Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 9

-

Dani mengucup lembut dahi Afi usai menyempurnakan azan dan iqamat. Tiba-tiba aku rasa ada orang potong bawang pula kat sini. Aku suka sangat tengok dia macam tu. Tak kekok langsung gendong bayi.

"Dah berapa jam dia keluar, baru sekarang selesai azan dan iqamatkan dia." Darwish seperti cuba menyindir.

Pipi gebu Afi diusap-usap Dani cuba mengabaikan kata-kata Darwish. Wajah mereka di sini satu-persatu aku pandang. Dazrin dan Geisha hanya mengunci mulut. Si Mira pula jelas kebingungan dengan situasi tegang ini.

"Kau datang dari mana ngah? Kau tahu tak aku terkejut gila dengar tentang Fira sampai sampai je Malaysia. Tak rasa bersalah ke dengan Fira, dengan anak kau? Nasib tak jadi benda buruk." jelas Darwish tersangat emotional sekarang.

"Aku rasa bersalahlah aku lambat datang sini. Kau tak payah bising sangatlah. Janji anak dan isteri aku okey." Dani menjawab dengan selambanya.

Aku agak terasa hati dengan ayat dia. Seakan dia anggap apa yang dia lakukan terhadap aku bukan sesuatu yang serious.

"Nak menangkan diri sendirilah tu. Kemain suruh kami jaga Fira tapi kau sendiri sakitkan dia."

"Rishh," Dazrin cuba menghentikan adiknya itu. Aku perasan dia tak berani menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Yalah takut takut jadi perang dingin siri kedua antara dia dan Dani.

"Boleh tinggalkan aku dengan Fira?" minta Dani dingin.

Geisha dan Mira aku lihat memandang wajahku dan Dani silih berganti. Mesti si Mira tu keliru habis sekarang. Dia sorang je tak tahu cerita.

"Erm yelah. Kita bagi masa Dani dan Fira luangkan masa dengan baby diorang. Jom?" Geisha sudah bersedia untuk beranjak pergi.

"Yes! Erm Fira nanti kau dah keluar ward aku datang jenguk kat rumah okey? Bye!" sahut Mira.

Aku mengangguk bersama senyuman kelat. Darwish pula sempat menjeling Dani tajam seraya dibawa Dazrin keluar.

Huh

Bila tinggal kami di sini, rasa makin tegang pula suasana. Asal ada kejanggalan yang aku rasakan? Seolah hati aku dan dia tak bersatu dalam kegembiraan ini.

"Terima kasih sayang sebab lahirkan zuriat hubby dengan selamat." lafaznya entah ikhlas atau tidak.

Setelah itu kedengaran dia mengeluh melihat aku enggan membalas. Dia menghampiriku untuk menyerahkan semula Afi. Kerusi di samping katil tempat dia melabuhkan punggung.

Aku tersenyum melihat Afi menguap kecil.

"Saya dah namakan dia Afi Khairy. Nama yang kita dah sepakat nak bagi pada dia." sekadar nak dia tahu. Kot kot dia tetiba lupa.

"Sayang janganlah dingin sangat dengan hubby."

Aku mengangkat wajah memandangnya. Keadaannya masih serupa seperti semalam. Pucat.

"Ye, Fira tahu Fira dengan baby baik-baik saja. Tapi jangan anggap Fira boleh lupakan apa yang hubby buat. Bukan setakat kes hubby tolak Fira tapi apa yang hubby dah buat dengan Eliya berduaan dalam bilik." frekuensi suaraku masih dalam kawalan. Gila aku nak tinggikan suara ada Afi dalam pangkuan.

"Hubby salah. Jadi hubby datang nak minta maaf. Maafkan hubby ye Fira?" pintanya langsung tak bersungguh!

"Oh.. jadi hubby datang bukan sebab anak kita lah?"

"Apa Fira cakap ni? Boleh tak jangan keruhkan keadaan? Betul hubby minta maaf. Hubby pun tak faham dengan diri sendiri. Macam ada something try to control me.." dahinya mengerut sambil cuba untuk mengingat sesuatu.

Alasan merepek apa dia nak reka ni?

"Tolong hubby sayang? I'm sorry okay? Maafkan hubby?"

Air mata perlahan-lahan memenuhi kedua tubir mataku.

"Fira tak nak dengar pun kata maaf. Yang Fira nak dengar adalah penjelasan. Explain lah sebab apa hubby sanggup berduaan dengan Eliya dalam bilik? Baring atas riba dengan pintu yang tertutup? Apa alasan hubby buat benda yang dah terang terang salah tu?"

"Hubby tak tahu."

Jawapan yang paling mudah eyh?

Bagusss

"Sebelum ni bila tengok je muka si Eliya, sisi dingin hubby terus keluar. Pandai buat perempuan tu sentap bagai. Halau dia pergi konon muak tengok muka dia habis sekarang apa jadi? Cinta dah mula berputik ke?"

Aku tak kata aku suka tengok Dani berperangai buruk dengan orang tapi kalau dengan si Eliya tu aku tak kesah langsunglah! Betina tu pun memang dah kurang ajar. Ada bagusnya dia kena hentam pun.

"Hubby boleh bersumpah yang hubby tak ada sikit pun rasa cinta tu pada dia. Cuma hubby tak tahu nak jelaskan macam mana dekat Fira. Hubby lupa apa yang sepatutnya hubby bagitahu Fira." dia menayang wajah keliru.

Pening lagi rasa kepala aku ni. Kalau beginilah gayanya, sampai tak sudah dia tak akan jujur. Susah betul aku nak coperate dengan dia.

Rasa dah bukan bercakap dengan Dani.

🥀🥀🥀

Langkahku serta-merta mati melihat figura Dani yang berdiri di hadapan pintu. Ingatlah manusia mana tadi. Mama yang sedang duduk menggendong Afi aku kerling.

Walaupun Afi tu tengah tidur, mama still bercakap-cakap dengan dia. Takpalah. Aku hanya biarkan. First time timang cucu kan?

"Fira dah selesai guna tandas?" soalnya.

"Tengok dah keluar ni kan? Mestilah dah." ayatku nampak dingin kan tapi tak pun. Aku bercakap dengan nada biasa.

Dia sekadar mengangguk kemudian menapak ke dalam tandas. Yang memeranjatkan aku, dia pergi tarik tangan aku sekali. Apa pula lahh

"Ops tak sengaja sayang." dia ingin bergurau.

"So lepaslah tangan Fira. Nak guna tandas tu masuklah cepat. Sempat juga kan?"

"Nak buat macam mana? Rasa macam ada magnet pula automatik tarik tangan sayang. Jom teman hubby?"

Tak semena-mena tangan aku yang satu lagi menampar perlahan bahunya. Dah lama tak kena dia ni. Nasib suami aku. Kalau lelaki gatal memang dah makan buku lima aku dah.

Boleh pula dia tergelak kat situ. Terhibur dengan lawak sendiri yang hambar ke?

"Gurau sayang gurau. Hubby cuma nak tengok Fira senyum sebab hubby. Dah bosan hubby hadap muka monyok awak tu."

Aku memutarkan bebola mata.

"Sayang.." dia mendekatkan lagi jarak kami. Kalini aku terpaksa dongak betul betul untuk pandang wajah dia. Mata kami bertaut. Serasa tangannya memaut pinggangku.

"I love you. So much. My cutie bunny." bisiknya lembut seraya muncul kedua lesung pipitnya.

Walaupun sedikit tergamam tapi ia mampu menyuburkan bibit-bibit cinta dalam hati aku. Aku lalu mengemam bibir.

"Nak senyum tu senyum jelah. Tahan diri kenapa?"

"Fira tak hanyut pun dengan ayat manis hubby." aku bersahaja.

"Are you sure? Nampak dah berpeluh je tu? Cair eh dengan binatang ni?" jarinya menunjuk dimple di pipinya.

"Mengadalah hubby ni." tapi dia memang betul pun hahah. Laju saja jantungku mengepam darah. Tahu-tahu lesung pipitnya itu kelemahan aku.

"Dani, Fira, dah tak ada tempat lain lagi ke nak berasmara? Kat depan tandas juga ke seronok?" mama menegur. Nampaknya dah lama perhati kami.

Malu aku.

"Kot ma. Kan sayang?" dia merenungku menunggu balasan. Aku sekadar menjeling malas lalu dia tersenyum menyakat.

"Assalamualaikum,"

Kami semua menoleh. Pintu bilik dikuak. Muncul wajah yang aku tak ingin lihat ke ruangan bilik ini. Bikin rosak hari aku jee

"Aya.. semuanya baik-baik je kan cu?" mak tok menyoal lembut.

Mulut ini aku zipkan terlebih dahulu.

"Maafkan mak tok ya kalau kedatangan kami menganggu Aya. Teringin sangat rasa hati mak tok ni nak tengok cicit mak tok."

"Takpa." jawabku pendek. Tapi jauh ke dalam lubuk hati, aku tak harapkan langsung mereka datang.

Mak tok menarik tangan Eliya berdiri di samping mama. Tersenyum lebar mak tok melihat wajah Afi. Dan Eliya dengan tak ikhlasnya dia puji kecomelan Afi. Apa yang keluar dari mulut betina tu mana boleh percaya.

"Awal pagi tadi abang Am mesej Iya bagitahu kat hospital mana Fira bersalin. Disebabkan Iya ada class pagi so Iya ajak mak tok pergi tengahari. Fira how? Dah boleh keluar ward harini kan?" minah Eliya bertanya selamba tanpa rasa bersalah langsung!

Dani di sebelah aku pandang sekilas. Memang semua perkara dia bagitahu perempuan tu ke apa?

"Tak payah sibuk nak tahu pasal saya. Bukan awak pun yang bayar bil hospital." perliku.

Dia diam diam menjelingku geram. Panas lah tuu

"Abang Am nanti balik kampung semula kan? Kalau abang stay kampung, senanglah Iya nak pergi kolej. Hari-hari abang boleh hantar ambil Iya." si ulat bulu tu nak naik daun lagii

Dasarr. Ingat suami aku driver dia ke apa? Dahlah duit belajar suami aku yang tanggung. Ada hati nak kulikan dia pulaa

"Kenapa aku nak stay kampung pula? Mestilah aku tinggal dengan anak isteri aku? Kau merepek apa?" Dani membalas.

Okey. Aku tak sangka dia akan cakap macam tu. Ingat turutkan saja kata perempuan miang tu.

"Tapi abang kan dah janji? Depan mak tok pula tu. Kesian mak tok."

Wajah mak tok aku lihat. Dia hanya mampu membisu di situ.

"Jangan mengada sangatlah Eliya. Sedar tak yang abang Am kau ni suami aku? Kau amnesia ke apa ah? Perangai makin menjadi-jadi! Dahlah tak hormat mama aku kat situ." aku melepaskan amarah.

"Sayang.." tanganku Dani genggam.

"Fira tak tahan dengan dia hubby. Sebab kejadian haritu Fira jadi takut dan risau. So lebih baik kita tak perlu jumpa sama ada dia dan mak tok! Tak kisahlah hubby atau mama nak anggap Fira ni apa." jujurku. Aku penatlah hadap kerenah kebudakkan perempuan tu.

Perasan mimik muka Eliya bertukar bengis. Mak tok pula menahan kehampaan.

Mungkin aku nampak jahat dan tak adil. Tapi ini life aku. Hak aku nak buang siapapun daripada hidup aku demi mempertahankan kebahagiaan sendiri.

🌷

A big sorry kalau CHMA 2 ni sedikit menghampakan (´・_・')

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro