Bab 20
-
Sesekali aku mengerling jam tanganku. Hampir setengah jam dah aku tunggu si jantan Usop ni. Sudah la awal awal pagi buta dia call aku ajak berjumpa. Sekarang dia pula yang lambat!
Kira awal jugak la aku keluar pagi tadi. Tak sempat nak bersarapan dahulu. Mujurlah aku cadangkan untuk bertemu di kafe ini. Bolehla aku isi perut dahulu.
"Kita boleh percaya dia ke Fira?" Iqbal yang setia berdiri di sisi bersuara. Sengaja aku ajak dia temankan supaya mama tak risau sangat.
"We will see Iqbal. Bukti berupa apa yang dia ada. Dia akan tanggung akibat kalau cuba permainkan kita." ujarku tegas.
Seraya itu telingaku menangkap bunyi sengihan daripada Iqbal. Aku menayang wajah blur dengan kening diangkat.
"I'm so proud of you Fira. Awak dah mampu bertindak berani macam ni. Kalau Am dah sedar sekarang, dia pun mesti bangga dan terharu dengan usaha awak." puji Iqbal.
Bibirku tersenyum hambar. Dani masih berada di hospital. Mama bagitahu dia ada sedar sekejap malam tadi. Keadaan dia masih stabil. Syukurlah. Biarlah dia berehat dahulu.
"Saya kan isteri Detektif Ammar Danial. Saya juga mesti strong dan brave as him. "
Kami berbalas senyuman.
Tidak lama kemudian mata kami menangkap figura Usop di luar kedai yang baru tiba. Usai menanggalkan helmet, dia mendongak melihat nama kafe ini. Melihat sahaja kami, segera dia berlari anak masuk ke dalam kafe.
"Hi cantik," sapanya ceria. Dengan muka tak bersalah buatkan kami tertunggu-tunggu.
Aku menilik sekilas jam tanganku lagi. "You're late."
"Kau dah buang banyak masa kami!" marah Iqbal.
"Wowowo sabar cik dan encik sekalian. Saya bukan sengaja lambat." seraya itu dia menarik kerusi duduk menghadapku. "Jalan jem sikit. Harap dimaafkan okey?"
" Jem kepala otak kau. Naik motor buruk tu jem. Apa kejadah? "
Hatiku agak geli dengan jawapan Iqbal. Sudah rimas benar kali dia menunggu.
" Hang jangan nak hina-hina aku bro. Aku datang bukan dengan tangan kosong. Aku bawa benda yang korang mintak kan?" sebuah telefon bimbit diletakkannya di atas meja.
Belum sempat tanganku mencapai telefon itu, tangan Usop laju menari ia semula.
"Bagi dulu la tiga ribu aku cantik." dia tersenyum gatal.
Geli. Sumpah!
Dengan mulut yang terkunci, aku menghadiahkannya jelingan. Aku mengeluarkan wang ringgit sebanyak yang diminta jantan itu dari dalam beg sandingku. Belum sempat aku taruh di atas meja, duit tersebut terus dirampas rakus.
Aku mengecilkan mata melihatnya mencium aroma wang kertas di tangannya. Dia mulai membuat kiraan.
"Ini bukan duit palsu kan cantik?"
"Dua ribu aku bagi kelmarin, palsu ke?" sahutku dingin.
Dia tergelak. "Eh, ups nah, " telefon bimbit tadi akhirnya diserahkan kepadaku. "Itulah bukti ya aku ada. Kat dalam tu ada video di mana aku dan Eliya sedang berasmara dana di dalam bilik tidurnya. Sengaja aku rakam senyap-senyap sebagai langkah berjaga-jaga dengan perempuan bodoh tu. Tak sia-sia juga idea aku. "
Jijik! Dia buat benda tak senonoh dalam rumahnya juga. Mana perginya mak tok?!
" Kau yakin ini bukan sekadar rekaan kau?"
" Rekaan? Hang fikir aku ada masa ke edit video macam tu? Hang pun boleh fikirlah aku tak akan buang masa tagih duit dekat si Eliya kalau bukan kerana tu. Tunjuk kat balai polis lah biar mereka sahkan rakaman tu ori ke tak. "
" Kau tak takut polis cari kau?"
"Belum pernah lagi polis dapat bawa aku ke lokap. Aku pro la bab sembunyikan diri ni. Janji aku dapat duit."
Memang bersahaja sungguh jantan tak guna ni. Sah dia dah banyak buat jenayah.
"Wait, I realized something... what happen to your face?" nampak kesan-kesan lebam di hujung bibir dan matanya. Semalam elok je muka bangsat ni.
"Janganlah speaking cantik. Aku ni tak faham. Maklumlah tak sekolah." dia tergelak lagi.
Yes. Jelas kebodohan kau.
"Kenapa dengan muka kau? Kau bergaduh?" jangan salah faham aku bertanya. Bukan tanda aku ambil berat. Aku dapat rasa ada sesuatu terjadi.
"Ooo. Semalam aku kena belasah dengan samseng kampung mana entah. Itu pun Eliya yang upah." dia berhenti untuk melepaskan gelak tawanya kemudian berbicara semula, "Habis la betina tu lepas ni. Dia nak bayar budak-budak samseng tu dengan apa? Rasanya dengan badan, boleh jadi kot" dan ya dia melepaskan tawa sekali lagi.
" Tak waras. " gumam Iqbal. Dia mesti rasa apa yang aku rasa sekarang. Meluat.
"Kerja aku dah selesai. Hang dah dapat apa hang nak dan aku dah dapat apa aku nak." dia mula berdiri untuk beredar. "Seronok bekerjasama dengan hang cantik. Kalau suatu hari nanti perlukan pertolongan aku, nombor aku ada kan? Call je abang Usop k" jarinya yang hendak menyentuh pipiku segera ditepis kasar oleh Iqbal.
" Jangan sentuh dia lagi! " Iqbal membulatkan matanya sambil mengetap rahang untuk memberi amaran.
Usop mengangkat kedua-dua tangannya. "Maaf maaf. Salah aku. Relaks bro. Ha cantik, ni suami ke bodyguard ni? Garang." dia berseloroh lagi. Mana tak geram Iqbal dibuatnya.
"Usop" dengan mempamer senyuman sepalsu-palsunya, aku juga mulai bangun. "Kalau hal aku nanti dah settle, aku nak ajak kau jumpa lagi. Nak berikan sedikit tanda penghargaan sebab dah tolong aku. So jangan tukar nombor phone okey? Tunggu sampai aku call balik. Itu pun kalau kau sudi la terima duit yang tak seberapa nanti daripada aku."
"Wow! Boleh sangat tu cantik! Murah betul hati awak padan dengan wajah manis tu. Abang tunggu! Gerak luu" dan akhirnya dia beredar pergi.
Aku mendengus kasar. Kau tunggu hari kau Usop. Telefon tadi aku genggam dengan api membara di hati.
"Apa maksud awak nak ajak jantan tu jumpa lagi?" Iqbal menyoal. Wajahnya aku dongak. Aku tersengih melihat riaknya yang menunggu jawapan daripadaku.
"Pertemuan ini bukan pengakhirannya Iqbal. Dia masih ada hutang dengan saya." dia ingat aku akan lupa dan biarkan macam tu je ke lepas dia hadiahkan aku hentakan hebat haritu. Sakit kat bahu aku ni masih terasa sampai ke hari ini. Aku sahaja yang tetap enggan mendapatkan rawatan.
Manusia biadab.
"Buy the way Iqbal, thank you for coming with me today. Mesti saya dah banyak kacau kerja awak kan?" serba salah pula aku.
"No need to thank me Fira. Ini juga salah satu amanah Am kepada saya. Apa apapun saya kena jalankan. Dia sahabat baik saya juga. Saya senang hati bantu korang. And pasal mall Am. Semuanya dalam keadaan baik. " jelas Iqbal.
Kepala aku anggukan. Syukurlah.
🥀
"Kau baru sampai," tegurku pada Mira yang baru keluar dari perut kereta bersama kekasihnya. Mereka serentak tiba dengan aku di sini. Perasan matanya sempat melihat kereta Iqbal meninggalkan perkarangan rumah.
"Kau dari mana Fira? Siapa lelaki yang hantar kau balik tu? Kau jangan cakap yang kau pasang lain eyhh" soal si minah tu membuatkan Izwan spontan menyiku lengannya.
"Apa? I tanya je"
Aku memutarkan bebola mata. "Dia Iqbal la, kawan Dani. Kami ada hal nak diselesaikan tadi Mira oi. Datang-datang terus nak sangka buruk dengan aku. "
Terus air wajah Mira nampak serba-salah. "Alaa just joking okay?" Tubuhku lalu diraupnya. Belakangku diusap-usap. "I'm sorry babe. Kau stay strong tau. Semua orang has your back. Aku tahu apa yang kau lalui sekarang ni bukan mudah, tapi kau tak keseorangan babe."
Aku menganggukan-anggukan kepala. Sebak di dada aku tahan. Jarang kata-kata si Mira ni boleh buat aku tersentuh. Jelas terselit rasa empati terhadapku dalam nadanya.
Tika pelukan lerai, kami tersenyum janggal. Entah macam tiber.
"Kereta dah banyak. Mesti yang lain dah sampai. Kami tak lambat sangat kan? Aku alang-alang tunggu Izwan balik kerja pastu ambil aku."
" Tak pun. Aku dah bagitahu kan kami buat solat hajat lepas Isyak. Sekarang baru nak masuk Maghrib. "
Solat hajat untuk Dani. Malam ini kami hanya buat di rumah mama sahaja bersama keluarga terdekat diketuai ustaz Akram. Untuk malam esok pula ustaz Akram akan ajak orang-orang di masjid pula. Ikhtiar dan doa untuk kesembuhan Dani.
"Dah jom masuk." pelawaku. Mereka berdua hanya mengikut .
Tak semena-mena langkah kami mati tika anak Sara yang kelihatan berlari ke muka pintu jatuh tersandung. Dan yang aku tak duga Mira dahulu yang pantas pergi mendapatkannya. Dia memeriksa kaki dan tangan sambil bertanya untuk memastikan budak itu baik-baik saja.
Tatkala ustaz Akram muncul, dia terus mendukung anaknya itu. Mujurlah dia tak menangis.
"Nasib kepala dan muka dia tak tersembam dekat lantai," ujar Mira kekok.
Ustaz Akram mengelus rambut anaknya. " Dia ni kalau dah mode hyper active tu, memang suka berlari ke sana sini. " ustaz Akram menyahut.
" Biasala budak-budak," sempat Mira membetulkan kolar baju Saiful yang sedikit terselak.
Izwan mula menyertai mereka. Dia dan ustaz Akram bersalaman terlebih dahulu sebelum sesi perkenalkan diri. Dalam memerhati, tanpa di sedari pipiku naik. Nampaknya itulah permulaan yang baru buat mereka.
*
"Assalamualaikum, Afi sayang.." panggilku seraya mengetuk pintu bilik tidur mama yang terkuak kecil. Meniti senyuman di bibir tika melihat si jantung hatiku itu sedang lena di atas katil. Mama yang duduk di samping katil menepuk-nepuk paha si kecil itu.
"Baru tidur ke ma?"
"Ye Fira. Kalau Fira nak tahu kuat betul dia menyusu hari ini. Tiap kali je lepas minum susu terus nak lelapkan mata. Sampaikan mama long Geisha susah nak main dengan dia ni. Lama kelamaan makin bulatlah cucu grandma ni. "
Lega aku bila Afi senang dijaga. Jarang merengek. Tak bimbang nak titipkan kepada sesiapa untuk sementara.
" Fira marilah masuk. Kenapa tercegat kat depan pintu tu. "
"Fira nak mandi dulu ma. Baru balik dari kubur juga tadi."
Kepala mama anggukan. Selepas tengok-tengok keadaan mall Dani, aku ajak Iqbal singgah kubur sekali. Lama dah tak ziarah pusara arwah mama, papa dan Am.
Rindu.
"Tak nampak Sha dengan Sara pun kat ruang tamu tadi? "
" Maybe masih ada kat dapur kot. Masak untuk kita makan lepas selesai solat nanti. Fira ada singgah hospital? "
Aku jeda seketika. Cuba menyusun kata.
" Why dear? What's wrong? " mama terlihat bingung.
" Tak ma. Fira tak singgah. Bukan. Fira sengaja tak nak singgah. Fira takut Fira tak nak balik nanti. Kita kan nak buat solat hajat malam ni. " jujurku. Kalau ikutkan hati, sedetik pun aku tak nak berganjak dari samping Dani.
Dah. Tahan mata. Jangan nangis.
"It's okay. Mama faham. "
🌹
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro