Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

-

"Am siapa ni?" soalku perlahan.

"I am Sara Marissa." perempuan itu menyahut.

Kami berpandangan sekilas.

"You buat apa kat sini Sara?" Aqram mengajukan soalan kepada perempuan terbabit manakala soalan aku tadi hanya diabaikannya.

"I know you're trying to avoid me Am. You can't do this. You should  face it." kedengaran perempuan itu menaikkan frekuensi suaranya.

Apa hal ni?

Aqram sudah mula bangun dari duduk dan aku, mengikut sekali.

"Avoid why? And face what? You dengar sini Sara, I takkan buat lah benda terkutuk tu. So stop it." Aqram mula memarahi dia.

Benda terkutuk apa ni? Apa yang dah berlaku antara mereka? Dan aku pula? Kenapa teragak-agak nak masuk campur?

"Kalau you tak buat, habis apa yang buat you sampai boleh tertidur kat bilik I?"

Jantung aku berdegup kencang sekali lagi. Aku tak salah dengar ke ni? Aqram tidur.. dalam bilik perempuan ni? Kenapa?

"That's too much Sara!" Aqram meninggikan suara.

Mataku sempat melihat sekeliling. Terlihat mata-mata mulai tertumpu ke sini.

"Siapa yang too much ha? You dah buat kesilapan and tak mengaku dan tak nak bertanggungjawab. You lah yang dah melampau Aqram!"

Ya Allah kenapa hati aku mula resah semacam?

"Kenapa ni Am?" tak boleh ni. Aku kena juga buka mulut. Entah mengapa aku mula menghidu bau bau yang tak enak.

Kedua-dua wajah insan di hadapanku sudah berpaling ke arahku.

"Look here Fira. Apa yang dia cakap I  tak buat langsung. Sumpah Fira. Lagipun you tahu kan I orang yang macam mana." begitu bersungguh Aqram meyakinkan aku.

Mulut aku terkunci. Buat apa Am? Apa yang aku tak tahu? Apa yang awak sorokkan?

"Am! How dare you?! You kena beritahu dia perkara sebenar! Apa yang you dah buat Am! You jangan berhelah lah dengan dia! Be honest!" terlihat kemarahan Sara tadi semakin memuncak.

"No! Aku tak buat benda bodoh tu lah! Kau jangan fitnah aku! Please stop dengan lakonan kau ni!" Aqram mula membentak.

Dada aku terasa sesak. Aroma pengkhianatan sudah menusuk hidung aku.

"Fitnah? Kalau macam tu kenapa I boleh pregnant?!" serta-merta hinggap satu tamparan deras ke pipi kiri perempuan itu.

Aku tersentak. Aku di hadapan Aqram juga turut menerima tamparan hebat dari kata-kata Sara Marissa.

Aqram beralih kepada aku semula. "Don't listen to her Fira. I takkan buat benda.. benda yang memalukan tu. Tak akan. You trust me right?"

Hati aku bagai ditusuk oleh engkau Am. Macam mana aku nak percaya kau lagi? Ya Allah kenapa aku kena dengar benda ni harini juga?

"Fira please--" , "Shut up!" lantas aku memotong Aqram dari bersuara. Wajahnya aku pandang dengan mataku yang sudah merah berair.

"How could you Am. You betul-betul dah buat hati I sakit. I rasa jijik dengan diri I. Perbuatan you ni hanya buat I benci dengan diri sendiri. Sebab apa? Sebab I mati-mati percayakan you selama ni."

Kesalahan yang Aqram dah lakukan bukan setakat buat aku kecewa, tapi Allah pun murka lah.

Aqram, cinta hati aku selama empat tahun berakhir begini. Berzina dengan perempuan lain. Kenyataan yang amat memeritkan untuk aku telan.

Pandangan aku alihkan kepada Sara Marissa. Selepas ditampar Aqram tadi dia terus tidak bersuara. Barangkali sudah bisu.

"Sara.." panggilku. Dengan lembut. Dia terus menoleh. Mata dia juga kelihatan merah. Wajahnya seakan menjelaskan yang dia telah dianiaya Aqram.

Allah

"Saya minta maaf atas perbuatan Aqram. Don't worry. Dia akan bertanggungjawab. Saya akan pastikan itu." entah mengapa aku pula yang melafazkan kata maaf.

"Fira!" Aqram cuba memprotes.

Aku memandangnya tajam.

"Kenapa dia you percaya dan I tak?"

Sejujurnya aku pun simpati melihat Aqram yang tidak langsung aku berikan peluang untuk memberi penjelasan. Kenapa aku terus percaya bulat-bulat ha?

Serabut lah!

"Kepercayaan I dekat you dah mati. You sendiri yang hancurkan hari ini." kataku keras.

Aqram terus meraup wajahnya. Serabut juga mungkin. Huh. Diri sendiri yang timbulkan masalah.

"Don't do this to me Fira. I love you. Just you. Saya tak ingin nak dekat lah benda haram tu." terus dan terus Aqram meyakinkan aku. Sukar untuk aku pujuk hati supaya percaya dia lagi.

"I don't want to see your face if you don't marry her." walaupun sebenarnya berat hati nak keluarkan ayat tersebut, tapi ia tetap juga keluar dari mulut.

Aqram aku tengok dah kehabisan kata. Sara? Masih juga setia tercongok di sini.

"Thanks a lot for this amazing surprise Am." aku tinggalkan secebis ayat sebelum beredar dari situ. Rasanya boleh mental kalau aku terus berlama di situ.

Dan selalunya dalam drama, kekasih akan jerit nama kita dan cuba kejar kita. Tapi ni tak. Aqram tak buat pun semua tu.

Ah

Kenapa kau masih berharap Fira? Dia dah curang!

***

Aku membawa diri ke sebuah mall yang berdekatan restoran tadi. Jiwa aku keliru. Tertekan. Aku seperti sudah jatuh ditimpa tangga harini.

Sekelip mata semuanya hilang.

Benarlah. Allah boleh ambil semula sesuatu yang kita tak pernah jangka akan hilang.

Tapi Aqram? Orang yang aku percaya separuh mati dah buat aku rasa nak mati! Masa masa macam ni aku perlukan dia, boleh pula dia kasi aku kejutan yang menyiat-nyiat hati aku.

Sampai hati kau Am.

Badan aku mula longlai. Kepala juga rasa sangat berat. Aku cuba tahan. Tapi aku buat apa pergi sini? Dan ke mana aku nak pergi lepas ni? Berat sungguh ujian ini Allah..

BAMP !

Sudahh

Lutut aku yang telah kehabisan daya terhempas ke atas lantai. Aku terduduk. Yang aku tahu aku terlanggar seorang pekerja mall ini yang sedang memikul sebuah kotak. Dan terdengar kotak itu jatuh tadi.

Malang apa lagi nii

"Hey!" kotak tadi dicapai semula pekerja itu. "Buta ke apa? Kalau barang dalam kotak ni rosak, you yang kena jawab dengan boss I!" marah dia pada aku.

Aku menundukkan kepala. Cuba menahan rasa sakit.

"Dengar tak? Tak payah nak drama dekat sini lepas buat salah lah!" dia terus membebel dengan nada agak tinggi.

Aku memejam erat mata. Haih. Aku tengah sakit otak ni kau marah marah pula. Aku rasa kami dah jadi tarikan orang-orang di sini.

Ha betul la tu. Tadi jadi perhatian kat restoran, sekarang kat sini pula. Dapat menyandang gelaran si malang lah kau Fira.

"Get up now!"

Aku dah cuba tapi kepala aku. Kalau bangun ni boleh pitam terus.

"Cepatlah!"

"Ikha!" terdengar suara lelaki meneriak lebih kurang macam tu lah.

Aku mengangkat wajah. Pekerja tadi tersentak. Nama dia mungkin dilaung tadi. Aku cuba lihat siapa yang menyentakkannya itu.

Seorang lelaki lagaknya seperti majikan sedang menapak ke arah kami.

"What happen?" lelaki terbabit lantas menyoal Ikha sesampainya di sini.

"Dia ni langgar saya sampai jatuh kotak ni Tuan Dani. Lepastu dia terus membatu macam tu."

Tuan Dani.. betul lah boss dia.

Eh. Aku membatu? Aku sakit kepala lah. Tak larat dah nii

"Tapi jangan tinggikan suara macam tu. Customer dan pekerja yang lain nanti cakap apa?" Tuan Dani bertutur tegas. Ikha pun menundukkan kepala.

"Saya minta maaf Tuan." ucapnya perlahan.

Aku lalu menghela nafas kecil. "Saya juga minta maaf." kataku dengan kudrat yang berbaki.

Aku perasan encik boss tu pandang aku sekilas.

"Bring her to my room." sejurus selepas itu dia mengatur langkah pergi.

Kena la kau Fira.

Aku menggagahkan diri untuk berdiri. Terasa terketar-ketar pula lutut ni. Tanganku sempat memicit dahi. Penglihatanku mula berpinar. Serta-merta aku rebah lagi.

Drama lah kau Fira.

"Tuan Dani!"

Sempat aku menangkap suara Ikha sebelum semuanya gelap.

🌹

Vote
Comment✔
Share supaya ramai lagi yg kenal CHMA😘

Thanks a lot!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro