Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8

-

"Wow really? For me? Sayang ada hadiah untuk hubby?"

"Yups." aku mencapai tangannya dan perlahan-lahan aku letakkan di perutku. "Hadiah ni bukti cinta kita."

Dani menayang wajah blur. "Wait bunny, is it..?"

Kepala angguk bersama sebuah senyuman. Dani apalagi ternganga luaslah mulutnya.

"Wah I'm so happy bunny! Thank you so much for this great gift!" dia melepaskan gitar Darwish ke atas lantai. Tubuhku segera dirangkul.

"I'm also happy hubby. Tak sangka Allah hadirkan si kecik ni di hari lahir Fira. So please promise me, that you will never leave me."

"I'll stay with you. Now, tomorrow and always. Because I love being with you. And because  there's nowhere else I would rather be." sang suami lalu mengucup dahiku.
.

Di kesempatan itu, jari telunjukku menyentuh lesung pipitnya. Dah lama sebenarnya aku geram nak buat macam ni. Asal lah Dani bertuah sangat ada dimple ni?!

Tanganku segera Dani simpan dalam genggamnya. "Hubby tahu 'binatang' ni yang buat sayang cair dengan hubby kan?"

"Apa pula binatang? Bukan main cute dia dekat pipi hubby, samakan dengan binatang pula."

"Tak ada salah pun kan? Ada je binatang yang comel. Bunny.. ha bunny kan comel. Like you."

Aduh blushing pula pipi nii

"Ramai orang gilakan kecacatan dekat wajah hubby ni. And let's hope si kecik kita ni nanti mewarisi lesung pipit ayah dia." perutku diusapnya lembut.

"Fira takut."

Dengan dahi yang berkerut, dia memandangku. "Sayang takut apa?"

"Fira takut yang bahagia ni tak lama."

"Hey kenapa fikir ke situ pula? Kita berdua akan pertahankan kebahagiaan ni. Fira jangan takut dengan ujian Allah. Semua perkara yang Allah izinkan berlaku ada hikmah di sebaliknya."

Mataku yang berair menatap matanya.

"Dah tak payah fikir banyak. Hubby ada kan? Hubby dah janji dengan Fira yang hubby tak akan tinggalkan Fira. Bunny percaya hubby kan? Hm?"

Kepala aku angguk. Dani menghela nafasnya. Bibirnya kembali mengucup dahiku.

***

Terasa hangat air mata yang mengalir di pipiku. Entah mengapa hatiku bagai dihiris-hiris perlahan bilamana mengimbas kembali memori lama. Peritnya seakan aku telah dikhianati.

"Fira sayang?"

Suara mama memanggil sayu. Aku gagahkan diri membuka mata. Ya. Sudah aku sangka tempat aku berada sekarang adalah di hospital. Siling di atas aku tatap.

"Mama kat sini Fira."

Sebelum berpaling memandang mama, aku sedar kini perutku tidak lagi besar.

"Mama.."

"Yes dear?" tanganku mama genggam.

"Baby Fira macam mana?" jelas ada getaran dalam nadaku.

"Fira jangan risau. Everything is fine dear. Baby Fira cucu mama okey. Fira dah selamat bersalin sayang. Tahniah."

Syukur ya Tuhan. Aku hanya takut anak aku jadi mangsa atas perbuatan aku. Tuhan masih beri aku peluang untuk menjadi ibu.

"Fira hilang banyak darah. Sebab tu Fira kena jalankan operation secepat mungkin. Thanks to Allah, Dia permudahkan segalanya. Dia selamatkan kedua-duanya." mama juga kelihatan sangat lega. Mana tak, ini cucu sulung dia.

Aku melepaskan keluhan. Kepala terasa berdenyut sakit.

"Fira lapar? Fira nak makan?"

Kepala aku geleng laju. Sebut pasal makan dah muak apatah kalau tengok makanan.

"Ma.. bila Fira boleh jumpa anak Fira?" hati aku sekarang melonjak-lonjak ingin melihat wajahnya.

"That's why Fira kena makan dulu. Barulah dapat susukan dia. Nanti nurse bawa dia datang sini. Cucu boy mama tu handsome sangat. Macam ayah dia."

Jiwa aku kembali mendung. Tak nampak langsung bayangan dia di sini. Bukan main dulu nak sangat ada di waktu aku bersalin, tapi sekarang? Dah lupa dah yang diri tu dah jadi ayah? Masih sibuk jaga Eliya kat sana ke apa?

"Mama nak tanya ni Fira, betul Dani yang buat Fira macam ni? Dani yang tolak Fira kerana marahkan Fira sebab sakitkan cucu mak tok dia tu?"

Aku terdiam seketika. Jawapan apa yang patut aku bagi? Dengan mama sekali akan hairan dengan perubahan Dani.

"Jujur dengan mama Fira. Kenapa Dani boleh stay dekat rumah mak tok dia? Kita semua fikir dia pergi outstation tau tiga hari lepas." mama sudah bengang.

"Tak ada apa pun ma. Dani cuma tak sihat. Dia tak larat nak balik dulu sebab tu dia stay sana. Mama janganlah salah anggap. Dia tak sengaja pun tolak Fira. Takkan dia nak cederakan isteri dan anak dia. Dani kan bukan macam tu." sengaja aku membela Dani untuk kali ini.

Aku yakin, Iqbal pun tak cerita banyak dengan mama.

"Kalau betul dia tak sengaja jadi mana dia sekarang? Batang hidung langsung tak nampak tau. Dia sepatutnya risau dengan Fira, dengan anak dia."

"Kita sangka baik je lah ma. Maybe dia rasa bersalah dengan Fira." aku pun tak pasti adakah aku mampu bertentang mata dengan dia.

*

Bibirku perlahan-lahan mengungkir senyum saat menatap si kecil yang berada dalam gendonganku. Perasaan gembira bila dikurniakan cahaya mata memang tak dapat digambarkan.

Kau dah jadi mak Fira!

Sejuk hati aku lihat wajah suci dia. Adanya dia dapat bantu aku lupakan masalah aku untuk seketika. Si kecil Dani. Mama bagitahu wajahnya persis Dani ketika baru lahir dulu.

Dia tu tak nak tengok anak dia ke?

"Assalamualaikum.."

Aku menoleh laju ke arah pintu bilik seraya menjawab salam.

"Hi babe. Tunggu aku ke?"

Yes. One and only sahabat tergila aku datang. Plastik berisi buah-buahan yang dijinjingnya tadi diletakkan di atas laci tepi katil.

"Weh anak kau ke ni? Comelnya!!" pipi si kecik ni dicuitnya lembut.

"Ni anak patient bilik sebelah. Saja aku gendong dia sekejap sebab muka dia comel sangat." soalan apalah makcik ni tanyaa

Mira memutarkan bebola matanya. Dia berdiri rapat di sisi katil bermain-main dengan wajah anak aku.

"Besar eh badan dia. Berapa kilo ni?"

"Tiga kilo."

"Wahh. Bukan sepatutnya kau bersalin lima hari lagi ke?"

"Ye. Nak buat macam mana dah dia nak keluar awal."

"Kau bersalin normal?"

"Tak. Aku bersalin czer."

"Alah kesiannya sahabat aku ni. Takpalah asal dua dua selamat. Masih sakit lagi ke tak ni?"

Kepala aku mula gatal. Banyak juga soalan wartawan Mira hari ni.

"Jahitan aku tak sakit. Yang buat aku sakit sekarang soalan kau."

Dia lalu tersengih kambing.

Tak lama kemudian datangnya Dazrin, Darwish serta Geisha di sini. Masing-masing seronok menerima ahli keluarga baru. Jauh di sudut hati, aku tercari-cari kemunculan seseorang.

Setelah puas menggendong, Geisha menyerahkan si kecik tu semula kepada aku. Nasiblah lena dia tak terganggu bila asyik bertukar tangan.

"Awak dah namakan dia Fira?" tanya Geisha.

"Belum. Tapi saya dah sedia satu nama untuk dia."

"Apa weh?" Mira terlihat excited.

"Afi Khairy. Yang bermaksud pemaaf dan kebaikan. Apa pendapat korang? Korang setuju tak atau nama tu tak berapa cantik?"

"Afi Khairy. Ada maksud yang indah. Kami ikut je." balas Geisha.

Aku dengan Dani dah lama plan nak letak nama tu untuk baby boy kami. Tak berapa panjang. Tak susah nak sebut dan ada makna yang baik.

"Majlis korang macam mana?" aku bertanya. Risau sangat aku dah rosakkan plan baik dorang.

"Don't worry bout that Fira," Geisha mengusap perlahan bahuku, "Abang Rin dengan saya sempat plan. Kami just tukar location."

Salah aku lah nii. Tentu mereka kelam-kabut.

"Everything is in my hands. Don't you worry." Dazrin menyahut.

Aku tersenyum kelat.

"Okey baby Afi tu meh sini. Biar papa su jelah yang azan dan iqamatkan dia." ujar Darwish. Dia seolah tahu apa yang telah terjadi di sebalik semua ini.

Dazrin kot ada cerita sikit sikit kat dia.

"Biar aku yang buat."

Serta-merta aku tersentak dengan suara yang menjengah itu. Tubir mataku terasa hangat. Kehadiran yang sebenarnya aku nantikan.

Dani berjalan masuk ke dalam bilik. Kakinya menapak perlahan menuju ke arahku. Seusai dia berdiri di tepi katil, aku lantas menundukkan wajah. Aku tak tahu aku nak rasa apa sekarang.

Marah atau senang?

"Biar hubby jalankan tugas pertama hubby sebagai seorang ayah."

Tahan air mata kau Fira. Tahan.

🌹

Vote, comment & share

Thankyou♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro