Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 17

-

"I'm sorry sayang."

Serta-merta perasaan sebak menguasai diriku. Apalagi melihat Dani yang jatuh terduduk di hadapanku. Hanya Tuhan yang tahu betapa luluhnya hati aku menyaksikan suami tercinta sebegitu rupa.

"Hubby rasa tak mampu dah nak tolong diri hubby Fira. Semua dah huru-hara sebab hubby. Ni semua salah saya! Saya bodoh! I'm sorry Fira. I'm sorry" Dani memarahi dirinya sambil menumbuk-numbuh pahanya.

Tunggu kau Eliya. Gara-gara kau suami aku salahkan diri dia atas semua yang terjadi ni. Memang perosak hidup orang betol!

Air mata masih aku tahan. Aku tak nak habiskan tenaga aku dengan menangis. Perlahan-lahan kakiku mendekatinya. Aku ikut duduk melutut di hadapannya.

"You don't have to be sorry hubby. Kalau tak kerana dengki orang, hubby takkan jadi macam ni. So please trust me that everything gonna be okay soon." ujarku dengan freakuensi lembut.

Anak matanya yang kemerahan bertaut dengan mataku. Tuhan.. bantu aku kembalikan Dani yang dulu.

"Jadi Fira nak tanya ni hubby please jawab betul-betul,"

Dani setia menatap wajahku menanti soalan yang bakal aku kemukakan. Walaupun takut benar rasa hati terhadap jawapan yang bakal aku dengar, tapi aku tetap kena tanya. Kepercayaan aku pada dia masih utuh.

"Hubby memang dah terlanjur dengan Eliya ke?"

Lantas Dani melarikan anak matanya. Ya Allah aku tak sangupp

"Betul ke Eliya memang mengandung dan hubby bapa kepada budak tu?"

Kepala lalu digeleng-gelengnya. "Hubby tak tahu. Hubby tak ingat apa-apa. Tak mungkin hubby buat sesuatu kat dia Fira. Tak. Yes. Tak ada."

Peristiwa yang pernah terjadi antara Aqram Mukris dan Sara Marissa tiba-tiba muncul dalam otak.

Do you get dejavu Fira?

Allahu aku harap sangat itu semua memang tak betul. Tahu-tahu jelah si syaitan Eliya tu banyak helah. Aku dah tak nak kehilangan orang yang aku sayang kerana percayakan perkara itu bulat-bulat.

"Hubby cuma takut dalam tak sedar.. hubby dah buat benda bukan-bukan. Fira hubby takut!" pergelangan tangan kananku dicapainya. Air wajahnya bertukar gelisah.

"Fira ada okey? Fira akan tolong hubby. Sekarang hubby rehat dulu. Ustaz Akram dalam perjalanan ke sini. Dia pun akan bantu hubby." aku membawanya bangun menuju ke arah katil.

Mujurlah aku call ustaz Akram tadi dia sanggup datang pagi-pagi buta ni.

Dani terus membaringkan diri. Dah lemah sangat badan dia ni. Muka pun makin pucat. Sampai hati kau si manusia iblis ! Dah sengsarakan hidup orang, bukan cinta namanya Eliya!

Sesudah menyelimuti tubuhnya, terasa pergelangan tanganku sekali lagi berada dalam genggamannya. Dengan mata yang terpejam, tanganku sempat dikucupnya. Tanpa aku sedari air mata aku tumpah.

"I love you bunny.." ucapnya perlahan.

Aku terus melabuhkan punggung di sisi katil. Tangannya kemudian aku tarik dan bibirku pula mengucupnya.

"I love you more hubby." aku membalas sepenuh hati.

Dengan izin Allah, semuanya akan baik-baik saja Dani.

*

"Dani akan dapat sakit? Sakit macam mana lagi tu ustaz?"

Aku lihat ustaz Akram dan Sara Marissa berpandangan seketika.

"Jujur saya cakap Fira, masalah ni sudah di luar ilmu saya. Saya dapat rasa benda ni semakin kuat. Saya cadangkan awak bawa segera Dani ke pusat perubatan Islam. Saya boleh bantu. Ada beberapa kenalan saya yang bekerja di sana." ujar ustaz Akram.

Allahu

Dengan sisa kekuatan yang ada aku cuba bertanya "Sebelum tu kalau boleh saya tahu, suami saya terkena sihir apa ustaz? Dan.. apa risiko serta kesannya?"

Ustaz Akram membisu sejenak. Seakan sulit untuknya meluahkan apa yang terbuku.

"Tolong ustaz, Sara? Kami ada hak untuk tahu kan?"

Sara menganggukkan kepala kepada suaminya agar berterus-terang sahaja kepadaku. Ustaz Akram terlihat meneguk air liurnya.

"Dani terkena sihir 'minyak pengasih'."

Sebaris ayat tersebut bikin aku mengucap panjang.

"Memang sah ini ulah Eliya! Betul kan ustaz?"

"Wallahualam Fira. Saya juga tak berani mengesahkannya. Takut takut jatuh fitnah. Saya sarankan awak pergi jumpa dia dekat rumah dia sendiri."

Tu tak payah cakap! Aku akan pergi berhadapan dengan betina tu sendiri tak kisahlah apa nak jadi!

"Berbalik kepada soalan awak tadi, risiko dan kesan yang Dani akan tanggung akibat terkena sihir ni.. kemungkinan besar kalau lambat dirawat ia boleh menjadikan mangsa hilang kewarasan akal dan lebih teruk lagi.. maafkan saya terlebih dahulu.. boleh membawa kepada kematian." terang ustaz Akram.

Dahiku sudah berkerut seribu. Pernafasan terasa sesak. Ya Allah tiada daya upaya kami melainkan dengan pertolonganMu.

Sara Marissa mula membuka bicara. "Kita semua pasti akan buat yang terbaik untuk Dani. Jangan terlalu risau ye Fira?"

Risau? Perasaan yang tak mampu aku nak dustakan lagi.

"Dani sekarang saya biarkan rehat kat atas. Apa tindakan seterusnya ustaz? Saya akan ikut semua arahan ustaz."

"Saya bawakan lagi air kelapa untuk dia," sebotol mineral besar ustaz Akram letakkan ke atas meja. "Bangunkan dia dan berikan dia minum air ni dahulu. Saya akan maklumkan kepada awak untuk langkah kita yang seterusnya."

Kepala aku anggukan perlahan.

"Fira."

Serentak kami betiga mengalihkan pandangan mendengar suara Dani yang datangnya dari arah tangga. Pantas aku bangun mendapatkannya. Matanya melilau sekeliling. Dadaku berdebar tika menatap anak matanya yang jelas kemerahan. Tanganku memeluk lengan  kirinya.

"Hubby okey?" 

Ya segaris pertanyaan bodoh dariku.

"Am mana?"

Automatik dahiku berkerut seribu. Am mana yang dia tiba-tiba cari ni? Aqram kah?

"Aku tanya ni Fira, Am tunang kau tu mana?" frekuensi nadanya naik mendadak.

"Apa hubby merepek ni? Am dah lama meninggal Dani." tekanku. Nampaknya dia dah hilang diri dia semula.

"Kau yang merepek apa Fira? Tadi dia marah marahkan aku sebab dah rampas kau daripada dia. And now aku nak kau bagitahu dia yang aku tak sudi pun nak ambil apa-apa daripada dia. Mana dia? Pergi jumpa dia sekarang."

Dingin. Dani ya berdiri di hadapan aku sekarang adalah Dani yang dingin dan beku di awal pertemuan kami dahulu. Asal tiba-tiba nii. Dia mimpikan ke Am ke apa tadi?

"Hubby jom naik atas rehat balik. Hubby tak sihat ni." aku cuba menarik lengannya tapi tak bergerak sedikitpun ye guys. Manalah ada daya aku nak lawan kekuatan lelaki. Tidak semena-mena dia menepis kasar tanganku.

Luluh hati.

"Do not touch me."

Tubir mataku terasa membahang lagi.

"Kau apasal dari tadi panggil aku hubby? Dengan korang yang tiba-tiba ada dekat rumah aku ni. Aku nak kau settle masalah kau dengan Am dan berambus." usirnya.

Air liur aku telan terlebih dahulu. "Saya isteri awak Dani. Am pulak dah lama tak ada Dani. Dia dah meninggal dunia dah pun. And awak sekarang tengah sakit. Awak dah lupa semuanya ke ha? Anak awak kat atas tu, perasan tak?" 

Dia terdiam.

"Awak sendiri nak saya fight untuk kita kan. Yes saya tengah fight sekarang. Tapi tolonglahh awak kena kuat jugak. Jangan sulitkan saya lagi hubby please. Saya tengah berjuang tanpa sayap sebelah saya ni.." tanpa aku sedar pipiku sudah habis basah.

Dia lalu memicit-micit dahinya. 

"Dahla Fira. Dia tak akan sedar apa yang awak jelaskan." ujar Sara yang sudah lama mengunci mulut.

Aku menghela nafas. 

"Jam pun dah lewat sekarang, biar saya dan Sara minta diri dulu." pinta ustaz Akram.

"Baiklah ustaz, terima kasih"

Tanpa berpamitan dengan mereka, Dani segera membawa diri ke tingkat atas semula.

Aku melepaskan keluhan berat.

🌹

Do vote<3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro