Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 7

-

Aku mendaki tangga mengetuk pintu rumah. "Assalamualaikum.. mak tok?" ucapku buat kali ketiga. Mana pula manusia dalam rumah ni pergi? Ghaib juga ke apa?

Sebaik sampai di sini, jantungku asyik berdegup kencang seolah hendak memberi amaran dengan apa yang aku bakal saksikan selepas ini. Bermacam benda negatif berlegar di fikiran aku sekarang.

"Still off phone." kata Iqbal yang masih cuba menelefon Dani.

"Ada benda buat dia tak buka phone ni. Lepas ni awak tunggu luar boleh? Biar saya sorang yang masuk."

"No. Saya tak akan ulangi kesilapan yang sama. Kenapalah awak dengan Am suka bertindak seorang diri? Dengan awak yang pregnant, takkan saya nak biar."

Aku akur.

"Eh Aya rupanya.." figura mak tok akhirnya menjenguk di jendela seraya menapak membuka pintu. Tengok dari mimik muka mak tok seolah semuanya baik-baik saja.

Aku melangkah ke dalam rumah mendekatinya. Mata sempat mencari kelibat Dani mahupun Eliya tetapi tiada sesiapa di ruang tamu.

Tangan mak tok aku salami terlebih dahulu.

"Mak tok kat dapur tadi. Aya baru sampai? Kenapa tak telefon dulu sebelum datang? Nak buat kejutan untuk mak tok ye?"

"Dah banyak kali Aya call Eliya. Kenapa dia tak angkat?"

"Oh ye ke? Mungkin dia tak periksa telefon. Budak tu memang bertuahlah."

Mataku terasa panas. Asal hati aku bergelora semacam tengok tingkah mak tok yang tak mengerti apa-apa asbab kedatangan aku?

"Seronok mak tok dapat jumpa Aya. Tak lama lagi nak bersalin kan? Teruja mak tok dapat timang cicit lepas ni."

Bibir aku tak mampu untuk tersenyum.

"Aya datang dengan siapa ni? Mak tok tak pernah jumpa rasanya." dia cuba mengenalpasti Iqbal.

"Ni Iqbal kawan Am. Eliya dengan Am mana mak tok?"

Mak tok kelihatan cuba mencari jawapan.

"Tiga hari Am tak balik. Tak hubungi Aya langsung. Aya yang fikir dia pergi outstation tapi rupanya dia batalkan semua tu. Mujur Iqbal datang bagitahu Aya. Kalau tak Aya langsung tak tahu apa jadi dengan suami Aya."

Tangan mak tok lalu mengusap lenganku. "Aya janganlah risau.  Tak ada benda buruk pun berlaku dekat Am cu. Dia ada kat dalam. Jom kita duduk dulu.

Dahiku mengerut. "Kalau dia ada jadi mana dia sekarang?"

"Aya duduklah dulu. Mak tok pergi buatkan air. Mesti Aya penat kan?"

"Tak payah." balasku mendatar. Jelas sangat mak tok sekarang sedang sembunyikan sesuatu.

"Terus terang dengan Aya mana Am? Dia ada atau tak dalam rumah ni sebenarnya? Kenapa mak tok macam nak lari daripada saya?"

Mak tok tersengih. "Kenapa mak tok nak lari pula? Duduklah dulu. Kesian Iqbal penat memandu. Biar mak tok buatkan air dulu. Dia mesti dahaga ni kan?"

Kekok. Mak tok bercakap dengan tersangat kekok.

"Takpa. Tak perlu susah susah buat air nek. Kami datang memang nak cari Am bukan nak minum." Iqbal menyahut.

Tiba-tiba perutku terasa sakit. Bukan sakit nak beranak tapi sakit sebab budak ni menendang kat dalam. Dia tahu ibunya tengah cari ayah dia yang hilang tu sebab dia ikut memberontak.

"What's wrong Fira? Awak okey?"

Kepala aku angguk. "I'm okay."

"Sure?"

"Em." aku memandangnya sekilas.

"Itu sebab mak tok suruh Aya rehat dulu. Tak kesian ke dengan kandungan tu?"

"Kalau susah sangat nak jawab soalan Aya biar Aya sendiri pergi cari Am. Dia ada kat dalam bilik kan?" aku membuka langkah ke arah bilik tidur kepunyaan Dani.

"Aya.."

"Hubby!"

Iqbal tanpa banyak soal hanya mengikut langkahku. Mak tok turut mengejar seakan cuba menghalang kami.

*

Pintu bilik yang tidak berkunci aku terjah begitu saja. Aku dah tak fikir apa tentang diri aku yang sarat nii

"Hubby!"

Serta-merta air mataku bertakung melihat apa yang ada di depan mata sekarang. Aku tergamam tidak keruan. Dia benar-benar terperanjat dengan kemunculanku termasuk si betina Eliya.

Mereka sama-sama terjun dari katil.

"Kau buat apa ni Am?!" Iqbal bernada tinggi.

Boleh pula Dani buat muka blur kat situ. Hati aku sakit tengok dia baring atas pangkuan Eliya tadi! Dia bukan lelaki macam tu. Habis kenapa boleh jadi macam ni sekarang?

Kakiku ingin beredar dari sini tetapi Iqbal menahan pergelangan tanganku yang berlapikkan handsock.

"Jangan pergi Fira."

Air mata aku yang tak tertahan akhirnya jatuh jua. Alangkah baiknya ini semua hanya sebuah mimpi.

"Sayang.." Dani membuka bicara. Enggan aku memandangnya.

"Sayang jangan salah faham. Dengar dulu cakap hubby. Eliya dengan hubby tak buat apa-apa pun. Kan Iya?"

"Betul Fira. Kami tak ada buat benda bukan bukan pun. Abang Am pening kepala so Iya tolonglah urutkan. Tak salah kan?" kedengaran ada kegedikkan dalam nada betina tu.

"Tak salah awak cakap? Ye pun kau sakit Am, memang yang bukan mahram juga ke perlu sentuh?" Iqbal membalas.

"Kenapa mak tok biarkan mereka berdua dalam bilik? Perkara ni salahlah mak tok." suaraku. Macam macam boleh jadi tau kalau tinggal berdua. Eliya tu mana boleh percaya sangat. Tak ada setan dia yang jadi setan.

Mak tok membuat riak muka bersalah. "Maafkan mak tok Aya. Tapi mereka tak buat apa-apa pun. Am tak jadi pergi bertugas kerana dia tiba-tiba jatuh sakit. Sebab tu dia tinggal sini tak dapat balik dulu."

Huh

Tiba-tiba sakit? Logik ke tu? Tapi bila aku pandang Dani sekilas, nampak wajah dia pucat semacam.

"Fira percayakan hubby kan?"

Enggan aku menjawab.

"Betul Fira. Takkanlah abang Am nak buat benda tak baik. Dia kan bukan jenis lelaki macam tu. Tak baik menuduh." Eliya menyahut.

Aku menyengih sinis. "Oh betul ke? Bukan kau memang suka ke kalau korang buat lebih daripada tu? Itu yang memang kau idamkan daripada suami aku kan?"

"Apa awak cakap ni Fira? Tu dah macam fitnah saya dah. Abang Am, mak tok.. tengoklah dia tu."

"Mak tok dah jelaskan tadi takkan sayang tak faham lagi. Hubby sakit. Hubby tak boleh bekerja. Fira kena faham hubby lah."

Perubahan yang drastik. Memang berbeza dengan Dani yang terakhir kali berbual bersama aku.

"Abang Am tak sihat ni Fira. Tak payahlah bertengkar."

Sekelip mata aku mengambil langkah mendekati perempuan itu lalu menghadiahkannya satu tamparan. Aku tak boleh tahan. Api dalam hati aku dah marak sangat nii

"Fira!"

Aku memandang tajam Eliya yang sedang menahan pipinya.

"Jangan melampau boleh tak?!" buat pertama kali Dani cuba membela Eliya.

Mataku beralih kearahnya. "Fira atau hubby yang melampau? Mati-mati Fira fikir hubby dah sampai Sarawak rupanya hubby tengah "honeymoon" dengan dia kat sini! Matikan pula phone supaya Fira tak boleh ganggu kan? Hebat. Jadi Siapa yang melampau sekarang?!" air mataku jatuh lagi.

"Hubby minta maaf okey? Yes hubby salah. Jom kita bincang elok-elok sayang? Please?"

"Kau gilalah Am." celah Iqbal. Sudah tentu perasaannya sama seperti aku. Sungguh tak percaya dengan apa yang Dani telah buat.

"Kau kenapa bawa Fira datang sini? Kau tahu kan keadaan dia macam mana?"

"Dia datang sini cari kau. Cari suami dia. Kau apahal tak ingat dengan isteri kau lagi?"

"Aku tak suka orang luar campur hal aku."

"Kau yang buat hal la bro. Eh ni first time tau aku tengok kau berperangai macam ni. Elok sangat ke?"

Dani mengeluh. Tangannya yang hendak memegang tanganku, aku elak laju.

"Ini semua plan kau kan Eliya?" ujarku.

"Apa pula terus salahkan Iya? Cukuplah awak tampar saya tadi tau."

"Tak cukup!" kedua-dua bahu Eliya aku tolak kasar.

"Apa ni? Sakitlah. Abang Am.." rintihnya palsu!

"Apa Fira buat ni?! Jangan over sangatlah" Dani memarahiku.

"Over? Hubby tu suami saya atau dia? Kalau dah syok sangat, sambunglah balik maksiat korang tadi biar lepas ni boleh kahwin free terus!"

"Stop!" serta merta badanku didorongnya kasar sehingga terjatuh ke atas lantai kayu rumah ini.

"Fira!"

"Aya! Ya Allah.."

Iqbal dan mak tok datang menghampiri. Perutku terasa benar benar sakit akibat hentakkan yang kuat tadi.

"Hubby--" aku kehilangan kata-kata.

"Fira hubby tak sengaja."

🌹

[☆]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro