebenarnya tak betul. Kadang annoying tersangat. Kadang cool terlampau. Nasiblah Fira tahan dengan wayar otak tercabut anak mama tu.

"Siapa mak tok ma?" aku cuba bertanya. Serius aku memang tak kenal.

"Mak tok tu nenek Dani. Dia tinggal dekat Alor Setar sana. Dani tak pernah cerita pada Fira tentang mak tok?"

Kepala aku geleng. "Tak langsung." dia masih ada nenek tak beritahu aku? Rupanya mereka ni orang Kedah.

"Suka berahsia sangat dia tu. Mama tak ada saudara mara lagi kat sini Fira. Semuanya dah duduk jauh-jauh kecuali adik mama Ghazali. Memandangkan Dani sayang sangat mak tok dia tu, dia rela ambil mak tok dia bawa sini. Dani nak mak toknya ada di hari bahagia dia."

I see. Such a great grandson.

Sebut pasal uncle Ghaz terfikirkan Geisha semula. Dia tu memang tak kembali sini lagi ke apa? Tak nak langsung pasrah terhadap suratan takdir dan terus bawa diri macam tu?

Aku sebenarnya tak nak sangat terlampau fikirkan dia. Tapi disebabkan dia anak saudara mama lah aku kesah. Dah tentu mama pun tak lupakan dia.

*

"Fira.."

Telingaku menangkap satu suara lelaki menyeru namaku.

Lelaki mana pula masuk bilik aku malam malam ni? Ni mesti aku lupa kunci pintu bilik lagi. Arhh mata aku ni ngantuk amat lah. Nak celik sekejap pun tak mampu.

"Fira,"

Sekali lagi suara yang sama sayup-sayup kedengaran. Malas nya rasa nak bangun. Aku dah siap mimpi bermain dengan bulan bintang tadi tahu tiba-tiba orang datang kacau.

Ishh

"Aafira Khalisya."

Lantas aku membuka mata tika nama penuhku diseru. Anak mata terus menangkap raut tubuh Dani.

Huh

"Awak kenapa masuk bilik saya ni?" sempat aku menggosok-gosok mata.

"Banyaklah kau aku masuk bilik kau. Ini ruang tamu rumah. Kau kenapa tidur kat sini?"

Hahh??

Aku lalu terjun dari perbaringan. Asal aku boleh terlelap kat sini pula?

Ni Mira punya kerja lah. Tak guna punya kawan. Elok elok aku teman kau atur pelamin kau boleh tinggal aku sorang sorang kat sini?
Sengaja makcik tu nak kenakan aku. Siap kau Mira. Aku hembat kau dengan penyapu nanti.

"Saya ngantuk sangat tadi tu boleh terlelap. Awak baru balik?"

"Oh ini ya bakal cucu menantu mak tok."

Aku memalingkan wajah ke arah suara tua tadi. Dahiku mengerut kecil. Mak tok?

Ohh

Ini rupanya mak tok. Aku mengukir senyuman seraya menghampiri. Tangan yang penuh urat itu aku salami.

"Cantik cucu menantu mak tok ni. Pandai Am pilih calon isteri." mak tok memujiku. Aku apalagi terus senyum sampai ke telinga lah. huhu

By the way, mak tok panggil Dani "Am"? Apa salahnya pun.. nama Dani juga tu.

"Mak tok apa khabar?"

"Sihat alhamdulillah. Suka mak tok tengok kamu tidur tadi. Lena sangat. Ni mesti banyak buat kerja. Kesian cucu mak tok tidur kena ganggu." tangan mak tok mengusap lembut lenganku.

Penyayang nya mak tok ni.

"Kesian? Baik Am tak payah kejut dia tadi." Dani bersuara.

Eleh

"Aya.."

Eh

bukan main panjang nama aku "Aya" juga mak tok guna? Dapat dari mana "Aya"?

"Mak tok nak kenalkan Aya dengan cucu perempuan mak tok, Eliya."

Kemudian mata aku menangkap sosok tubuh seorang wanita bertudung labuh di belakang mak tok. Aku menghadiahkan senyuman kepadanya.

Tapi

Eliya ni siapa? Anak saudara mama yang aku tahu cuma Geisha. Mama tak pernah pula mention pasal Eliya.

?

🎈

Jeng jeng jeng

Haaa

Vote dulu tau sebelum pergi.

Macehh

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro